Laman Webantu KM2A1: 4540 File Size: 11.2 Kb * |
BHS: Ke arah jaya di celah berahsia By Ekoniaga 24/5/2001 11:02 pm Thu |
[Rizab negara kita cuma $26.10 bilion - ini hanya cukup
untuk 4 bulan lebih impot sahaja. Tetapi unit pelaburan
Singapura, GIC, memilikki $100 bilion ditangannya menguruskan
rezab negara - satu nilai yang lebih 4 kali ganda atau cukup
makan 18 bulan lebih lamanya dari Malaysia sedangkan negara
mereka jauh lebih kecil dari Malaysia dan lebih kurang
penduduknya. Sudah tentu nilai rezab yang begitu tinggi
itu akan membuatkan spekulator begitu gerun untuk menyerang
negara itu. Singapura mampu melakukannya dalam rahsia tanpa perlu
membising seperti negara kita. Ia menyerahkan pelaburan
itu kepada mereka yang pakar menguruskan sahaja patutlah
ia berjaya. Dan dengan wang yang berlebihan itu Singapura
mampu membantu negara lain seperti Indonesia sedangkan kita
hendak membantu rakyat sendiri pun tergaru-garu kepala
kerana dana sudah semakin tiada. Ia sudah menjadi menara
dan bangunan yang tidak berpenghuni sahaja. Bayangkan RM29
bilion nilai hartanah di Malaysia masih tidak didudukki
sesiapa. Itu belum dikira lagi pelaburan yang sudah hangus
menjadi sifar atau yang telah lenyap akibat kroni berniaga.
Syarikat GIC itu juga melabur di tempat strategik termasuk di
negara China tetapi Malaysia nampaknya banyak bermain di
Afrika dan Burma yang amat tinggi risikonya. Apa yang menariknya
GIC belajar dari kesilapan masa lalu - bukannya seperti Malaysia
yang asyik memberi alasan 'hilang di atas kertas' sepanjang
waktu. Akaun GIC telah diperiksa dan dibentang di parlimen
Singapura - tidak seperti Malaysia yang menterinya sudah
menghilang entah kemana sekarang ini dan asyik tidak pasti
sahaja masa depannya. Ini menunjukkan kerajaan Singapura amat
bertanggungjawab kepada rakyat tetapi pemimpin kita langsung
tidak beretika. Rahsia kejayaan Singapura terletak kepada orang yang mengemudinya.
Lee Kuan Yew memilih mereka yang pintar dan berkebolehan sahaja dan
sanggup membayar gaji dan imbuhan berjuta-juta kerana berbaloi
pulangannya. Ini berbeda dengan negara kita yang bukan sahaja
membuang orang yang pakar, malah menggantikannya dengan orang yang
tidak berguna pula asalkan sama pegangan politiknya. Sampai sekarang
mereka yang mewariskan hutang berbilion dalam syarikat kroni
dikekalkan patutlah ramai pelabur sudah naik bosan dan sudah
pergi ke negara jiran. Tanpa siasatan dan ketelusan pengurusan lebih banyak lagi wang
akan menghilang. Sayangnya rakyat Malaysia masih berdiam diri
padahal negara kita sedang menuju kancah kemuflisan. Ini akan
mengundang jenayah dan huru-hara sosial bila aktiviti mencari
wang secara haram berleluasa seperti yang terserlah di Indonesia.
Mungkinkah kita nanti akan menjadi pendatang tanpa izin di
negeri orang??? http://cyberita.asia1.com.sg/3/econ0901.htm
EKONIAGA Ke arah jaya di celah berahsia
GIC kekal misi urus pelaburan rizab negara sepanjang 20 tahun
kewujudannya SEJAK 20 tahun lalu Perbadanan Pelaburan Pemerintah Singapura
(GIC) ditubuhkan, tidak banyak diketahui mengenai syarikat itu.
Bagaimanapun, inilah syarikat milik pemerintah Singapura yang
menguruskan pelaburan rizab negara sebanyak lebih AS$100 bilion
($180 bilion). Semalam, GIC menyambut ulang tahunnya yang ke-20 dan
meraikan pelancaran rasmi ibu pejabatnya di Capital Tower.
Dipengerusikan Menteri Kanan, Encik Lee Kuan Yew, GIC
ditubuhkan dalam 1981 dengan misi mencapai pulangan jangka
panjang terhadap aset negara menerusi pelaburan di peringkat
antarabangsa. Tahun lalu, ia melaburkan dalam lebih 40 pasaran di seluruh dunia.
Melalui dua anak syarikatnya -- GIC Special Investments Pte Ltd
dan GIC Real Estate Pte Ltd -- ia telah membuat pelaburan dalam
syarikat teknologi baru sehingga ke hartanah. "Kami menguruskan
lebih AS$100 bilion. Ia hanya $120 bilion beberapa tahun lalu.
Pulangannya adalah mencukupi," kata Encik Lee, dalam satu temu
ramah dengan The Asian Wall Street Journal (AWSJ) bulan lalu.
Pada 1991, GIC mengambil taruhan sebanyak $820 juta dalam
syarikat New Zealand, Brierley Investments Ltd, dan anak syarikat
Britain, Mount Charlotte Investments, bersama Temasek Holdings.
Tiga tahun kemudian, ia mengambil taruhan dalam bank pelaburan,
China International Capital Corporation, menggambarkan niat
pemerintah memainkan peranan lebih besar dalam Asia Timur.
Bagaimanapun, GIC juga mengambil langkah berhati-hati terhadap
pelaburannya kerana ia pernah membuat kesilapan dalam keputusan
pelaburan. Memberi contoh kesilapan yang pernah dilakukan oleh GIC, Encik
Lee menukil pembelian bon dalam Guangdong International Trust &
Investment Corp (Gitic). "Wanita yang bertanggungjawab terhadap bahagian bon percaya
pemerintah China tidak mahu melihat Gitic gagal.
"Ia merupakan satu kesilapan dari segi penilaian tetapi prestasi
wanita itu sepanjang sembilan tahun menunjukkan beliau
berkebolehan. Kami tidak hilang keyakinan terhadapnya," ujar
beliau. Pelaburan itu dibuat dalam 1993 tetapi Gitic ditutup dalam 1999.
GIC juga memainkan peranan dalam usaha pemerintah Singapura
membantu ekonomi negara-negara Asia. Ia telah menyumbangkan AS$100 juta untuk membantu syarikat
pengeluar kereta Indonesia, Astra International, tahun lalu.
Ini membolehkan Indonesia menyiapkan langkah penyusunan
semula korporatnya yang pertama sebagai usaha untuk pulih dari
krisis ekonomi Asia. Diketahui sebagai syarikat yang sangat berahsia, mengejutkan
apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga pengarah GIC, Dr
Tony Tan, berkata Februari lalu bahawa GIC perlu menjadi lebih
terbuka. Isu 'keterbukaan' itu timbul lagi apabila Encik Lee ditemu ramah oleh
AWSJ. "Pada asasnya, pemegang saham (GIC) ialah pengundi. Ia bukan
minat orang ramai, minat negara, untuk memperincikan aset kami
dan pulangan tahunan kami," ujarnya. Dalam Parlimen baru-baru ini, Timbalan Pengerusi GIC,
Brigedier-Jeneral (Kerahan) Lee Hsien Loong, berkata akaun GIC
diperiksa oleh Akauntan Besar, Pengaudit Besar dan Majlis
Penasihat Presiden. "Terdapat kepertanggungjawapan yang menyeluruh," kata BG Lee. Menerbitkan akaun GIC akan membolehkan spekulator merancang
"serangan mereka terhadap dolar Singapura", tambahnya
The Business Times, Singapore We have to pay top dollar for top talent, says SM Lee
Singaporeans must understand that companies here have to compete in
global league By Loh Hui Yin (SINGAPORE) Singaporeans must understand that they have to pay top
dollar to attract the best talent to help local companies compete in
the international league, said Senior Minister Lee Kuan Yew yesterday.
'Singaporeans, especially the media, will have to get used to the fact
that a good fund manager, a good executive, a good CEO is like a
baseball star, a basketball star, golf pro - they are few and far
between,' he said. 'They are worth every dollar that we pay them. If you don't pay such
officers, you will not get them.' Mr Lee, who was speaking at a news conference after he formally opened
the new headquarters of the Government of Singapore Investment
Corporation (GIC) at Capital Tower, said Singapore is no longer just a
regional player. World-class players are coming into region. To
compete against these aggressive foreign players, Singapore companies
- be it GIC, Singapore Airlines or DBS Bank - must be able to attract
world-class talent, which means paying good returns.
'You don't get John Welch to run GE for cheap,' Mr Lee said, referring
to the chairman and CEO of the US conglomerate.
SM addressed the thorny issue of compensation for talent after
criticism by DBS shareholders and reports in the local media which
queried why two former DBS directors, John Olds and Ng Kee Choe, were
paid substantial sums last year. Mr Lee, who said he was involved in hiring former J P Morgan banker Mr
Olds, defended his package. 'He's worth every single cent we paid him.
He's worth it because he transformed the thinking in DBS, the mindset
and he brought in talent.' Another foreign talent SM Lee singled out
was Flemming Jacobs, CEO of Singapore's shipping group, Neptune Orient
Lines. Conversely, foreigners should be asked to go if they are not up to
scratch, Mr Lee stressed. He also observed that Singaporeans, who have
been wary about foreign talent, are becoming more receptive to it.
Paying for talent is important because it can make the difference
between profits and losses, he said. For example, GIC manages more
than US$100 billion (S$181 billion) of assets. A one per cent
improvement in performance translates into an added US$1 billion each
year. 'So you pay an investment officer who has done exceptionally well, 2,
3, 4, 5 million US dollars in bonus.' But when an incompetent officer makes a bad judgement, the company
stands to lose a vast sum of money, Mr Lee said.
He said that although he is chairman of GIC, the top fund manager at
GIC is paid more than him or the Prime Minister.
'Maybe if I had a choice of a career again, and I'm interested in
getting rich, I'll start becoming an investment officer,' he quipped.
GIC's renumeration package for investment officers - whom Mr Lee
described as a precious commodity - comprises three components. These
are base pay, an annual bonus linked to performance, and an enhanced
deferred bonus scheme similar to stock options.
Comparing the American compensation system with the Japanese and
German systems for CEOs, Mr Lee said the American system pays
handsomely, in multiples of hundreds, when they perform well. 'If you
don't measure up, out you go,' he said.
For instance, the British Telecom chairman, because of misjudgement
over 3G telecom licences, has left the company.
But in the Japanese and German systems, most companies are financed by
banks who become large equity shareholders. A comfortable relationship
develops over the years and it is unlikely the banks will let a
company fail. But in the US, the big companies are owned by fund managers whose
business is to watch whether the company and its management perform.
These hard-headed fund managers have the analytical skills and
organisation to professionally assess a company and its management. In an apparent reference to local minority shareholders' criticism of
renumeration for DBS top management, Mr Lee said such people, who punt
a couple of thousand dollars, do not have the competence to make such
assessments. http://business-times.asia1.com.sg |