Laman Webantu KM2A1: 4544 File Size: 22.0 Kb * |
TAG SP 129: B2 Dilema Cina Doktor Mahathir By James Wong Wing On 25/5/2001 5:31 pm Fri |
TAG 129 [Kaum Cina begitu sensitif dengan nasib masa depan mereka -
khususnya kesejahteraan hidup atau ekonomi. Inilah kelemahan
mereka yang telah berjaya dieksploitasi oleh Mahathir acap-kali
dengan sesuatu yang manis berupa janji dan gambaran buruk betapa
reformasi atau Islam mengancam hidup mereka nanti. Beberapa
isu atau sandiwara sengaja dipentaskan untuk mewujudkan ketakutan
ini. Media pula asyik memutar belit fakta agar terpesong minda
masyarakat Cina. Walaupun begitu BN tewas juga di Lunas kerana
masyarakat Cina merasa tertipu dan dibelot oleh Mahathir dan MCA.
Sudah sukar membaiki luka yang berparut ini - oleh itu tindakkan
lebih agresif dilakar kini melalui pelantikkan penasihat khas dan
dengan menguasai lebih banyak akhbar Cina. Gerakan, MCA dan akhbar
sedia ada sudah gagal berfungsi sebaiknya untuk membela masyarakat
Cina atau menyanggah hujah pihak pembangkang yang lebih munasabah
dan lebih diterima. Walaupun begitu, ini mungkin akan mencetuskan satu evolusi kedua
perjuangan reformasi. Pengawalan media yang lebih ketat itu
dijangka akan menyebabkan dunia reformasi alam siber dan ceramah
BA akan disertai oleh lebih ramai dari kalangan masyarakat Cina pula.
Mereka akan bersatu untuk melahirkan satu gelombang yang lebih
mengancam. Tambah lagi dengan krisis ekonomi sekarang ini, kaum
Cina sudah mula terasa beberapa keperitan betapa semua musibah yang
melanda mereka selama ini berpunca dari mata duitan dan penyangak
yang bersarang di dalam Umno, MCA dan Gerakan.
- Editor] Terjemahan: SPAR-07-003
(Dr. Mahathir's Chinese Dilemma) oleh: James Wong Wing On Walaupun Dasar Ekonomi Baru (NEP) 1970-1990 selalu dikecam, ia secara
paradoksnya telah membantu masyarakat Cina lebih gigih mengharungi keadaan
sosial dan ekonomi mereka. Untuk terus maju mereka bukan sahaja mempelajari
Bahasa Mandarin, malahan juga Bahasa Inggeris dan Melayu.
Disebabkan kekurangan peluang untuk pelajaran tinggi pada 70-an dan 80-an
dulu, ramai masyarakat Cina yang menghantar anak-anak mereka belajar di
Australia, New Zealand, Britain dan Kanada untuk tujuan yang sama. Ramai
keluarga Cina yang tidak berada menjual rumah kediaman mereka, dan membuat
lebih banyak kerja tambahan untuk mengongkosi pendidikan anak-anak mereka di
luar negara. Ramai juga keluarga yang tersinggung oleh ketidak-selesaan
kerana warga ibu bapa hanya mampu menghantar seorang sahaja anak mereka yang
sama pintarnya untuk mendapatkan didikan tinggi di luar negeri.
Eloklah kita mengakui hakikat sebenarnya betapa luka psikologi yang terpalit
pada masyarakat Cina disebabkan DEB itu sudah mendalam kesannya hingga
berparut juga. Majoriti orang Cina amat membenci MCA kerana tidak berusaha
untuk mereka. Tahun-tahun 1990-an telah digambarkan oleh Lim Kit Siang sebagai satu era
pembebasan kecil sahaja kerana adanya kebebasan terhadap pengekangan
pendidikan, terutama sekali dengan penubuhan banyak institusi pengajian
tinggi swasta. Ia membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh IPTA
daripada tekanan politik dan sosial yang amat hebat.
Pada sekitar 1990-an ekonomi negara berada di tahap yang cemerlang
disebabkan banyak faktor termasuklah 'wang panas' yang amat dibenci sekarang
ini oleh Dr. Mahathir. Tekanan DEB terhadap masalah niagapun menjadi reda
apabila kek ekonomi sengaja dibesarkan disebabkan kewujudan wang panas itu.
Kerana itu masyarakat Cina menyokong Dr. Mahathir dan timbalannya Anwar
Ibrahim. Mereka menyokong kerajaan kerana berpendapat UMNO lebih bersikap liberal,
dan bukannya kerana MCA sudahpun berubah untuk memperbaiki tarafnya. Ramai
majoriti orang Cina yang menyokong Mahathir ketika beliau menyingkirkan
Anwar dan menderanya kerana adanya dua keraguan mengenai 'Revolusi Islam'
dan ' Rusuhan ala Indonesia'. Namun, tidak ramai orang Cina yang mempercayai
tuduhan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliw*t ataupun seorang agen
Amerika. Kebanyakan orang Cina amat percaya bahawa orang Melayu dan orang yang
beragama Islam tidak akan keluar daripada UMNO. Mereka juga merasa 'tertipu'
sekali dulu apabila Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh dan Rais
Yatim pernah meninggalkan UMNO, walaupun kini parti itu sudah dikuburkan dan
jambatan yang dibakar diperbetulkan semula.
Dua Fahaman Tidak ramai yang sanggup melakukan perubahan tanpa penyertaan orang Melayu
dan mereka yang beragama Islam. Namun, pada pemilu 1999 dulu masyarakat Cina
telah memberikan sokongan mereka kepada Dr. Mahathir. Selepas itu mood dan
tanggapan orang Cina berubah rupa. Untuk pertama kali selepas 30 tahun, masyarakat Cina telah menyaksikan satu
perangkaan dan kenyataan keputusan pilihanraya yang amat nyata - betapa
orang Melayu di luar bandar dan masyarakat yang beragama Islam telah
mengundurkan sokongan mereka terhadap UMNO. UMNO sudah kehilangan gahnya
yang dulu-dulu, seperti juga Empayar British yang gah satu ketika dulu
sebelum ditentang oleh Jepun dalam peperangan Pasifik itu.
Kini sudah wujud dua fahaman pemikiran di kalangan masyarakat Cina. Satu
ialah mengenai 'idealisme' seperti yang digambarkan oleh Tian Chua, yang
akan menamatkan hegemoni feudal UMNO dan BN dengan kekuatan tenaga
demokratik daripada pelbagai kaum dan agama untuk menegakkan nilai-nilai
demokrasi dan hak asasi manusia berasaskan nilai sejagat. Yang lagi satu
ialah pragmatisme niaga dan kerjaya yang mempersoalkan apakah UMNO mampu
meyakinkan kesinambungan stabiliti berkarya dan penentuan berniaga sedangkan
PAS dan Parti Keadilan Nasional sudahpun mempengaruhi 60 persen undi Melayu
dan Muslim yang ada. Yang menganehkan, kedua-dua fahaman dan pemikiran itu bersetuju betapa PAS
dan Keadilan sudahpun merangkul pusat kuasa. Kepada golongan idealis, proses
demokrasi terpaksa mengambil kira pembabitan rakyat marhaen di kalangan
masyarakat Melayu dan mereka yang beragama Islam. Kepada kumpulan niaga dan
pengamal kerjaya yang pragmatis, sama ada suka ataupun sebaliknya, PAS dan
Keadilan perlu ditangani secara fahaman untuk sama-sama membangun.
Kini, PAS dan juga Keadilan telah sama-sama menunjukkan reaksi yang positif
terhadap pemikiran baru masyarakat Cina. Kini, PAS semakin bersedia
berlembut, bersuai-kenal peniaga Cina dan berbincang mengenai pendidikan
malahan juga dengan kumpulan beragama Kristian. Keadilan pula lebih
berkembang pemikirannya dengan menerima keahlian warga Cina di setiap tahap
kepimpinan partinya. Kedua-dua parti Melayu yang utama sudahpun mempunyai pemimpin Cina seperti
Haji Anuar Tan yang juga merupakan ahli Exco kerajaan PAS Kelantan: dan Tian
Chua, Goh Keat Peng, Ng Lum Yong, Low Chee Cheong dan Cheah Kah Peng, dan
sebagainya. Keadaan yang Teruk Penghormatan yang diberikan kepada ramai orang Cina itu merupakan satu
pengalaman untuk memainkan peranan memajukan negara dan pembabitan berkongsi
usaha membuat keputusan memberikan semangat baru dan perasaan lega kepada
mereka kerana selama ini mereka sengaja dipinggirkan oleh UMNO dalam proses
yang serupa. Persefahaman DAP dengan PAS dan Keadilan telah memperkuatkan usaha dan
semangat untuk bekerjasama. Kewujudan Barisan Alternatif (BA) yang
diteraskan oleh sokongan padu orang Melayu telah menyediakan satu perasaan
psikologi yang menggalakkan kepada masyarakat Cina sehinggakan dunia politik
itu tidak lagi dianggap sesuatu yang dilihat ataupun diputar-belitkan untuk
kepentingan pergeseran ras Cina-Melayu ataupun satu mainan yang berakhir
dengan kekosongan itu. Malahan, kesan yang paling besar dalam proses 'penemuan' orang Cina itu
ialah apabila UMNO itu tidak lagi dapat dikaitkan secara mudahnya kepada
masyarakat Melayu yang menyeluruh secara borongan, kerana masih ramai orang
Melayu itu sendiri yang diputar-belitkan dan ditekan oleh golongan elitis
UMNO di peringkat pusat. Masyarakat Cina telah berkempen untuk PAS di Sanggang dan untuk Keadilan di
Teluk Kemang dan Lunas. Orang Cina yang muncul daripada DAP, dan kumpulan
yang lain-lain telah melihat dengan mata mereka sendiri betapa masih ramai
lagi orang Melayu yang hidup merempat dengan keadaan hidup yang lebih
melarat daripada warga Cina. Dengan kata lain, bukannya orang Melayu itu secara berkumpulan yang
menafikan mereka peluang untuk berniaga secara saksama. Sebenarnya petualang
itu adalah UMNO. Semakin ramai orang Cina yang pintar mempelajarinya dengan
pantas perbezaan yang terdapat kepada bumiputra, 'Umno-putra' dan
'Mahathir-putra'. Penyatuan BA di peringkat akar-umbi telah dipermudahkan oleh bertambahnya
bilangan muda-mudi Cina yang fasih bertutur Bahasa Malaysia, di samping
Bahasa Mandarin dan English. Semakin ramai muda-mudi Cina yang membaca bukan
sahaja akhbar harian Cina malahan juga terbitan Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia seperti Harakah, Utusan M dan Berita H.
Mereka membuat perbandingan, terhadap isi dan kandungan bahan bacaan itu dan
membincangkannya sesama mereka di ruangan siber. Dalam hal ini, semangat
reformasi dan BA telah menjadikan masyarakat Cina itu lebih berfikiran
Malaysia secara psikologinya. Soalnya apakah masyarakat Cina Malaysia yang
lebih kuat semangat psikologinya itu bersesuaian untuk UMNO dan MCA?
Sememangnya, kalau kita memikirkan soalan bahawa orang Cina hanya berminat
untuk berniaga, terhadap pendidikan dan pengiktirafan sosio-politik mereka,
soalan itu sebenarnya bersifat basi dan ketinggalan zaman. Ramai warga Cina
terutama sekali yang muda dan berpendidikan tinggi amat aktif dan peka
terhadap pelbagai isu demokrasi yang bukan perkauman, hak asasi manusia,
feminisme, perlindungan anak-anak kecil, persekitaran, korupsi, kronisma,
kebebasan bersuara dan persurat-khabaran. Monopoli ketuanan media,
penghakiman, ISA dan penahanan tanpa bicara, penderaan dan kediktatoran dan
sebagainya. Orang-orang Cina, seperti juga Melayu, India, Kadazan, Iban dan masyarakat
Malaysia yang lainnya, adalah manusia biasa juga.
Yang Fana Nampaknya seorang penasihat baru mengenai urusan Cina kepada Dr. Mahathir
dianggap sebagai seorang 'superman' ataupun mempunyai perwatakan persis
ensiklopedia (encyclopedia) bergerak. Seorang berwatak Kapitan Cina memang
layak menjadi pegawai hubungan raya untuk kerja-kerja mengabui mata dunia.
Kalaulah MCA yang dikatakan mempunyai keahlian seramai 800,000 dan Gerakan
yang sekian lama memerintah sebuah kerajaan Pulau Pinang yang didominasi
oleh orang Cina, masih tidak memahami pemikiran orang Cina dan menasihati
Dr. Mahathir secara jelas perkara itu semua, bagaimana mungkin seorang
individu Cina melakukannya? Apakah Dr. Mahathir mencadangkan bahawa selama ini MCA dan Gerakan gagal
memberikan maklum-balas kepadanya akan sentimen dan perasaan masyarakat Cina
itu secara jelas dan tulus ikhlas? Hakikatnya, apabila para pemimpin MCA dan Gerakan serta juga para penulis
mereka mengalu-alukan keputusan Dr. Mahathir untuk melantik seorang
setiausaha akhbar khas bagi masalah Cina, menunjukkan dengan amat jelas
sekali betapa beratnya 'Dilemma Cina' yang menghantui Dr. Mahathir. Sebagai
seorang yang mempunyai banyak tanggungan sosial, saya mesti memperakui
betapa saya memihak kepada 'diktator-baik' itu setelah beliau mendengar
'laungan' yang lantang itu. Mungkin juga Tok Guru Nik Aziz, yang saya amat setia berkongsi kepercayaan
wujudnya syurga dan neraka itu, dan juga wujudnya Hari Pengadilan itu akan
turut bersama saya mendoakan kesejahteraan Dr. Mahathir.
James Wong Wing On merupakan bekas ahli parlimen (1990-1995) dan seorang
penulis pojok dan kolumnis bagi sebuah akhbar Mandarin.
Jelas, penulisan ini banyak mengenepikan perjalanan sejarah Melayu yang
sebenarnya, terutama sekali peranan orang Melayu menaikkan ekonomi Malaya
dan kemudiannya Malaysia secara bertani di tanah perkampungan untuk menyara
hidup sendirian, dan kemudiannya berkumpul di rancangan tanah untuk menjadi
para peneroka. Sebelum itu kebanyakan peneroka itu adalah anggota
keselamatan negara yang mengadai nyawa untuk membolehkan kumpulan elitis
Melayu hidup bersuka-suka dan berfoya-foya meraikan budaya barat. Pada zaman
darurat sebahagian besar masyarakat Melayu memikul senjata menjaga
ketenteraman negara. Apabila darurat tamat, harga sebutir peluru SLR (Self
loading rifle: raifel automatik) hanya sekitar empat sen, begitulah nilai
nyawa orang Melayu yang seangkatan dengan bapa Ezam yang terpenjara kini.
Ketika itu harga sekilo getah asli ialah sekitar Tiga Ringgit. Kini, harga
peluru yang sama ialah sekitar Satu ringgit setengah, sementara harga sekilo
getah ialah tujuh puluh sen. Harga sekilo taugeh ialah Satu Ringgit Dua
puluh sen dan sekeping tauhu bergoreng ialah enam puluh sen. Bagaimana orang
Melayu UMNO?? Bolehkah dapatkan jawapannya daripada Raja Kaaapuuuurrr?
Terjemahan SPAR-07-003 Rencana Asal: http://www.malaysiakini.com/News/2001/05/2001052202.php3
Tuesday May 22 Dr Mahathir's Chinese dilemma - Part 2 (Final)
James Wong Wing On Deep wound Although the New Economic Policy (NEP) (1970-1990) has
often been criticised, it has, paradoxically, helped the Chinese to
be more self-reliant economically and socially. To survive, they
learn not only the Chinese language but also English and Malay.
And because of the lack of opportunities in higher education in the
70s and 80s, many of them struggled to send their children to
Australia, New Zealand, Britain and Canada for the purpose.
Many poor Chinese sold their only houses, and took up all kinds
of jobs in order to support their children overseas. Many families
were also troubled by disharmony because the parents could only
send one of their many equally bright children for tertiary
education overseas. Let us admit it frankly and honestly - the psychological wound
inflicted on the Chinese community by the NEP is deep. The
majority of the Chinese just hated MCA for not doing enough for
them. The 1990s was described by the then Parliamentary Opposition
Leader Lim Kit Siang as a period of 'minor liberalisation' because
of the relaxation of education constraints, especially the setting
up of many private institutions of education. It helped to release
the public ones from tremendous political and social pressure.
In the 1990s, the economy was also good due to many external
and internal factors, including the inflow of 'hot money' which
Dr Mahathir now hates. The pressure of the NEP on the business
front was also lessened because the cake became larger with 'hot
money'. The Chinese thus supported Dr Mahathir and his then
deputy Anwar Ibrahim. They supported the government mostly because Umno was seen
as more 'liberal', not so much because MCA had changed for the
better. Most of the Chinese even supported Dr Mahathir
immediately after he sacked and mistreated Anwar Ibrahim for the
twin fears of 'Islamic revolution' and 'Indonesia-style riots'.
But not many honestly believed that Anwar Ibrahim was a
's*d*mist' or an 'American agent'. Most of them believed that Umno would never be abandoned by
the Malays and Muslims. They felt they were 'cheated' once by
Semangat 46 led by Tengku Razaleigh and Rais Yatim both who
have since returned to Umno. Two schools Not many dared to change alone without the Malay and Muslim
commitment. However, after the 1999 general elections when the
Chinese supported Dr Mahathir, the mood and opinion in the
Chinese community started to change. For the first time in 30 years, the Chinese saw with their own
eyes the undisputable facts and figures in the election results -
that even conservative rural Malays and Muslims have deserted
Umno. Umno is no longer invincible, just as the British Empire
was not invincible in the face of the Japanese during the Pacific
War. There are two schools of thoughts in the Chinese community
now. One is idealism, personified by Tian Chua, which seeks to
end the Umno and BN feudal hegemony with democratic forces of
all races and religions for democracy and human rights based on
universal values. The other is business and career pragmatism which asks the
question if Umno could still be the guarantor of career stability
and business predictability now that PAS and Parti Keadilan
Nasional command 60 percent of the Malay/Muslim votes.
Strangely enough, both schools of thoughts concur that PAS and
Keadilan are now a new center of power. For the idealists,
democratisation has to constructively engage and involve the
Malay/Muslim masses, and for the business/careeer pragmatists,
like it or not, PAS and Keadilan have to be engaged
constructively. Both PAS and Keadilan have responded fairly well to the new
thinking of the Chinese community. While the former has started
to moderate, meet Chinese businessmen and talk to education and
even Christian groups, the latter goes further by recruiting more
Chinese members at all levels. Both predominantly Malay multiethnic parties now have Chinese
leaders like Haji Anuar Tan who is also an executive councillor of
the Kelantan state government, and Tian Chua, Goh Keat Peng,
Ng Lum Yong, Low Chee Cheong and Cheah Kah Peng, etc.
Worse conditions It gives a sense of genuine recognition and real participation in the
national decision-making process to many Chinese who feel
excluded from the Umno-dominated establishment and
mainstream. DAP's alliance with PAS and Keadilan further strengthens that
positive feeling and sense. The formation and consolidation of
Barsian Alternatif (BA) with massive Malay support has also
provided a stronger sense of psychological security for the
Chinese because politics is no longer easily seen or distorted as
Chinese-Malay 'racial tension' or 'zero-sum game'.
Perhaps, the greatest result is the 'discovery' of many Chinese
that Umno is not to be equated simplistically with the Malay
community as a whole, and that even many Malays are exploited
and oppressed by Umno elites in the hinterland.
Chinese campaign workers for PAS in Sanggang and Keadilan in
Teluk Kemang and Lunas, from the DAP and other groups have
seen with their own eyes that many Malays are in worse
socio-economic conditions than them. In other words, they have realised that it is not the Malays as a
group that deprive them of the fair opportunities in business and
education, but only Umno. Many Chinese are learning fast to
distinguish and differentiate between bumiptra, 'Umno-putra'
and 'Mahathir-putra'. The consolidation of BA at ground-level has also been facilitated
by the increasing number of young Chinese who have mastered
Bahasa Malaysia, besides Mandarin and English. More and more
young Chinese nowadays read not only Chinese newspapers but
also English and Bahasa Malaysia publications of all kinds like
Harakah, Utusan Malaysia and Berita Harian.
They make comparisons of the contents and discuss them on the
many cyber networks. In this sense, reformasi and BA have made
the Chinese community more Malaysian psychologically. But is a
psychologically more Malaysian Chinese community good for
Umno and MCA? Of course, to think that Chinese are only interested in business,
education and socio-political recognition is moronic and even
obsolete. Many Chinese, especially the young and educated ones,
are also actively concerned with non-ethnic and universal issues
of democracy, human rights, feminism, child protection,
environment, corruption, cronyism, freedom of speech and press,
concentration of media ownership, the judiciary, the Internal
Security Act and detentions without trial, torture and dictatorship,
etc. Chinese, like the Malays, Indians, Iban, Kadazan and other
Malaysian communities are human beings too.
One mortal Thus, the new Chinese affairs adviser to Dr Mahathir has to be a
superman, or at least a walking encyclopedia. A Kapitan Cina can
best be a public relations or a publicity stunt.
If the MCA, which claims to have 800,000 members, and
Gerakan, which has been ruling a predominantly Chinese state,
namely Penang, cannot understand the Chinese community and
represent them correctly to Dr Mahathir, how could one mortal
Chinese possibly do so? Or is Dr Mahathir suggesting that all this while the MCA and
Gerakan have not been providing him with feedback on the
sentiment and opinion of the Chinese community correctly and
honestly? However, the fact that MCA and Gerakan leaders and their
writers 'hail' Dr Mahathir's decision to replace all by one hired
Chinese press secretary, speaks volume of Dr Mahathr's dilemma.
As a person with many social responsibilities, I must admit that I
really empathise with the 76-year-old aspiring 'good dictator'
upon hearing the 'hails'. Maybe Tok Guru Nik Aziz, whom I share the non-negotiable
beliefs in heaven and hell, creation and the Day of Judgement
would join me to pray for him. .............. JAMES WONG WING ON is a former member of parliament (1990-1995) and also a leading Mandarin-Chinese opinion writer and columnist. He read economics and political science at the Monash University in Australia from 1983 to 1986. All views expressed herein are his own, and are open to criticisms and debates. |