Laman Webantu KM2A1: 4555 File Size: 20.8 Kb * |
TJ SP MGG: BM: Apa Yang Disemai, Itulah Yang Dituai By M.G.G. Pillai 27/5/2001 12:42 am Sun |
MGG 1171 [Banyak isu sensitif atau berbau perkauman mula tercetus kini
akibat perancangan awal yang tidak betul. Mulalah kerajaan mahu
mengkaji semula setelah bergegar beberapa perkara yang dibimbangi
akan terpalit kepada kerajaan juga. Isu kaum bukan melayu dalam
tentera, kuota IPT, bilangan kakitangan kerajaan bukan melayu dsbnya
timbul kerana kerajaan sendiri merencanakannya setelah tragedi 13 Mei
dan MCA tidak pula berbuat apa-apa menasihat kerajaan padahal ia
mewakili kaum Cina. Inikan pula penasihat khas Cina. Ia cuma gimik
politik penambah perasa kerana imej moral politik BN sudah jatuh teruk
di kalangan masyarakat Cina. Pemuda Umno sendiri memanjat pagar,
dan menonjol jari ke muka Suqui, masakan masyarakat Cina boleh melupai
itu semua. Padahal semua isu itu boleh selesai mudah tanpa perlu berkasar
sambil membawa sepanduk 'mandi darah'. Masyarakat Cina telah membalas
kekasaran itu dengan lembut di Lunas dan mungkin sedikit kasar di akhbar
Cina yang kini akan ditukar menjadi tawar oleh MCA dengan restu Mahathir
juga. Kerajaan kini menghadapi kebangkitan kaum tentera yang dipinggiri serta
tidak dibela sekian lama. Ia juga menghadapi keretakkan sokongan kaum Cina.
MCA telah gagal berfungsi menyuarakan pendapat masyarakat Cina sedangkan ia
asyik berdampingan dengan pucuk pimpinan Umno. Dengan mengambil-alih akhbar
Cina, ruang yang terbuka itu akan semakin tertutup pula dan itu tidak mungkin
akan dapat diganti walau oleh seorang cendiakawan atau superman Cina kerana
beliau cuma mempunyai dua telinga. Akhbar Cina mempunyai beribu-ribu telinga
yang tentunya lebih mewakili masyarakat Cina. Ia sudah dipulas rupanya....
- Editor] (English Section - Harakah 1-15 June 2001)
(Bangsa Malaysia: As you sow, so you reap)
Oleh MGG Pillai Dalam kemelut orang Melayu menyanggah kerajaan yang memang
amat disedari oleh Dr. Mahathir, satu ketumbukan angkatan
tentera bersenjata dan terlatih pula, memang amat
menakutkannya. Wira-wira yang terlatih berkuda harus diperap
di berek sahaja. Kerana itu, mereka mesti dibenarkan untuk
bercanda, lengkap dengan gaji yang selesa dan imbuhan yang
berpada. Seandainya mereka mula menegakkan senjata yang ada,
kerajaan akan menyembam bumi juga. Keadaan ini dikelamkan lagi dengan dasar negara meminggirkan
bukan Melayu daripada menganggotai pasukan bersenjata, seperti
juga dengan beberapa perkhidmatan kerajaan yang lainnya.
Inilah keputusan yang dilaksanakan selepas tercetusnya rusuhan
kaum 13 Mei, 1969 dulu, hasil satu muslihat UMNO untuk
menentukan bukan Melayu tidak mempunyai banyak kuasa dalam
kerajaan dan pentadbiran seperti yang pernah mereka nikmati 15
tahun selepas tercapainya kemerdekaan.
Inilah dasar negara yang banyak nama panggilannya, yang paling
serasi disebut NEP (Dasar Ekonomi Baru). Yang mempermudahkan
perkara ini ialah tindakan MCA menarik diri daripada
'Perikatan' sebaik sahaja pihak pembangkang berjaya dalam
pilihanraya dengan memenangi kerusi bukan-Melayu pada pemilu
1969 dulu. Inilah yang membuatkan dominasi Melayu menonjol
ketika itu. Apabila MCA rujuk semula, ia terpaksa menerimanya
secara 'fait accompli' (menerima apa yang sudah terlaksana)
dan menunjukkan ketegasan dengan menyingkirkan beberapa
pemimpin yang cuba menyanggahnya. MIC pula seperti yang masih
dilakonkannya kini, mengambil sikap tukang enggeh sahaja,
tanpa menyedari dan ambil pusing perkara sebenarnya.
Pelbagai dasar telah dirangka untuk mengurangkan kemasukan
bukan-Melayu ke universiti, perkhidmatan awam, angkatan
tentera dan pasukan keselamatan, malahan di setiap bidang
kuasa kerajaan, dengan penentuan kuota di pihak swasta.
Piawaian universiti sengaja dikendurkan untuk memberi ruang
kepada bumiputra memasukkinya sedangkan bukan-Melayu yang
mempunyai keputusan yang lebih cemerlang terpaksa berhempas
pulas mendapatkan peluang yang terbatas. Apabila kuota Melayu
sudah diisi, barulah bukan-Melayu diberikan juadah yang sudah
basi. Pihak pembangkang tertidur lena ketika semua ini bergolak di
persekitaran tanpa mahu membetulkannya kerana dirasuk perkara
remeh-temeh yang melekakannya. Sepatutnya dasar itu disanggah
awal-awal lagi untuk merobah dasar itu dan bukannya mendebatkan
apakah 50 ataupun 1,000 pelajar yang patut diterima ataupun
ditolak sahaja. Ataupun apakah rumah-rumah murah layak
diberikan kepada kumpulan itu ataupun yang ini.
Pada 1979, dasar ini dirujukkan kepada tadbiran perangkaan,
tetapi ia diperlakukan dengan secara haprak sekali menyebabkan
kepincangannya masih terasa kini. Sejak tahun itu, kehadiran
bukan Melayu hanya merupakan sebagai satu simbol sahaja untuk
kerja-kerja pentadbiran. Ia memakan masa tiga dekad lamanya
sebelum kepincangan itu terdedah sehinggakan segala rintihan
dan cemohan yang muncul daripada sanubari bukan Melayu adalah
hasil putarbelit yang dilakukan sejak dulu.
Perkara ini menjadi lebih sulit lagi apabila semua bukan
Melayu yang berkhidmat dengan kerajaan mendapati adanya satu
jenis siling kaca di atas kepala yang tidak mudah ditujahnya.
Yang lainnya pula mendapati kenaikan pangkat mereka disekat,
tidak kiralah betapa pintar dan bagusnya kelakonan mereka.
Mereka tidak pula diberikan peranan utama dalam membuat
keputusan, cuma di pinggiran sahaja. Manusia yang baik-baik
tidak kira apa jantinanya enggan memasukki organisasi yang
mempunyai siling kaca di atas kepalanya, apatah kalau
kewujudan mereka hanya bersifat sebagai hiasan semata-mata.
Sudah menjadi lumrah melihatkan seorang Melayu yang dilatih
oleh bukan Melayu selalunya menjadi ketua si bukan Melayu itu
akhirnya selepas sepuluh hingga lima belas tahun masa berlalu.
Kerana itu ada hanya seorang bukan Melayu yang berpangkat
'Superscale C' di perkhidmatan luar negara. Terdapat dua
ataupun tiga ketua setiausaha, seorang mejor-general dan dua
orang pegawai tertinggi dalam pasukan polis.
Seorang bukan Melayu tidak boleh mengharapkan peluang
mengepalai satu jabatan yang bebas melainkan sebagai satu
lambang sahaja. Perkara ini tentu tidak begitu teruk kalau
pegawai bukan-Melayu itu naik mengikut sistem meritokrasi.
Tetapi, sistem kuota wujud dan diamalkan di setiap peringkat
kenaikan pangkat. Adalah kurang tepat apabila Dr. Mahathir berkata bukan-Melayu
enggan memasuki pasukan tentera dan kerajaan kerana gaji yang
kurang menawan. Dia membuat andaian tanpa buktinya betapa
menaikkan gaji dan imbuhan itu masih tidak akan menawan
bukan-Melayu untuk memasuki bidang kerajaan. Sudah menjadi
dasar kerajaan selama tiga dekad bagaimana bukan-Melayu
sengaja tidak digalakkan memasukki perkhidmatan kerajaan.
Kalau mereka masuk juga pelbagai usaha sengaja direncana agar
dia tidak naik mencanak secara mendadak.
Walaupun ada sekatan tertentu, masih ramai yang ingin
memasukinya. Tetapi mereka tidak akan berjaya. Dominasi Melayu
adalah satu dasar rasmi awalupun tidak jelas peraturannya.
Inilah yang membuatkan kerajaan berada di tahap bertahan.
Kerajaan Melayu yang dianggotai oleh bukan-Melayu yang tidak
berapa penting peranannya dulu, kini terpaksa menghadapi
rintihan anak-anak masyarakat yang terpinggir zaman pasca 13
Mei, yang mahukan perubahan dan yang sedang menghenyaknya ke
dinding. Yang membantu menyokong perjuangan golongan itu
adalah kumpulan Melayu yang berpendidikan tinggi yang turut
teraniaya selama ini di benteng yang sukar untuk mereka
lepasi. Setiap isu yang muncul, tidak kiralah mengenai kemasukan di
universiti, kemudahan mendapatkan rumah murah ataupun kenaikan
harga ayam, akan dialun bauran perkauman. Orang Cina semakin
berang melihatkan betapa sukarnya anak-anak yang mendapat
keputusan cemerlang mencari tempat di universiti. Sedangkan
orang Melayu yang keputusannya tidak seberapa, diberi muka
menerima biasiswa ataupun dermasiswa untuk meneruskan
pelajarannya. Satu cadangan untuk menerima lebih ramai anak-anak Cina dan
India telah disanggah oleh Pemuda UMNO agar kerajaan tidak
berbuat begitu. Penutupan sebuah sekolah Cina di Kuala Lumpur
menjadi isu panas dengan kerajaan enggan berlembut dan
menyebabkan isu itu menjadi isu perkauman.
Bahagian perkauman sudah semakin panas sekarang ini
sehinggakan timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi
bercakap mengenai Bangsa Malaysia. Bagaimanakah satu negara
Malaysia boleh dipergiatkan kalau kerajaan membuat kerenah
perkauman dalam setiap tindakannya? Yang membuatkan perkara
ini berbahaya ialah sikap mengatakan bahawa dominasi Melayu
adalah satu dasar rasmi kerajaan dan semua orang baru dalam
perkhidmatan kerajaan diberitahu tidak ada pilihan sampingan.
Kerana itu kita terus hidup mewarnai kancah yang penuh
keraguan dan kecelaruan. Apabila ini menjadi satu konsep
pentadbiran kerajaan, membuatkannya satu perkara yang
berbahaya dan amat mudah meledak kehangatannya. Kesediaan
rakyat marhaen berkumpul secara beramai-ramai adalah satu
bukti betapa mudahnya rakyat menyanggah kerajaan sekarang ini.
Setiap peraturan baru kerajaan adalah satu bukti bagaimana
kerajaan mendera rakyat jelata. Seperti cukai tol di jalan
raya di ibukota dan denda kerana meletakkan kereta sesuka hati
- mungkin tidak membawa kesan serta merta. Namun, ia
menghimpunkan kejijikan di kalangan manusia yang hidupnya lama
tertekan dan berkemungkinan meletup tanpa ada sebarang
sekatannya. Tidak boleh dibayangkan betapa sukarnya pergerakan manusia
yang dihantui himpunan rakyat yang menunjuk perasaan ataupun
disebabkan penangkapan di bawah ISA. Kerajaan kini cuba
membendung harga tinggi dalam tuntutan ganti rugi, seperti
yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat penerbangan yang
menyaman agensi kerajaan, stesen TV dan radio lebih RM100 juta
banyaknya. Ini adalah contoh betapa rakyat semakin resah
gelisah. Keresahan yang berterusan adalah bahaya yang menghantui
kerajaan. Kecuaian terhadap pendapatan anggota tentera
menyebabkan angkatan bersenjata itu sudah renggang jauh dengan
kerajaan. Rakyat marhaaen pun merenggangkan diri mereka
setelah melihat bagaimana kerajaan mendera Anwar Ibrahim, dan
menyaksikan bagaimana para kroni kerajaan membuat tuntutan
gantirugi yang tinggi harganya terhadap pengkritik kerajaan
sedangakan wang sebanyak itu memang tidak pernah dilihat oleh
kumpulan yang dimangsakan. Mereka yang mahu menjadi sebahagian Bangsa Malaysia mengikut
takrifan Abdullah Badawi membincangkannya secara terbuka.
Mereka bukannya menantikan masa melaksanakan kerja yang tidak
pernah ingin dilaksanakan oleh kerajaan ataupun apa yang
pernah dilakukannya. Mereka ghairah melakukan apa yang telah
terjadi pada Mei 1969 dulu dan segala keangkuhan yang
menyusuli semua itu. Inilah lambang segala kepincangan politik sejagatan kaum di
mana semua kaum selain dari orang Melayu hanya bersedia
bercakap di mulut sahaja mengenai berkhidmat dengan kerajaan.
Apabila akar umbi bergolak untuk menarik sokongan mereka,
bahananya bukan kepalang dahsyatnya. Terutama sekali apabila
para pemimpin yang ada masih terus kebingungan kenapa
tercetusnya fenomena ini. Sedangkan, setiap kali sesuatu itu
disemai, jenis itulah juga yang akan dituai.
- MGG Pillai Terjemahan SPAR-01-13 Rencana Asal: The military remains professionally neutral, ready to die
for king and country, but not the government's political
bidding in the local political arena, while the police is
only too ready to. So, the armed forces is kept at arms
length, and becomes important only when its arms are
upgraded. The sums bandied about runs into billions of
ringgit. But the ordinary soldier is, by and large,
neglected, forced to get by on less and less and all but
ignored once he retires. In this revolt of the Malay against his government, which
Dr Mahathir comes to terms with, a professionally trained
armed forces cadre is a fearsome worry Men on horseback
must be kept in the barracks. But for that, they must also
be kept in humour with adequate pay and perks. When they
flex their muscles, governments fall.
In Malaysia, this is aggravated by an official policy of
keeping the nonMalays out of the armed forces, as in the
other services of the government. It was put in place
after the 13 May 1969 riots, in the virtual coup UMNO
organised so that non-Malays, would not he a force in
government and administration as they had in the first 15
years of independence. This policy is called by various names, the most,
acceptable the New Economic Policy (NEP). What made it
easy was the MCA's inexplicable decision to pull out of
the Alliance after the opposition gained ground in the
non-Malay constituencies in the 1969 general elections. It
was Malay dominance that henceforth would rule. When the
MCA returned to office it accepted the fait accompli, and
explaining away its importance by sacking those who
question it. The MIC, then as now, is an occasional bit
player, a joker which knows not, nor cares, what it does.
Policies, were put in place to reduce the intake of
non-Malays into universities, the public service, the
armed and police forces, in every area of government, with
quotas put in place in the private sector. Standards in
universities were reduced to make it easier for the Malay
more than bumiputra entrants, while the non-Malays, with
often better results, had to scramble for the remaining
seats. The non-Malays got the scraps after the Malay
quotas are filled. The opposition slept through these momentous changes, not
addressing the policy changes and concentrating, as now,
on the inessentials. It should have been challenged on
intellect ual grounds, to force a change in the policy
than to argue whether 50 or 1,000 students be admitted,
or not admitted, to Malaysian universities; or whether low
cost houses be given to this or that group of the
underclass. In 1971, this policy was put into statistical effect, but
it was done so clumsily and without too much thought that
Malaysia pays the price now. The non-Malay from that year
on had only a token presence in the administration. It
takes three decades for that to be starkly noticed, and
the present political crisis over education and other
matters the non-Malays feel strongly about stems from
that. It is made worse when those non-Malays who enter the
civilian and uniformed services have a "glass ceiling"
beyond which none can clear. But that is only for a
handful, the rest are blocked for promotion, no matter how
good they are. And they do not have any role in policy
making, except peripherally. Good men and women would not
join an organisation in which an invisible ceiling exists,
especially if that comes with it impediments which implies
their -token presence. It is often in the case that the Malay officer a non-Malay
officer trained would often be his senior within ten or
fifteen years. There is, for instance, only one Superscale
C for a non-Malay in the foreign service, and two or three
secretaries general, one major-general, one or two senior
police officers in the topmost ranks.
He cannot expect to head any independent departments,
except as a token. It would not have been as bad if the
non-Malay officers rose on their merits after the first
weeding out. But a quota system exists in practice at
every level of promotion. So, it is disingenious of Dr Mahathir to claim that the
non-Malays do not want to enter the armed forces or the
government or civil service because the pay is not
attractive. He claims, without proof, rising salaries and
perks would not draw the non-Malays into the civil
service. It has been official policy for three decades
that the nonMalay is discouraged from joining government
services, and once in is put to incredible blocks to
ensure he does not arise above a predetermined rank.
Even with these blocks, many still want to. But they
cannot. Malay dominance is official policy, even if it is
not so made out. And it now places the government on the
defensive. The Malay government, with an all but redundant
nonMalay representation, faces the children of those
marginalised after the post-May 13 changes and rinds
itself pushed to the wall. Backing the latter are the
younger educated Malay incensed that they, as
professionals in their own right, are confined into a
straitjacket from which they cannot escape.
.So, every issue, whether it be university places or low
cost houses, or indeed the price of chicken, takes on a
racial tinge. The Chinese are incensed that their
children, with superlative results, cannot enter local
universities while those Malays with inferior results can
with case and with government and other scholarship and
bursaries. A suggestion that more Chinese and Indians
could be admitted was enough for UMNO Youth to warn the
government not to. The clo sure of a Chinese school in
Kuala Lumpur became a right royal racial issue, with the
government refusing to relent in a confrontation that
quickly took on a racial tinge. The racial divide is so pronounced these days that the
deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, talks of a
"Bangsa Malaysia" or a Malaysian nation. How could there
be a Malaysian nation when every aspect of government is
decided upon racially? What makes this dangerous is that
Malay dominance is official policy, with the new civil
servants told of no other option. So we sit on a quagmire of racial suspicion and tension.
That it comes with government policies that alienates the
man-in-the-street from it makes it not only dangerous but
volatile. That people are prepared to come out on to the
streets at the drop of a hat is proof enough that much of
what the government does is resented.
Any measure that imposes a burden unnecessarily - like
tolled roads inside the cities and fines of hundreds of
dollars for illegal parking - would not see an immediate
impact. But it builds up resentment in an already harassed
citizen and which one day could have fatal consequences.
That cannot be answered with how difficult it would be for
people to move about amidst public demonstrations or
arresting people under the Internal Security Act. The
government now wants to cap defamation damages, but only
after a travel agent sued govemment agencies, television
and newspapers for more than RM100 million. It was, in the
public view, a case of the worm turn ing.
But worms turn so regularly that it represents danger to
the government. The neglect of armed forces salaries and
perks distance the armed forces from the government; the
people move away on how the government moved against its
former deputy prime minister; when cronies of the
establishment arrogantly decide to rein in those they deem
critical by asking for defamation damages for more than
their critics have earned in a lifetime.
Those who would be part of the Bangsa Malaysia Abdullah
Badawi talks about want their undeniable place in the
Malaysian sun. They are not about to not for what the
government can or cannot do, but for what happened in May
1969, and the arrogance that flowed from that.
It reflects a failure of a multiracial politics in which
the races other than the Malay pays only lip service to be
in the administration. When the ground rebels, the
consequences are disastrous, especially when its leaders
are, as now, clueless as to why this happens. But as you
sow, so you reap. - M.G.G. Pillai - |