Laman Webantu KM2A1: 4557 File Size: 14.5 Kb * |
Ekonomi Menjunam Daim Tertikam By Kapal Berita 27/5/2001 2:34 am Sun |
MALAYSIA MENJUNAM DAIM TERTIKAM
Daim mengatakan analis mengeluarkan penilaian yang mengelirukan
mengenai Malaysia sehingga kerajaan menjadi bingung. Hujah-hujah
Daim itu bolehlah dianggap sebagai reaksi apa yang mula menyerangnya
sekarang ini dari MTUC dan dari dalam Umno sendiri. Tanggapan Umno
tercemar dengan politik wang sudah tidak dapat ditepis lagi begitu
juga budaya kroni. Daim sekarang sudah menjadi mangsa dan kambing
hitam sensasi untuk menonjolkan Umno bersih serta mengurangkan
liabiliti Mahathir menjelang perhimpunan agung nanti. Khabar angin
yang bertiup kini sedang menguji apakah dia berani membersihkan diri
atau akan lari bersembunyi. Jawapannya sudah terserlah dengan
penangkapan aktivis reformasi dan kenyataan Daim yang asyik tidak pasti.
Semalam Daim mengkritik penganalisis luar kununnya mereka
memberi analisa yang tidak menyangkut serta berdasarkan fakta
dan butiran terperinci. Kalaulah begitu mereka sudah lama
lenyap dibuang kerja oleh majikan mereka sendiri kerana tidak
cukup belajar lagi. Daim juga mengatakan ketidak pastian politik tidak memuncak
sebagaimana yang dituduh oleh oleh analis. Beliau lupa agaknya
beliau sendiri tidak pasti masa depannya sendiri. Beliau juga
menyentuh analis tidak spesifik dalam menuduh padahal setiap
kes lengkap dengan bukti tetapi tidak didedahkan kerana terlalu
rahsia dan mungkin mengundang ancaman pihak berkuasa sebagaimana
yang terjadi kepada Ezam dan rakan-rakannya yang terpenjara.
Itu petanda apa yang didedahkan oleh Ezam adalah benar semata-mata
jika tidak kerajaan sudah lama membebaskan beliau serta-merta.
Berikut satu analisis dari pakar Morgan Stanley yang diiktriaf
dunia bukan analisis pakar meminda dari Malaysia. Malaysia terlalu
bergantung kepada ekspot kepada Amerika dan ringgit terlalu terikat
kepada dolar patutlah ekonomi sukar memulih semula selagi ringgit
tidak dinilai berpada. Setakat ini semua formula untuk membaiki
rezab negara gagal segagalnya untuk membaiki rezab negara yang
semakin surut mendadak sejak awal tahun ini. Permintaan luar yang
berkurang itu cuba diimbangi dengan permintaan domestik tetapi
bilangan penduduk Malaysia tidaklah sebanyak mana sebagaimana negara
China yang mengawal matawangnya. Kita jauh berbeda dengan negara
China yang kini amat disenangi dunia sehingga Jepun pun ke sana.
Analis bukannya bodoh kerana mereka sudah lama bergiat dalam
dunia niaga dan menguruskan berbilion dana sejak dahulu kala.
Mereka pun tahu Daim sudah tidak berguna jika tidak Mahathir
akan terus menyimpan dan menonjolkannya. Malah Mahathir
membiarkan sahaja buku mengkritik Daim tersebar merata. Lagipun
mereka sendiri tahu Daim tidak pandai sejak dulu. Dia cuma
pintar bermain bawah meja sahaja - bukannya bekerja di atas meja.
Sebab itulah dia tiada di saat negara memerlukan khidmatnya.
Kerana apa yang berada di bawah meja sudah diletak di atas meja
untuk hidangan seantero dunia. Alangkah malunya....
-Kapal Berita- Rencana Rujukan: Global Economic Forum Morgan Stanley Economists: May 25, 2001
Malaysia: Further Slowdown By Anita Chung and Daniel Lian Summary Reflecting the disappointing 1Q01 GDP growth and the bleaker
outlook for the rest of the year, we are lowering our GDP forecast
for 2001 again, to 4.1% from 5.1%. External demand is a big
negative factor in our GDP revision, primarily because our global
economics team now expects a more protracted economic
recovery. The export-led slowdown in Malaysia is expected to
continue into 3Q01, with meaningful growth not resuming until
4Q01. Fiscal stimulus will provide some cushion to the slowdown in
external demand but it is unlikely to be sufficient to offset the big
swing in external demand.
No Speedy Export Recovery Malaysia reported disappointing 1Q01 GDP growth of 3.2%. The
sharp deceleration in external demand was the major drag on
economic growth. Reflecting expectations of a more protracted US
economic recovery, we are further downgrading our GDP forecast
for Malaysia to 4.1% from 5.1%. US demand is critical to Malaysia.
In the electronics sector in particular, Malaysia has gained market
share in the US during the past few years. The value of Malaysia's
electronics exports to the US rose to US$20 billion in 2000, and
are now as important as those shipped from South Korea or
Taiwan. Malaysia has become more important to the US market on the
grounds that the manufacturing sector is more integrated with US
production, especially in the electronics industry. The flip side of the
closer ties is that the impact of a recession in the US manufacturing
sector will hit Malaysia as badly as the US. Output in both
economies has shown a sharp deceleration in recent months. In the
absence of a turnaround in the US electronics sector, Malaysia's
electronics industry, and hence its manufacturing sector, will
continue to be weak. The robust business environment in 2000 bolstered consumer
confidence through higher employment and improved payrolls,
resulting in a decade-high consumption growth rate last year.
Private consumption registered strong growth of 12.2% in 2000.
The cyclical consumption boom in 2000 was buoyed by strong
merchandise exports of close to US$100 billion for that year. The
trade surplus amounted to US$16 billion last year.
The cyclical consumption boom has come to an end. The business
environment has weakened substantially since the beginning of the
year. Merchandise exports began to fall in March and the
downtrend is expected to continue in the coming months. The
contraction in export earnings is expected to darken last year's
rosy picture for the private sector. Already in 1Q01, private
consumption growth slowed to 4.1% YoY, compared with 9.9%
YoY growth in 4Q00 and a 14.5% YoY gain in 1Q00.
With external demand shrinking sharply, domestic demand has
assumed a more important role in economic growth. The RM3 billion
extra-budget fiscal measures introduced in late March are expected
to increase GDP growth by 1.1%, according to the government.
For 1Q01, the fiscal stimulus was still limited because Malaysia's
fiscal spending is usually back-end-loaded. Fiscal outlays for
operating and development expenditures in 1Q01 were less than
20% of the budget for the full year. With more fiscal money
expected to be pumped into the economy, our latest forecast
projects a mildly faster GDP growth rate from 3Q01. However, we
still believe that the fiscal stimulus will not be entirely effective given
the restrictive monetary environment. Foreign reserves with the
central bank have dropped by an average of US$800 million a
month since the beginning of the year, and there is no sign of this
fall being halted. The effect will be to pare money growth and limit
the effectiveness of the fiscal stimulus.
We see risks to our forecast in the pace of US economic recovery,
and there is the possibility that the Malaysian government will
introduce further fiscal stimulus measures when another slew of
weak numbers are released for 2Q01. http://www.bernama.com/businessbm/pe2505_12.htm
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama)-- Menteri Kewangan dan Tugas-Tugas
Khas Tun Daim Zainuddin berkata beberapa penganalisis dan pengulas cenderung
untuk menukar pendirian sebaik sahaja kerajaan memberi tindak balas terhadap
permintaan-permintaan yang dibuat oleh kuasa pasaran.
Oleh itu, kerajaan sentiasa merasa bingung dengan jenis tindak balas dan penilaian
mengenai ekonomi Malaysia, katanya dalam ucapannya kepada hadirin yang
kebanyakannya terdiri daripada ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat asing yang
menyertai Program Serantau Malaysia, di sini hari ini.
"Di zaman yang amat sinis dan keinginan membuat spekulasi yang tidak terbendung
ini, satu cabaran utama yang dihadapi oleh pemerintah ialah usaha menangani
tanggapan yang salah," katanya. Contohnya, kata beliau, apabila cukai keluar sebanyak 10 peratus dimansuhkan oleh
kerajaan, penganalisis dan pengulas berkata isu sebenarnya bukan itu tetapi tadbir urus
korporat dan kemungkinan penetapan semula (ringgit).
Penganalisis-penganalisis yang berpangkalan di sebuah negara lain juga berbaris
untuk memberi pendapat yang sengit dan menyebabkan kerosakan. Pada masa yang
sama, mereka yang merasa curiga juga asyik menyentuh tentang rizab dan Yen tetapi
Malaysia tidak menghadapi masalah melainkan jika Yen menjunam ke tahap serendah
170. Daim berkata rizab luar negara Malaysia berada pada tahap yang selesa dan
pengeksport-pengeksport diberitahu bahawa kerajaan akan mengekalkan suasana yang
stabil dan boleh diramal. Sementara itu, pekilang-pekilang perlu meningkatkan produktiviti dan
mengurangkan kos untuk terus berdaya saing.
"Kami memohon maaf kerana seringkali bersungut tetapi kami tidak akan terpengaruh
untuk mengubah dasar rundingan konstruktif. Kami akan terus memberi penjelasan
dan mendapatkan maklum balas serta input daripada peserta-peserta pasaran,
penganalisis kewangan yang ternama dan pengurus-pengurus dana," katanya.
Daim berkata sungutan terhadap kerajaan seperti yang dilaporkan oleh media
antarabangsa, selalu kurang disokong butiran terperinci tetapi pada asasnya ia berkisar
sekitar isu tadbir urus korporat, tipu helah korporat kononnya yang tidak
menguntungkan pemegang saham minoriti dan yang peliknya, dakwaan bahawa
ketidak pastian politik semakin memuncak.
Berhubung dengan tadbir urus korporat, katanya, kerajaan sentiasa bertegas bahawa
pengkritik harus menyebut kes khusus bagi mendapatkan respons daripadanya.
Katanya tindakan pihak berkuasa Malaysia mendakwa pesalah-pesalah bagi kesalahan
berhubung dengan penipuan, rasuah dan manipulasi pasaran bukanlah perkara baru.
Pada masa yang sama, terdapat juga kecenderungan untuk meniru kata-kata
pengkritik yang lebih lantang dan secara membuta tuli mengikut format tertentu, dan
corak ini telah mencetuskan desas desus bahawa ketidak pastian politik semakin
memuncak ataupun menyentuh tentang rekod hak asasi manusia negara ini, kata Daim.
Sejak dari selepas Merdeka lagi, katanya, keutamaan kerajaan Malaysia ialah untuk
memerangi kemiskinan, mendidik rakyat dan membina asas negara baru.
Beribu-ribu orang Melayu, yang sebelumnya tidak mempunyai budaya
keusahawanan, diasuh sebagai ahli-ahli perniagaan oleh kerajaan yang juga tidak
mengamalkan diskriminasi terhadap ahli-ahli perniagaan bukan Melayu, katanya.
Bagaimanapun, perkongsian antara kerajaan dan ahli-ahli perniagaan Melayu ini telah
menjadi bahan cemuhan dalam tahun 1997 apabila lanskap ekonomi dan politik rantau
ini mengalami perubahan. "Kita telah dikejutkan dengan tuduhan lantang mengenai kapitalisme kroni," kata
Daim. Sementara itu, pergerakan buruh, yang telahpun diwakili dalam agensi-agensi
penting seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga mengalami tekanan-tekanan
baru. Politik dalaman dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menempuh
dimensi baru, dan dengan demikian mencetuskan kempen "Selamatkan Wang Rakyat"
yang diberi liputan besar-besaran oleh media antarabangsa.
Ia menimbulkan tanggapan bahawa wang rakyat berada di tangan gerombolan
perompak tetapi kesudahannya, jelas bahawa keseluruhan kempen itu hanya terhad
kepada Skim Anuiti, yang kebanyakan penyokongnya terdiri daripada kumpulan
berpendapatan sederhana. Juga, apabila Malaysia memasuki abad ke-21 sebagai sebuah negara yang
berkeyakinan, makmur dan tegas, peningkatan kegiatan politik merupakan satu
fenomena semula jadi dan orang lebih bebas memberi pendapat, katanya.
Apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkuasakan ke atas 10 orang
baru-baru ini, kerajaan telah dituduh bertindak keras ke atas musuh-musuh
politiknya sedangkan mereka yang ditangkap kebanyakannya adalah aktivis jalanan.
"Kami akan terkejut jika kami tidak diserang oleh pihak pembangkang, kerana itulah
yang mereka lakukan di seluruh dunia tetapi kami menentang peraturan samseng,"
kata beliau. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), katanya, bersikap pro-perniagaan
dan merupakan parti reformasi yang telah lama menyedari perlunya perubahan.
Umno telah bertindak tegas ke atas politik wang dan usaha membersihkan parti ini
akan membolehkannya menjadi lebih bersatu dan cekap dalam usahanya membawa
harapan dan peluang kepada rakyat dan menarik keluar lebih ramai rakyat daripada
belenggu kemiskinan, katanya. -- BERNAMA
|