Laman Webantu KM2A1: 4559 File Size: 10.7 Kb * |
TAG SP 132: B1 Penipuan 'Islamic Bond' By Harun Rashid 27/5/2001 7:46 am Sun |
TAG 132 [Bukan mudah untuk memberi ulasan kepada rencana yang berbentuk
teori kewangan ini kerana ramai yang tidak faham. Ketidak fahaman
itu juga menyebabkan kita mudah tertipu kerana ia bersalut dengan
nama Islam. Ramai yang tidak tahu Bank Islam dikawal selia oleh
firma perunding Arthur Andersen yang rata-rata pekerjanya bukan Islam.
Pekerja Islam boleh dibilang dengan jari tangan dan kebanyakkannya
bukan konsultan tetapi bertugas dalam perkhidmatan sokongan dalaman
(seperti jurutaip, penjaga stor dll). Walaupun syarikat ini kini adalah
gabungan dengan firma bumiputra HRM (Hanafiah, Ruslan dan Muhamad)
ia lebih kelihatan sebagai sebuah syarikat luaran.
- Editor] http://home.yqi.com/harunrashid1/70Islamic.html
(The Islamic Bond Scam) Dunia hari ini sudah menjadi satu tempat yang kecil, di mana maklumat
bersimpang-siur daripada pelbagai penjuru, mencari tempat di pusat-pusat
pasaran. Jumlah bilangan negara yang tidak mempunyai kemudahan berinternet
semakin mengecil. Selain dari segala maklumat itu, aliran wang tunai
bersimpang-siur sehingga menjadi satu kesulitan untuk menjejaki alirannya.
Sebaik sahaja digerakkan, wang cepat menyerap persekitarannya untuk
bercampur-baur, bertukar sejarah mana datangnya dan memberi ruang dan
kemudahan untuk diputar-belitkan rentak pergerakannya
Seperti juga maklumat, wang boleh bertukar rupa, sekejap dikaitkan dengan
sumbangan amal dan kebajikan, sekejap pula dengan kelengkapan perang. Wang
yang bertepatan nilainya mampu menggerakkan beras dan minyak sawit secara
berbungkal daripada sebuah kapal ke sebuah kapal lagi, daripada sebuah
pelabuhan ke sebuah jeti. Keperluan manusia di seluruh dunia tidak kiralah
betapa banyaknya mudah dipuaskan oleh pergerakan begini, seperti juga wang
yang menentukan pergerakan senjata berat, peluru dan segala kelengkapan
perang untuk tujuan pertahanan, serangan dan juga rusuhan.
Wang di tangan tidak perlu bertukar milik secara spontan. Ia boleh
disisihkan ke tepi sebagai bahan berbelanja yang tertunda, dan dikenal
sebagai penjimatan namanya. Sebagai imbuhan kepada mereka yang banyak
simpanan, wang tambahan ditawarkan untuk merelakan wang simpanan itu
digerakkan untuk satu waktu yang tertentu. Bank-bank menjadi orang tengah
dalam pergerakan kerja ini sebagai satu bentuk urusan niaga. Mereka
memberikan perkhidmatan menyimpan wang anda dengan selamat (kata
mereka.....!!!! - penterjemah) dan mengenakan sedikit caj sebagai bayaran
khidmatnya. Seandainya anda bersetuju, mereka memberikan pampasan pula untuk
menggunakan wang tersimpan itu untuk satu waktu yang ditentukan terlebih
dulu. Pergerakan wang simpanan ini boleh dibuat mengikut kiraan harian ataupun
mengikut kontrak masa yang ditentukan. Jumlah pulangan tentunya berbeza-beza
mengikut jenis kontrak yang disetujui sebelumnya. Namun, asasnya adalah sama
sahaja. Pada akhir tempoh perjanjian itu anda menerima wang pokok itu semula
bersama dengan faedah ataupun 'bunga'nya.
Ini adalah satu urusan niaga yang baik seperti yang digambarkan oleh bentuk
bangunan perbankan. Rupa-bentuknya memang teguh untuk melambangkan simpanan
wang yang utuh. Anda dibenarkan memasukki bangunan itu di waktu urusniaga
untuk memeriksa simpanan wang anda. Seandainya simpanan itu mengikut kontrak
masa tertentu anda tidak boleh mengeluarkan simpanan itu bila-bila masa
tanpa dikenakan denda dulu. Setiap wang yang dikeluarkan sebagai pinjaman,
bank tidak boleh menarik balik pinjaman itu sesuka hatinya. Itulah amalan
perbankan yang sudah lama usianya dan teruji amalannya.
Sistem perbankan secara besar-besaran bermula di Itali pada abad ke-13 dulu,
dan menjadi satu amalan yang mudah diuruskan dengan adanya sistem perakaunan
yang mengikut catatan beregu. Keluarga Medici daripada Florence menjadi kaya
raya melalui kepintaran menguruskan simpanan dana itu sehingga menjadi satu
model contoh untuk perbankan sejagat menirunya. Inilah yang menggerakkan
aliran wang seluruh dunia sehinggakan kad kredit dikeluarkan oleh bank, yang
menjadi bahan penjamin pembelian seseorang di mana-mana.
Islam dilahirkan pada abad ketujuh, jauh lebih lama daripada keluarga
perbankan di Itali mengamalkan kerja-kerja menyimpan dan meminjamkan wang
untuk satu bayaran kos perkhidmatannya. Untuk menerima bayaran kerana
meminjamkan wang, adalah dianggap bersalahan, dan satu penghinaan terhadap
moral kehidupan. Menerima bunga dan faedah yang dianggap 'riba' adalah
dianggap menyalah-gunakan hadiah yang diterima dengan izin Allah. Penggunaan
faedah dan bunga itu tertakluk kepada kesalahan ini, dan orang-orang Islam
di hari ini pun ternyata bersalah seandainya meminta-minta kepada faedah
yang dipengaruhi oleh wang simpanan mereka.
Kewujudan faedah itu tidak menyekat warga Islam mencampuri pelbagai aktiviti
seperti dana pencen. Perbezaan antara bunga, dividen dan keuntungan modal
menjadi semakin samar apabila wang itu semua dicampur-adukkan dalam satu
dana tabungan awam. Malahan, dana yang disimpan untuk kerja-kerja amalan
haji diharapkan membawa pulangan faedahnya. Adalah dianggap satu penghinaan
apabila merujukkan perkara ini sebagai riba ataupun faedah. Satu terma baru
terpaksa difikirkan pula. Terdapat beberapa simpanan wang yang besar-besar yang tersimpan dengan satu
peraturan yang keras betapa wang itu harus bebas daripada riba. Ada pihak
mengatakan anggaran simpanan ini menjangkau USD 200 billion banyaknya,
sehinggakan mampu membeliakkan mata seorang perompak kedai emas yang biasa.
Di Malaysia memang terdapat kerakusan untuk menyimpan matawang dollar
Amerika, dan banyak usaha telah dicuba untuk mendapatkan peluang menggunakan
simpanan perbendaharaan yang tidak mahukan riba ini.
Kebanyakan simpanan dana ini merupakan hasil penjualan minyak dan disimpan
di negara-negara di Timur Tengah. Soalannya yang menghantui Malaysia ialah
cara mana mahu menggerakkan dana ini mengalir ke Timur. Maka dilakarlah satu
jawapannya dengan mencipta 'Bank Islam' dan mengeluarkan pula 'Islamic
bonds'. Tetapi, apakah sebenarnya Bank Islam dan apakah pula bendanya 'Bon
Islam'? Oleh kerana semua itu adalah ciptaan baru, tidak ada pula satu definisi yang
tertentu. Tidak ramai orang yang mengerti apa ertinya Bank Islam dan apa
pula terma terbaru untuk bon Islam. Perkataan keIslaman ataupun 'Islamic'
merupakan perkataan yang sensitif kepada UMNO kerana ia menjadi sinonim
kepada sebuah parti politik. Ramai yang beranggapan bahawa perasaan itu
adalah disebabkan ketakutan akan terjadinya kelam-kabut antara parti politik
itu dengan segala usaha untuk menarik dana yang menggunakan label keIslaman.
Ada pihak yang amat takut kalau-kalau Parti Islam itu menganggap bank Islam
dan juga bon Islam sebagai haram. Kalau ini berlaku, punahlah rencana yang
dihajati itu. Bagaimana caranya sebuah bank Islam mencerna wang tanpa membayar faedah
kepada wang pertaruhannya. Mudah sangat; daripada membayar riba, si
penyimpan akan menerima satu jenis wang perkhidmatan, atau berkemungkinan
satu bahagian saham kepada faedah yang dijana oleh bank itu, seperti
perjalanan satu bank kerjasama. Apabila dana diterima mahu dipinjamkan
semula ia akan mencetuskan masalah tanpa sebarang faedah yang dikenakan.
Bank tidak mampu bertahan seandainya tiada faedah pulangan kerana
perkhidmatannya itu. Tidak kiralah kalau ia disebut sebagai wang
perkhidmatan ataupun apa juga bentuk semantik yang difikirkan selesa. Yang
menjadi masalah ialah menyatakan transaksi perbankan itu sesuatu proses yang
diterima pakai oleh kacamata masyarakat Islam.
Ini yang membuatkan bon Islam itu sebagai satu punca keraguan. Tujuan utama
semua itu ialah mahu menggunakan satu simpanan dana minyak yang besar. Apa
yang tercuit selepasnya adalah berbentuk sekondari sahaja. Untuk mencapai
sasaran ini, pelbagai janji telah diluahkan. Semua janji ini dilakar begitu
pintar sekali sehinggakan tidak ada sebarang sebutan perkataan riba dan
faedah di dalamnya. Budaya keIslaman diambil kira dalam melakar janji-janji
itu. Seorang warga Muslim yang berpuashati dengan perniagaan perbankan yang
mengenepikan unsur-unsur riba akan menyerahkan wang simpanannya untuk
diuruskan oleh bank yang berkenaan. Soalan susulan akan muncul pula, apakah
penyerahan dana itu akan dibayar balik?
Orang-orang yang bertaqwa memang mempunyai hati yang bersih dan saling
mempercayai sehingga mencetuskan suasana yang mereka itu mudah ditipu.
Setiap hari kita membaca cerita penipuan yang membabitkan orang yang menaruh
harapan kepada orang lain yang diamanahkan wang simpanannya. Di Malaysia ada
satu kumpulan tokoh korporat yang beranggapan bahawa sebilangan masyarakat
Islam di negara ini mudah ditipu dengan pelbagai rencana niaga yang penuh
tipu-daya. Lanun-lanun ini bergerak di seantero dunia, menjerumuskan Malaysia ke kancah
kebajingan dan keaiban. Apabila semua perbuatan mereka itu dilindungi oleh
pelbagai institusi kerajaan dan apabila aktiviti mereka dilindungi pula oleh
pihak polis, mereka bebas daripada sebarang pendakwaan di Malaysia. Manusia
bajingan ini baik dalam bidang korporat ataupun politik kini menumpukan
perhatian mereka kepada dana Islam. Kerana itu ada baiknya kalau kita
tuliskan sedikit peringatan untuk hal ini.
Selalunya bon-bon dibahagi-bahagikan kepada beberapa jenis surat janji yang
dikeluarkan oleh institusi kerajaan untuk kerja-kerja infrastruktur, dan
juga oleh pihak swasta untuk operasi perniagaan mereka. Bon jenis pertama
itu merupakan tanggungan pembayar cukai negara, kerana bon itu disokong oleh
segala infrastruktur yang dibiayainya. Secara teorinya, seandainya pengeluar
(penagih utama) bon sebuah syarikat telefon awam, gagal menunaikan
tanggungannya, anda dan juga sesiapa sahaja yang memegang bon syarikat itu
bolehlah merampas beberapa tiang telefon sebagai tuntutan ganti rugi untuk
mendapatkan hutang yang tertunggak itu. (Tetapi, itu satu andaian teori
sahaja - penterjemah). -Harun Rashid- Terjemahan SPAR-05-006 (Hongkong) Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Islamic Bond Scam |