Laman Webantu KM2A1: 4564 File Size: 32.8 Kb * |
TAG SP 134: Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura By MM 28/5/2001 2:37 am Mon |
TAG 134 [Rencana ini menunjukkan rusuhan kaum 1964 Malaysia-Singapura
adalah dirancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik mereka.
Ia menunjukkan belang sebenar Umno dan MCA yang sentiasa berpura
kununnya merekalah pembela bangsa yang diwakili mereka. Mereka
sebenarnya mengeksploitasikan keadaan tanpa menghiraukan keselamatan
rakyat yang terancam. Apa yang menarik di sini media pro Umno telah memainkan peranan
menyebar dakyah untuk merosakkan keharmonian kaum di sempadan.
Fenomena seperti ini sudah berlaku sekarang walaupun ia sedikit
berbeda dalam beberapa perkara namun natijahnya tetap sama. Jika
gejala ini dibiarkan berterusan ia akan mencetuskan satu mala-petaka
yang amat mengerikan sebagaimana yang terserlah di Kg Medan.
Keadaan hidup yang tertekan akan bertukar rupa menjadi dendam
yang meledak bila dipetik suis berita yang penuh kesamaran.
Akhirnya nyawa terkorban.... (Malaysia-Singapore 1964 Racial Riots)
Semasa perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah
membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi
tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak
supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja
petrol Kallang sekitar jam 5 petang, ia telah diserang. Dalam
sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00
petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di
kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan
kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang,
pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjung
Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi
dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge
Road. 50 orang yang cedera, kebanyakannya dengan kecederaan di
kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada jam 8.30
malam. Keadaan kacau-bilau berlaku dengan dahsyat sekali
sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan
tayangan filem sessi 9.30 malam. Pada hari pertama rusuhan itu,
4 orang terbunuh dan 178 lagi mengalami kecederaan.
Kekacauan itu turut merebak ke kawasan-kawasan lain di
Singapura pada beberapa hari berikutnya. 2 lelaki diserang di
kawasan Upper Serangoon jam 9.15 malam pada 22hb. Julai.
Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown
meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan
mereka. Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu
subuh dikenakan untuk seluruh pulau itu bagi mengawal
kacau-bilau pada 23hb.Julai, dan hanya ditarik semula
sepenuhnya pada 2hb.Ogos, selepas 11 hari. 45 orang yang
melanggar perintah berkurung tersebut telah dipenjarakan.
Dengan keadaan yang tidak stabil itu, harga-harga makanan dan
bekalan keperluan naik dengan mendadak di dalam tempoh
tersebut. Semua kerja terpaksa diberhentikan untuk selama 3
hari. Yang lebih penting lagi, ketakutan telah merebak. Secara
keseluruhannya, 23 orang telah terbunuh dan 460 orang lagi
cedera. Sebab-sebab berlakunya rusuhan kaum :
Sentimen perkauman di Singapura dibangkitkan melalui berbagai
cara. Pada 12hb.Julai 1964, UMNO mengadakan persidangan yang
disertai oleh lebih kurang 150 organisasi Melayu di Singapura.
Persidangan itu dipengerusikan oleh Syed Jaafar Albar,
Setiausaha Agong UMNO di Malaya. Beliau telah membuat
kesimpulan bahawa orang-orang Melayu di Singapura tidak
mendapat layanan yang adil dari kerajaan PAP memandangkan
mereka dilihat tidak berkembang maju dari segi material. Beliau
telah menggesa orang-orang Melayu supaya bersatu bagi
menghadapi layanan yang tidak adil ini. Utusan Melayu, akhbar
Melayu di Malaya, yang dimiliki oleh ahli-ahli UMNO yang
terkemuka, juga sering menyuarakan pendirian yang sama di dalam
penerbitan mereka, dan ia telah menuduh PAP sebagai menghina
dan cuba untuk memecahbelahkan masyarakat Melayu di Singapura.
Tidak mudah bagi Tunku Abdul Rahman untuk mengawal pertambahan
elemen-elemen perkauman di dalam UMNO kerana beliau akan
dilihat sebagai tidak menjaga kepentingan orang-orang Melayu.
Sebelum itu saban hari terdapat tuduhan-tuduhan dari Indonesia
yang mengatakan bahawa beliau telah menjual bangsa Melayu
kepada saudagar-saudagar Cina dan India di Malaysia. Selepas
rusuhan kaum, Tunku memberi pendapat bahawa ianya disebabkan
oleh pengabaian yang terlalu lama orang-orang Melayu Singapura,
dengan merujuk perkara berikut sebagai contoh : '(orang-orang
melayu) telah dipaksa keluar dari rumah-rumah milik mereka
untuk memberi jalan kepada pembangunan rumah-rumah pangsa baru
dan lain-lain.' MCA, parti komponen pemerintah di Malaysia turut menyumbang ke
arah kebangkitan suasana perkauman. Menterinya di dalam
kerajaan, Khaw KAI Boh, yang merupakan Menteri Kerajaan
Tempatan dan perumahan, sebagai contohnya, mendakwa bahawa
kemajuan Singapura adalah dikhaskan untuk orang-orang Cina, dan
beliau bercakap tentang Cauvinis Cina di Singapura. Pendirian
PAP adalah orang-orang Melayu perlu meningkatkan tahap
pendidikan mereka bagi membaiki kedudukan ekonomi mereka. Tiada
layanan istimewa, selain dari yang diperuntukkan di dalam
perlembagaan Singapura, yang dibayangkan.
Terdapat alasan-alasan yang lebih berasas tentang mengapa
ahli-ahli terkemuka UMNO dan MCA kelihatan begitu
bersungguh-sungguh untuk membangkitkan ketegangan sosial dan
kaum di Singapura, dan oleh itu melemahkan peraturan PAP dan
mengurangkan ancamam politiknya. Elemen-elemen tertentu UMNO
adalah bantahan terhadap pergabungan Singapura Dengan Malaya
menadangkan Singapura mempunyai bilangan penduduk berbangsa
Cina yang lebih besar. Nasionalis-nasionalis Melayu di dalam
UMNO juga tidak senang dengan profail tinggi yang diambil oleh
Lee Kuan Yew, seorang ahli politik Cina, semasa perundingan
untuk pergabungan dan di dalam tempoh sebaik sahaja selepas
pergabungan. Sebagai contoh, pemimpin Singapura itu mengumumkan
tentang kesukaran yang dihadapinya semasa perundingan untuk
pergabungan; dan di dalam satu program analisa berita TV BBC,
'Panorama', mengenai perjalanan peristiwa-peristiwa yang
membawa kepada pembentukan Malaysia, hanya Lee Kuan Yew yang
dijemput dan pandangan-pandangannya disiarkan. Pada bulan Jun
1964, Lee Kuan Yew mengetuai sekumpulan 12 orang ahli di dalam
satu misi kunjungan ke 17 negara-negara Afrika dan India untuk
menangkis propaganda Indonesia yang ditujukan kepada Malaysia,
satu tindakan yang telah mendapat bantahan dari nasionalis
Melayu seperti Syed Jaafar Albar. Kebimbangan UMNO semakin
bertambah apabila parti bersekutunya di Singapura gagal
memenangi sebarang kerusi di dalam pilihanraya yang diadakan
pada 21hb.September 1963 di Singapura, walaupun di dalam
kawasan yang mempunyai majoriti Melayu. Kesan dari kejayaan PAP
sangat ketara buat UMNO. Dengan marahnya, Tunku mengecap
orang-orang Melayu di Singapura sebagai 'pengkhianat'. Calon
PAP yang diberikan undi oleh orang-orang Melayu di Singapura
juga berbangsa Melayu?? maka ia tidaklah boleh dikatakan
'pembelot' bangsa seperti yang digambarkan oleh Tunku.
Ahli-ahli terkemuka UMNO juga tidak senang dengan sikap
Singapura yang tidak patuh kepada kerajaan persekutuan. Sekali
pun Tunku mengeluarkan kenyataan umum menyatakan sokongan
kepada kepada MCA, PAP tetap bertanding melawan MCA di dalam
pilihanraya persekutuan pada bulan April 1964. Lebih dari itu,
PAP menunjukkan bahawa percubaan untuk muncul sebagai satu
kuasa politik yang lebih besar di Malaysia, boleh membawa
'angin perubahan' di Malaysia, di mana UMNO akan terpaksa
menerima ideologi politik dan cara pendekatan PAP yang
tersendiri dan lebih berprinsip saksama. Tun Razak, Timbalan
Perdana Menteri Malaysia. Menyuarakan kesangsiannya dengan
keikhlasan PAP terhadap kepentingan dan kebajikan orang-orang
Melayu. Penyertaan PAP di dalam pilihanraya persekutuan telah
dilihat sebagai satu percubaan untuk melemahkan kedudukan dan
hak-hak istimewa orang-orang Melayu di Malaya, walaupun PAP
tidak bertanding melawan UMNO secara langsung.
Cauvinis-cauvinis Melayu di dalam UMNO menggambarkan PAP
sebagai parti anti Melayu dan bersandarkan pada konteks inilah
maka kempen kebencian terhadap kerajaan anti Melayu PAP yang
dijalankan oleh Syed Jaafar Albar itu dapat difahami. Perasaan
orang-orang Melayu Singapura terhadap orang-orang Cina telah
terbakar. Lee Kuan Yew begitu pasti bahawa pelampau-pelampau
UMNOlah yang patut dipersalahkan di dalam kejadian rusuhan kaum
itu. Kesangsian MCA terhadap Singapura yang diterajui oleh PAP itu
adalah bertujuan poltik. Mereka sebenarnya bimbang kehilangan
sokongan dari penyokong-penyokong Cina di Malaya kepada Lee
Kuan Yew. Pemimpin-pemimpin utama MCA cuba menyimpangkan
perundingan sebelum pergabungan terjadi. MCA juga cuba untuk
mengurangkan pengaruh politik PAP dengan menguatkan kembali
cawangannya di Singapura, dan terlibat secara langsung di dalam
politik Singapura. PAP pula, enggan untuk menerima bahawa MCA
memperjuangkan kepentingan semua orang Cina di Malaya. MCA
dilihat sebagai sebuah 'kelab orang-orang kaya' yang
kegagalannya untuk memperjuangkan kepentingan orang-orang Cina
yang kurang berkemampuan, terutamanya yang tinggal di
kawasan-kawasan bandar, boleh membawa kepada bertambahnya
pengaruh parti-parti politik pro-komunis. Dari itu MCA amat
bimbang dengan PAP yang mungkin memohon untuk menggantikan
tempatnya di dalam Perikatan yang memerintah Malaysia sekiranya
kekuatan politik PAP semakin meningkat, biarpun
kenyataan-kenyataan umum Tunku Abdul Rahman bahawa beliau akan
tetap mempertahankan MCA, rakan kongsi setianya.
Hubungan di antara MCA dan PAP diburukkan oleh
kenyataan-kenyataan balas yang dikeluarkan secara berterusan,
berkenaan hal-hal politik dan peribadi. Kenyataan-kenyataan
tersebut bertambah hangat semasa kempen pilihanraya pada bulan
April 1964 di Semenanjung Malaysia, apabila PAP tidak berjaya
di kawasan-kawasan Bandar, semata-mata untuk menunjukkan bahawa
PAP hanya berguna kepada UMNO dari segi pilihanraya dari MCA.
Ketegangan semakin meningkat apabila Tan Siew Sin, Menteri
Kewangan Pusat, enggan melaksanakan pasaran saham yang sama di
Malaysia sebagaimana yang telah dipersetujui semasa perundingan
sebelum pergabungan, kecuali Singapura membayar 60%, bukannya
40%, dari pendapatan negaranya kepada Kuala Lumpur. Adalah
dipercayai bahawa MCA tidak mahu menambahkan kelebihan ekonomi
Singapura dengan mengorbankan ahli-ahli MCA yang terlibat
dengan perniagaan. Agen-agen Indonesia mungkin juga terlibat di dalam menimbulkan
kacau-bilau itu. Itu adalah tempoh masa konfrontasi. Indonesia
di bawah arahan Presiden Sukarno, membangkang pembentukan
Malaysia kerana ia berminat untuk menakluki Sarawak dan Sabah
di dalam Malaysia Timur. Kerajaan Indonesia juga menghadapi
pelbagai masalah seperti ancaman ekonomi, rasuah, pentadbiran
yang salah dan aktiviti-aktiviti yang merosakkan oleh komunis.
Percubaan untuk menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan di
Malaysia akan dapat mengalih perhatian rakyat Indonesia dari
masalah-masalah tersebut. Dari bulan September 1964 sehingga
bulan Mei 1965, terdapat sebanyak 42 kejadian letupan bom oleh
pengkhianat-pengkhianat yang menerima arahan dari Indonesia.
Selepas rusuhan kaum pada 21hb.Julai 1964, Tunku Abdul Raqhman,
Perdana Menteri Malysia, mengutuk Indonesia sebagai dalang di
sebalik kejadian rusuhan itu. Walau bagaimanapun,
pengkhianat-pengkhianat Indonesia itu tidak akan berjaya,
sekiranya ketegangan kaum belum lagi tercetus sebelum itu.
Masalah-masalah perkauman yang lain di dalam sejarah Singapura:
Kejadian rusuhan kaum pada 21hb. Julai bukanlah satu-satunya
insiden yang pernah berlaku. Terdapat tiga kejadian penting
yang telah berlaku. Kejadian pertama berlaku di antara 21 Ogos
1945 dan 11 September 1945, di dalam tempoh sementara di antara
waktu Jepun Menyerah Kalah dan kembalinya kuasa British.
Kejadian kedua adalah rusuhan Maria-Hertogh dari 11 hingga 13
Disember 1950, di mana sensitiviti orang-orang Melayu Islam
telah dibangkitkan berikutan keputusan mahkamah penjajah
(kolonial) yang membenarkan seorang budak perempuan berbangsa
Belanda yang dibesarkan sebagai seorang Islam dikembalikan
kepada ibu bapa kandungnya yang beragama Kristian. Rusuhan yang
tercetus itu disemarakkan lagi oleh gambar-gambar dan
artikel-artikel yang tersiar di akhbar-akhbar sehingga
menyebabkan 18 orang terbunuh dan 173 lagi cedera. Insiden
ketiga berlaku pada 3 September 1964. Rusuhan itu telah
dibangkitkan oleh agen-agen Indonesia yang mahu menjejaskan
kestabilan di Singapura. Walaupun pertelingkahan itu berlaku
sekali-sekala, apabila perintah berkurung ditarik balik pada 9
September 1964, seramai 13 orang telah terbunuh semasa merusuh
dan 102 lagi cedera. Seramai 240 'pendesak politik' yang
dianggap bertanggungjawab terhadap gangguan itu telah
ditangkap. Adakah anda tahu bahawa ????
Terjemahan SPAR-09-001 Rencana Asal: http://members.tripod.co.uk/Malaysia_Muddling/
1964_Racial_Riots.html Celebrations to mark the birthday of Prophet Mohammad were
held throughout Malaysia. In many towns, it was a grand
occasion. Various units of the armed forces, police, fire brigade
and ex-servicemen for instance, participated in the celebrations
at Merdeka Stadium in Kuala Lumpur. In Singapore, 212 Muslim
organisations participated in the rally. By 1 pm on 21 July 1964,
25 thousand Muslims gathered on the Padang. At 2 pm, the Yang
di-Pertuan Negara, Singapore?s head of state, made a formal
address. Muslims were urged to follow Islamic teachings and be
"patient, forebearing and industrious". At 3.30 pm, the crowd was
supposed to march from the Padang to St Andrews Road, Beach
Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, and eventually
to Lorong 12, Geylang. During the procession, at the Kallang area, some one threw a
bottle at the procession. Tempers were frayed. When a federal
reserve unit policeman asked the procession-marchers to stick
to the route near the Kallang gas works at around 5 pm, he was
attacked. Disorder quickly spread. By 6 pm, arson affected the
Geylang area between Kallang and Geylang Serai, and cars were
overturned. By 6.30 pm, clashes in Chinatown and Tanjong Pagar
were reported. At 6.45 pm, there were further reports of clashes
at Arab Street and North Bridge Road junction. 50 injured people,
mostly with head injuries, were treated at the Singapore General
Hospital by 8.30 pm. The disorder was so great that many
cinemas announced the cancellation of their 9.30 pm film
screening. In the first day of rioting, 4 were killed and 178 injured.
Disorder spread to some other areas of Singapore in the next few
days. 2 men were assaulted in the Upper Serangoon area at 9.15
pm on 22 July. Malay families living in Queenstown left their
homes for fear of their personal safety. A dusk to dawn curfew
was imposed island-wide to control the disorder on 23 July, and
was only completely lifted on 2 August, 11 days later. 45 curfew
breakers were jailed. With instability, the prices of food and
provisions shot up during this period. All work had to cease for
three days. Most important of all, fear was widespread. In all, 23
were killed and 460 injured. Causes of the racial riots Racial sentiments were aroused in Singapore in various ways. On
12 July 64 UMNO held a convention of about 150 Malay
organisations in Singapore. It was chaired by Syed Jaafar Albar,
secretary-general of UMNO in Malaya. He concluded that Malays
in Singapore had not been treated fairly by the PAP government
as they had not progressed in material terms. He urged the
Malays to unite to overcome this unfair treatment. The Utusan
Melayu, a Malay newspaper in Malaya, owned by prominent
UMNO members, also constantly adopted a communal line in
their publications, and it accused the PAP of humiliating and
trying to divide the Malay community in Singapore. It was not
easy for Tunku Abdul Rahman to control the more racialist
elements in UMNO as he would be seen to be unprotective of
Malay interests. There were already daily Indonesian accusations
that he had sold out the Malays to the Chinese and Indian
merchants in Malaysia. After the racial riot, Tunku suggested
that it was caused by the long neglect of the Singapore Malays,
pointing out for instance that, " (the Malays) were being driven
out of their homes which they had owned to make way for new
flats and so on ..." The Malayan Chinese Association, a component party in the
Alliance which governed Malaysia also contributed to the
racially-charged atmosphere. Its minister in the government,
Khaw Kai Boh, who was the minister for local government and
housing, for instance, alleged that Singapore?s progress was
especially meant for the Chinese, and he spoke of Chinese
chauvinism in Singapore. PAP?s position was that the Malays
would have to raise their educational standards in order to
improve their economic position. No special treatment, other than
that stated in the Singapore constitution, was envisaged.
There were more fundamental reasons why some prominent
members of UMNO and MCA were eager to create social and
racial tension in Singapore, and thus weaken PAP rule and reduce
its political threat. Certain elements of UMNO were from the
outset opposed to Singapore?s merger with Malaya as Singapore
had a large number of Chinese. These more extreme Malay
nationalists within UMNO were also unhappy with the high profile
adopted by Lee Kuan Yew, an ethnic Chinese politician, in the
negotiation for Merger and the immediate period after Merger.
For instance, the Singaporean leader publicised the difficulties he
faced during the negotiations for Merger; and on a BBC television
news analysis programme, "Panorama", on the course of events
leading to the formation of Malaysia, Lee Kuan Yew was the only
one who was invited and whose views were aired. In January
1964, Lee Kuan Yew led a 12-member goodwill mission tour of
17 African states and India to counter Indonesian propaganda
aimed at Malaysia, an act which attracted the protests of Malay
nationalists like Syed Jaafar Albar. The concern of UMNO was
heightened when the Alliance branch in Singapore failed to win
any seat in Singapore in the elections on 21 September 1963,
even in constituencies where Malays dominated. The implication
of the PAP victory was obvious to UMNO. In anger, Tunku
labelled the Malays who gave their support to PAP, rather than
UMNO, "traitors". The PAP candidates voted in by the Malays in
Singapore were however also Malay --- it was not an ethnic
"betrayal" as Tunku portrayed. Prominent UMNO members were also displeased with
Singapore?s perceived indocility to the federal authority. Despite
Tunku?s public statements supporting MCA, PAP contested
against MCA in the April 1964 federal elections. Moreover, PAP
made clear that by attempting to become a bigger political force
in Malaya, it could bring about "the winds of change" in Malaysia,
whereby UMNO would be forced to accept the non-communal,
more egalitarian political ideology and approach of PAP. Tun
Razak, deputy Prime Minister of Malaysia, then expressed his
doubts of PAP?s sincerity towards the interests and welfare of
Malays. PAP?s participation in the federal elections was thus
seen as an attempt to undermine the Malays? special and
privileged position in Malaya, though PAP did not contest against
UMNO directly. Malay chauvinists in UMNO portrayed PAP as an
anti-Malay party and it was against this context that Syed
Jaafar Albar?s campaign of hatred against the anti-Malay PAP
government could be understood. Feelings of the Singapore
Malays against Chinese were inflamed. Lee Kuan Yew was
certain that the UMNO extremists were to be blamed for the
racial riots. The Malayan Chinese Association?s suspicions of PAP-led
Singapore were political. They feared losing the support of their
Chinese supporters in Malaya to Lee Kuan Yew. Key leaders of
MCA tried to derail the negotiations prior to the Merger. MCA
also attempted to reduce the political influence of PAP by
revitalising its branch in Singapore, and involving itself in
Singaporean politics. The PAP on the other hand, refused to
accept that the MCA represented the interests of all Chinese in
Malaya. MCA was seen as a "rich man?s club" whose failure to
represent the interests of less well-off Chinese, especially in the
urban areas, could lead to the growth in influence of the
pro-communist parties. MCA thus harboured deep fears that
PAP might seek to replace it in the Alliance which ruled Malaysia
if PAP grew in political strength, despite public statements by
Tunku that he would stand by the MCA, its "staunch partner".
Relations between MCA and PAP were worsened by constant
antagonistic public statements, of a political and personal nature.
Such statements came thick and fast in the midst of the
campaigning for the April 1964 elections in Peninsular Malaysia,
when PAP contested unsuccessfully in the urban areas against
MCA, in order to show that PAP was more useful to UMNO
electorally than MCA. Tension was further raised when Tan Siew
Sin, the federal Finance Minister, refused to implement the
common market in Malaysia as agreed during the negotiations
prior to the Merger, unless Singapore remitted 60%, instead of
40%, of her national revenue to Kuala Lumpur. It was believed
that MCA did not want to increase Singapore?s economic
advantages at the expense of MCA members engaged in
business. Indonesian agents could also have been involved in provoking the
disorder. This was the period of Confrontation. Indonesia, under
the direction of President Sukarno, were opposed to the
formation of Malaysia as she was interested in capturing
Sarawak and Sabah in East Malaysia. The Indonesian
government was also faced with various problems, such as
economic perils, corruption, maladministration and subversive
activities by communists. Its attempt to create disorder and
instability in Malaysia would divert the attention of Indonesians
from such problems. In the period from September 1963 to May
1965, there were 42 bomb explosions by Indonesian-directed
saboteurs. After the racial riot on 21 July 1964, Tunku Abdul
Rahman, the Prime Minister of Malaysia, condemned Indonesia
as the possible agent behind the riots. However, the Indonesian
saboteurs would not have been successful, if racial tension has
not already been heightened. Other racial troubles in Singapore's recent history:
The 21 July 1964 racial riots were not an isolated incident. Three
other significant incidents took place as well. The first took place
between 21 August 1945 and 11 September 1945, in the interim
period between the Surrender of the Japanese and the return of
the British forces. (See attached letter by Chan Kwee Sung) The
second was the Maria Hertogh riots from 11 to 13 December
1950, during which Malay-Muslim sensitivities were aroused by
a colonial court judgement that a Dutch girl who was brought up
as a Muslim, was to be returned to her Christian natural parents.
The ensuing riot which was fanned by inflammatory press
photographs and articles left 18 dead and 173 injured. The third
incident occurred on 3 September 1964. The riots were inspired
by Indonesian agents who wanted to disrupt stability in
Singapore. Though the clashes were sporadic, by the time the
curfew were lifted on 9 September 1964, 13 persons had been
killed in rioting and 102 injured. Some 240 "political agitators"
who were deemed responsible for the disturbance were arrested.
Did you know that...
|