Laman Webantu KM2A1: 4568 File Size: 16.7 Kb * |
Mampukah Mahathir Singkirkan Daim? By Dahlia 28/5/2001 7:07 pm Mon |
[Khabar tidak akan ditiup jika tidak untuk menguji reaksi
di mana arus itu akan pergi. Ia adalah strategi penting Mahathir
yang cukup berguna untuk memusnahkan Tunku, Anwar dan kini Daim.
Namun begitu, kali ini ia sedikit berbeda kerana "kawan lamo"
ini terlalu kaya lagi berguna untuk Mahathir sewaktu bekerja dan
sewaktu tidak bekerja. Oleh itu Daim dijangka akan digugurkan
tanpa kehilangan harta kerana itu sahaja yang dipinta. Kita
percaya satu sen pun tidak akan diusik walaupun imej Daim sudah
terusik gila. Ini semua lakunan untuk mengabui mata agar Mahathir
terus berkuasa. Mahathir dijangka akan mengumumkan beberapa kejutan sebelum
perhimpunan agung Umno nanti. Tetapi dengan tersiarnya pendedahan
seperti ini rancangan itu mungkin ditukarnya lagi. Daim mungkin
dikekalkan atau sukarela berhenti kerana tidak mahu mencemarkan
nama parti agar imej Mahathir bersinar lagi. Penulis surat layang
itu akan disandarkan kepada orang lain pula kerana ramai ingin
menjadi kaya sekarang hanya dengan meminjam nama. Mahathir mungkin
begitu marah dan curiga dengan tersebarnya perancangan beliau ini.
Mungkin juga tiada perubahan kabinet agar tulisan siber tidak
dipercayai. Sila rujuk satu surat layang pos mengenai Daim yang akan disiarkan
di laman ini nanti. Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, begitu juga
beberapa penulis-penulis lain di laman-laman reformasi
KHABAR persengketaan Mahathir-Daim (M-D) telah sampai ke
peringkat yang teruk sekali dan sudah tidak dapat ditutup lagi.
Namun mereka berdua, khususnya Mahathir terus menafikannya.
Sudah banyak kali penafian itu dibuat. Malah baru-baru ini,
dalam akhbar Utusan Meloya, satu surat misteri dari seorang
pembaca telah disiarkan. Ia mengatakan bahawa hubungan M-D
masih baik, "bagaikan aur dengan tebing" yang saling memerlukan
antara satu sama lain (~Kelakarnya~). Desas desus kerenggangan
itu cuma digembar-gemburkan oleh pembangkang dan ingin diambil
kesempatan oleh pihak luar/asing untuk memporak-perandakan
kestabilan politik negara, sekaligus memusnahkan ekonomi yang
sedang kukuh (kununnya). Saya fikir, dan saya yakin bahawa surat itu hanyalah satu ilusi
penulisnya yang menganggap pembaca Malaysia sudah tidak
mampu membezakan antara berita benar atau sebaliknya.
Nampak benar si penulis ini syiok sendiri, atau terlalu taksub
kepada ketuanya sehingga melakukan apa saja demi pangkat
dan harta. Namun, jauh di sudut hati saya, saya masih percaya
dan yakin bahawa si penulisnya tidak lain dan tidak bukan
adalah sdr Zainudin Maidin (ZAM), yang antara tugas beliau di
UM itu ialah mengarang dan menulis (serta menyiarkan) surat
pembaca yang pro dan favour kepada Mahathir@kerajaan.
Syabas ZAM! Bagi sesetengah pihak, ada mengatakan bahawa hubungan M-D
memang sah sudah lama retak, namun kerana masing-masing
harus menjaga kedudukan masing-masing, mereka harus terus
berlakon di depan rakyat. Berlakon dan terus berlakon.
Tukar skrip dan berlakon. Mereka sama-sama tau kelemahan
masing-masing. Hubungan Mahathir dan Daim perlu dikhabarkan negatif ketika ini
untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari percikkan kemarahan akar
umbi umno yang sedang hangat ketika ini. Akan tetapi untuk
mencetuskan kekeliruan khabar rasmi akan menonjolkan mereka tidak
bergaduh sama sekali. Lapuran agenda daily 23 Mei yang lalu
menceritakan Daim dan Mahathir bergurau senda dan ketawa
riang di Putrajaya sehingga terkejut pemerhati semua.
[Rujuk: http://www.agendadaily.com/]
Keadaan politik sekarang memerlukan salah seorang terkeluar
jika tidak dua-dua akan tertendang keluar. Disinilah khabar
memainkan peranan awal satu rancangan supaya kedua-dua selamat
jika irama berubah rentak. Cara yang paling selamat
sekarang ialah dengan Daim dipersalahkan besar-besaran melalui
khabar yang melayang. Tetapi siapa yang sebenarnya bersalah? Siapa kata Daim tak
bersalah? Dan siapa pulak kata Mahathir bersalah? Huh, tak
taulah. Itulah sesuatu yang sedang berputar sekarang agar
semua kebingungan. Tetapi yang pastinya pembangkang yang
asyik dipersalahkan sebagaimana yang tertulis di Utusan.
Yang paling jelas sekarang ialah senario politik umno dan
poilitik Mahathir terlalu terkecamuk sekarang ini. Mahathir
sekali lagi menggunakan kecekapan auta dan belitnya untuk
membuat rakyat menuding jari kepada Daim seorang. Ini
bertujuan untuk menimbulkan kebencian meluap-luap ahli umno
kepada Daim. Bahasa surat layang yang beredar itu jelas
mempunyai elemen menanam kebencian ini.
Strategi ini nampaknya cukup berkesan, Daimlah yang telah
menyebabkan huru-hara dalam politik dan ekonomi negara. Si
Diam kecik-kecik cili api itu, nampak saja KECIK, tapi cukup
bisa dan KERAS kepala. Mahathir dikatakan tak puas hati dengan Daim kerana Daim
sering membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada
beliau. Benarkah? Tetapi yang menjadi punca utama ialah
apabila Mahathir mendapat tahu yang Daim ada membuat
pakatan untuk menjatuhkan Mahathir dengan melibatkan
beberapa orang kanan parti dan veteran.
Mahathir juga marah apabila beberapa keputusan dibuat oleh
Daim telah membelakangkan kepentingan kroni Mahathir,
temasuk kepentingan anaknya Mokhzani dalam bidang
perniagaan. Daim telah mengutamakan kepentingan kroninya
sendiri seperti Tajudin Ramli, Halim Saad dan dot dot dot.com.
Cemburu? Memang Mahathir cemburu pada Daim walaupun
mereka ini sama-sama kaya dan bilionwan.
Senang saja gambarannya. A guy with RM6.5b is not happier
than a guy with RM7b. The BIG money earners know each other
and the little money earners know (or know OF) the ones who
make the BIG money. Ehm! Cuba kita lihat kepada ringkasan mengapa Mahathir marah pada
Daim? Antaranya ialah kerana perebutan "Kuasa" yang tak
sudah-sudah antara keduanya, selain daripada Daim dianggap
lebih superior dari segi kekuatan ekonomi.
Atau, alasannya ialah mudah sahaja. Mahathir tidak selesa jika
Daim menguruskan kewangan negara. Mahathir lebih selesa
menguruskannya sendiri dengan bantuan Nazri Aziz, ataupun
bantuan Muhyidin Yassin ataupun, mungkin Tok Pa dari Jeli?
Yang penting mereka lembik macam Pak Lah yang tidak tahu
apa yang berlaku dalam kementerian sendiri.
Mahathir memang tidak suka seorang yang pandai dan lurus
bendul kepada rakyat menjaga kementerian yang menyimpan
khazanah yang lumayan ini kerana sekarang musim untuk
mencuri akibat tersepit oleh krisis ekonomi. Apa yang
telah dicekup dulu masih tidak mencukupi kerana masih
banyak yang sakit lagi. Malah terpaksa bekerja sampai mati
kerana nasib kroni masih belum terjamin. Itulah punca Abul
Hassan yang sudah bersara dipanggil semula untuk agenda yang
seterusnya. SURAT LAYANG : TANDA MATA ATAU TANDA TANYA?
Sejak pertengahan Mei ini, satu surat yang mengandungi segala
perbuatan jahat dan penyelewengan Daim sejak menjadi Menteri
Kewangan/Penasihat Kewangan telah diedarkan kepada seluruh
kepimpinan umno di seluruh negara. Surat yang ditaip cantik
dengan komputer sebanyak tiga helai itu dihantar melayang-layang
di udara menerusi perkhidmatan POS Malaysia (??) yang sekarang
sudah ditelan oleh Phileo Allied dalam Mokhzani tiada. Tetapi
kaedah itu sudah tentu dirancang sewaktu Mokhzani ada!
Antara isu yang disebut dalam surat layang berkenaan ialah (sekadar menulis tajuk secara ringkas - sila rujuk rencana kepilan);
Pengedaran surat layang dan Buku 50 Dalil Mengapa Anwar
Tidak Layak Jadi PM dilakukan dengan penuh tanggungjawab
oleh tengku Adnan Mansor (tAM) kepada semua ahli dan
perwakilan umno pada perhimpunan umno pada tahun 1998*.
Tetapi kali ini, agak-agaknya siapa pula? Kalau dulu tugasan tAM
dilaksanakan dengan penuh keupayaan dengan segala bentuk
keizinan oleh Mahathir dan Daim, kini tiba giliran Daim pulak.
Macam main enjit-enjit semut pula. Begitulah hukum karma.
Hukum Allah tak akan ada manusia dapat menduganya.
tAM sudah jadi menteri. Itulah hadiah (reward) yang diberikan
kepadanya kerana pertolongan beliau yang sangat besar kepada
Mahathir menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tak apa, insyaAllah, akan
sampai masanya pula. Allah swt tidak akan mungkir!
Namun, jika kita menyorot riwayat Mahathir seperti yang ditulis
oleh ZAM bertajuk; Mahathir: Di Sebalik Tabir (1994), jelas
dicatatkan bagaimana Mahathir telah menulis sepucuk surat
layang kepada Tunku Abdul Rahman yang menyentuh bagaimana
Tunku telah bermain judi bersama-sama rakan MCA ketika keadaan
huru-hara akibat 13 Mei di KL. Malah, Mahathir yang kemudiannya dipecat dari MT umno
ekoran dari peristiwa itu telah diberi sebab mengapa tindakan itu
telah diambil secara "konsensus", iaitu kerana Mahathir
Mohamed telah menulis dan menyebarkan surat berkenaan
tanpa membawa perkara itu ke dalam mesyuarat MT terlebih
dahulu. Tunku juga mengakui bahawa surat yang ditulis dan disebarkan
oleh Mahathir itu telah memusnahkan seluruh pengorbanan
Tunku kepada negara ; sila rujuk Mingguan Malaysia dan
Utusan Zaman (20 Julai, 1969). Sejarah juga turut mencatatkan bahawa demonstrasi-demonstrasi
yang berlaku di Universiti Malaya, di Kolej Islam dan ITM pada
ketika itu yang menuntut Tunku meletakkan jawatan adalah merupakan
perancangan kotor licik Mahathir Mohamad.
Apa yang hendak saya kaitkan dengan peristiwa ini ialah, tidak
hairan sedikitpun apabila surat layang dan penyibaran-penyibaran
berita peribadi para pemimpin serta skandal-skandal yang dilakukan
oleh mereka diketahui umum semasa pentadbiran Mahathir, ialah kerana
Mahathir sendiri adalah pakar pembuat surat layang
dan pembuat fitnah. Siapa yang paling untung dengan surat yang
melayang itu jika tidak Mahathir seorang?
Sejak seminggu lepas, ketika Daim masih di alam percutian,
gerakan menyibarkan cerita-ceita kotor@jijik@rakus@tamak@pecah
amanah oleh Daim telahpun disebarkan menerusi mesyuarat-mesyuarat
/ perjumpaan sulit di kalangan pemimpin atasan umno.
Antara berita yang disebarkan untuk kategori "words of mouth";
Soal benar atau tidak, bukan persoalan yang harus kita bincang
sekarang. Dua-dua tidak mengaku salah. Malah dua-dua juga
mengatakan mereka telah melakukan yang terbaik untuk rakyat,
untuk negara. Namun, yang sah, yang nyatanya ialah kedua-dua lanun
bertaraf proffesional ini merupakan makhluk perosak yang
sungguh menjijikkan dan ultra rakus dalam sejarah Malaysia
sejak ia ditubuhkan, malah sejak JWW Birch dibunuh di Pasir
Salak. Kedua-duanya sama jahat dan sama gred A1 tahap
penyamunnya. Bagi sebilangan besar tokoh-tokoh veteran umno telah
menganggap Mahathir dan Daim merupakan dua "tokoh"
perosak agama dan bangsa serta negara. Sejarah telah
menunjukkan bahawa dengan gandingan kepimpinan mereka
berdua, Islam dan orang Melayu menjadi sungguh huru-hara di
Malaysia. Mereka lebih jahat atau setaraf dengan beberapa
nama pemimpin yang zalim yang mempunyai ciri-ciri (diktator +
machiavellian + ultra kapitalism) yang terkenal di dunia -
Porfirio D'az (Mexico), Mobuto (Zaire), O'Higgis (Peru), Otto
Von Bismark/Hitler (German) , Marcos dll .
PERHIMPUNAN KHAS UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN
Sudah menjadi budaya ahli umno untuk berpihak kepada yang
nampak kuat tidak kira ia betul atau salah. Ini akan menjamin
tempat dan kedudukkan masa depan. Setelah membakar ahli umno
dengan khabar yang melayang, satu perhimpunan perlu diadakan
untuk mengumpul api kemarahan dan mencetus ledakkan. Oleh itu,
Mahathir telah mengarahkan satu perhimpunan khas Pemuda umno
Malaysia yang diberi nama AMANAT PRESIDEN BERSAMA PEMUDA UMNO
akan diadakan pada 29 Mei ini di PWTC. Setiap Bahagian dipaksa
membawa rombongan dua buah bas untuk memastikan sekurang-kurangnya
5 ribu pengangguk setia berada di Dewan Merdeka PWTC pagi itu nanti.
Sebenarnya, menurut sumber, perhimpunan itu tidak lebih dari
sebuah perhimpunan yang stereotype yang kununnya untuk
menunjukkan kesetiaan rakyat kepada Mahathir. Kununnya
juga, sungguhpun ahli parti marah beruk pada Mahathir kerana
membuka keahlian parti kepada Cina Sabah, rakyat marah
kerana kerakusan kerajaan menggunakan tabungan negara
untuk kepentingan suku-sakat Mahathir-Daim, juga marahnya
rakyat sebab Mahathir menolak permohonan Anwar dirawat di
luar negara, namun sokongan rakyat (kununnya) tetap tidak
berubah kepada Mahathir sebagai PM. Maka, Mahathir akan terus seronok kerana dipuja oleh si
Hishamuddin dalam majlis angguk-angguk dan tepuk-tepuk tu
nanti. Agaknya, tak cukup dengan ucapan puja memuja Tengku
Razaleigh ketika ucapan mesyuarat bahagian umno di Gua
Musang 8 April lalu. Oleh kerana terlalu seronok dengan pujian
Ku Li yang meminta Mahathir terus memegang tampuk
pentadbiran dan pemerintahan negara, maka berkatalah
Mahathir (saya petik) membalas pujian itu;
"I would like to say TQ. I am already old, should have retired.
But if I'm required to work , I'll work. Sometimes you work till you
drop dead." Disambut oleh tepukan oleh rakyat Gua Musang yang tak
mengerti apa-apa, kecuali tepuk dan angguk!
(Grrrrrrrr!!!!!) PERUBAHAN KABINET SEBELUM PERHIMPUNAN umno?
Benar, itulah yang dirancang oleh Mahathir dengan
mengambilkira beberapa menteri akan digugurkan termasuk Daim
dan Khalil Yaakob. Malah, menurut sumber yang sangat dan boleh
dipercayai, Daim kini sudahpun diawasi oleh pihak keselamatan,
termasuk ahli keluarganya dan kediamannya di KL turut menjadi
fokus SB dan Tentera. Tetapi ada di antara mereka itu juga menjadi perisik untuk
perjuangan kita sebab itulah banyak rahsia bocor dengan mudahnya.
Mahathir berharap dia boleh terlepas dengan bermacam muslihat
sekarang ini. Pengguguran Daim dan Khalil sebelum perhimpunan
umno akan menonjolkan beliau pemimpin teragung yang perlu
disambung khidmatnya sampai mati seperti yang dirancang selama
ini. Rakyat akan terus terkeliru dan ahli umno akan semakin menjadi
pengampu. Hanya dengan surat layang Mahathir mampu menang
melawan Anwar atau Daim atau sesiapa sahaja kerana orang melayu
mudah diputar minda mereka berdasarkan khabar sahaja.
Pejuang reformasi harus mendedahkan rancangan jijik Mahathir jika
tidak ramai akan terus terpedaya. Gunakanlah alam siber ini
sebaik-baiknya kerana hanya inilah saluran bebas yang kita masih
ada. Orak dino iki Allahu Akbar, Reformasi! Wassalam |