Laman Webantu KM2A1: 4570 File Size: 9.1 Kb * |
Daim: Surat Layang di Pos Malaysia By Dahlia 28/5/2001 10:31 pm Mon |
[Berikut adalah antara kandungan surat yang dihantar melayang
melalui Pos Malaysia untuk memusnahkan Daim. Ia telah ditaip dengan
komputer asalnya tetapi tidak pula disebar melalui internet kerana
bimbang dapat dikesan puncanya. Dengan Pos Malaysia identiti penulisnya
tidak akan dapat dicam sesiapa supaya selamat orangnya.
Perhatikan Mahathir tidak disentuh pun melainkan sebagai pihak yang
termangsa pada perenggan mula-mula. Siapa yang berdiri dibelakang surat
ini tentulah seseorang yang akan paling untung dengannya dan mempunyai
semua rekod ahli umno serta tahu selok-belok Pos Malaysia. Kita serahkan
kepada para pembaca yang bijaksana untuk meneka siapa.....
Surat yang sepanjang tiga muka ini telah disebar merata kepada
ahli umno. Kebetulan sdri Dahlia menjadi salah seorang penerimanya
maka ia terlepas ke alam siber..... PEGAWAI KERAJAAN MALAYSIA YANG PALING KORAP
EPISOD 1 Syarikat kepunyaan businessman dari Singapura, Akbar Khan.... Kenapa
memeras hampir RM300 juta dari pelabur dalam CLOB untuk bayar ke
Akbar Khan? Sekarang, orang orang Singapura dan pelabur pelabur
CLOB yang lain merasa tidak puas hati dengan Kerajaan Malaysia
kerana membayar bayaran ini kepada Effective Capital.. Mereka soal
kenapa tak bayar ke KLSE atau PNB atau Kementerian Kewangan???
Sebabnya senang...80% dari bayaran ini masuk ke poket Daim, baki
nya 20% ke Akbar Khan sebagai servis jadi nominee.
Tajuddin Ramli selalu memberitahu kroni kroni nya bahawa beliau tak
perlu risau tentang pelaburan nya dan juga pinjaman bank yang besar
untuk saham MAS sebab dia adalah sebagai nominee sahaja untuk
Daim. Alangkah betul cakap Tajuddin sebab Daim berkata "kita mesti
selamatkan MAS demi maruah Malaysia" dan terus memberi Tajuddin
RM8.OO sesaham untuk membeli balik MAS dengan harga keseluruhan
sebanyak RM1.8 billion. Selepas itu, Tajuddin pula berkata
ke kroni kroni nya; 'lepas bayar hutang, saya masih mempunyai beratus
juta untuk pelahuran lain'. Menjaga maruah Malaysia untuk menyelamatkan MAS kononnya.
Mengapa tidak masukkan RM1.8 billion wang tunal ke dalam MAS
terus dan mengeluarkan saham saham baru kepada Kementerian
Kewangan, memandangkan MAS sudahpun overgeared??? Agaknya
Daim rasa lebih mustahak lapek poket dari menjaga maruah Malaysia
dan MAS. Kalau semua kakitangan baik pegawai tinggi ke, ground knew,
pramugara, pramugari, dll lain lain boleh menyoal logiknya kita orang
yang kira arif sikit ini hanya boleh tarik nafas panjang dan golek kepala
ajelah... Siapakah yang menguasai Renong??? Halim Saad ke??, UMNO ???.
Halim memberitahu member member rapat bahawa Daim adalah
tuanpunyanya dan orang yang sahih menguasai Renong. Ini sebab
Halim tidak susah hati wataupun Kumpulan Renong sekarang menuju
ke tahap bankrapsi. Halim juga berkata: "Daim akan menyelamatkan
Kumpulan Renong". Lepas itu, Kementerian Kewangan mencadang
untuk mengambil alih Putra dan LRT dengan harga keseluruhan
RM6.O billion. - Putra sebanyak RM4.5 billion dan LRT sebanyak
RM1.5 billion. Untuk menyelamatkan Putra, Daim terpaksa melibatkan
LRT untuk memberi gambaran yang cantik kononnya terpaksa
menyelamat pengangkutan awam di Lembah Kiang. Nampak sangat
cover-up ini. Pelabur pelabur dan agensi kewangan agak terkejut
dengan rescue yang diluar jangkaan ini. Adalah dalam pengetahuan
ahli ahli koprat bahawa Putra dibangunkan dengan jumlah RM3.5
billion maksima dan RM1.5 billion telahpun disedut keluar
Kenapalah menggunakan dana Pencen Pegawal Kerajaan, KWSP dan
Sistem Bank untuk menyelamat Time Dotcom??? Institusi institusi ini
mengalami kerugian berjuta juta ringgit. Senang saja, Kos infrastruktur
Time dotcom dinaikkan berkali ganda untuk disedut keluar juga
Tak kesian ke rakyat jelata. Duit pencen dan KWSP adalah duit titih
peluh rakyat. Kalau orang Cina mereka kata "Blood and Sweat
Money"... Kalau salahguna parah akibat nya. Takut disumpah
orang!!!!!!! Semua ahli ahli koprat tahu bahawa TK Lim inenyerahkan pegangan
Multi-Purpose kepada Daim dengan syarat bahawa segala kesalahan
yang dilakukan TK Lim dalam Kumpulan Multi-Purpose akan
dilangsaikan oleh Daim. Bagi TK Lim ini tidak merugikan beliau sebab
beliau telahpun mengeluarkan cukup banyak wang dari Multi-Purpose.
Oleh itu, beliau dengan rela menyerahkan 30% saham ke syarikat
Quantum Aspeds Sdn Bhd dengan percuma. Dr Chan Chin Cheung
adalah nominee utama untuk Daim dalam Quantum Aspects dertgan
Akbar Khan (Effective Capital) menonjolkan diri dalam Multi-Purpose
sebagai 'top honcho', untuk mcnguruskan Kumpulan Multi-Purpose
bagi pihak Daim. Sekarang barulah semua orang faham kenapa Bank Multi-Purpose
yang begitu lemah diurus, diberi status anchor hank (daripada
cadangan asas 6 anchor bank) apabila bank bank lain yang lebih
matang, berwibawa dan berupaya seperti RHB. Arab-Malaysia dan
Hong Leong terkeluar pada mulanya. Terry Tham Ka Hon, kawan rapat dan kenalan Wan Azmi Hamzah (satu
satunya nominee Daim yang kuat) dengan beberapa rakan kongsi
telah mengambil alih Quantum Aspects dengan harga sekitar RM500
juta dengan kelulusan (extremely friendly loan) dari Bank Bumiputra
Commerce sebanyak RM38O juta. Khabar khabar angin
mengatakan pinjaman ini dibawa sekuriti dan anggota pengarah
Quantum Aspects tidak perlu memberi jaminan individu seperti
diarabkan oleh Daim kepada CEO bank Bumi Commerce, Dato Md
Nor yang sekarang ini telah dilantik sebagal CEO MAS. Bayangkanlah
macam mana Dato Md Nor ini dapat menyelamatkan MAS??? Masa dia
menguruskan Bumi Commerce, bank temebut menanggung rugi
berbillion ringgit atas pinjaman pinjaman yang tidak dapat dikutip baRk
dan dengan pinjaman Extremely Friendly Loan yang diberi kepada
Quantum Aspects, Bank Bumi Commerce telah melanggar semua
syarat syarat kredit. Bagaimana agak nya??????
Banyak orang tahu bahawa Akbar Khan telah mengeluarkan RM600
juta dari Magnum Corp atas alasan pinjaman kepada seorang
nominee. Magnum Corp telah melaporkan bahawa pinjaman itu tidak
dapat dikulip balik dan sudahpun dibatalkan dalam list kutipan.
Dengan RM600 juta ini ditambah dengan RM500 juta yang dibayar oleh
Terry Tham dan pengarah pengarah untuk Quantum Aspects, Daim
membolot RM1.1 billion dari Multi-Purpose... mungkin beberapa juta
dibayar sebagai bayaran servis kepada nominee-nominee tertentu.
Dato Dr Muhammad Abdus Salim Cassim mempunyai 26.45% atau
295 juta saham dalarn Southern Bank. Dr Salim juga memberitahu
kroni kroni nya bahawa dia tidak suka berhutang dengan bank. Jika
begitu, macam mana dia dapat duit untuk membayar 295 juta saham
sekaligus- lebih satu billion ringgit??? Durian runtuh kut.... Saham
dia sekarang benilai lebih kurang RM450 juta. Sebenamya saham itu
bukan kepunyaan dia. dia tu cuma nominee untuk Daim. Semua ahli
ahli koprat tahu. Itulah sebabnya Southern Baiik yang begitu kecil
adalah àntara 1 anchor bank daripada asas 6 anchor bank.
Hai.. orang orang ......sebab itulah sekarang, apabila Daim memberi
ceramah mengenai pengurusan kopratLah, ketelusanlah, korupsilah
dan lain lain......tutup mata, tutup telinga dan gelak saja lah,,,
Hai dunia dunia... .kita tak habis disini.. tunggu sambungan Episod
lain nanti...susah nak habis sekaligus... macam juga harta yang
dibolot.
P/S: Maksud pantun Orak dino iki ialah: Tidak hari ini, esuk |