Laman Webantu KM2A1: 4573 File Size: 9.5 Kb * |
TAG SP 136: Lee Kuan Yew Bidas Dakwaan Rusuhan Bukan Angkara Umno By STS 29/5/2001 9:28 pm Tue |
[Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura itu memang
dirancang oleh Umno dengan Utusan sebagai lidah utama
menjelirkan apinya sehingga tergugat nyawa rakyat yang
tidak berdosa. Siasatan menunjukkan kumpulan dari
Indonesia langsung tidak ada kena mengena dengannya.
Ia cuma tipu bayangan sahaja. Umno dan Utusan sebenarnya telah mempurak-purandakan
negara sehingga hari ini. Kerananya lah rakyat Malaysia
kini merusak dan menuju kearah huru-hara. Malangnya
ramai di antara kita yang membaca sejarah bersikap tidak
apa pula....sekaligus membayangkan kita serupa sahaja
dan tidak berguna. Selagi perjuangan itu asyik terperam
di dalam diri ia tidak akan kemana. Kita sebenarnya menjadi
si bisu yang dayus-sedayusnya..... Terjemahan: SPAR-09-002
(Lee Kuan Yew Rebuts Claims That Riots Did Not Involve Umno)
Jawapan ini, yang dikeluarkan semalam, juga menyatakan
bahawa beliau telah menyaman seorang pemimpin Umno, Sdr.
Jaafar Albar, dan akhbar Utusan Melayu kerana mendakwa
bahawa beliau secara tidak sengaja telah menimbulkan
ketegangan yang membawa kepada berlakunya kejadian rusuhan
itu. Tindakan undang-undang itu telah diambil pada bulan April
1965 semasa Singapura masih menjadi sebahagian dari
Malaysia. Pemimpin Umno dan akhbar berbahasa Melayu di
Malaysia telah memohon maaf di mahkamah terbuka di sini dan
membayar segala kos tindakan undang-undang tersebut. Encik
Lee telah mengenepikan perkara yang menjejaskan dirinya
itu, setiausaha akhbarnya, Puan Yeong Yoon Ying, menulis
kepada akhbar The Sun di Malaysia. Edisi hari Ahadnya minggu lalu telah menyiarkan pertuduhan
itu terhadap En. Lee, yang diulangi oleh ahli sejarah
Malaysia Profesor Nik Anuar Nik Mahmud.
Ia juga menyiarkan kenyataan oleh Tan Sri Abdul Aziz Zain,
salah seorang dari empat hakim Suruhanjaya Siasatan Di
raja, mengenai rusuhan kaum. Beliau berkata, antara lain,
bahawa rusuhan tersebut telah ditimbulkan oleh kumpulan
pencetus huru-hara Cina, bukannya orang-orang Melayu.
Kedua-dua Tan Sri Abdul Aziz dan Profesor Nik Anuar itu
mengkritik tentang rusuhan dari sudut pandangan Menteri
Kanan itu di dalam bukunya yang terbaru : The Singapore
Story: Memoirs of Lee Kuan Yew. Di dalam suratnya, Madam
Yeong menjelaskan bahawa yang menjadi isu bukanlah pencetus
pertama yang menyebabkan rusuhan tersebut, tetapi siapa
yang telah mencipta 'satu suasana yang mudah meledak'.
Encik Jaafar dan Utusan telah mencipta suasana yang
membakar semangat perkauman ini dan tidak perlu hadir
sendiri untuk mencetuskannya. Transkripsi dan laporan-laporan akhbar berkenaan dengan
ucapan-ucapan ini telah diserahkan kepada suruhanjaya
tersebut bersama-sama dengan memorandum dari kerajaan
Singapura. Merujuk kepada komen Tan Sri Abdul Aziz tentang kumpulan
pengacau Cina yang telah menyebabkan rusuhan itu, Madam
Yeong menjelaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul
Razak juga telah memperkatakan perkara yang sama di sini
pada 22hb.Julai, 1964, sehari selepas rusuhan itu berlaku.
Namun ini tidak pernah disahkan di hadapan suruhanjaya,
beliau berkata, dengan menambah bahawa kerajaan persekutuan
percaya rusuhan tersebut adalah hasil kerja agen Indonesia,
bukannya kumpulan pencetus huru-hara.
Di dalam memoirnya, Encik Lee menulis pada muka surat 567
dan 568 : Di dalam kata pengantarnya, penasihat kepada
kerajaan Malaysia memberitahu beliau boleh menunjukkan
bahawa dua kekacauan (dua rusuhan pada bulan Julai dan
September 1964) itu adalah hasil kerja agen-agen Indonesia
di Singapura. Beliau telah mensapina 85 orang saksi bagi
menyediakan bukti tentang ini, tetapi bukti dari lima saksi
utama yang dibawanya tidak pula menunjukkan perkara yang
sedemikian. 'Kemua mereka dengan tegasnya menafikan bahawa Indonesia
terlibat dengan kekacauan tersebut.' Muka surat 662 hingga 663 pula berbunyi : ???Sekiranya kami
masih berada di dalam Malaysia, suruhanjaya siasatan
berkenaan dengan rusuhan kaum 1964 akan terus mendengar
bukti-bukti yang menjejaskan terhadap Jaafar Albar dan
Umno, di mana mereka akan menerima publisiti yang meluas.
'Seterusnya akan berlaku perbicaraan tindakan undang-undang
saya terhadap Albar dan para editor Utusan Melayu, yang
akan disoalbalas dengan rapi di mahkamah berkenaan semua
penulisan-penulisan yang membakar semangat perkauman yang
disiarkan tentang dirinya. Itu akan membawa kepada satu
pendedahan yang mengejutkan tentang cara pemimpin-pemimpin
utama Umno mencetuskan semangat perkauman dan rusuhan
berdarah.' Surat itu juga menambah : 'Kenyataan-kenyataan yang
membakar semangat perkauman dari Jaafar Albar telah
disiarkan di Utusan Melayu. Apabila Tun Razak memberitahu
Dr. Goh Keng Swee bahawa beliau menguasai sepenuhnya Utusan
Melayu dan Jaafar Albar, kami faham mengapa kerajaan
persekutuan tidak mendakwa kedua-duanya kerana menghasut,
kerana mencetuskan kebencian di antara kaum.'
Terjemahkan SPAR-09-002 Rencana Asal: http://members.tripod.co.uk/Malaysia_Muddling/ LKY_ST925_99.html
He had successfully sued an Umno leader and Utusan Melayu
SENIOR Minister Lee Kuan Yew has refuted statements by two
prominent Malaysians who maintained that Umno was not
involved in the 1964 racial riots here.
His reply, released yesterday, also noted that he sued an Umno
leader, Mr Ja'afar Albar, and the Utusan Melayu newspaper for
alleging that he could have unwittingly instigated the tension
leading to the riots. The legal action was taken in April 1965 while Singapore was still
part of Malaysia. The Umno leader and the Malay language
newspaper apologised in open court here and paid all the costs of
the action. Mr Lee waived his damages, his press secretary,
Madam Yeong Yoon Ying, wrote in the letter to The Sun
newspaper in Malaysia. Its Sunday edition last week published the allegation against Mr
Lee, which was repeated by Malaysian historian Professor Nik
Anuar Nik Mahmud. It also carried the remarks by Tan Sri Abdul Aziz Zain, one of the
four judges of the Royal Commission of Inquiry, on the race riots.
He had said, among other things, that the riots were caused by a
Chinese prankster, not the Malays. Both Tan Sri Abdul Aziz and Professor Nik Anuar were
commenting on the SM's version of the riots in his recent book:
The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew. In the letter,
Madam Yeong noted that the issue was not the immediate trigger
that let loose the riots, but who had created "the tinder box
atmosphere for the explosion". Mr Ja'afar and Utusan had created this incendiary situation and
the former did not have to be present to strike that spark.
Transcripts and newspaper reports of these speeches were
presented to the commission together with the memorandum
from the Singapore Government. Referring to Tan Sri Abdul Aziz's comment on the Chinese
prankster causing the riots, Madam Yeong noted that Malaysian
Deputy Prime Minister Tun Abdul Razak had also said this here on
July 22, 1964, one day after the riots took place.
But this was never substantiated before the commission, she
said, adding that the Federal government's case was that the
riots were the work of Indonesian agents, not that of a prankster.
In his memoirs, Mr Lee wrote in pages 567 and 568: "In his
opening address, counsel for the Malaysian government said he
would show that the two disturbances (two riots in July and
September 1964) were the work of Indonesian agents in
Singapore. He had subpoenaed 85 witnesses to provide the
evidence of this, but the evidence of the five main witnesses he
produced did not show that it was so.
"All of them firmly denied that Indonesia was in any way
connected with the disturbances." Pages 662 to 663 read: "...If we had remained in Malaysia, the
commission of inquiry into 1964 race riots would continue to hear
damaging evidence against Ja'afar Albar and Umno, which would
receive widespread publicity. "Then there would be the hearing of my libel action against Albar
and the editors of the Utusan Melayu, who would be thoroughly
cross-examined in court on all the incendiary passages they
published about me. That would mean a devastating exposure of
key Umno leaders' methods of incitement to racism and bloody
riots." The letter added: "Ja'afar Albar's incendiary statements were
printed in Utusan Melayu. When Tun Razak told Dr Goh Keng
Swee that he had complete control over Utusan Melayu and
Ja'afar Albar, we understood why the federal government did not
prosecute both of them for sedition, for inciting racial hatred."
THE STRAITS TIMES - Sep 25, 1998 |