Laman Webantu KM2A1: 4576 File Size: 12.1 Kb * |
TAG SP 137: Dasar Yang Tidak Mencukupi Mendera Pasukan Polis By Askiah Adam 29/5/2001 11:38 pm Tue |
TAG 137 [Keputusan menambah anggota polis menunjukkan ia tidak mencukupi
kerana kerjaya itu tidak diminati atau jenayah sudah menjadi-jadi.
Ia tidak diminati kerana tidak berpadanan dengan risiko yang menanti.
Jenayah yang menjadi-jadi itu bermakna rakyat negara ini sudah semakin
merusak hari demi hari atau polis sudah tidak mampu berkhidmat lagi.
Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem yang berjalan
sekarang ini - termasuk institusi polis sendiri. Upah yang tidak setimpal
dan pendedahan kepada teknik jenayah telah menanam kecenderungan untuk
membalas dendam akibat keadaan hidup yang tertekan sehingga mereka sendiri
terlibat dalam aktiviti haram. Tambah lagi dengan bos mereka sendiri
yang tidak diapa-apakan walaupun melakukan kesalahan, jadilah mereka
kumpulan samseng berlesen yang amat menggerunkan.
Beginilah jadinya satu institusi yang sudah dikerjakan oleh Mahathir
sekian lama. Polis hari ini lebih banyak mengejar denda dari
mengejar penjenayah negara. Malangnya rakyat Malaysia masih membisu
seribu bahasa memberi wang kepada pihak yang sudah menjadi amat
berkuasa mencuri wang dengan sehelai resit untuk mengabui mata.
Sila baca catatan menarik penterjemah rencana ini.
- Editor] [Artikel Asal: Second Opinion - The Sun On Sunday Pg.19 27/5/01. ]
(Inadequate policies make police work harder)
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan menambah bilangan
anggota polis. Salah satu daripada dua penyebabnya mendorong
tindakan yang diumumkan. Mungkin kerana semakin berkurangnya tenaga polis untuk menangani
masalah jenayah, walaupun kadarnya sentiasa serupa. Kalau inilah
penyebabnya, bolehlah kita buat andaian bahawa menjadi anggota polis
bukannya dianggap satu kerjaya yang menarik lagi.
Terlalu banyak telah disebut tentang menambahkan bilangan tenaga
angkatan polis itu dengan menambahkan bilangan anggota daripada
kaum Cina. Ini dianggap sebagai satu cadangan yang bernas. Satu
ketumbukan polis yang melambangkan komposisi penduduk negara ini sudah
tentu merupakan sesuatu yang memberangsangkan.
Namun, kita jangan lupa betapa keadaan tugas dan imbuhan yang
menyelubungi seseorang anggota polis, kecuali mereka yang berjawatan
tinggi - merupakan sesuatu yang perlu ditangani dengan bijak. Kerja
seorang anggota polis itu mempunyai banyak risikonya, sedangkan
gajinya kecil dan tidak ada kemudahan perumahan yang memuaskan.
Mereka menjadi tertekan oleh kerana keadaan pekerjaan dan tugas yang
memang mudah mengaibkan. Malahan, dalam banyak hal kita dapat
beberapa perkara yang melucukan. Sebagai contohnya, kita boleh lihat anggota polis yang mengenakan
uniform yang layak dipertontonkan di rancangan TV Amerika, menunggang
kapcai yang berenjin dua lejang. Bayangkanlah apabila kita
mengharapkannya mengejar Porsche, Ferrari dan segala kereta yang
laju-laju di jalan raya Kuala Lumpur. Gambaran seperti itu sudah
mencukupi untuk kita bersuara dengan perasaan hati yang terluka.
Apabila ada dasar negara yang memberikan kepentingan kepada kumpulan
yang kaya raya, apakah menghairankan apabila masyarakat Cina dan malahan
kini orang Melayu yang secara tradisinya mewarnai pasukan polis
semakin menganggap serong kerjaya itu?
Kesannya, seperti sesuatu yang tidak dihairankan lagi pasukan polis
sudah dinodai oleh jenis yang sukakan jenayah. Mereka yang menerima
keadaan pekerjaan sudah tentu dirangsang sama ada oleh idealisme ataupun
satu peluang mendapatkan kerja yang dianggap mudah ataupun bagi
kumpulan yang berniat jahat ia merupakan satu kemudahan untuk
meneruskan aktiviti jenayahnya. Lagipun, seperti yang dirumuskan oleh satu kajian yang dibuat pada
1980-an dulu, mereka yang melihat kerjaya yang melibatkan keganasan
sebagai satu bahagian rutin kerja yang dijangkakan, adalah manusia
yang berkemungkinan besar mempunyai masalah psikologi.
Akan tetapi, bagaimanakah pula kalau penambahan bilangan anggota itu
disebabkan kenaikan kadar jenayah? Ini merupakan satu alasan yang
munasabah kalau kita ambil kira lapuran jenayah di akhbar-akhbar masa
kini. Rompakan bersenjata sudah menjadi aktiviti harian. Tembak-menembak
antara polis dan perompak bersenjata merupakan 'lakonan' biasa. Tidak
payahlah kita sebutkan kisah pembunuhan yang terancang dan dahsyat
ceritanya. Apabila dilaksanakan perbandingan semua ini membuatkan
perbuatan korupsi yang semakin meninggi itu sebagai perbuatan yang
tidak dahsyat lagi. Jenayah yang dirancang sudah lama berakar-umbi di negara ini. Sindiket
yang mencuri kereta mewah, penculikan gadis sunti (untuk dijual
sebagai hamba seks), najis dadah, penyeludupan pekerja tanpa izin
dan banyak lagi cerita bajingan sudah lama wujud di negara ini. Jika
tidak, masakan wujudnya pelbagai lapuran yang berjela panjangnya
melibatkan sindiket jenayah ini? Yang amat menakutkan ialah wujudnya
kaitan jenayah ini dengan sindiket luar negara.
Aktiviti jenayah sudah menjadi bisnes besar sehinggakan ia mampu
mencapai status menggerunkan. Pelbagai persidangan antarabangsa
diadakan untuk membincangkan kisah pembersihan wang haram. Bertrilion
dollar yang berpunca daripada jenayah mengalir merata dunia ini
mencari tempat yang selamat untuk membolehkan ketua jenayah bertukar
watak menjadi peniaga yang terhormat. Itu sebabnya semakin banyak
kerajaan yang cuba menutup lubang kelemahan secara berpadu. Namun,
tindakan negara seperti ini memang lembab untuk menyekat apa yang
disebut di Amerika sebagai jenayah terancang global.
Dasar kepolisan Malaysia yang tidak mencukupi - yang dialami sendiri
oleh penulis ini apabila diserang oleh perompak bersenjatakan
parang-panjang kira-kira dua minggu dulu, adalah lambang betapa
berkurangnya kesedaran dalam perkara ini. Serangan itu terjadi di
bawah sinaran pancaran lampu malam yang terang benderang dalam kawasan
rumah sendiri dan dilakukan oleh beberapa lelaki yang tidak pun
bertopeng mukanya menunjukkan manusia bersifat kebinatangan ini sudah
lama menunggu sekurang-kurang dua jam lamanya berdekatan pintu get
rumah saya tanpa takut-takut untuk merompak kereta.
Hulu Langat bukannya jauh sangat daripada Kuala Lumpur. Tetapi,
jalan-jalan menghalanya memang gelap gelita, terutama sekali selepas
batu 14. Khabarnya inilah kawasan yang mempunyai kadar pengidap dadah
yang tertinggi. Dua unsur ini memang kerap seiringan untuk
menyebabkan kadar jenayah yang tinggi. Tambahan pula apabila kawasan
ini merupakan sarang terbesar menampung pendatang tanpa izin yang
ramai. Bayangkanlah apabila anggota polis yang muncul sebagai membalas
panggilan kecemasan saya bersenjatakan hanya senapang semi-automatik,
yang sudah tentu tidak sesuai untuk kawasan yang tinggi jenayahnya.
Malangnya, balai polis Batu 14 dianggap kecil dan terlalu kecil untuk
memudahkan operator yang menerima panggilan kecemasan saya mencari
nombor balai itu dan menyambungkan panggilan saya. Bayangkanlah pula
apabila tidak ada kereta peronda di situ untuk menyusuri jalan-jalan
yang gelita yang membiakkan jenayah dan menggalakkan penjenayah
bersikap raja Gila. Kecuaian pihak yang berkuasa dalam hal ini menjadi lebih menjijikkan
apabila wujudnya pelbagai usaha mengkayakan yang sudah lama kaya dan
dasar-dasar bajingan penswastaan yang dianggap oleh rakyat marhaen sebagai
dasar melumayankan lagi segelintir yang sudah terlampau kaya itu. Dalam
keadaan in jenayah yang bernanah adalah gambaran kepincangan sosial
disebabkan keadaan hidup yang songsang. Yang lebih menyedihkan, ia
sudah menjadi satu tapak semaian untuk penjenayah sejagat yang
mempunyai modal tanpa hadnya, menabur benih keganasan dengan mudahnya.
-Askiah Adam- Terjemahan SPAR01 Catatan Penterjemah: Masalah jenayah sekarang sudah menjadi sesuatu yang dianggap lumrah.
Namun kita dengar pihak polis mahu menambah bilangan anggotanya dan
membeli banyak lagi kelengkapan senjata. Tidak termasuk bilangan
kereta pencegah rusuhan dan lima lagi kompleks penjara untuk
menampung banduan. Di negara yang lebih maju, bilangan anggota polis
semakin dikurangkan dan martabat polis itu semakin mendapat
penghormatan. Di Switzerland setiap rakyat dimestikan berkhidmat secara
'national service' sekurang-kurangnya enam minggu setiap tahun sehingga
mencapai umur 55 tahun. Ini bererti setiap warga Swiss itu adalah
anggota polis. Itu sebabnya tidak ada rusuhan, tidak ada rompakan dan
korupsi. Malahan, bilik penjara Switzerland sentiasa lengang tidak
berpenghuni. Kenapakah taktik pemerintahan polis seperti ini tidak
ditiru dan dikaji oleh pihak yang memerintah? Kenapakah nasib
binatang di zoo lebih dimuliakan daripada mereka yang ditahan kerana
membangkang si Rajaa Kaaapuuuur?????.
Di Malaysia, polis lebih ditumpukan untuk memantau kelajuan kereta di
lebuh raya kerana kerajaan mahu mengutip cukai secara bayaran denda.
Sedangkan keadaan jalan sungguh teruk sehinggakan difikirkan perlu
menggalakkan pengguna berjalan perlahan untuk mengelakkan kemalangan
yang mudah berlaku. Ini taktik penipu kerana mahu menyelamatkan
syarikat insuran daripada mengeluarkan pampasan.
Di waktu yang sama kita lihat anggota polis yang ramai disediakan
untuk raja-raja dan para menteri meluncur setiap lebuh raya laksana
mereka berada di litar lumba kereta. Wakil rakyat diberikan kemudahan
lindungan polis untuk tidur lena dan hidup selesa sedangkan bayaran
gaji setiap anggota polis itu disauk daripada hasil keringat rakyat
marhaen yang tidak pun mampu tidur selesa.
Keadaan hidup dan kerja polis bawahan sengaja diperitkan sebagai
satu taktik untuk menghamba-abdikan mereka. Di samping itu pegawai
tingginya mempunyai lesen menjual nombor toto dan nombor ekor. Ada
yang mempunyai stesen bekalan minyak, kelab dan karaoke dan ada
juga yang mempunyai saham dalam banyak kegiatan haram. Tingallah
anggota polis bawahan yang terpaksa melaksanakan tugasan yang
berbahaya dan tidak masuk akal seperti mendera dan menyiksa orang
tahanan, sebagai tangkal mendapatkan perhatian orang atasan.
Malangnya, majoriti anggota polis bawahan itu berasal daripada kampung
pendalaman dan ladang-ladang juga. Latar-belakang ibu bapa mereka dan
sanak saudara bukannya bermula daripada orang yang senang-senang. Yang
mereka dera dan siksa adalah ahli masyarakat yang senasib dengan
mereka, yang cuba menyanggah pemimpin rakus dan korup untuk memperbaiki
status hidup mereka juga. Yang sering mereka balun di jalan raya adalah
warga miskin seperti mereka juga yang cuba membawa gelombang
reformasi dalam hidup negara ini. Semua kerja-kerja jijik itu
sanggup dilakukan semata-mata mencari peluang dinaikkan pangkat dan
mendapatkan sedikit imbuhan daripada golongan ketua berstatus bangsat.
Kalau kita amati keadaan ini dengan pergerakan UMNO, kita dapati
ramai anggota polis yang bersaudara dengan akar umbi UMNO. Kenapakah
nasib anggota polis dan juga tentera tidak dibincangkan secara terbuka
di perhimpunan UMNO? Yang diberi tumpuan ialah majlis memuji-muja dan
memberi gelaran kepada Raja Kaapuuuur sahaja!!!!! Nasib sesuatu bangsa
itu hanya akan berubah kalau bangsa itu sendiri yang merubahnya. Selagi
orang UMNO tidak sedar perkara ini mereka akan terus menjadi khadam
tembaga kepada si mamak malbari. |