Laman Webantu KM2A1: 4577 File Size: 19.8 Kb * |
TAG SP 138: B1 Bersimpang-siur ....... lagi By Farish A Noor 30/5/2001 2:18 am Wed |
TAG 138 [Tiada apa yang dapat dibanggakan oleh Umno dengan membuka pintu parti
kepada masyarakat Cina dari parti AKAR kerana itu tidak akan menggugat
PAS dan KeADILan yang sudah lama tidak menjadikan kaum satu prioriti.
Malah tindakkan Umno itu mungkin akan meleburkan komponen BN sendiri
yang sudah berkarat dengan warna kaum sebagai misi. Mahathir seperti terdesak
merubah rentak dan identiti untuk mengukuhkan parti yang sudah tidak laku
hari ini akibat perencanaannya sendiri. Sejarah menunjukkan rancangan seperti
ini tidak akan menjadi kerana ia tidak berasal dari awal-awal lagi serta
keperibadian Mahathir sendiri yang amat dicurigai. Sekiranya Umno masih kuat
ia mungkin tidak akan mengubah strategi seperti ini. Nampak jelas ada satu
agenda yang tersembunyi untuk mengejar undi yang telah dibolot oleh
pembangkang yang sudah lama tidak berciri satu kaum satu parti.
- Editor] (Artikel asal di Malaysiakini dalam kolum 'The Other Malaysia' )
Bersimpang-siur ..........lagi - Bahagian 1
(Down the road........again) Farish A Noor Berita mengatakan rakyat Malaysia daripada masyarakat Cina Sabah (1)
boleh menganggotai UMNO telah memeranjatkan banyak pihak.
Semalaman, ia menjadi berita sensasi di negara ini sehinggakan ada di
kalangan ahli masyarakat ini yang menjadi terkejut mengetahui secara
tiba-tiba mereka menjadi semacam resipi perasa bulan ini.
(Kepada mereka di kalangan kaum India dan juga yang merupakan zuriat
kahwin campur Melayu-India, saya fikir masih ada masa lagi untuk
menunggu - walaupun difikirkan cara perubahan politik yang semakin
berubah masa kini, saya yakin memang ada peluang semacam itu untuk kami
juga). Apabila perubahan itu diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir
Mohamed sendiri, sambil menyarankan sudah tiba masanya untuk
Malaysia terus melangkah ke depan dan menurunkan tirai politik yang
berasaskan perkauman, menandakan sesuatu yang memang menyenangkan dada
banyak pihak rakyat negara ini. Di antara kita yang selama ini mengharapkan berakhirnya politik
berbentuk perkauman itu, tentu sudah lama mengharapkan kemunculan parti
politik yang berteraskan ideologi, dan tidak lagi berasaskan
perkauman ataupun fahaman keagamaan. Malahan, apabila kita perhatikan ketokohan dan agenda tokoh-tokoh
politik dalam Umno, MCA, MIC dan Gerakan, tentu kita dapat saksikan
ramai di kalangan orang Melayu, pribumi, China dan India itu
mempunyai banyak persamaan yang sudah tentu memberi rangsangan untuk
bersatu di bawah satu panji-panji politik yang sama persis parti
nasionalis Conservative semacam kumpulan 'Tories' di England.
Mengumpulkan mereka semua di bawah satu bendera parti politik akan
menyingkirkan segala ketaksuban berpolitik mengikut perkauman dan
warisan bangsa yang selama ini membantu mengekal dan menjamin
kesinambungan ketuanan kuasa antara pelbagai kumpulan etnik kaum
dan wilayah kuasa mereka. Setidak-tidaknya dari sekarang ini, ahli-ahli setiap masyarakat itu
akan mampu meletakkan harapan kepada satu parti konservatif sebagai
pelindung (2) mereka dan pewarisnya. Segala jaringan hubungan kerja yang
ada tidak mungkin menghilang, tetapi setidak-tidaknya semua itu dapat
diseragamkan di seluruh negara. Namun demikian, kalaulah pelawaan untuk masyarakat bukan Melayu
menganggotai UMNO itu di tahap pembangunan yang ada dilihat sebagai
usaha untuk memperkukuhkan kembali sebuah parti yang semakin mereput,
adalah wajar kalau para pemimpinnya memikirkan semula pelbagai faktor
yang menghambat usaha mereka itu. Lagipun, kalau diselak muka surat catatan sejarah akan menyerlahkan
betapa usaha yang serupa pernah dicuba banyak kali di masa lalu.
Setiap usaha itu menemui kegagalan juga disebabkan pelbagai alasan yang
tidak mudah diketepikan semudah yang difikirkan.
Onn Jaafar dan Projek IMP Sebagai reaksi spontan kepada pengisytiharan PM itu, ramai tokoh utama
di kalangan media tempatan dan bidang akademik yang telah membuat
andaian betapa UMNO semakin hampir memenuhi impian asli pengasasnya
dulu, Dato' Onn Jaafar. Segelintir antara kita mungkin masih mampu memperingati seorang tokoh
Johor yang kontroversi bernama Dato' Onn Jaafar. Beliau merupakan seorang
aristokrat Johor yang menjadi pengasas dan pemimpin UMNO pada
pertengahan 1940-an dulu. Onn Jaafar bukannya calang-calang pemimpin orang Melayu ketika itu.
Sebagai seorang pewaris sistem pendidikan penjajah British (jangan
kelirukan dengan pendidikan Barat), Onn Jaafaar merupakan seorang
kenamaan dalam pentadbiran kolonial British, merangkap seorang ahli
ningrat Johor dan salah seorang pemimpin utama masyarakat Melayu ketika
itu. Seperti juga beberapa komtemporari lainnya; Tunku Abdul Rahman dan
Tun Razak, Onn Jaafar merupakan seorang pemimpin yang anti-komunis dan
ghairah mahukan kemerdekaan Malaya itu ditentukan mengikut saluran yang
diimpikan oleh blok Barat. (Inilah yang mampu dilaksanakan oleh
penyambung tugasnya, Tunku). Pada akhir 1940-an, semakin nyata bahawa Onn Jaafar telah mendahului
zamannya dan semakin terasing daripada perasaan dana semangat marhaen
Melayu yang dipimpinnya itu. Dia telah menyerang sebuah parti berunsur
keIslaman yang pertama dalam negara (Hizbul Muslimin diasaskan pada
1948) sebagai sebuah parti mengandungi unsur subversif Islamiah yang
bersekongkolan dengan puak komunis dalam Parti Komunis Malaya (KPM:MCP -
Malayan Communist party). Dia tidak bersetuju dengan hasrat British untuk mundur secara
tergesa-gesa kerana curiga Malaya yang baru mencapai kemerdekaannya tidak
mampu berdiri tegap tanpa dibantu apatah lagi jika diambil kira
jirannya Indonesia yang lebih kuat dan bertenaga itu.
Sebagai ahli elitis 'Anglophile', Onn Jaafar memang tidak
menyelindungkan kegemarannya terhadap Barat dan segala benda yang
kebaratan. Dia beranggapan Barat adalah satu model untuk dicontohi dan
dia amat berminat dengan institusi politik dan pengadilan British.
Apabila peristiwa Nadrah (3) meletus sekitar 1950-51, Onn Jaafar
gagal bertindak dengan tegas untuk memihak kepada orang melayu dan
memperjuangkan semangat Melayu-Islam itu. Beliau telah dicemuh
sehinggakan menjejas kepimpinannya dalam Umno.
Secara kebetulan ketika itu terdapat suara-suara di kalangan fraksi
ulama dalam Umno yang mahukan satu penilaian di kalangan akar umbi
parti sehinggakan tidak menjadi satu kejutan apabila tertubuhnya PAS
(Pan Malayan Islamic Party) pada November 24, 1951.
Onn Jaafar membuat kesilapannya sendiri apabila dalam usaha untuk meraih
kembali sokongan yang sudah semakin memencilkannya dia telah membuat
pengumuman agar UMNO membuka pintu keahlian parti kepada orang
bukan-Melayu. Keahlian parti bertindak cepat dengan penuh bisanya. Onn
Jaafar dituduh sebagai seorang penderhaka kepada bangsanya.
Koktel dan Tali-leher Kemunculan 'Independence for Malaya Party' dilahirkan atas hasrat
sendirian Onn Jaafar. Dengan kebebasan yang ada padanya, Onn Jaafar
mempunyai masih banyak ruang untuk bertindak sesuka hatinya
berbanding ketika memimpin UMNO dulu yang banyak mengekang
pergerakannya. IMP telah dilancarkan dengan penuh gah dan keghairahannya, dan parti itu
dipromosikan sebagai sebuah alternatif yang liberal kepada Umno yang
dilihat sudah begitu berunsur perkauman dalam urusan politiknya.
Dengan ketokohannya Onn Jafar berjaya mempengaruhi kuasa kolonial
British (dan beberapa kedutaan Barat serta para wartawan) betapa IMP
parti tajaannya itu adalah harapan masa depan Malaysia dan seandainya
IMP mendapat kuasa ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara
berdemokrasi yang berbentuk multi-kaum yang liberal, kepelbagaian dan
bertoleransi. Majlis pelancaran parti itu dihadiri oleh ramai manusia yang berpakaian
barat lengkap dengan tuksedo dan sut mereka dan lengkap pula dengan
minuman yang mengalir tanpa hadnya; memberikan gambaran yang jelas betapa
retorika Onn Jaafar itu memang ada asasnya.
Akan tetapi, impian Onn Jaafar mewujudkan sebuah parti politik yang
pelbagai kaum sebagai keahliannya itu terhalang di tengah jalan.
Impiannya tidak kesampaian apabila tumpas pada pilihanraya umum yang
dilangsungkan. Pada 1952, parti itu tertungging juga dengan keahliannya
tersungkur untuk melata. Namun, Onn Jaafar masih merasakan bahawa sebagai seorang aristokrat dia
berhak diberikan watikah untuk memimpin bukan disebabkan apa-apa
selain dirinya seorang golongan ningrat Melayu sahaja. Dia pun mencuba
untuk kali kedua mewujudkan Parti Negara (PN) pula.
Dengan tertubuhnya PN itu Onn Jaafar cuba berputar sekadar 180
darjah pula dalam sikapnya berpolitik. Kalau dulu dia merupakan sahabat
kepada golongan bukan melayu, tetapi melalui PN dia berubah menjadi
seorang pemimpin populis yang berkhutbah menonjolkan fahaman ultra
konservatif dengan fahaman keMelayuan totok sebagai agendanya.
Onn Jaafar dan Parti Negara cuba meminggirkan perjuangan UMNO dengan
meniru agendanya dengan lebih bersikap perkauman yang lebih pekat
daripada parti yang lain. (Cara yang sama pernah cuba ditonjolkan
oleh Semangat 46 pada akhir 1980-an ketika mencuba agenda yang serupa.
Kini, hampir semua keahlian parti yang dianggap royalis Melayu itu
sudah pun dipulihkan untuk menjadi Melayu liberalis dan progresif,
gamaknya). Keadaan Yang Mendatang Cadangan membuka UMNO kepada keahlian bukan-Melayu sekarang ini,
mungkin berbau sesuatu yang progresif dan satu langkah yang ke arah
yang betul. Namun, mesti diperingatkan di sini, usaha yang serupa pernah
ditonjolkan dulu dan berakhir dengan kegagalan.
Kisah yang menyelimuti UMNO-IMP-PN itu sudah menjadi satu hikayat
bangsa yang penuh dengan harapan meninggi, janji-janji manis dan usaha
bertolak-ansur yang berakhir dengan kehampaan kepada semua pihak yang
terlibat. Sikap berpatah balik (U-turn) yang ditunjukkan oleh Onn Jaafar setelah
kecundangnya IMP menunjukkan kepada semua pihak betapa semangat 'liberal
aristocrat' yang ada padanya itu tidak banyak berbeza dengan sikap
politikus marhaen yang satu ketika dulu terlalu dicemuhnya. Apabila
terdesak Onn Jaafar sanggup memainkan isu perkauman sebagai bahan
retorika politiknya untuk memuaskan kenafsuan berpolitik.
Semua ini bukannya satu sindiran betapa seharusnya tidak ada lagi
usaha memecahkan polar berbisa politik perkauman di Malaysia ini. Apa
yang cuba kita terangkan di sini betapa usaha demikian pernah dilakar
satu ketika dulu dan berakhir dengan kehampaan juga.
Sudah tiba masanya kini, untuk kita memikirkan apakah bentuk masa
depan yang kita ingini. ....bersambung.... Rencana Asal: Down the road ... again THE OTHER MALAYSIA Farish A Noor 12:00pm, Sat: The news that Malaysian citizens who are ethnically Chinese in Sabah
(1) may now be allowed to join the United Malays National Organisation (Umno) party
has caught the country by surprise. Overnight, it became the news sensation of the country and some members of the
oft-maligned ethnic community must have been perplexed and surprised to discover
that all of a sudden they have become the flavour of the month.
(For those of us of Indian or mixed Malay-Indian ancestry, I suppose that there is still
some time to wait - though judging by the way in which Malaysian politics is changing
so rapidly these days, I am sure that there will soon be an opening for us, too).
That none other than the Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad himself, has declared
that the time has come for Malaysia to 'move on' and that the era of race-based
politics is drawing to a close comes as a welcome relief for many.
Those of us who have been calling for an end to such sectarian forms of politics may
yet live to see the day when political parties in this country of ours will be divided solely
along ideological lines, rather than ethnic and religious cleavages.
Indeed, looking at the personalities and agendas of individual politicians in Umno,
MCA, MIC and Gerakan, one cannot help but see how many of these Malay, pribumi,
Chinese and Indian politicians have so much in common, and it would only make sense
to bring them all together under the banner of a single Conservative-nationalist party
like the Tories in England. Bringing together the conservatives of the country under a single party-political
banner would also make redundant the vertical cleavages of race and ethnicity that has
helped to rationalise and perpetuate the hierarchical relations of patronage and power
between the different ethnic elites and their respective constituencies.
At least from now on, the members of all communities will be able to look to one
conservative party as their sole 'protector'(2) and benefactor. The clientelist networks
will not disappear, but at least they will be mainstreamed and rationalised.
But if the invitation to the other non-Malay communities to join Umno at this late
stage of its development is meant to help prop up the withering fortunes of the
beleagured party, its leaders would do well to think again and to consider the factors
that stand in their way. What is more, a quick glance at the history books will show that such an attempt has
been made many a time before, and on each occasion it has failed for a host of reasons
that cannot simply be sidelined to the margins.
Onn Jaafar and the IMP project
In the immediate aftermath of the PM's recent declaration, several leading figures in
the local media and academic circles quickly came to the conclusion that Umno was
about to fulfil the original promise of its founder, Dato' Onn Jaafar.
Some of us might still remember the controversial figure of Dato' Onn Jaafar, the
Johorian aristocrat who was the founder and leader of the Umno party back in the
mid-1940s. Onn Jaafar was hardly an ordinary Malay leader at the time. Himself a product
of British colonial (not to be confused with Western) education, Onn Jaafar
was a functionary within the British colonial administration, a member of the
Johor aristocracy and one of the most articulate leaders of the Malay
community then. Like his contemporaries Tunku Abdul Rahman and Tun Razak, Onn Jaafar was also a
fervent anti-Communist who wanted to ensure that independent Malaya would remain
firmly located within the orbit of the Western bloc. (Something his successor, the
Tunku, managed to guarantee). By the late 1940s, however, it became clear that Onn Jaafar was ahead of his time and
out of touch with the feelings and sentiments of the ordinary Malays he came to lead.
He attacked the country's first Islamist party (the Hizbul Muslimin, formed in 1948) as
a 'subversive Islamist threat' working hand in glove with the communists of the
Malayan Communist Party (MCP). He also counselled against an over-hasty departure by the British, as he feared that
the newly independent Malaya would not be able to hold out on its own with such
powerful neighbours like Indonesia next door.
Onn Jaafar, being a member of the Anglophile elite, was also quite open about his love
for the West and things Western. He viewed the West as a model to be emulated and
he admired the legal and political institutions of Britain in particular.
When the Nadrah Affair (3) erupted in 1950-51, Onn Jaafar failed to act
decisively in favour of the Malays and the Malay-Muslim cause. Onn Jaafar
was badly discredited and the Umno leadership suffered a major blow.
It was also at this time that the ulama faction within Umno began to call for a split
within the ranks of the party and it was hardly a surprise that the Pan-Malayan Islamic
Party (PAS) was formed on Nov 24, 1951.
Onn Jaafar dug his own grave when, in an effort to recover his support and expand
his own political constituency, he called on Umno to open its doors to the non-Malays.
The membership of Umno reacted harshly, accusing Onn Jaafar of treason and
betraying the interests of the Malays.
Out of anger and frustration, he left the party he had formed and led and formed
another party of his own, the Independence for Malaya Party (IMP).
c##ktails and bowties The Independence for Malaya Party was well and truly Onn Jaafar's private stomping
ground. Free to rule the roost, Onn Jaafar was allowed more room to manoeuvre
within this party that he had in Umno.
The IMP was launched with much fanfare and gusto, and it was promoted as a liberal
alternative to Umno which was seen as too sectarian and communitarian in its outlook.
The dapper and suave Onn Jaafar was able to convince the British colonial authorities
(and scores of Western embassies and journalists) that his IMP party was the future of
Malaysia and that should the IMP come to power Malaya would become a truly
multiracial democracy that was liberal, pluralist and tolerant.
The fact that the party's launch and gatherings were held in a party atmosphere where
the men were dressed in suits and tuxedos and the drinks flowed endlessly seemed to
animate the fluid rhetoric of Onn Jaafar even more.
But Onn Jaafar's dreams of a multiracial Malaya were dashed as soon as the elections
were held. By 1952, the party was already a spent force and its members demoralised
and disillusioned. Onn Jaafar, an aristocrat who felt that he deserved to be in power if for no
other reason than the fact that he was a member of the Malay elite, made a
second bid for power by forming the Parti Negara (PN).
The Parti Negara marked a 180-degree turn as far as Onn Jaafar's liberal worldview
was concerned. From being the friend of the non-Malays he transformed himself into
a Malay demagogue and populist who preached a decidedly reactionary and
ultra-conservative Malay-centric agenda.
Onn Jaafar's Parti Negara sought to out-Umno Umno itself, by being even more
conservative and sectarian than the other. (Something that the ill-fated Semangat 46
party also tried to do in the late 1980s, when it pushed its own Malay-centric agenda
at all costs. Today, the ex-members of this defunct party of feudal Malay
traditionalist-royalists have all been rehabilitated as Malay liberals and progressives, of
all things). The shape of things to come The proposal to open up Umno to non-Malays today may sound progressive and a
step in the right direction, but it must be remembered that this has been attempted
before - and with disastrous results.
The Umno-IMP-PN story was a sordid saga of high hopes, broken promises and
unscrupulous compromises with negative results for all concerned.
Onn Jaafar's sudden U-turn after the demise of the IMP proved to everyone that the
'liberal aristocrat' was no different from the 'commoner' politicians he so openly
despised. When push came to shove, Onn Jaafar was willing and able to play the race
card as long as it suited him. This is not to suggest that there should never be any attempt to break the vicious cycle
of race-based politics in Malaysia. All that we are trying to say here is that the path
has been chosen before, and it is fraught with dangers.
The time has come, therefore, for us to consider the possible shape of things to come.
|