Laman Webantu KM2A1: 4579 File Size: 16.5 Kb * |
TJ SP MGG: Pembelian Nanyang: Membalas Dendam By M.G.G. Pillai 30/5/2001 1:11 pm Wed |
MGG 1181 [Langkah mengambil-alih Nanyang oleh MCA telah mencetus ledakkan
kemarahan masyarakat Cina - termasuk akar umbi MCA sendiri. Rencana
terbaru AFP menyebut Chua Jui Meng telah menyerang keputusan Ling Liong Sik.
Sebelum itu Lim Ah Lek dan 8 lagi pemimpin tertinggi MCA telah menyeru agar
dikaji semula tindakkan itu. MCA dijangka akan meretak dengan isu ini
kerana golongan akar-umbi, cendiakawan, dan wartawan Cina telah bangkit
menentang usaha yang mencengkam kebebasan ini. MCA dan BN mungkin parah
dalam pemilu yang akan datang nanti atau sakit dihentam dalam pilihanraya
negeri Sarawak. Nampaknya reformasi sudah menjalar ke masyarakat Cina. Ini amat berguna
kerana ada sesuatu yang dapat dipelajari dalam protes mereka. Mereka
sanggup melawan dan dibuang kerja demi kebebasan bersuara untuk membela
kaum mereka. Ini berbeda dengan protes lembik wartawan dan masyarakat
melayu yang asyik bersikap tidak apa bila hak mereka dirampas dengan
rakusnya. Sekadar memeram rasa kita takkan kemana, begitu juga jika
sekadar menjentik sahaja. Perjuangan memerlukan lebih dari itu.
Rencana MGG kali ini menunjukkan tindakkan membeli Nanyang adalah satu
dendam kerana nukilan pena di akhbar ini telah memalukan MCA yang
berkhidmat untuk Mahathir - bukan untuk masyarakat Cina. Usaha ini
akan menyebabkan kemarahan masyarakat Cina yang boleh memautkan BN
dengan lebih segera kerana hanya tinggal mereka sahajalah harapan untuk
BN terus berkuasa. (Nanyang Takeover - A Settling Of Scores)
Proses ambil-alih ini membenarkan parti itu menguasai secara terus
akhbarnya seperti yang dilaksanakan oleh Star ke atas penerbitannya.
Presiden MCA Dr. Ling Liong Sik memang seronok dengan peristiwa itu
walaupun timbalan presiden Lim Ah Lek dan ramai lagi menentangnya.
Kini, Perdana Menteri Mahathir menyokong projek demikian dan
bersumpah betapa perkara itu tidak ada kena mengena dengan politik.
Di Malaysia kalau tercetus suasana yang menyelubungi politik seperti
itu ia bererti memanglah perkara itu ada agenda politiknya.
Urusan niaga itu sengaja di sondol sahaja, sehinggakan pemilik baru
mengarahkan para sidang pengarang terkanan dan ekskutif
pentadbiran keluar daripada pejabat mereka. Pengambilan alih itu
memang mempunyai segala unsur-unsur vendetta. Pemilik baru telah
menunjukkan unsur-unsur membalas dendam terhadap mereka yang dianggap
bertanggungjawab dengan lapuran yang memperlekehkan para pemimpin
MCA. Satu kumpulan penyumbang rencana kepada akhbar itu telah mengugut
untuk menghentikan sumbangan mereka kepada Nanyang yang kini sudah
pun dikendalikan oleh pengurusan yang baru. Parti politik
pembangkang, NGO, para wartawan, rakyat yang perihatin sedang
menahan kemarahan mereka. Penentangan mereka sudah melampaui isu wang
dan pekerjaan yang terhakis, tetapi terhadap pemusnahan suara yang
mempunyai nada yang berbeza. Betapa pun perkara ini dianalisis, penjualan Nanyang itu adalah
sebahagian daripada ketidak-haruan yang menyelimuti politik Malaysia
kini. Para pemimpin MCA yang terlibat dengan pembelian itu, nampaknya
tersilap congak menaksir sokongan akar umbi. Mereka kini dilihat
sebagai sengaja telah mengecewakan masyarakat mereka kerana sanggup
memengap suara bebas mesyarakat Cina. Kemelut Anwar Ibrahim nampaknya
kini menjalar menghantui MCA dan juga politik MIC. Sudah tentu MCA
menjadi gelabah sekarang kerana tersilap congak membeli Nanyang.
Pembelian Nanyang oleh MCA itu berlaku ketika masyarakat Cina memang
mual dengan parti tersebut. Pembelian itu bukan dianggap sebagai
satu usaha menyelamatkan sebuah akhbar Cina yang sedang kesulitan,
disebabkan kurang jualan serta langganan dan kurang sokongan iklan. Ia
dianggap sebagai usaha yang bersengaja untuk menjadikannya risalah
lidah rasminya. Apakah itu yang dirancangkan memang tidak relevan,
tetapi itulah anggapan yang difikirkan relevan.
Pada 1980-an, MCA telah melancarkan satu usaha memastikan tidak ada
sebuah akhbar Cina di Malaysia yang terpaksa tutup kedai kerana
terpaksa disebabkan kekurangan dana. Ketika Sin Chew Jit Poh dilanda
masalah kewangan, beberapa peniaga Cina mengambil alih akhbar itu bukan
sebagai rencana perniagaan tetapi sebagai usaha mengekalkan satu
ikon budaya mereka. Inilah yang memberinya ruang untuk memperbetulkan
keadaan diri menjadi sebuah akhbar yang sungguh dihargai,
sehinggakan menjadi akhbar Cina yang paling terkemuka di negara kini.
Sebagai akhbar yang tidak mahu menampakkan keadaannya ketika itu
Nanyang telah bertindak terbuka dan menarik minat para pelabur yang
mempunyai kecenderungan berpolitik yang melabur untuk meraih
keuntungan. Secara tidak rasmi ia telah menyerlahkan pendapat ramai
mengenai politik Malaysia. Tetapi, para peniaga yang melabur dalam
industri suratkhabar sentiasa diekori para akauntan mereka sehingga
terdesak di satu tembok kehampaan. Inilah keadaan sebenarnya. Nanyang,
sepatutnya telah diselamatkan cara Sin Chew diselamatkan dulu. Tetapi,
membiarkannya bersahaja bukannya cara MCA menguasai masyarakat Cina.
Pembelian Nanyang itu akan membolehkan akhbar tersebut bernafas dengan
kewangan yang lebih kukuh, dengan syarat ia mampu menarik pembaca
daripada Sin Chew. Seperti yang pernah dialami oleh New Straits Times,
perancangan semacam ini memerlukan pembaca yang melanggan akhbarnya.
Yang menentukan MCA membuat pembelian itu ialah wang dan keangkuhan
bukannya budaya dan keuntungan. Ling bertegas, 'kalau urusan itu
elok, mereka (Huaren) tentu akan meneruskannya.' Inilah yang
membuatkan mereka berhadapan dengan satu tembok besar politik.
Dr. Mahathir berkata pembelian MCA itu bukannya didesak oleh agenda
politik, dan di waktu yang sama dia bercakap pula tentang parti politik
dan akhbar parti mereka. Seperti biasa dia sengaja gula-gulakan
isu itu. Akhbar 'Roket' keluaran DAP dan 'Harakah' keluaran PAS
dibenarkan terbitannya dengan kawalan undang-undang yang ketat yang
menegah diterbitkan lebih dua kali dalam setiap bulan, sedangkan itu
adalah akhbar parti politik. Dua akhbar tadi bukannya semacam akhbar harian yang dikuasai
sepenuhnya oleh Barisan Nasional seperti New Straits Times, Berita
Harian, Utusan Malaysia, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh, The
Star, The Sun dan banyak lagi. Apabila rakyat marhaen lebih berselera membeli dan membaca Harakah
daripada membaca akhbar harian utama yang lain. Ia memberikan satu
kesimpulan betapa Mahathir sedang dihantui satu dilema. Dia telah
menegah sebarang kelulusan untuk lesen akhbar harian kepada parti
di luar komponen BN. Apabila dia cuba menonjolkan justifikasi kepada
pembelian Nanyang oleh MCA dengan memperlekehkan terbitan dua kali
sebulan yang diusahakan oleh pihak pembangkang, menunjukkan pembelian
Nanyang itu lebih penting daripada tujuan perniagaan.
Yang lebih menarik lagi ialah komen Mahathir mengatakan sesiapa
saja boleh menguruskan akhbar-akhbar. Tetapi, Tong Kooi Yong
daripada Phileo Allied Group satu ketika dulu pernah membeli The Sun
dan melancarkan perubahan sehingga penjualannya yang laris memukul
keuntungan New Straits Times dan The Star. Kini dia terpaksa
membatalkan usahanya itu dan hidup merempat di negara orang sedangakn
empayar niaganya sudah terlepas daripada gengamannya.
Nasib yang menghantui Tong Kooi Yong itu memang merupakan mainan
politik kerana pada satu ketika dulu Tong berada di kem Anwar
Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri. Seorang lagi yang terkena
dendaman politik ialah Quek Leng Chan. Beliau merupakan manusia yang
menguasai Huaren sebelum terjualnya Nanyang Siang Pao. UMNO
sengaja mengasapkan musuh-musuh Dr. Mahathir dalam satu usaha
berbalas dendam. Kini dia mahu menguasai MCA pula. Bagaimana pun
perkara ini dikaji akan terserlah kebajingannya untuk membalas dendam
itu. MCA menjadi tergagap ketika menjelaskan kenapa ia membuat pembelian
itu kerana ini akan memecah-belahkan parti itu. UMNO merupakan
dalang kerja jijik itu. Jika tidak, masakan Ling sanggup
memperlekehkan jawatankuasa pusat partinya sendiri dan sanggup
bekecamuk dengan muslihat itu. Penentangan terhadap UMNO akan terus
diperhebatkan selagi Ling dilihat sebagai tali kekang kepunyaan
presiden UMNO dan bukan sebagai seorang wakil masyarakatnya
sendiri. Inilah sebabnya sebilangan besar akar umbi masyarakat Cina terlalu
menentang MCA dan presiden parti itu, apatah lagi berkaitan urusan
niaganya. Ketaksuban yang selama ini berkarat akar umbinya betapa
pendapatnya mesti disogok atas masyarakatnya memang pernah laku di
satu masa dulu. Tetapi kalau parti itu terus beranggapan bahawa
hanya itu yang diminati oleh akar umbinya, bererti akan
berkecamuklah parti itu. Inilah kisahnya dan inilah bahananya. Wang
dan keangkuhan tidak dapat merapatkan satu masyarakat yang terhiris
perasaannya dan terluka kehormatannya.
Terjemahan SPAR 01. Rencana Asal: 29 May 01 Nanyang Takeover - A Settling Of Scores
CHIAROSCURO MGG Pillai The latest takeover brings the party in direct control of
the newspaper, as it did over the Star and its publications.
The MCA president, Dr Ling Liong Sik, is gungho about it,
even if the deputy president, Lim Ah Lek, and others are
opposed to it. Now, the prime minister, Dr Mahathir
Mohamad, supports it, and swears to high heaven that it is
not politically motivated, which in Malaysia's
highly-charged political atmosphere, means it is.
The deal is rammed through, the new owners ordering the
Nanyang's senior editorial and administrative executives
frogmarched out of office. The takeover has all the signs of
a vendetta, with the new owners getting rid of those it
considers responsible for reports that redounded on the MCA
leaders. A core of the newspaper's contributors threaten to stop
writing for Nanyang under new management. The opposition -
political parties, NGOs, journalists, concerned citizens -
are up in arms. The opposition to it is more than over jobs
and money; it is over the removal of yet another voice that
sings a different tune. However one looks at it, the Nanyang sale is caught up in
the fractious uncertainties of Malaysian politics. The MCA
is in the same boat over this as Umno is over the rescue of
cronies and their businesses. The MCA leaders, in the purchase, misunderstand the ground,
is seen today as having done the community in by removing
yet another relatively independent voice of the Chinese. The
Anwar Ibrahim imbroglio, by extension, spreads to the
politics of MCA and MIC, and the MCA in a spot over its
purchase of Nanyang. Culture and newspapers The MCA buys the Nanyang when the Chinese community is at
odds with the party. This is viewed not as an attempt to
preserve a Chinese newspaper in trouble, as indeed the
Nanyang is, what with falling circulation and
advertisements, but deliberately to make it its mouthpiece.
Whether that is its plan is irrelevant; it is perceived to
be so. In the 1980s, the MCA initiated a move to ensure that no
Chinese newspaper in Malaysia would be forced to close down
for lack of funds. When the Sin Chew Jit Poh got into
financial difficulties, Chinese business men took it over
not as a business proposition but to preserve it as as a
cultural icon. That gave it the freedom to reorganise itself
into a well-regarded newspaper, and is the leading Chinese
newspaper in the country. The Nanyang, as the more stolid newspaper, went public,
brought in politically-motivated investors who went in for
the money. It unofficially represented the official
worldview of Malaysian politics, represented. But
businessmen who invest in newspapers with their accountants
in tow would meet a brick wall soon enough. As it now has.
Nanyang should have been rescued as Sin Chew was. But
leaving well enough alone is not the MCA style.
The purchase would put Nanyang on a firmer financial
footing, but only if it regains lost ground from Sin Chew.
As the New Straits Times found to its cost, it needs readers
to make this work. It is money and arrogance, not culture
and profitability, that dictate the MCA's purchase. Ling
insists that "if it is a good deal, they (Huaren) will go
ahead". But it faces a political brick wall.
Left-handed compliment Dr Mahathir, in his left-handed compliment that the MCA
buying Nanyang is not politically motivated, also talks of
political parties having their own organs. As usual, he
fudges the issue. The DAP's Rocket and PAS' Harakah are
published under strict laws that deny them to appear more
than twice a month. They are party organs.
They are not daily newspapers directly and indirectly
controlled by the Barisan Nasional coalition, such as the
New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, Utusan
Melayu, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh, the Star, the
Sun and others. That people would prefer the Harakah has a higher profile
than the mainstream newspapers underlines the dilemma Dr
Mahathir infers. He has ruled out publishing licences to
non-BN parties for daily newspapers. That he has to justify
the MCA purchase of Nanyang by pouring scorn on
twice-monthly opposition publications makes it more
important than a business deal. More interesting is his comment that anyone can take over
newspapers. When Tong Kooi Yong, then of the Phileo Allied
group, took over the Sun newspaper and revamped it to
challenge the New Straits Times and the Star, he had to
abort the deal and now lives in exile with his business
empire no more under his control. That was politically motivated because at one time in the
near past, he was in the ?camp? of the jailed former deputy
prime minister, Anwar Ibrahim. Another is Quek Leng Chan,
who before its sale to Huaren, ultimately controlled Nanyang
Siang Pau. Umno roots out those who back Dr Mahathir's
nemesis in fearsome revenge. He now wants MCA too. However
one looks at it, it is a settling of scores.
The MCA is defensive when it explains the buy, is divided if
it should. Umno is the ?dalang? (master puppeteer). Ling
would not have ignored his own central committee and step
into a quagmire otherwise. The opposition to the MCA can
only strengthen as Ling is seen as a satrap of the Umno
president and not a representative of his own community.
Which is why the Chinese cultural heartland is so against
the MCA and its president, and over this deal. This belief
that only one point of view - its own - should be allowed is
prevalent amongst all members of BN. It worked at one time.
But when it presumes it knows what its community wants when
it does not, sparks fly. As now. Money and arrogance cannot
overcome a cultural hurt or slight. M.G.G. Pillai
|