Laman Webantu KM2A1: 4580 File Size: 9.2 Kb * |
TAG SP 140: NANYANG Bertukar Tangan: Cungapan Terakhir By Kim Quek 30/5/2001 2:32 pm Wed |
TAG 140 [Langkah pindah-milik Nanyang itu akan menjerut tengkuk MCA juga.
Tindakkan untuk mendiamkan suara itu bakal mencetus kemarahan masyarakat
Cina yang buruk akibatnya kepada MCA dan BN juga. Ia juga akan meretakkan
lagi MCA kerana beberapa pemimpinnya seperti Lim Ah Lek dan Chua telah
menentang hasrat mengongkong kebebasan bersuara itu. Tambah lagi ada
keperluan perundangan langkah itu mesti mendapat persetujuan sebulat suara
AJK di mana Lim Ah Lek termasuk salah seorang darinya.
MCA sendiri sudah gagal untuk membela masyarakat Cina walaupun sudah
memilikki akhbar Star. Dengan Nanyang di tangan MCA, suara rakyat akan
semakin tiada. Walaupun begitu masyarakat Cina tidak akan berdiam begitu
sahaja sebagaimana masyarakat melayu yang sudah dipotong lidah mereka.
Saksikan pelbagai protes yang akan menjelma bukan sahaja di sini malah
di mana-mana sehingga terkejut terbeliak mata semua. Orang Cina tidak
akan me-layu sahaja... pastikan kita belajar secukupnya cara mengembalikan
maruah yang sudah dicela. Mahathir dan Ling telah melakukan satu kesilapan
yang buruk padahnya..... tetapi berguna buat semua pejuang kebebasan
bersuara. Mereka akan bersatu menyanggah kerajaan tanpa mengira kaum
dan bangsa. NANYANG Bertukar Tangan: Cungapan Terakhir
(Nanyang Takeover: Last Gasp of Free Press)
Pengisytiharan Perdana menteri Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak terlibat
dengan pengambil-alihan Nanyang Press oleh MCA, adalah sama nada dan caranya
menafikan pembabitan beliau dalam penggunaan ISA ketika polis menangkap
pemimpin pembangkang; sambil mengatakan semua itu adalah keputusan polis
untuk menjaga ketenteraman dalam negara.
Tidak sesiapa boleh percaya bahawa insan seperti Ling Liong Sik mempunyai
keberanian mengendalikan satu usaha yang begitu besar dan amat berbahaya
(dari segi politik dan kewangannya). Pengambil-alihan Nanyang adalah satu
kerja besar yang merupakan mainan politik kasar oleh sifu Ling yang
merupakan Raja Putarbelit terulung negara ini.
Dengan terlaksananya pengambilan mega ini, ia memberi isyarat bahawa Barisan
Nasional kini sudah pun mampu mengawal keseluruhan industri penerbitan
negara, kerana akhbar harian Cina yang lagi satu, Sin Chew sudah pun memihak
kepada MCA dengan tindakannya memerap segala berita untuk menyekat kemarahan
masyarakat Cina. Hari ini adalah hari yang malang bukan sahaja kepada masyarakat Cina malahan
juga kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama sekali parti-parti pembangkang
dan para penyokong mereka yang merupakan setengah daripada seluruh penduduk
negara. Mulai sekarang, jendela kecil yang secara tradisinya dibiarkan
terbuka untuk membawa pemberitaan perjuangan politik pihak pembangkang dari
satu masa ke satu masa (walaupun secara berahsia) akan tertutup rapat.
Bayangkanlah betapa sukarnya usaha para wirawan dan pejuang reformasi negara
ini yang terus gigih mencuba menegakkan perjuangan mereka.
Namun, ini merupakan satu saat yang mengembirakan Mahathir kerana dia baru
sahaja mencapai kejayaan menusukkan paku terakhir kepada keranda kebebasan
akhbar yang diusahakan sejak 20 tahun lamanya. Inilah kejayaan besarnya
setelah sedikit demi sedikit dia merencana kerja gila itu dengan
memperkenalkan pelbagai perundangan dan mengusahakan pemilikan
berdikit-dikit. Di saat-saat akhir sebelum termeterainya perjanjian itu oleh kedua pihak,
masih ada ruang untuk membatalkannya mengikut syarat yang berikut;
Sinario yang pertama adalah berupa satu gambaran yang seharusnya menyedarkan
Mahathir bahawa pindah-milik Nanyang ini telah ditentang dan dikesali oleh
sebilangan besar masyarakat Cina; dan berkemungkinan kekesalan itu akan
melimpah ruah sehingga tahun pemilu 2004 nanti di mana masyarakat Cina tidak
akan menyokong Barisan Nasional lagi.
Kedua, berkemungkinan juga akan muncul masalah perundangan MCA. Terdapat dua
anak tangga yang perlu diharungi untuk membolehkan MCA memeterai
perjanjiannya. Urusan ini perlu diluluskan oleh jawatankuasa pusat MCA dalam
satu mesyuarat khas pada 30 Mei, Rabu ini. Kelulusan itu harus dilaksanakan
oleh lembaga Pemegang Amanah Huaren Holdings, yang merupakan sayap pelaburan
MCA. Walaupun jawatankuasa pusat dijangka akan meluluskan urusan ini, Lembaga
Pemegang Amanah Huaren mungkin enggan bersekongkol dengan mereka kerana
salah seorang daripada empat ahli lembaga itu telah pun menyuarakan
bangkangannya dalam urusan itu. Sedangkan, keputusan dalam hal ini
seharusnya dilaksanakan dengan sebulat suara.
Lembaga Pemegang Amanah itu adalah dianggotai oleh Presiden MCA Ling Liong
Sik, Timbalan Presiden Lim Ah Lek dan dua orang anggota lagi. Lim Ah Lek
yang merupakan pesaing ketat Ling telah bersuara lantang menolak ura-ura itu
dan sudah tentu dia akan terus berdegil menyanggah cadangan Ling. Soal yang
penting sekarang bukannya terletak di tangan Ling tetapi di tangan Mahathir.
Berupayakah Lim Ah Lek bertahan terhadap tekanan daripada Mahathir? Inilah
masanya untuk melakar sejarah. Masyarakat Cina dan semua rakyat Malaysia
yang cintakan kebebasannya akan terhutang budi kepada Lim Ah Lek seandainya
beliau sanggup berdiri tegak memperjuangkan hak yang semestinya di saat-saat
yang sungguh getir ini. -Kim Quek- Terjemahan: SPAR-08-001 Rencana Asal: NANYANG TAKE OVER: LAST GASP OF FREE PRESS
29.05.2001 Prime Minister Mahathir Mohamadˇ¦s declaration of non-involvement in MCA's
take over of Nanyang Press is as believable as his earlier disclaimer of
involvement in the ISA arrest of Opposition leaders, attributing the latter
to pure police decision to maintain law and order.
No one should have any fancy that a person like Ling Liong Sik could have
the courage to undertake such a momentous and risky venture (politically and
financially). The take over of Nanyang is unmistakably another political
swoop by Ling's master, the Grand Maestro himself.
Once this take over is completed, it will signal Barisan Nasional's total
control of the press in this Country, as the remaining major Chinese
newspaper Sin Chew seems to have joined MCA in this take over and has
conspired to black out the relevant news to prevent a backlash from the
Chinese society. This is a sad day not only for the Chinese society, but for all freedom
loving Malaysians, in particular the Opposition parties and their supporters
who constitute one half of the population of this Country. From now on, the
tiny windows that were traditionally opened to carry news of the political
struggles of the Opposition from time to time (albeit often stealthily) will
be shut. One dreads to imagine the suffocation that patriotic reformers of
this Country will have to endure henceforth.
However, to Mahathir this is his crowning moment, for he has just driven the
last nail to press freedom after 20 years of systematically chipping at it,
through successive repressive legislation and gradual acquisition.
At this final hour before the agreement is sealed by both parties, the deal
can still be thwarted under the following circumstances.
The first scenario is when Mahathir is convinced that the take over of
Nanyang is so deeply and extensively opposed by the Chinese society that
such resentment will carry over to the year 2004 to erode substantial
Chinese electoral support to Barisan Nasional in the General Election then.
The second possibility is legal obstacles within MCA. MCA has to climb 2
huddles before it can seal this Agreement. This deal has to be approved by
the MCA central committee in a meeting schedule on 30th Wednesday, and by
the Board of Trustees of Huaren Holdings, which is the investment arm of MCA
to execute this take over. While the central committee is expected to approve this deal, the Board of
of Trustees of Huaren may not, as one of the 4 Trustees in the Board has
voiced objection to this take over, and unanimity in decision is most likely
needed. The Board of Trustees is made up of the MCA President Ling Liong Sik, Deputy
President Lim Ah Lek and 2 others. Lim Ah Lek, arch rival to Ling, has
voiced his objection and he certainly has the character to stand up for his
conviction against Ling. But the crucial question is not Ling, but
Mahathir. Will Lim Ah Lek be strong enough to withstand the pressure from
Mahathir? This is the moment to make history. The Chinese society and all
freedom loving Malaysians will eternally be grateful if he stands up for
what is right at this crucial moment.
|