Laman Webantu KM2A1: 4588 File Size: 13.4 Kb * |
TJ SP MGG: Membebankan Rakyat Dengan LRT By M.G.G. Pillai 30/5/2001 10:24 pm Wed |
[Mahathir berkata rakyat mesti sanggup membayar kos tambang
yang mahal untuk mengecapi perjalanan LRT yang selesa. Mengapa
ia menjadi mahal tidak pula dihuraikannya kerana itu semua salah
kerajaan juga. Pemberian projek tanpa tawaran terbuka menyebabkan
kosnya naik menggila kerana lebih mudah disonglap beberapa juta.
Soal berjimat dan rugi tidak diperduli kerana kerajaan akan datang
untuk menyelamatkannya juga. Yang tercekik nanti tidak lain tidak
bukan rakyat juga. Padahal itu semua boleh dielakkan jika dibuat
sendiri oleh kerajaan melalui tender terbuka. Saingan akan memastikan
kosnya tidak seberapa walaupun selesa sebagaimana yang terserlah
di Singapura. Rakyat Malaysia sudah ditipu sebenarnya....
- Editor] (Burdening The People With The LRT) Perdana Menteri Mahathir Mohamad tidak dapat membuat keputusan
kalau tiga buah sistem pengangkutan transit ringan yang tidak
sama acuannya; dua mempunyai hutang bertapuk yang tinggi dan
sebuah lagi masih belum selesai kerjanya lagi, harus diambil-alih
oleh kerajaan untuk dijadikan projek yang menguntungkan. Adalah
menjadi dasar kerajaan, katanya, tidak membebankan rakyatnya.
Tetapi, kenapakah dasar itu tidak diambil kira pada mula-mula
dulu ketika kontrak kerja dikeluarkan kepada syarikat bertiga itu?
Tiga syarikat yang berkenaan ialah STAR, PUTRA dan Monorel,
telah diberikan kepada para kroni yang mempunyai niat
membuatkan kerja-kerja pembikinan projek itu semahal yang
termampu. Syarikat yang mendapat konsesi mewujudkan
beberapa anak syarikat lagi untuk menjadikan projek itu
mahal harganya. Hasil kerja STAR sepanjang 11 kilometer
mengenakan belanja sebanyak RM1.2 billion ataupun bersamaan
RM100 juta setiap satu kilometer. Syarikat yang lagi duapun
mencapai kos pembikinan yang lebih kurang sama mahalnya.
Malahan, di Singapura kerja-kerja menyiapkan landasan
keretapi bawah tanah mencapai kos yang lebih rendah
harganya berbanding kerja-kerja landasan terbuka di atas
bumi di Kuala Lumpur. Ketika projek ini dimulakan, tidak ada pun satu tender yang
ditawarkan. Pemegang konsesi menerima pinjaman kewangan
kerajaan tanpa sebarang faedah dan dikenakan syarat
membayar hutang bila ada masa lapang. Kos pembinaan yang
meningkat bererti lebih banyak wang lagi boleh dirembat,
sambil lebih banyak lagi kos lain yang sengaja dibebankan
kepada projek itu sehinggakan syarikat konsesi itu tidak
menjadi sebuah syarikat yang viable lagi. Tidaklah
menghairankan kalau kerajaan terpaksa mengambil alih STAR
dan PUTRA. Rencananya sekarang ialah menyerahkannya kembali
kepada kedua pemegang konsesi itu untuk menguruskannya
dengan membayar kos pengurusannya pula. Kini, Mahathir
mahukan projek monorel itu diserapkan sahaja secara konsep
integrasi yang sepatutnya dilakukan pada tahap awalan dulu
lagi. Projek monorel itu telah dianugerahkan kepada 'seorang
peniaga bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok
bandingnya', seorang yang bergelar Tan Sri Dato' Seri
(bekas penjual insurans) Vincent Tan, yang telah membuatkan
projek itu mencelaru seperti mana yang dilakukannya kepada
projek penswastaan najis dulu. Dia telah gagal menepati
janji-manisnya untuk menyiapkan projek monorel itu
menjelang Sukan Komanwel 1998 dulu, dan meletakkan bebanan
kelecehan itu kepada krisis kewangan pada tahun
sebelumnya. Lantas dia telah menjual projek itu kepada
pemegang konsesi yang sekarang ini yang pada ketika itu
menjanjikan projek itu boleh siap dalam masa 12 bulan. Di
samping itu syarikat itu cuba disenaraikan di BSKL sebagai
sebuah syarikat infrastruktur dan menjadi ghairah dengan
usaha itu sehingga mahu menyenaraikan lagi antara 25 hingga
30 persen syarikatnya. Jelas tujuan sebenar ialah untuk
menyungkil dana daripada pasaran dijadikan modal
menyiapkan kerja yang terbengkalai. Tetapi ia gagal
mencapai impian itu. Selepas kemelut TimeDotCom dan
pelbagai kisah pengapungan dan pemulihan yang dilakukan
kepada beberapa syarikat lain, para pelabur sudah naik
jeran untuk terus ditipu berpanjangan.
Sepatutnya rencana itu perlu direncana dengan penuh
waspada. Para pelabur di BSKL sudah tidak berminat dengan
projek seperti ini yang menjaminkan warna merah dalam
penyata akaunnya sehinggalah hari kiamat. Bukanlah semua
pembelian itu akan merugikan seluruhnya, tetapi mesti ada
penelitian ke atas siapakah yang menguruskan syarikat itu.
Setakat ini rakyat marhaen sudah sedar betapa ia
dikelentong dan sekarang bertindak terhadapnya. STAR dan
PUTRA dihenyak nasib yang sama ketika kecundang dan terus
terkangkang. Sekarang, tidak ada sesuatu pun dalam Monorel
yang menunjukkan ia tidak akan berkelakuan serupa.
Ketiga-tiga projek itu dianugerahkan dengan segala suasana
yang cukup rahsia. Kerajaan bertindak menswastakannya
kerana memikirkan ia tidak ada sebab kenapa mahu berurusan
dengan pembikinan sistem pengangkutan transit ringan.
Projek itu diserahkan kepada para kroni dan pak-pacak
memberikan kebebasan untuk memulakannya tanpa sebarang
pertimbangan berjimat belanja menyebabkan kerajaan kini
terpaksa mengambil alih projek yang sudah lama tergendala.
Kalaulah kerajaan sendiri yang membinanya kosnya pun tidak
berapa rendah walaupun tempoh siapnya mungkin terpaksa
ditambah. Tidak ada langsung semangat membina dengan
berjimat belanja dan menentukan pembinaan itu terlaksana
dengan semangat berlumba-lumba untuk menyudahkannya.
Sepatutnya itulah caranya setiap projek kerajaan itu
dilaksanakan. Tetapi kerana mudah percaya cakap
si-mulut-buaya projek Monorel itu menjadi tergendala. Namun
itu adalah satu projek yang difaraidkan kepada seorang
kroni, oleh seorang maharajah. Apabila Perdana Menteri mengatakan setiap rakyat Malaysia
mesti membayar harga tiket Kelas Pertama bertaraf dunia
untuk kemudahan bertaraf kelas unggulan, sudah semestinya
ia merupakan cakap-cakap haprak yang tidak ada unsur
keikhlasan. Projek itu sepatutnya mampu dibuat dengan harga
yang lebih murah lagi seandainya ditawarkan sebagai tender
terbuka. Ia boleh disiapkan dengan kos yang lebih rendah
lagi seandainya ia direncana untuk menjadi sistem
pengangkutan aliran ringan bandaraya. Ia boleh menjadi
lebih murah kalau sistem itu bertujuan untuk memberi
keselesaan kepada para komuter. Akan tetapi, tujuan awalannya ialah untuk memperkayakan
para kroni pihak kerajaan. Mereka mahu membinanya dengan
kos yang termahal selagi terdaya. Mereka mahu membalun wang
yang ada di setiap terlangsainya bahagian-bahagian kerja
yang berharga nilainnya dan membiarkan kerajaan mengambil
alih akhirnya. Perdana menteri sedar akan muslihat kerja
bajingan itu tetapi dia sanggup membiarkannya. Apabila dia
mengemukakan kiasan bahawa rakyat sudah tidak tahu
bersyukur kerana enggan membayar harga tambang yang tinggi
kerana kemudahan yang dianggapnya berstatus dunia itu,
adalah sesuatu yang memang tidak ada kejujurannya.
Kini dia bertegas mengatakan rompakan lebuhraya itu mesti
diregukan dengan caj tambang yang tinggi. Dia telah
menyebut harga tambang sekitar RM36 untuk menaikki ERT
pergi ke KLIA. Sepatutnya perjalanan itu ada perhentiannya
untuk memudahkan menghubungi sistem pengangkutan lain
selain untuk berpergian ke KLIA sahaja. Sebaliknya ia
merupakan sistem pengangkutan daripada satu stesen mula ke
stesen destinasinya. Ini bermakna sesiapa yang menghuni
kawasan di sepanjang landasan sistem itu terpaksa
menggunakan pengangkutan lain untuk pergi ke KLIA. Tetapi,
itu pun satu cara juga untuk menyuapkan ilham untuk
membaham kepada para kroni yang ada. Bukannya untuk
menyediakan satu sistem pengangkutan bandaraya yang mudah
dan murah. -MGG Pillai- Terjemahan SPAR-01-014 Rencana Asal Burdening The People With The LRT
The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, cannot
decide if Kuala Lumpur's three mutually incompatible light
transit systems, two heavily indebted and one still under
construction, should be in government hands or see how it
can be made profitable. The government policy, he tells us,
is not to burden the people. But it was not when contracts
for the three light transit systems were given out.
The three companies, STAR, Putra and the Monorail, were
given to cronies with the avowed aim of making its
construction as expensive as possible. The companies that
got the concession set up subsidiaries to build the systems
as expensively as possible. The 11-km STAR network cost
RM1.2 billion, or RM100 million a kilometre. The other two
is as expensive. Indeed, Singapore built its underground
network far cheaper per kilometre than Kuala Lumpur's
overhead systems. When they were built, no tenders were called for.
Concessionaires got interest free government loans to be
paid when able. The high cost construction ensured more
money, with the costs loaded on to the concession company so
that it could never ever be viable. So, it was no wonder
that the government had to take over STAR and Putra. The
plan is for them to be handed over to the two
concessionaires to manage it for a fee. Dato' Seri Mahathir
now wants the Monorail to be integrated into what should
have been from the start. The monorail project was given to that international
business man of unquestioned reputed, one Tan Sri Dato' Seri
Vincent Tan, who promptly made a mess of it, as he did of
the privatisation of sewage. He failed, as promised, to
have the monorail ready for the 1998 Commonwealth Games,
blaming it on the financial crisis of the previous year.
He sold it to the present concessionaire, who says
confidently it would be completed in 12 months. More than
that, it wants to be listed on the KLSE as an infrastructure
company, is upbeat about it, and wants to list between 25
and 30 per cent of the company. If it pins its hopes on
that for the capital to complete it, it is in for a rude
shock. After the TimeDotCom fiasco, and the bailouts,
investors are not in the mood for further ripoffs, for that
is what it would be. It should venture into that with care. Investors on
the KLSE is disinterested in ventures like these which would
ensure red ink till kingdom come. It is not that these are
terrible buys, but one is automatically cautioned about the
quality of its management. The public presumes it is taken
for a ride, and reacts terribly to it. STAR and Putra met
the same fate when they went belly up. Nothing in the
Monorail project, as known, suggests it would not.
The three projects were awarded in secrecy, the
government privatising it because it felt it had no business
in light rail transit systems. It handed them over to
cronies of the establishment, allowed them to build it with
no thought to prudence, and the government is now forced to
take it back. If it had built it, it would have been
cheaper, though it might have taken a few years longer.
There was no concern to ensure it is done with prudence and
care, that they would be built in competitive bidding. That
is how every single privatisation project of the government
can be handled. It strains credulity to be told now that
the Monorail project is different. It is still a crony
project. For the Prime Minister to say that Malaysians must pay
world class fares for high class facilities is disingenious
to say the least. It could have been built cheaper if it
were on competitive open tender. It could have been built
cheaper if the aim was to provide an efficient light transit
city transport system. It could have been built cheaper if
the light transit systems was to benefit the commuter.
But the aim was to enrich the cronies of the
establishment. They wanted to build it as expensively as
possible, rake the money off the top and at every level of
construction, and let the government eventually take over.
The Prime Minister knew of this at the time, but he went
along. For him to now suggest that the people are
ungrateful for refusing to pay worldclass fares for these
allegedly worldclass facilities strains incredulity.
Now he says that highway robbery must be justified by
high fares. He points to the RM36 or thereabouts the ERT
train fare to KLIA. That should have been built with stops
inbetween so that when not used to travel to the airport
could be another link to resolve the Klang Valley transport
system. Instead it is a point-to-point system so that those
living on its path would have to find other means to get to
KLIA. But then that was another officially inspired method
to feed the cronies. Not to provide an efficient inner city
transport at reasonable cost. M.G.G. Pillai |