Laman Webantu KM2A1: 4591 File Size: 13.5 Kb * |
TAG SP 142: Nanyang Menemui Jalan Mati? By Tony Thien 31/5/2001 4:01 am Thu |
[Langkah MCA menelan Nanyang akan memusnahkan satu identiti
yang sudah lama hidup dalam masyarakat Cina. Ia umpama menukar
patung buddha lama yang mendengar dan menyampai suara rakyat
dengan patung buddha baru yang kaki putar dan kaki tangkap dari
Kerala yang asyik mengampu sahaja seperti Star. Jangan harap
sesuatu yang gagal dibela oleh MCA atau memalukannya akan muncul
keluar. Akibatnya ia akan menjadi akhbar yang hambar lagi tawar.
Yang rugi nanti adalah masyarakat Cina sendiri kerana sudah
terbukti MCA gagal membela mereka sebagaimana yang terserlah
dalam akhbar Star yang mereka miliki. MCA sebenarnya telah memotong
lidah kaum sendiri tetapi jangan fikir orang Cina akan membisu
selepas ini. Bukankah makin bising dan bercelaru sekarang ini?
Malah MCA sendiri sudah retak menanti belah yang sukar ditakup kembali....
- Editor] (End of The Road For Nanyang) Seperti akhbar keluaran Sarawak, Sin Chew Jit Poh, dua lagi
akhbar harian, Nanyang Siang Pao dan China Press kini dijual di
pekan-pekan besar di Sarawak di mana 30 peratus penduduknya
daripada jumlah 2.2 juta itu adalah orang Cina.
Walaupun bukan semua orang Cina mampu membaca dan menulis
bahasa ibunda mereka, peratusan yang mampu masih tinggi lagi
dan termasuklah satu jumlah bukan-Cina yang semakin membesar
bilangannya. Ini terjadi kerana semakin ramai ibu bapa
bumiputra yang menghantar anak-anak mereka bersekolah Cina.
Malahan, Nanyang Siang Pao menjadi terkenal di Asia Tenggara
kerana ia merupakan akhbar peniaga Cina di rantau ini lebih
awal lagi daripada Sin Chew. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Sin Chew telah lebih
menyerlah dari segi pengedaran. Lagipun setelah syarikat
kayu-kayan terbesar di dunia 'Rimbunan Hijau' yang dipunyai
oleh Tong Hiew King mengambil alih akhbar yang kegersangan
kewangan itu dan memulihkannya menjadi unggul kini.
Namun, nama Nanyang Siang Pao telah begitu terpahat pada
ingatan dan kenangan golongan tua dan mampu menarik kesetiaan
para pembaca begitu lama di seluruh rantau ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai editor unggulan
Sin Chew telah undur dan menganggotai Nanyang yang dipimpin
oleh Quek Leng Chan. Nanyang bersama akhbar kembarnya China
Press mampu menarik langganan bersatu sebanyak 300,000
pelanggan. Pengaruh Besar Jumlah pelanggan yang ada itu sudah mampu menarik pengaruh
pemikiran orang Cina dan tidak ada satu parti politik yang
nampak kemampuan ini lebih ketara lagi daripada MCA, terutama
sekali presidennya Dr. Ling Liong Sik.
Dari jauh, ada yang beranggapan, kalau dua akhbar harian Cina
ini tidak bersedia menyokong kepimpinan MCA dan dasar Barisan
Nasional, setidak-tidaknya tanpa pengaruh kuasa MCA dua akhbar
harian ini mampu memberi suara berbeza yang menyerlahkan
perbezaan pendapat yang sihat pada dua pihak berpolitik yang
bertentangan. MCA sudah pun memiliki satu harian popular berbahasa Inggeris,
The Star melalui sayap pelaburannya Huaren Holdings yang tidak
pun memiliki sebuah akhbar berbahasa Cina. Berlakunya perubahan
terbaru ini ia mencetuskan satu kesangsian di kalangan
masyarakat wartawan dan juga masyarakat Cina.
Ada pendapat umum yang beranggapan bahawa sepatutnya MCA
merelakan sebuah pihak yang tidak mempunyai kecenderungan
berpolitik mengambil-alih akhbar yang dibelinya itu seandainya
kumpulan Quek Leng Chan terpaksa menjadi penjual yang tidak
sebenarnya bersedia. Tanggapan yang ada kebenarannya itu
memberikan kebebasan kepada pasukan redaksi pengarang dan
bukannya pemilik yang baru akhbar itu menentukan selera
pembacanya. Kata-kata Ling Liong Sik sudah tidak diendahkan sangat sekarang
ini. Apatah lagi selepas berlakunya beberapa peristiwa di
antara beliau dengan timbalannya, Lim Ah Lek yang terkenal
kerana kejujuran, dan kebebasannya dari segi kewangan. Apabila
Ling sengaja cuba memengapkan cerita mengenai masa depan
kepimpinan parti yang menyangkuti mereka berdua, ia mencetuskan
banyak soalan yang memerlukan jawapan.
Satu Dilema Nanyang Siang Pao dan China Press yang dikuasai oleh MCA tidak
akan mempunyai banyak perbezaan dengan The Star yang ada kini.
Para editor yang tidak disenangi oleh tuan politik mereka,
akan menjalankan tugas dengan risiko kehilangan pekerjaan
mereka. Industri media Malaysia sedang dihantui dilema dalam pelbagai
rupa: Apakah mesti akur terus dengan kehendak para tetuan
berkaitan dengan kepentingan politik ataupun komersial ataupun
kedua-duanya sekali ataupun tidak langsung menghiraukannya. Apa
pun yang dipilih mesti ada ganjarannya - satu, ia mencetuskan
risiko mengganyang ketua sendiri dan lagi satu mengganyang diri
sendiri sehinggakan dibuang kerja.
Inilah yang terjadi kepada Nanyang Siang Pao dan China Press
walaupun Huaren Holdings belum mengambil- alih secara rasminya
Biarkanlah orang Cina mengatur perbalahan mereka.
Ramai di kalangan pembaca akhbar harian itu yang boleh menelah
betapa 14 kumpulan Cina yang mengeluarkan isyarat itu mesti
didengar oleh MCA kalau mereka tidak mahu dihumbankan ke dalam
tong najis sejarah dalam pemilu yang akan datang.
Cukuplah dulu dengan gelagat tuan pemilik radio dan stesen TV
di negara ini yang memperlekehkan pendapat pembangkang. Tentu
sekali MCA mampu sedar kesilapannya kalau ia mahu terus
menguasai dan mempengaruhi dua akhbar harian Cina itu, walaupun
tujuannya adalah bersifat keuntungan niaga.
Mungkin juga, seperti pendapat seorang pembaca, sudah tiba
masanya untuk Quek Leng Chan daripada kumpulan Hong Leong
mengeluarkan kenyataan secara terbuka kenapa beliau bertindak
menjual semua pegangan sahamnya dalam Nanyang Holdings?
Kenapa pula dia disebut dan digambarkan oleh banyak pihak
sebagai penjual yang belum bersedia?
Jentera a Propaganda Sepatutnya kepimpinan MCA menilai kepentingan jangka panjang
masyarakat Cina itu berbanding kepentingan jangka pendek yang
sempit. Apa kesannya terhadap masyarakat Cina, pendidikan Cina
dan budayanya apabila akhbar harian tradisi Cina kehilangan
identiti aslinya dan menjadi satu bahagian jentera propaganda
kerajaan? Masyarakat Cina di negara ini berada di satu persimpangan
setelah beberapa peranan tradisi mereka dalam bidang
perniagaan, industri dan pendidikan telah terungkai oleh
dasar-dasar yang baru. Mereka perlu bersuara mengeluarkan
perasaan hatinya. Mampukah satu sidang redaksi yang dikuasai oleh MCA dan
dilantik pula oleh MCA menzahirkan pendapat kumpulan pihak
ketiga ataupun pandangan yang berkecuali dan bebas? Ataupun
mestikah mereka menyuarakan pendapat seorang ataupun dua orang
pemimpin MCA? Tren pemilikan akhbar masakini menjurus ke satu hala sahaja,
seperti yang ditulis oleh seorang pensyarah Malaysia di London
School of Economics baru-baru ini: Bukan sahaja jawapan tidak
diberikan malahan pihak yang berkuasa cuba menghalang soalan
dikemukakan. Tidak lama lagi mungkin ia menjadi satu
keberangkalian untuk bertanya apakah jenis masyarakat yang
bernafas di Malaysia? ---- TONY THIEN ialah seorang penulis bebas yang berpangkalan di
Kucing. Rencana Asal: Tuesday May 29 End of the road for Nanyang? Tony Thien 12:38pm, Tue: news analysis Just like the Sarawakian-owned Chinese
daily Sin Chew Jit Poh , two other dailies Nanyang Siang Pau and
China Press are sold at newsstands in all major towns in Sarawak
where 30 percent of the state's 2.2 million population are Chinese.
Although not every Malaysian Chinese can read and write the language,
the percentage that do, is still very high and includes a growing number
of non-Chinese, with many bumiputra parents sending their children
to Chinese schools these days. In fact, Nanyang Siang Pau made its mark in Southeast Asia as a
newspaper for the Chinese trading community in the region much
earlier than Sin Chew. Although in recent years, the latter had overtaken the former in terms
of circulation, especially after the world's largest timber-based
conglomerate Rimbunan Hijau group owner Tiong Hiew King took over
the financially-troubled newspaper group and turned it around into
what it is today. But the name Nanyang Siang Pau has been etched in the memory of its
many old and loyal readers throughout the region.
In recent years, many of Sin Chew's best editorial people have left to
join Quek Leng Chan's Nanyang which together with its sister paper
China Press, have a respectable combined circulation of 300,000.
Big influence In fact the readership is big enough to influence Chinese thinking, and
no other party can perhaps see this as well as MCA, especially its
president Dr Ling Liong Sik. The view from a distance here is that, if the two Chinese dailies are not
prepared to articulate MCA leadership's and Barisan Nasional?s
policies, then at least without MCA's control over them, they would
give prominence to the expression of more divergent viewpoints
reflecting both sides of the political and racial divide.
That MCA which already owns popular English daily The Star through
its investment arm Huaren Holdings does not own or control a leading
Chinese newspaper, and this is relevant to the current developments
which has created a great deal of anxiety among both the journalistic
fraternity and the Chinese community.
The general belief is that the MCA should allow another party which is
not political to take over if for some reasons Quek Leng Chan's group
is forced to become an unwilling seller.
The belief, which is not totally without foundation, is that this will give
the editorial team the laxity and not the owners, to decide what the
readers want. Ling Liong Sik's words do not count much nowadays, not after what
has happened between him and his deputy, the honest and
financially-independent Lim Ah Lek. That Ling has chosen to keep quiet
after the tacit understanding regarding the party's future leadership
between the two men has raised a lot of questions.
A dilemma A MCA-controlled Nanyang Siang Pau and China Press will be no
different than what The Star is today. Editors, who will incur the wrath
of their political masters, do so at the risks of losing their jobs.
Malaysia's media is faced with a dilemma at many fronts: whether to
pander to the whims and fancies of their masters on commercial or
political matters or both or nothing at all. Of course, on both counts
there is a price to pay - one is at the risk of antagonising the bosses,
the other is at the risk of losing one's job.
It has already happened in Nanyang and China Press even though
Huaren Holdings has not officially taken over. Leave it to the Chinese
when they want to spoil a fight. Many of the dailies? readers see the joint stand taken by the 14
powerful Chinese groups as a warning that the MCA leaders must heed
if they do not want to be consigned to the dustbin of history in the
coming general-elections. It is bad enough when the private and state-owned radio and TV
stations are not articulating the opposition's views. But surely the
MCA can see the folly of its own action if it were to go ahead to own
and control the two Chinese dailies, even though it may well be based
on commercial considerations. Perhaps, as one reader said, Hong Leong's Quek Leng Chan should
come out and make a statement as to why he is relinquishing his shares
totally in Nanyang Holdings? Why has he been described by some quarters as an unwilling seller?
Propaganda machinery The MCA leadership ought to look at the wider interest of the Chinese
community rather than the short-term narrow and sectional interest.
What would be the effect on the Chinese community, Chinese
education and culture when traditional Chinese dailies lose their original
identity and become an extension of the government's propaganda
machinery? The Chinese community in this country are at a crossroad when their
traditional roles in many areas such as commerce, industry and
education are being undermined by new policies. They need to speak
out. Will a MCA-controlled and MCA-appointed editorial team be prepared
to expound third-party or neutral and independent viewpoints? Or
must they only reflect the views of one or two men in MCA?
Current trends in newspaper ownership seem to point at one direction,
as a Malaysian lecturer at the London School of Economics wrote
recently: Not only answers are not being given but the authorities are
also trying to prevent questions being asked. It may soon become
impossible to ask what kind of society is now evolving in Malaysia?
|