Laman Webantu KM2A1: 4592 File Size: 9.9 Kb * |
TAG SP 143: Buat Keputusan Yg Rasional & Bertanggungjawab [Mesti Baca] By The Sun - Chua 31/5/2001 8:30 am Thu |
TAG: 143 [Ini satu rencana yang amat baik yang MESTI BACA dan MESTI SEBAR
termasuk catatan penterjemahnya bersekali. Ternyata di sini langkah
mengambil-alih Nanyang itu dilakukan tanpa restu dan perbincangan
tokoh terpenting parti yang memegang amanah pelaburan parti. Chua
tidak berada di Malaysia ketika itu semua terjadi. Seolah-olah ada
konspirasi agar ia dapat dilakukan dengan licin sekali tanpa
berkelahi. Tetapi apa yang berlaku sudah haru-biru sekarang ini.
Chua tidak tahu menahu sedangkan beliau sepatutnya terawal diberitahu
mengapa langkah mengambil-alih itu perlu. MCA akan membeli Nanyang
yang sudah tidak punya penulis dan editor yang berpengalaman yang
sudah dan akan dibuang kerana menentang pengambil-alihan itu. Ini
umpama membeli durian yang mahal sedangkan isinya yang manis lagi
lazat itu sudah pun menghilang. Kalau adapun cuma yang sudah masam dan
tidak dapat ditelan yang sudah tentu tidak akan laku walaupun dilelong
murah-murahan. Ini akan memufliskan MCA sendiri di masa depan baik
dari segi kewangan mahupun sokongan. MCA telah menempah tiket maut yang tidak boleh dipulangkan.
Baru sehari dua ini sahaja pun sudah banyak senjata yang amat tajam
telah berterbangan menikam dirinya baik dari luar mahupun dalam.
Lama-lama MCA akan mampus sendirian di dalam kehinaan....
- Editor (sila baca catatan penterjemah - ada satu sindiran tajam
buat Umno dalam isu yang hangat ini)]
Terjemahan: SPAR ?????
(Make Rational And Responsible Decisions: Chua)
Menteri Kesihatan Dato' Chua Jui Meng selamat pulang di KLIA selepas
melaksanakan tugas rasmi ke Eropah selama tiga minggu. Kepulangannya
telah disambut oleh sekumpulan ahli MCA, kebanyakannya daripada
Perak. Mereka mahu menjadi kumpulan yang terawal mendengar pendapat Chua
tentang usaha pembelian Nanyang Press Holdings oleh sayap pelaburan
MCA, Huaren Management Sdn. Bhd. Mereka berbincang selama satu setengah jam di bilik VIP dan Chua yang
kelihatan keletihan selepas penerbangan 12 jam tanpa henti itu telah
mengemukakan satu kenyataan yang ditulis tangan:
'Kita perlu menimbangkan dua dimensi kepada kontroversi ini; satu
dari segi politik dan satu lagi dari aspek ekonomi.'
Yang pertama itu mengundang pertimbangan politik yang punyai banyak
implikasinya. Tidak ada parti politik yang mampu berkonfrontasi dengan
isu ini. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, sebuah parti
politik yang memimpin masyarakatnya memang dibenarkan sedikit
kelonggaran antara persepsi parti itu sendiri dan persepsi para
pengikutnya. Namun, tidak ada parti politik seperti MCA yang mampu
mewujudkan satu ruang kelonggaran yang luas antara dua persepsi itu.
Saya telah mengikuti peristiwa yang mencetuskan kontroversi itu di
seberang laut dan mendapatkan maklumbalas masyarakat dan pemimpinnya.
Jurang yang wujud itu sudah semakin luas dan semakin membesar.
Sebagai seorang pemimpin, saya merasa tertekan dengan keadaan ini.
Ada kata-kata hikmat yang menyangkuti politik Malaysia; para pemimpin
parti serta pengikutnya adalah diandaikan laksana ikan sedangkan
masyarakatnya adalah laksana air. Mampukah ikan bertanya: 'Aku
bencikan air'? Rasionalkah itu?
Apakah ini satu situasi politik yang menyenangkan? Tidak ada satu
parti politik yang boleh menyepikan ataupun menolak pandangan dan saranan
sebilangan besar masyarakat yang diwakilinya.
Saya sayang pada MCA. Saya sayangkan Barisan Nasional. Tentunya saya
menghargai masyarakat Cina yang sejak dua pemilu yang lalu memberikan
sokongan mereka. Apakah kita kini mesti perlekehkan pendapat mereka? Apakah kita
mampu menangani risiko terhakisnya sokongan mereka?
Apa yang kita laksanakan hari ini sebagai pemegang amanah dan
pemegang saham Huaren (Holdings) dan sebagai ahli-ahli jawatankuasa
pusat akan dihakimi oleh rakyat pada pemilu yang mendatang.
Janganlah dinafikan perkara ini. Saya mendesak semua pemimpin parti
yang bersangkutan untuk membuat keputusan yang rasional dan
bertanggungjawab. Ingatlah, kita memegang jawatan yang ada sebagai
pemegang amanah parti kita, masyarakat dan juga negara.
Pertimbangan yang kedua merupakan pertimbangan urusniaga. Kedua-dua
PM dan DPM telah memberi ingatan kepada kita betapa semua ini
adalah urusan dan transaksi perniagaan dan mereka tidak akan
campurtangan. PM telah menyatakan dengan jelasnya bahawa dia tidak
pun menyokong ataupun membantah ura-ura pengambil-alihan itu. Dengan
kata lain, terpulanglah kepada para pemimpin MCA, pemegang amanahnya,
dan pemegang saham Huaren membuat keputusan berasaskan keserasian
kita sendiri dan apa yang kita fikirkan baik secara berpolitik dan
dari aspek ekonominya. Saya merupakan salah seorang daripada empat orang pemegang amanah dan
pemegang saham Huaren Holdings. Tidak ada pun sebarang mesyuarat
melibatkan pemegang amanah dan pemegang saham Huaren membincangkan
ura-ura pembelian Nanyang Press. Tetapi, saya telah diberitahu satu
ikatanjanji sudah pun ditandatangaani dengan Hume Industries,
tuanpunya Nanyang Press oleh pihak terrtentu yang dikatakan mewakili
Huaren dan mereka juga telah membayar 10 persen harga pembelian
serta dengan spontan mengambilalih kuasa pentadbiran Nanyang Press?
Munasabahkah perkara ini? Saya telah diberitahu pada Isnin yang lalu ada satu mesyuarat
tergempar majlis tertinggi MCA yang memutuskan agar Star
Publications mengambilalih Nanyang Press.
Tetapi sekarang ini, bukannya The Star, sebaliknya Huaren yang
mengambilalih Nanyang Press. Munasabahkah ini? Jawatankuasa pusat
hanya akan bersidang esok pagi dan berkemungkinan disediakan
sajian 'fait accompli' (sesuatu perkara yang sudah terjadi, macam
kes Tivoli Villa di mana 'percumbuan' dilaksanakan sebelum villa
itu didirikan - penterjemah) Munasabahkah ini? Bukankah ini
bersamaan dengan memasang kereta kuda di bahagian depan kuda itu?
Sepatutnya, satu mesyuarat di kalangan pemegang amanah dan pemegang
saham dilangsungkan dulu untuk memberikan pertimbangan kepada
viabiliti lapuran yang dikemukakan dan membincangkan sumber kewangan
Huaren, kos pembelian dan apa sebenarnya yang diperlukan sebelum
perkara ini dibentangkan kepada majlis tertinggi, jawatankuasa pusat
dan Persidangan Khas parti? Berapakah agaknya simpanan khas Huaren?
Saya tidak tahu. Mampukah Huaren membeli dan membayar keseluruhan
harga yang ditawarkan? Saya pun tidak tahu.
Saya telah diberitahu bahawa dana simpanan telah dikeluarkan daripada
Nanyang Press oleh para penjualnya, Hume Industries. Saya juga
difahamkan 40 penulis utama terbitan Nanyang Press sudah membuat
persetujuan bahawa mereka tidak akan menyumbang lagi kepada mereka.
Saya diberitahu pengurus utama dan sidang redaksi telah diarahkan
berhenti kerja. Saya juga difahamkan ramai lagi wartawan yang tidak
mahu berkhidmat dengan pengurusan yang baru. Bukankah sumber tenaga
manusia sesebuah syarikat itu merupakan aset terpentingnya? Apakah
pembayaran yang berjumlah ratusan juta ringgit itu akan memberikankita
satu syarikat yang merupakan kelongsong sahaja dan dibayangi oleh
keutuhannya yang sudah menghilang?
Apakah pentingnya menguasai Nanyang Press secara terburu-buru?
Apakah rasionalnya? Kalau kita mahukan sebuah akhbar Cina kenapakah
tidak mulakan dengan Tong Bao? Lupakah kita pengalaman pahit
1980-an dulu? Lupakah kita bagaimana terlepasnya Multipurpose
Holdings, yang merupakan empayar ekonomi dan intan berkilauan
masyarakat Cina malaysia? Apakah kita sudah melupakan kemelut Tong
Bao yang jatuh menyembam bumi kerana masyarakat Cina enggan meneruskan
sokongan mereka? Apakah yang akan terjadi kepada ratusan juta
pelaburan Huaren seandainya pembaca yang melanggan akhbar itu bertindak
memulaukan kahbar harian itu seperti yang mereka lakukan terhadap
Tong Bao dulu? Semua soalan ini memerlukan jawapan yang cepat dan memuaskan sebelum
saya boleh diyakini betapa segala yang dilaksanakan kini boleh
diberikan sokongannya. Terjemahan: SPAR ????? Catatan Penterjemah: Masyarakat Melayu terutama sekali orang UMNO harus ambil iktibar
kemelut Nanyang Press ini. 'Huaren' bererti 'orang cina'. Ia merupakan
sayap pelaburan MCA yang dipegang secara amanah oleh empat
pemegang yang menerajui parti. Cuba tanya diri kita bagaimanakah
tabung amanah Melayu yang difaraidkan oleh orang Melayu kepada UMNO
yang kemudian mengengsotkannya kepada seorang dua peniaga dan
pelahap UMNO? Di manakah sekitar 50 bilion ringgit dana amanah
orang Melayu yang diamanahkan kepada mereka? MALAHAN, apakah jadi
kepada segala gelang, cincin, rantai emas dan subang yang dikutip
daripada marhaen Melayu untuk mengisi tabung pelaburan dan kemiskinan
UMNO? Manusia merancang dan Allah merancang juga. Lihat.......!!! episod Nanyang dan MCA adalah laksana menepuk air di dulang yang memercik ke muka para lanun UMNO dan bukannya kepada marhaen UMNO. Kenapakah perkara ini tidak dibincangkan dalam persidangan khas Pemuda UMNO bersama presiden tersayangnya semalam????? |