Laman Webantu KM2A1: 4595 File Size: 28.0 Kb * |
TAG SP 144: Kuota Uni: Kepentingan Negara Ataupun Keegoan Bangsa? By Kim Quek 31/5/2001 8:48 pm Thu |
[Jika umno ikhlas untuk menolong kaum bumiputera, ia
seharusnya mengkaji mengapa pencapaian mereka merosot - bukannya
asyik melalak untuk menambah bilangan mereka sahaja. Sistem
kuota telah menyebabkan penghijrahan minda dan kepupusan kepakaran
akibat kedhaifan untuk mengongkosi pengajian. Ini menyanggahi sendiri
dasar pendidikkan negara yang ingin membentuk rakyat yang cerdik dan
berwawasan untuk bersaing di peringkat global.
Umno sebenarnya tidak memperdulikan nasib bumiputra - ia hanya
mengambil kisah nyawanya sahaja. Jika bumiputra cerdik, Umno akan
semakin menghilang dari dunia. Umno tidak sanggup menempuh itu semua.
Isu kuota dilaungkan agar Umno dapat ditonjol sebagai juara padahal
minda bumiputra semakin melemah adanya kerana Umno juga mencengkam
segalanya. Bumiputra sengaja dibiarkan terus sakit dan melarat agar
Umno dapat terus menjual ubat. (University Quota: National Interests Or Racial Ego?)
Kontroversi yang menyelimuti soal kuota kemasukan universiti mendapat
liputan hangat apabila Perdana Menteri dan Presiden UMNO Mahathir Mohammad
membuat pengumuman (selepas bersidangnya Majlis Tertinggi Umno) bahawa UMNO
akan melaksanakan satu penyelidikan baru untuk menentukan kadar sebenar
nisbah bumiputera:bukan-bumiputera dengan mengambil kira bukan sahaja
universiti tempatan tetapi juga semua universiti dan kolej di negara ini dan
juga di luar negara. Banyak pihak tidak berapa faham apakah tujuan sebenar tindakan terkini UMNO
itu. Tetapi, ia semakin menyerlah apabila Menteri Pendidikan Musa Mohamad
membuat pengumuman beberapa hari kemudiannya bahawa aplikasi konsep kuota
perkauman itu tidak lagi mengambil kira kemasukan pelajar di institusi
pengajian tinggi tempatan sahaja. Ia akan mengambil kira juga kemasukan
pelajar di luar negara. Dengan lain perkataan, UMNO akan membuat perkiraan
terhadap semua pelajar Malaysia yang belajar di semua pusat pengajian
tinggi, (tidak kiralah di luar negara ataupun dalam negeri, sama ada di
institusi Awam ataupun Swasta) dan mencatatkan asas perkauman mereka.
Tujuannya ialah untuk memudahkan pelaksanaan satu dasar di mana untuk setiap
'X' jumlah pelajar kaum 'A', mesti ada tidak lebih jumlah 'Y' pelajar
daripada suku kaum 'B'. Dengan lain perkataan, ini membawa erti pelajar
bukan-bumiputera tidak boleh melebihi peratusan tertentu (yang ditentukan
oleh UMNO) pelajar bumiputera, tidak kiralah mana di dunia ini mereka berada
dan apa juga institusi pengajian tinggi yang mereka masuki.
Daripada aliran fikiran yang dicetuskan oleh Mahathir dan dikembangkan oleh
Musa Mohamad itu, membuatkan para pemimpin dan UMNO menjadi kurang berminat
kepada keadaan kemajuan akademik pelajar-pelajar Melayu berbanding jumlah
pelajar bukan-Melayu yang belajar di pusat pengajian tinggi yang
perangkaannya melepasi anggaran yang dibenarkan berbanding dengan jumlah
keseluruhan pelajar Melayu semuanya. Mereka juga semacam tidak peduli dengan
kelembapan usaha kita dalam menyaingi dan berlumba dengan dunia luar untuk
melahirkan kumpulan cendekiawan dari kalangan kumpulan pelajar kita yang
pintar (terutama sekali pelajar Cina) dengan menyekat peluang mereka belajar
di universiti tempatan disebabkan salahguna sistem kuota perkauman dalam
kemasukan pelajar universiti. Tren pembangunan yang menyedihkan ini menunjukkan betapa Kerajaan telah
menyimpang jauh dalam menangani beberapa isu utama negara:
Pertama: Apakah tujuan sebenar sistem kuota itu?
Jawapan yang ketara ialah untuk membantu golongan bumiputera, yang secara
kebetulan mempunyai masalah kewangan dan keupayaan akademik, untuk memasuki
universiti. Dalam hal ini, sistem kuota telah mencapai sasarannya, seperti
yang pernah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan satu ketika dulu mengenai
pengambilan tahun ini untuk pusat pengajian tempatan. Sasaran kerajaan untuk
mendapatkan 38,000 pelajar itu menghadapi kekurangan sasaran sebanyak 7,000
calon, disebabkan kekurangan calon pelajar bumiputera yang berkelayakan.
(penafian kementerian akan kenyataan ini yang dikeluarkan beberapa hari
kemudiannya adalah sesuatu yang tidak boleh diambil kira kerana alasannya
yang tidak berwibawa). Jadi, apakah kesannya apabila lebih ramai pelajar bukan-bumiputera
berbanding pelajar bumiputera yang memasuki kolej swasta tempatan boleh
menafikan peluang pendidikan untuk pelajar bumiputera ataupun membawa kesan
terhadap kemajuan akademik mereka? Jika tidak, kenapakah Menteri Pendidikan
naik berang sehingga membuat ikrar mahu membetulkan ketidak-imbangan ini
dengan menyatakan 'panduan dasar' mewujudkan satu nisbah di kolej swasta
agar mematuhi kuota rasmi 55:45 memihak kepada pelajar bumiputera dan
'seiring dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa kuota itu tidak seharusnya
terhad kepada universiti awam sahaja'?
Begitulah juga, bagaimanakah kewujudan jumlah bukan-bumiputera yang besar
yang belajar di luar negara boleh membawa kesan terhadap pembelajaran
pelajar bumiputera? Jika tidak, kenapakah UMNO begitu ghairah melancarkan
penyelidikan untuk membanci jumlah pelajar Malaysia di luar negara mengikut
pecahan kaumnya? Apakah sebenarnya muslihat tindakan UMNO itu? Adakah ia bertujuan menaikkan
tahap pendidikan akademia orang Melayu? Ataupun apakah ia bertujuan
memuaskan egonya dengan tujuan meraih sokongan politik daripada orang
Melayu? Jawapan kepada semua soalan ini memang amat jelas sekali.
Adalah penting dirakamkan di sini, wujudnya peningkatan jumlah pelajar
bukan-bumiputera yang menuntut di pusat pengajian tinggi swasta tempatan dan
juga luar negara adalah disebabkan mereka terpaksa berbuat demikian setelah
dinafikan peluang untuk belajar di pusat pengajian tinggi awam tempatan.
Walaupun kuota rasmi ialah 55:45 memihak kepada pelajar bumiputera, kuota
pengambilan sebenarnya untuk universiti tempatan adalah melebihi nisbah
75:25 seperti yang dilaporkan dalam Laporan MAPEN2 terbitan kerajaan. Dalam
laporan itu ada disebut pada 1999, daripada jumlah kemasukan pelajar seramai
203,675 orang, nisbah bumiputera dengan bukan bumiputera ialah 77.27%:27.3%
(sedangkan nisbah siswa-siswa pada tahun itu ialah 62:38).
Kuota kecil yang diperuntukkan kepada bukan-bumiputera telah memaksa
penghijrahan ramai pelajar Cina ke seberang laut melalui program berkembar
yang dilaksanakan oleh universiti tempatan. Ramai pelajar ini seterusnya
mendapat peluang pelajaran di luar negara yang menjadi sumber aliran
penghijrahan minda ke luar negara untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
Seandainya UMNO bertindak menggunakan bancian besar itu untuk meneruskan
usaha mempertingkatkan nisbah pengambilan bumiputera dalam universiti
tempatan, besar kemungkinannya berlaku lebih banyak lagi penghijrahan
kepakaran bukan-Melayu ke luar negara. Malahan akan berlaku banyak kerugian
lagi kerana semakin ramai pelajar bukan-bumiputera yang gagal menerima
pelajaran tinggi mereka disebabkan kesempitan kewangan (nisbah biasiswa
kerajaan yang diberikan kepada bukan-bumiputera adalah lebih kecil daripada
jumlah kemasukan mereka ke universiti tempatan).
Adakah UMNO mengambil berat dengan kehilangan kepakaran dan penghijrahan
minda ini? Kalau dilihat gerak-gerinya yang terkini, kita boleh nampak
bahawa UMNO lebih berminat untuk mendapatkan perangkaan yang menyoroti
perkauman daripada kehilangan kepakaran daripada negara ini ataupun kemajuan
tahap pendidikan golongan pelajar bumiputera.
Isu Kedua: Dalam masalah kuota kemasukan universiti, tugas kerajaan ialah
menentukan pengagihan sumber negara, dan bukannya campur tangan dalam usaha
swasta. Kerana keghairahan UMNO memainkan isu perkauman, ia sudah terlupa
bahawa peranan utama kerajaan ialah untuk menentukan pengagihan kemudahan
secara berkesan dan saksama dan bukannya sebagai memihak-mihak dalam
pergeseran remeh-temeh yang menyangkuti usaha individu dan persendirian
seperti cara mengendalikan maktab swasta ataupun kaedah kumpulan individu
yang belajar di luar negara untuk pendidikan mereka). Dalam hal menyangkuti
sistem kuota itu, tugas kerajaan hanyalah menentukan agar kuota yang
dipersetujui itu dilaksanakan secara saksama, sambil menyedari bahawa kuota
itu adalah satu dasar sementara untuk membolehkan golongan pelajar
bumiputera maju bersaing ke tahap pelajaran yang sama. Dengan hal demikian
keutamaan harus diberikan untuk menaikkan kualiti pengajian bumiputera itu
(terutama sekali dalam bidang sains dan matematik) selain dari memantau
statistik kemasukan mereka. Apakah Kementerian Pendidikan pernah
mengenal-pasti penyebab utama kenapa pelajar Melayu lembab dalam bidang
Matematik dan Sains? Apakah yang sudah dilaksanakan untuk memperbaiki
keadaan ini? Manakah dia perangkaan tahunan kementerian yang memantau
kemajuan ataupun kelembapan kemajuan pelajar Melayu dalam bidang ini dan
juga prestasi mereka dalam bidang pendidikan yang lainnya? Saya amat
skeptikal bahawa Kementerian telah melaksanakan sebarang usaha untuk
membetulkan kepincangan yang terdapat dalam sejarah pendidikan orang Melayu
itu selama ini. Dalam usaha merobah kemerosotan kualiti yang dicapai itu, Kementerian telah
sengaja bertindak menaikkan bilangan kemasukan bumiputera ke universiti
melebihi kuota yang dipersetujui dulu secara berahsia dan tanpa kuasa yang
istimewa. Apabila isu ini didedahkan disebabkan kegagalan sekitar 500
pelajar bukan-bumiputera yang pintar mendapat tempat di universiti tempatan,
sedangkan masih terdapat 7000 kekosongan yang tidak ditampung disebabkan
ketiadaan pelajar bumiputera yang layak, kementerianpun menjadi gelabah dan
mula memutar-belitkan perangkaan untuk menafikan wujudnya kekosongan itu.
Walaupun muncul permintaan bertalu-talu mahukan perangkaan sebenar kemasukan
pelajar itu lengkap dengan pecahan terperincinya, kementerian gagal
menunaikan permintaan itu. Kementerian seolah-olah bernekad mahu menyorokkan
kebenaran yang ada. Di tengah-tengah kemelut ini muncul pula UMNO dengan usaha kelentongan
terbarunya mahu mendera golongan bukan-bumiputera dengan mendapatkan
perangkaan bilangan mereka di kolej tempatan dan universiti luar negara.
Apakah sebenarnya tujuan UMNO dengan perangkaan terbaru itu? Apakah menyekat
kemasukan bukan-bumiputera daripada mendaftar di kolej swasta tempatan
sehingga kuota 55:45 itu disenaraikan dalam setiap kolej itu seperti yang
disarankan oleh Menteri Pendidikan? Mengadakan sekatan bilangan pelajar
bukan-bumiputera untuk memasuki pusat pengajian tinggi (tempatan dan juga
luar negara) supaya tidak melebihi 45% jumlahnya? Menaikkan lagi kemasukan
pelajar bumiputera di universiti tempatan sehingga melebihi tahap 'de facto'
75:25 sebagai mengimbangi kekurangan pelajar bumiputera di universiti awam
bukan tempatan? Ataupun sengaja menggunakan perangkaan yang baru itu untuk
memberi justifikasi kepada pengambilan mengikut nisbah yang ada; 75:25 di
universiti tempatan? Disebabkan banyaknya kolej tempatan dan institusi seberang-laut, sebarang
usaha kerajaan untuk menyekat mana-mana pelajar berasaskan perkauman
daripada memasuki institusi itu yang tidak dibiayai oleh kerajaan akan
merupakan sesuatu yang tidak berasas. Tindakan seperti itu (a) melampaui
kuasa kerajaan yang sepatutnya menguruskan harta awam, (b) melanggar hak
asasi individu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara, (c) tidak
mempermudahkan peluang bumiputera untuk mendapatkan pendidikan. Pada waktu
yang sama, kerajaan tidak punyai sebarang alasan untuk menggunakan
perangkaan perkauman di kolej swasta tempatan ataupun institusi
seberang-laut untuk mengurangkan peluang kemasukan bukan-bumiputera di
universiti awam tempatan. Kalau adapun hak kerajaan campurtangan dalam
kemasukan pelajar di institusi swasta itu ialah kalau-kalau institusi
semacam itu mengamalkan diskriminasi perkauman.
Isu Ketiga: Sasaran berlebihan Dasar Pendidikan Negara untuk mempercepatkan
pembangunan kuasa pemikiran negara. Dalam semua rancangan induk yang dibentangkan oleh Perdana menteri baru-baru
ini, termasuklah RP3 dan Rancangan Malaysia Kedelapan, kerajaan telah
mempastikan dengan tepatnya bahawa peningkatan pencarian ilmu pengetahuan
adalah kunci kepada usaha menandingi revolusi IT dan kemungkinan membebaskan
pasaran melalui AFTA dan WTO. Menyedari bahawa tahap penyertaan pendidikan
tinggi rakyat negara ini amat tertinggal di belakang para pesaing kita yang
lain, kerajaan telah berikrar untuk memberikan keutamaan dan kepentingan
kepada pertumbuhan dan peningkatan pelajaran tinggi. Kalau perkembangan
boleh dicapai melalui perbelanjaan yang diperuntukkan, peningkatan hanya
boleh dicapai dengan menambahkan bilangan pelajar yang lebih pintar di
kalangan masyarakat pelajar itu. Dalam hal ini, tindakan kementerian menolak
peluang sebilangan besar pelajar bukan-bumiputera yang pintar berasaskan
masalah kuota perkauman, merupakan satu tanggapan yang bersalahan dengan
ikrar kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada pembangunan pendidikan ini.
Tindakan UMNO yang negatif dalam kontroversi kuota universiti ini adalah
satu alamat yang jelas betapa UMNO telah berubah daripada pemikiran lamanya
yang direncana berdekad dulu, ketika pertimbangan perkauman adalah satu
fesyen berpolitik yang unggul. Apabila UMNO membawa terus warisan pemikiran
usang itu untuk memasuki era IT di alaf baru ini dan gelombang sejagat,
tanpa sebarang pertanda ia akan mula menyisih-haknnya, tentu sekali kita
boleh membuat andaian betapa Malaysia akan menghadapi zaman yang mencabar
tidak berapa lama lagi. Namun, daripada kacamata tanggapan UMNO itu, keupayaannya untuk terus gagah
mungkin tidak menjadi keutamaannya dan isu kuota universiti sekarang ini
mungkin dianggap sebagai satu peluang keemasan untuk meraih sokongan Melayu
yang sudah lama menendangnya. Mungkin juga UMNO sengaja mahu memesongkan
perhatian rakyat yang semakin marah kerana gelagat jenayahnya terhadap
negara sekarang ini, terutama sekali mengenai penangkapan dan penderaan
pemimpin pembangkang dengan menyalah-gunakan ISA, tindakan mendera Anwar
Ibrahim dengan menafikan haknya menerima rawatan di luar negara, yang
berkemungkinan membuatkan beliau lumpuh. Begitu juga dengan segala gelagat
menyelamatkan para kroni dan mengapungkan semula beberapa syarikat para
kroni dengan menggunakan dana awam, sedangkan segala usaha menyelamatkan itu
adalah kerja jijik yang bersamaan dengan menyalah-gunakan amanah rakyat
kepada mereka. -Kim Quek- Terjemahan SPAR-08-002 Rencana Asal: UNIVERSITY QUOTA: NATIONAL INTERESTS OR RACIAL EGO?
28.05.2001 The controversy over racial quota of university enrolment took a new turn
when Prime Minister and President of UMNO Mahathir Mohamad announced (after
an UMNO Supreme Council Meeting) that UMNO would undertake a new survey to
ascertain the 'real' ratio of bumiputra to non-bumiputra students taking
into account not only local public universities but also oversea
universities and local private colleges.
Many were at first uncertain as to the real intent of this latest UMNO move.
But it soon became clear when the Minister of Education Musa Mohamad
announced a few days later that the application of the racial quota concept
was to be expanded beyond the local public universities to encompass all
institutions of tertiary education. In other words, UMNO is going to take a
head count of all Malaysian tertiary education students (overseas and local,
public and private) and classify their racial origin. This is to facilitate
the implementation of its policy that for every X numbers of race A
students, there must not be more than Y numbers of race B students. In the
Malaysian context, it means non-bumiputra students must not exceed a certain
percentage (stipulated by UMNO) of bumiputra students, wherever in the world
they are and whatever institutions they are in.
From the trends of thoughts expounded by Mahathir and elaborated by Musa
Mohamad, these top leaders and UMNO seem to be less concerned at the state
of academic progress of Malay students than whether the global total of
non-Malay students of higher learning exceed the proportion acceptable to
them in relation to Malay students. Neither do they seem disturbed by the
set back to our race against the rest of the world in nurturing our
brainpower precipitated by barring thousands of high-scoring students
(mostly Chinese) from entering local universities arising obviously from the
abuse of the racial quota system. This disturbing trend of development indicates that the Government has gone
gravely astray on several key issues. FIRST ISSUE: What is the purpose of the quota system?
Obvious answer is that it is to assist the bumiputras, who happen to lag in
financial and academic capabilities, to gain admission to universities. In
this connection, the quota system has already achieved its purpose, as the
Ministry of Education had earlier announced that this year's total intake
to the local universities fell short to the target of 38,000 by some 7,000
plus students, due to insufficient qualified bumiputra applicants
(subsequent retraction to this statement was unconvincing, as the grounds
given lack credibility). So, how would the fact that there are more non-bumiputra than bumiputra
students attending local private colleges detract from bumiputra's
educational opportunity or even adversely affect their academic progress?
If it would not, then why should the Minister of Education be so incensed as
to vow to correct this imbalance by declaring the 'policy guideline' of
bringing the racial ratio of private colleges to the official quota of 55 to
45 in favour of the bumiputras, 'in line with the Prime Minister'
statement that the question of quota should not be restricted to public
universities alone? Similarly, how would large numbers of non-bumiputra students going overseas
to pursue their studies be adversely affecting the bumiputra students? If
it would not, then why should UMNO be so concerned as to launch a grand
survey to take count of the racial composition of oversea Malaysian
students? What is the logic of this UMNO move? Is it motivated by the desire to
upgrade the academic level of Malays? Or is it to satiate its racial ego
thereby enhancing its political support among the Malays? The answers to
these questions are obvious. It is important to note at this junction that the overwhelming majority of
non-bumiputra students studying in local private colleges and overseas
universities have been forced to do so due to their non-acceptance to local
public universities. Though the official quota is 55 to 45 in favour of the
bumiputras, the actual quota of intake to local public universities is well
in excess of 75 to 25, as evidenced from the Government MAPEN2 Report which
states that in 1999, out of the total university student population of
203,675, the bumiputra to non-bumiputra ratio is 72.7% to 27.3% (though
graduate ratio for the same year is 62 to 38).
The meager quota given to the non-bumiputra has forced an exodus of Chinese
students to oversea universities through the twinning program provided by
the local colleges. Many of these students subsequently found employment
oversea, which has been a major source of brain drain to this Country for
some years. Should UMNO decide to utilize its grand survey to forcibly
further increase the bumiputra intake ratios in local institutions, then
there will not only be an increase in such brain drain, but also an increase
in brain loss, as many bright non-bumiputras will not have the opportunity
to receive any tertiary education at all due to financial constraints (the
ratio of government scholarships given to non-bumiputras is even much more
meager than that of university intake).
Is UMNO concerned with this brain drain and brain loss? From its latest
manoeuvre, UMNO seems to be more interested in racial figures than either
brain drain to this Country or the academic progress of the bumiputras.
SECOND ISSUE: In the university quota issue, the Government's job is to
allocate national resources, not to interfere with private endeavours.
In UMNO's over-eagerness to play the racial cards, it has forgotten that
the primary function of the Government is to ensure an efficient and
equitable distribution of national resources, and not as a partisan in petty
racial squabbles overflowing into private and individual endeavours (such as
the running of private colleges or individuals going overseas to receive
education). In the case of the university quota system, its duty is simply
to ensure that the agreed quota is honestly implemented, keeping in mind all
the time that it is an interim policy to help the bumiputra communities to
catch up and upgrade their education level. And hence, top priority must be
given to uplifting the academic quality of the bumiputras (particularly in
science and mathematics), apart from keeping an eye on enrolment statistics.
Has the Ministry of Education identified the main causes of the
underperformance of Malays in mathematics and science? What has been done
to rectify this shortcoming? Where are the Ministry's annual statistics
monitoring the progress or lack of progress of Malay students in these
fields as well as in their general academic performance in relation to
others? I am skeptical the Ministry has made substantial headway in
rectifying this historical academic disadvantage of the Malays.
To make up this deficit in quality, the Ministry has obviously resorted to
drastically push up the bumiputra intake to universities well beyond the
agreed quota, stealthily and without authority. When the issue exploded
following the rejection of 500 non-bumiputra top scorers to local
universities, while there were 7000 vacancies unfilled due to the lack of
qualified bumiputra applicants, the Ministry scrambled to juggle with
figures and statistics to deny that such vacancies existed. In spite of
repeated calls to present a detailed breakdown of the university enrolment
statistics, the Ministry has failed to do so. The Ministry appears
determined to hide the truth. Into this mess comes UMNO's latest manoeuvre to even the score with
non-bumiputras by calling in racial statistics in local colleges and oversea
universities. So, what does UMNO propose to do with the new statistics?
Stop non-bumiputra from enrolling into local private colleges until the
quota of 55 to 45 is complied with in these colleges as suggested by the
Minister of Education? Cap the exodus of non-bumiputras from going
overseas, to ensure the overall proportion of non-bumiputra students in all
tertiary institutions (local and overseas) does not 45% of the Malaysian
total? Further increase bumiputra intake in local public universities
beyond the current de facto level of approximately 75 to 25 to compensate
for the shortfall of bumiputra students in non-local public universities?
Or merely utilise the new statistics to justify the present de facto level
of 75 to 25 in local universities? Due to the abundance of local colleges and oversea institutions, any
government move to deter any student on racial ground from attending any
institution not funded by this Government will be totally unjustifiable. As
such move a) exceeds the jurisdiction of the government which is to manage
public property, b) infringes the individual's constitutional rights and c)
does not enhance the educational opportunity of the bumiputras anyway. In
the same vein, the government does not have any justification to use racial
statistics in local private colleges or oversea institutions to lessen the
admission opportunity of non-bumiputra to local public universities. The
only occasion when the Government should interfere with the admission of
students to private institutions is when such institutions practice racial
discrimination. THIRd ISSUE: Over-riding objective of National Education Policy to
accelerate the development of brainpower.
In all the major master plans presented by the Prime Minister recently,
including the Third Outline Perspective Plan (2001 - 2010) and the Eight
Malaysia Plan (2001 - 2005), the Government has correctly identified the
accelerated acquisition of knowledge as the key to cope with the
unprecedented challenges thrown up by the IT revolution and the imminent
liberalization of our market through the Asean Free Trade Area and the WTO.
In recognition of the fact that the tertiary education participation level
of our population lag far behind other competitors, the Government has
solemnly pledged through these master plans to give the highest priority and
urgency to the development of brainpower and the most effective way of
achieving this is to expand and upgrade our tertiary education. While
expansion can be achieved by spending more money, upgrading can only be
achieved by increasing the proportion of high achievers in our student
population. In this connection, the Ministry's rejection of large numbers
of non-bumiputra top scorers for admissions to our universities on racial
ground is a complete contradiction to the Government's avowed policy to
prioritise brainpower development.
The negative UMNO response to this university quota controversy is a clear
signal to all that UMNO has not changed from its old mindset formulated
decades ago, when racial considerations reign supreme. As UMNO carries this
rigid and outdated racist framework over into this new century of IT
revolution and globalisation, with no sign of relenting but every sign of
intensifying, one cannot help but to conclude that Malaysia is in for a
rough ride in the days ahead. However, from UMNO's point of view, it's own survival may rank highest,
and the current university quota controversy may be perceived as another
golden opportunity to recoup Malay support which it so badly needs. UMNO
may also consider it a good strategy to distract the people's gathering
fury over a score of its recent crimes against the Country, namely, the
unjust persecution of political opponents by abusing the Internal Security
Act, the continuing cruelty on Anwar Ibrahim by depriving him medical
treatment of his choice, virtually dooming him to permanent disability, and
the spate of massive bailout and buyout of financially sick cronies using
public funds, the circumstances of which are so scandalous that they border
on breach of public trust. |