Laman Webantu KM2A1: 4598 File Size: 14.3 Kb * |
TAG SP 146: Minyak Yang Berapi [FEER] By S. Jayasankaran 1/6/2001 2:39 am Fri |
TAG 146 [Rakyat marhain yang mengusahakan kelapa sawit menjadi mangsa
keegoan Mahathir dengan kawalan matawang dan kedunguan menteri
menembus pasaran ekspot yang penting seperti India. Kuasa Ringgit
sudah tawar kerana rupiah Indonesia lebih murah. Indonesia sudah
lama berunding dengan India, begitu juga Amerika dengan kacang soya.
Malaysia terpaksa memberi gula-gula jika tidak akan pastinya akan
dihambat keluar. Alangkah malunya dan lembabnya menteri kita berusaha
padahal mereka asyik berterbangan ke negara luar. Bersuka-suka sahaja
agaknya? Lagipun apa yang dicapai dengan India itu cuma MOU sahaja...
bukannya satu perjanjian yang dapat menjamin apa-apa!. Sekali lagi
semua terkena auta. Malang-malang. Peneroka FELDA sudah lama sakit tenat tapi apa yang dapat
cuma MOU yang tidak boleh digantung harap. Sepatutnya kerajaan membayar
pampasan kepada kaum peneroka kerana menyuruh mereka menanam tetapi gagal
untuk memasarkan hasil mereka. Kerajaan harus bertanggungjawab - bukannya
peneroka kerana mereka tidak dibolehkan mengusahakan benda lain sebagaimana
yang terikat oleh janji sewel kerajaan juga.
Sila baca dan menungkan catatan penterjemah juga.
- Editor] FEER http://www.feer.com/_0115_31/p052money.htm
Minyak Yang Berapi (Fire-fighting) Lawatan Perdana Menteri India Atal Bihari Vajpayee ke Kuala Lumpur telah
mendedahkan kemelut minyak sawit yang menghantui Malaysia selama ini.
Kebimbangan Malaysia terhadap tarif percukaian yang tinggi oleh Kerajaan
India terhadap minyak sawit Malaysia mungkin merupakan sudah kena pada
tempatnya. Ini mungkin lebih mendorong kepada kepincangan Malaysia sendiri
dalam perbincangan di WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia) dan bukannya kerana
ketidak-adilan pihak India. Namun, ia telah diselesaikan dengan satu cara
yang bermakna - dengan menggunakan pertukaran kaedah counter-trade untuk
menyelesaikan masalah yang serius itu.
Selepas minyak petrol, minyak masak merupakan pengimpotan yang kedua
terbesarnya di India. Pada akhir Februari, ada usaha melindungi pengeluar
minyak masak tempatan, dengan menaikkan tarif cukai minyak masak daripada
Malaysia sehingga meninggi, meningkat hampir 92%. Tetapi, tarif minyak
kacang soya, daripada Amerika Syarikat dan juga Brazil, sebagai contohnya
berada di tahap yang sama sekitar 45%. India mengimpot hampir 25% minyak
sawit Malaysia dan merupakan pasaran pengeksportan Malaysia yang terbesar.
Kerana itu kenaikan tarif yang dikenakan terhadap minyak sawit Malaysia
sudah tentu membuatkan Malaysia meraung dan meminta Vajpayee menentukan
suasana dagang yang sama rata setara pengeksport minyak negara lain.
Rayuan Malaysia itu lebih bersifat plaintif daripada keberangan, yang
mungkin memeningkan para pengamat media Malaysia. Sebabnya: Tindakan India
itu adalah menepati peraturan WTO; satu hakikat yang tidak pun dinyatakan
dan menerima laporan akhbar tempatan. Perbincangan perdagangan pada tahun
yang lalu menunjukkan betapa Amerika berjaya merundingkan satu pengekangan
tarif sebanyak 45% sahaja terhadap pengekspotan minyak kacang soya kepada
negara yang membangun. Di waktu yang sama tarif tertinggi pada minyak sawit
ditentukan pada 300%(tiga ratus persen) Ini bermakna pengeluar minyak masak
terbesar dunia telah cuai menjalankan tugasnya sendiri.* "Para perunding
kami nampaknya telah tertidur lena," jelas seorang eksekutif kanan industri
Malaysia. Perkara ini sudah pun disedari oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
'Nampaknya ada perbezaan besar antara soya dan minyak sawit dan ini adalah
bahana kerana tidak menumpukan perhatian semasa perbincangan WTO itu sedang
bersidang,' demikian laporan beliau ketika memberitahu para wartawan pada
akhir Mach. 'Kalau mereka (pakar perunding Malaysia) tidak membuat kajian
yang terperinci, bahananya mereka melanyak kita akhirnya.'
Masalah dua hala (bilateral) ini menyerlahkan kepentingan prasarana tradisi
Malaysia pada waktu harga minyak sawit yang berada di tahap 730 ringgit per
ton, (US 192) merupakan harga terendah sejak tujuh tahun. 'Bahaya yang
menghantui kita sekarang ialah kita akan kehilangan saham penting dalam
pasaran kita yang terbesar ini,' kata pegawai kanan itu. 'Selepas itu
pegangan kita akan terus meluncur ke bawah lagi.'
Walaupun harga merudum, pengeksportan minyak sawit memberikan pendapatan
melebihi 15 bilion ringgit kepada Malaysia pada tahun yang lalu. Ini
merupakan satu penurunan berbanding 23 bilion ringgit pada tahun 1999. Ini
adalah satu perkara yang menarik, namun yang membuatkannya isu hangat ialah
kepentingan politik yang tercuit darinya. Lebih 180,000 petani kecil yang
hampir keseluruhannya berbangsa Melayu bergantung nasib kepada minyak sawit
untuk kehidupan seharian mereka. Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana
beliau adalah presiden UMNO, sebuah parti politik utama yang dianggotai oleh
orang Melayu. Terdapat juga masalah yang lain. Indonesia, yang merupakan pengeluar minyak
sawit nombor dua terbesarnya di dunia ini tertekan juga dengan tindakan
India yang menaikkan tarif itu. Tetapi, matawangnya Rupiah adalah lebih
rendah nilainya sehingga memungkinkan para pengeluar minyak sawit Indonesia
'menyembelih' harga Malaysia dan mendapatkan layanan yang lebih selesa dalam
pasaran India. Kuala Lumpur bertindak untuk mengekalkan pegangan pasarannya dengan
menyediakan beberapa 'gula-gula'. Pada 15hb Mei, syarikat pembina landasan
keretapi Ircon daripada India telah menandatangani ikatan-janji bernilai
$1.8 bilion dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk membina landasan
keretapi elektrik daripada Kuala Lumpur ke Padang Besar di sempadan Thai.
Perincian kerja belum keluar lagi, India sudah pun bersetuju menerima
pembayarannya dalam bentuk minyak sawit.
Ikatan-janji ini bukannya terpahat di batu bersurat. Ia hanya berupa satu
Memorandum of Understanding (Surat Kefahaman). Namun, dalam sidang akhbarnya
Vajpayee telah membuat kenyataan bahawa upacara tanda tangan surat kefahaman
itu merupakan kemuncak lawatannya. Mungkin itulah sebabnya dia berjanji mahu
'menyemak' semula tarif yang dikenakan terhadap minyak sawit Malaysia,
dengan mengaturkan kaveat agar cukai itu dikenakan 'mengikut pengekangan
dalaman yang sedia ada.' Lim Kheng Yaik, Menteri Perusahaan Utama, telah
semacam akur sahaja apabila berkata: 'Saya tidak menjangkakan satu semakan
yang spontan, namun janjinya untuk melaksanakan semakan itu adalah memadai
dulu untuk kami.' Memandangkan harga kos pengeluaran di negara sendiri semakin meningkat
tinggi, para pengeluar Malaysia berkemungkinan besar terpaksa berpindah ke
India untuk menikmati kemudahan yang diiktiraf oleh Dana Kewangan
Antarabangsa-IMF 'ekonomi yang nombor empat terbesar di dunia dari sudut
kuasa pembeliannya.' Veena Sikri, pesuruhjaya tinggi India di Malaysia,
memang bersetuju dengan saranan itu. 'Ini akan merupakan penyelesaian yang
disenangi oleh semua pihak,' kata beliau. 'Kami ada lebih 300 juta manusia
yang berkeupayaan membeli di peringkat sejagat. Satu pertiga lagi adalah
daripada kelas menengah rendah. Ini semua adalah satu pasaran yang besar
yang mampu diterokai.' Catatan Penterjemah: * Kegagalan pakar perunding Malaysia terutama sekali pakar ekonomi
terunggulnya yang kini menjadi menteri perdagangan antarabangsa, menyedari
perkara teknikal dalam perundingan global, menunjukkan betapa juta petani
Melayu luar bandar yang kesempitan hidupnya. Sepatutnya kerajaan Mahathir
bertanggungjawab mengeluarkan pampasan khas kerana tidak mampu menyaingi
penjualan minyak soya yang mampu menerima tarif yang lebih rendah (enam kali
lebih rendah) kerana mereka bijak berunding. Alangkah aneh, sedangkan mereka
tidakpun mempunyai pakar celupar dan wira dunia ketiga dalam perundingan itu.
Semua ini diperam dan dirahsiakan daripada rakyat. Kalau tidak ada laporan
sahih seperti artikel di atas, kita akan terus dibutakan kepada maklumat
yang sudah sah ini. Sepatutnya Rafidah dan Lim Kheng Yaik berundur dengan
hormat kerana fiasko ini. Masyarakat luar bandar merempat hidupnya kerana
kegagalan dua menteri ini memantau apa yang dilaksanakan oleh pesaing kita
di arena global. Apakah yang Rafidah buat selama ini di luar negara?
**Adakah Mahathir mengaku kesilapan besar ini ketika bertemu dengan Pemuda
UMNO yang sebahagian besar merupakan peserta rancangan tanah yang
mengeluarkan minyak-sawit? Adakah perkara ini disedari oleh Biro Ekonomi
Pemuda UMNO untuk mendesak kerajaan membayar pampasan kepada para peneroka
yang teraniaya? Terjemahan: SPAR-03-013 The Far Eastern Economic Review Fire-Fighting Malaysia's palm-oil exports to India have been jeopardized by poor
bargaining tactics at the WTO By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR INDIAN PREMIER Atal Bihari Vajpayee's recent three-day state visit to
Malaysia refocused attention on Kuala Lumpur's palm-oil woes.
Malaysian disquiet over high Indian tariffs on palm oil may have been
deserved. It could have more to do with Malaysian ineptitude during
World Trade Organization negotiations than with any Indian unfairness.
But it's led to a novel solution--that of using counter-trade--to a
potentially serious problem. After petroleum, vegetable oils comprise the second-largest import
bill for India. In a late-February move to protect domestic farmers,
Delhi hiked tariffs on Malaysian palm oil to a cumulative, and
whopping, 92% while tariffs on soya oil--from the U.S. and Brazil, for
instance--remained at 45%. India imports almost 25% of Malaysia's
palm-oil exports and is its single biggest market. Not unreasonably,
the rise sparked appeals from Malaysian leaders to Vajpayee to "level
the playing field." The appeals were more plaintive than outraged, which may have puzzled
avid readers of Malaysia's media. The reason: India's move is
consistent with WTO rules, a fact little reported by the local press.
Trade negotiations last year saw the Americans secure a tariff cap of
45% on soya-bean oil exports to developing countries. Meanwhile, the
tariff cap on palm oil is set at 300%, implying that Malaysia, the
globe's biggest palm-oil producer, wasn't paying attention. "Our
negotiators seemed to have been sleeping on the job," snorts a senior
Malaysian industry executive. Prime Minister Mahathir Mohamad has already conceded as much. "There
is a disparity [between soya and palm oil] and this is the result of
not being alert during WTO negotiations," he told reporters in late
March. "If they [Malaysian negotiators] don't study things carefully,
they may commit themselves to something that will affect us later."
The bilateral issue has underlined the significance of Malaysia's
traditional markets at a time when palm-oil prices, at 730 ringgit per
tonne ($192), are at a seven-year low. "The danger, going forward, is
that we will begin losing share in our biggest market," says the
senior industry executive. "After that, it could be downhill all the
way." Despite low prices, palm-oil exports earned almost 15 billion ringgit
for Malaysia last year, down from 23 billion ringgit in 1999. That's
significant enough, but what makes it pressing is its political
importance: Over 180,000 smallholders, almost exclusively Malay,
depend on it for a living. Mahathir is premier because he is president
of the United Malays National Organization, the country's dominant
political party, whose core constituency comprises ethnic Malays.
There are other problems. Indonesia, the world's second-largest
palm-oil producer, is also affected by the same tariffs in India. But
its cheaper rupiah allows Indonesian producers to substantially
undercut Malaysia, giving them an edge in markets like India.
Kuala Lumpur's response is to maintain market share via some
sweeteners. On May 15, Indian rail-constructor Ircon signed a $1.8
billion agreement with Malaysia's Transport Ministry for a giant
rail-electrification project stretching from Kuala Lumpur to Padang
Besar on the Thai border. Although details have yet to be ironed out,
India has essentially agreed to accept payment in palm oil.
The deal isn't carved in stone as it was only a memorandum of
understanding, but Vajpayee, in remarks to the Indian media, flagged
that as one of the high points of his visit. It could be one reason
why he promised to "review" the duties on Malaysian palm oil, with a
caveat that it should be "within existing internal constraints." Lim
Keng Yaik, Malaysia's minister of primary industries, seemed resigned
in his response, saying, "I don't expect an immediate answer [but] his
promise to review the situation is good enough for us."
Given steadily increasing production costs at home, Malaysian
producers may ultimately have to move to India to tap what the
International Monetary Fund already rates the "world's fourth-largest
economy in terms of purchasing-power parity." Veena Sikri, India's
high commissioner to Malaysia, is all for it: "That would be a win-win
solution for everyone," she says. "We have over 300 million people
with international purchasing power. Another third are lower middle
class. That's as big a market as you can get."
|