Laman Webantu KM2A1: 4601 File Size: 31.0 Kb * |
TAG SP 147: Warkah Buat Ketua Polis Negara By Hjh Marina Yusoff 1/6/2001 10:17 am Fri |
Terjemahan: SPAR-03-012
Ketua Polis Negara, Yang Amat Setia Tan Sri, Per: Akta Keselamatan Dalam Negeri: Tahanan ISA
Saya merasa kecewa dan sedih memikirkan betapa kita kini hidup
dalam satu suasana yang bercelaru dan tidak tenteram disebabkan
perbuatan kita jua dan merasa sungguh tertekan menyaksikan
kemerosotan dan kereputan akhirnya nama baik dan martabat
pasukan polis. Sebagai seorang wanita Islam yang pertama sekali
dilantik menjadi majistret di negara ini pada 1965 dulu, saya
telah menyaksikan secara tidak diundang pelbagai salah-laku,
kekejaman dan jenayah yang dilakukan oleh polis ke atas para
tahanan dan mereka yang disyakinya. Ramai di kalangan manusia
yang tidak berdosa telah dizalimi, didera dan dihenyak serta
diazabkan oleh pihak polis. Di sebalik segala bantahan dan
kemarahan rakyat marhaen, tidak juga ada perubahannya. Malahan,
keadaan menjadi semakin teruk lagi. Keganasan dan pengazaban yang membunuh sehingga mencetuskan
kematian akhirnya, yang dilaksanakan ke atas orang yang disyaki
dan para tahanan merupakan satu amalan, yang bukan sahaja
melanggar setiap sudut perundangan dan hak asasi manusia (ada
tindakan itu boleh dikenakan hukuman mati) adalah turut
bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Nampaknya tidak ada sedikitpun keredhaan amalan yang sungguh
bersalahan dan besar dosanya ini, tidak kiralah siapa yang
mengarahkan penderaan itu dan tentunya seseorang yang
mengeluarkan arahan mengikut lunas undang-undang. Lagipun
bukankah pihak polis yang sepatutnya memberikan contoh dan
teladan dan mempertahankan undang-undang dalam pelbagai
aspeknya, tidak kira bangsa, agama dan kaumnya?
Apabila dinilai dan diamati segala kenyataan yang anda
keluarkan yang merujuk kepada Pemilu 2004 nanti sambil
mengambil kira tahanan yang terkini itu, ia memberikan gambaran
betapa anda cenderung berpihak-pihak. Apakah anda beranggapan,
dengan penahanan mereka itu dan kalau rakyat tidak lagi
menyokong kerajaan yang ada, penahanan yang dikenakan dan
segala keazaban yang diderakan untuk memutarkan minda mereka,
tahanan itu semua dapat dipulihkan untuk menyokong kerajaan?
Anda sedar perkara ini tidak akan berlaku. Malahan yang
sebaliknya akan terjadi. Mereka akan menjadi lebih tegas dan
degil lagi, walaupun mereka tidak membenci Kerajaan, kejelekan
mereka itu akan membantu menjadi satu kemarahan dan kebencian
yang menggunung untuk sepanjang hayat mereka. Ini tidak akan
memberi faedah kepada sesiapa malahan merupakan kerugian kepada
negara. Mengikut sistem kekerasan yang sedia ada, seseorang yang
terlebih aksi dalam tindakan dan ucapannya yang mungkin
berapi-api ataupun penulisannya, dia boleh secara automatis
dikenakan tuduhan di Mahkamah di bawah Akta Hasutan ataupun apa
juga hukum perundangan lain yang masih ada lagi. Semua hukum
itu sudah lebih daripada mencukupi untuk mengawal ketenteraman
negara ini. Akta Polis memberikan satu kuasa yang luas dan
menyeluruh kepada pihak Polis, yang sudahpun kerap
disalah-kuasakan. Dengan segala ketentuan yang ada ini adalah
tidak perlu merujuk kepada ISA sama sekali. Ia adalah satu
hukuman perundangan yang zalim yang merupakan peninggalan
penjajah yang sungguh kejam yang sengaja dibekalkan kepada kita
oleh British seperti juga cara mereka membekalkan kita Cawangan
Khas Polis yang telah gagal, segagal-gagalnya.
Tidak ada sesiapapun, terutama sekali tahanan-tahanan ISA
berhak dilayan seperti binatang, diaibkan, dizalimi dengan
segala keazabannya seolah-olah mereka adalah penjenayah yang
paling berbahaya. Kita semua sedar mereka bukan seperti itu.
Adalah satu pembaziran kepada negara ini apabila orang-orang
seperti ini cuba dipatah dan dimusnahkan semangat mereka dan
diputarkan untuk menjadi 'sayuran' sedangkan mereka itu semua
sepatutnya hidup segar untuk mempersiapkan diri menjadi
pemimpin unggul kemudian hari, berupaya mempertahankan martabat
bangsa dan maruah negara pada hari muka. Tindak-tanduk polis
sekarang ini memperingatkan saya kepada pelbagai cerita dan
kisah kezaliman perang yang dilakukan oleh Gestapo dan Nazi.
Saya tidak rela mempercayai bahawa perkara kejijikan seperti
ini dilakukan di dalam negara terhadap anak-anak kita itu
ketika menikmati zaman keamanan ini. Semua yang ditahan di
bawah ISA bukannya komunis ataupun anasir subversif ataupun
merupakan apa juga bentuk ancaman kepada keselamatan negara
yang memberikan dalil untuk penahanan mereka di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Perdebatan Parlimen Volume 11 no 11, 21 Jun, 1960 ada
merakamkan: Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri, mengikut Timbalan
Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, adalah merupakan
satu Akta untuk menjamin keselamatan dalaman Persekutuan,
penahanan pencegahan, penghalang subversif, penyekat rusuhan
beragenda terhadap orang-orang dan harta benda di kawasan
tertentu dalam Persekutuan dan untuk hal-hal yang berkaitan
dengannya?. Beliau membentangkan Rang Undang-undang itu di
akhir zaman darurat (yang dijadualkan pada 31 Julai) dan
menyatakan dua tujuan utamanya: Pertama, untuk menyekat anasir
subversif di seluruh negara dan kedua, untuk memudahkan
kerja-kerja memerangi keganasan. 'Kawasan keselamatan memang
jelas ditakrifkan di kawasan sempadan Thailand, yakni Perlis,
Kedah, utara Perak dan Kelantan Barat. Ia tidak bertujuan untuk
mengisytiharkan kawasan itu menyeluruhi Persekutuan.'
Dia terus memberi penekanan 'Biarlah saya jelaskan lagi bahawa
tujuan penahanan adalah untuk menjaga keselamatan negara dan
bukan untuk menghukum orang kerana jenayah. Seseorang itu
ditahan kerana apa yang dianggap dia berkemungkinan melakukan
sesuatu yang tidak disangsikan lagi. Dia ditahan kerana dia
merupakan satu risiko kepada keselamatan negara dan bukannya
kerana dia adalah seorang ahli dan anggota sebuah parti politik
yang sah. Kerajaan tidak mempunyai sebarang niat pun menyekat
sebarang kewujudan pembangkang yang demokratik dalam apa cara
jua. Ini adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan adalah
menjadi hasrat Kerajaan memeliharanya seperti itu. Yang kita
nafikan ialah musuh-musuh demokrasi'
Dengan menahan orang yang tidak berdosa itu di bawah ISA, and
sebenarnya melanggar perjanjian dan jaminan yang telah
diikrarkan oleh Kerajaan. Inilah kerajaan yang sama memegang
kuasa hingga ke hari ini dan kita semua memang terikat dengan
jaminan itu. Pihak polis tidak mempunyai sebarang hak
memungkiri jaminan itu. Sebagai seorang veteran, bekas ahli politik yang pernah
berkhidmat kepada UMNO lebih 30 tahun lamanya, biarlah saya
mengingatkan anda betapa tindakan yang anda pilih itu akan
membawa kesan sehingga kemunculan Pemilu yang akan datang,
kerajaan yang ada terutama sekali UMNO akan tidak lagi mampu
dipilih untuk menyambung kuasa. Anda boleh menahan sepuluh
ataupun satu ratus orang tetapi ahli keluarga mereka, penyokong
mereka, malahan setiap rakyat Malaysia yang mempunyai semangat
bertanggungjawab dan penuh kesedaran dan mereka yang bertaqwa
dan beribadah termasuklah golongan majoriti yang diam membisu
tetapi turut menyokong dan bersimpati dengan para tahanan itu
akan menentang tindakan anda. Semua penentangan ini akan
diterjemahkan kepada kertas undi menyanggah kerajaan yang
jumlahnya akan menggunung sehingga ratusan ribu banyaknya
kalaupun tidak menjangkau juta-jutaan. Golongan majoriti yang
diam membisu itu memang jelek dengan tindakan anda, namun
mereka diam daripada berkata apa-apa ataupun melakukan sebarang
tindakan kerana sedar akan amalan yang ada, yang berkemungkinan
mereka akan didera dan dijadikan mangsa. Sudah menjadi
pengetahuan umum bahawa pihak polis bersekongkolan dengan
individu tertentu di Jabatan Peguam Negara dan bersubahat pula
dengan peguam bajingan tertentu dan beberapa manusia
berperangai laksana 'kambing hitam' dalam jentera penghakiman
untuk 'mendera dan mengena' orang-orang dengan ancaman,
peras-ugut, menyediakan barang bukti yang palsu, dan memaksa
mereka memperakui surat pengakuan palsu dan affidavit dan
selepas itu menghukum pula mereka itu secara zalimnya, di
mahkamah. Ramai rakyat yang pintar, bijaksana dan terhormat
yang telah banyak menabur bakti kepada negara ini telah
berhijrah keluar negara sehingga mencetuskan satu kerugian
besar dan kehilangan kepintaran kepada negara.
Penahanan yang dilakukan baru-baru ini terhadap pemimpin
Keadilan, para penulis dan para aktivis adalah satu
penyalahgunaan kuasa yang sengaja disahajakan. Saya amat kenal
baik mereka itu, terutama sekali Tien Chua Naib-Presiden
Keadilan. Dia cergas dalam aktiviti NGO dan pada mulanya amat
segan dan enggan menjadi anggota parti politik. Apabila
melihatkan bakat yang sedia ada padanya saya telah
mengalakkannya menceburi dunia politik. Di wajahnya saya dapat
melihat seorang anak muda yang cekal, berhemah, pintar dan
bermaruah yang boleh menjadi satu aset kepada negara dan kepada
generasi akan datang. Saya merasa bertanggungjawab kerana
mendorongnya menceburi dunia politik. Saya juga merasa senang
memperakukan rakannya yang lain seperti Saari Sungib, Raja
Petra Kamaruddin, Hishamuddin Rais, N.Gobalakrishnan, Mohamed
Ezam Nor, Ghani Haron, Lokman Adam, Dr. Badrul Amin, dan Badaruddin Amin
(seorang insan yang kalau ada pun dosanya ialah kerana bersikap
membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya). Semua
mereka ini adalah manusia yang pintar, bertanggungjawab, yang
mempunyai minat yang sama untuk memperjuangkan kepentingan
rakyat marhaen dan yang sepatutnya dihormati kerana berjiwa
besar. Semua mereka itu mempunyai maruah, menggemari keamanan
dan sudah tentu tidak tergolong dalam kumpulan 'mereka yang
ganas untuk mencetuskan peperangan' seperti yang pernah anda
dan media kerajaan sama-sama memfitnah dan cuba menggambarkan
perwatakan mereka. Mungkin ada segelintir mereka yang merupakan
penyokong kuat Anwar Ibrahim tetapi itu tidak boleh dijadikan
dalil yang sah untuk menahan mereka di bawah ISA. Bukankah
negara kita ini merupakan sebuah negara berdemokrasi di mana
hak rakyatnya dijamin oleh Perlembagaan?
Apabila diamati peristiwa yang terbaru ini nampak sangat betapa
Polis merupakan pencetus keganasan terhadap Perlembagaan
Persekutuan dan terhadap rakyat yang mempertahankan hak asasi
mereka. Kalau inilah awalan yang anda lakarkan, apakah ini
bererti semua penyokong para pemimpin yang akan tumbang juga
akan ditahan di bawah ISA? Jika demikian ia akan menjadi satu
tren yang amat berbahaya sekali. Dengan demikian orang-orang
UMNO perlu berhati-hati siapa yang mereka sokong sekarang ini.
Kalau secara kebetulan mereka tersilap menyokong orang
tertentu, mereka bolehlah menjangka ditangkap dengan ISA itu.
Kalau beginilah halnya, mereka perlu sentiasa bersiap-siaga
meninggalkan tongkang apabila melihat pemimpin yang disokong
itu akan semakin kecundang. Walaupun anda telah memberikan jaminan bahawa tahanan ISA tidak
akan dizalimi, saya tidak dapat menerima mereka tidak akan
didera semasa dikurung bersendirian. Deraan mental dan
kecederaan psikologi yang diderakan bertubi-tubi kepada minda
mereka adalah lebih mengazabkan daripada keazaban fizikal.
Parut yang mendalam akan berkesan sehinggakan terpalit juga ke
atas ahli keluarga mereka. Bahana deraan itu tidak dapat
dipulihkan. Saya kenal dan tahu akan beberapa kes di mana orang tahanan
yang tidak dapat pulih semula seperti sedia-kala setelah didera
ketika ditahan dan kini hidup sebagai orang cacat dan merana
bertahun lamanya sebelum menemui ajal mereka.
Ketika orang-orang ini ditangkap, adalah mengejutkan sekali
apabila rakyat diberitahu bahawa Menteri Dalam Negeri pun tidak
tahu terlebih dulu. Ini bererti semua kerja ini telah
dicetuskan oleh polis dan kemudiannya dimaklumkan kepada
Menteri Dalam Negeri. Jika demikian, nampaknya Polis telah
bertindak menyalahi hukum penangkapan orang-orang ini dan
sayugialah mesti bertanggungjawab terhadap penyiksaan dan
penderaan yang mereka tanggung dan yang tertanggung ke atas
keluarga terutama sekali anak-anak mereka. Pihak Polis tidak
boleh mengengsotkan tuduhan itu kepada orang lain, seperti yang
baru berlaku dalam satu kes pembunuhan di Seremban, di mana
pihak polis telah menyalahkan Peguam Negara ketika mereka
membenarkan jaminan polis kepada orang yang disyaki membunuh
sedangkan kes itu tidak tertakluk kepada jaminan polis.
Menuding kesalahan dan tanggungjawab kepada orang lain tidak
akan membebaskan anda daripada tanggungan tuduhan yang ada.
Tidak ada sesiapa yang lebih berkuasa daripada undang-undang
dan setiap manusia adalah serupa; mudah terlupa dan mempunyai
kelemahannya seperti yang terjadi kepada orang yang mendahului
anda, Rahim Noor, yang kini baru sedar tetapi sudah pun
terkunci di penjara. Firaun menjawab: "Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang
berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi
tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih" - Assyuuara
ayat 42 Pasukan polis sudah tidak lagi berupaya berdiri tegak dengan
bangganya dan melangkah tapak dengan megah sebagai penjaga
keamanan negara ini. Rakyat kini berkata, setiap kali bencana
melanda polis adalah orang terakhir yang patut anda dapatkan.
Ketika pihak perguaman dan kehakiman sedang berusaha
melancarkan kudrat mengembalikan martabat Warga Perundangan dan
Pengadilan, Polis tidak pun ambil peduli mengusahakan sesuatu
yang dapat dianggap cubaan membaiki imej dan maruahnya yang
terhina. Tidakpun ada sebarang usaha untuk cuba meraih sokongan
rakyat jelata yang sepatutnya mereka lindungi. Malahan
kerja-kerja bajingan menyalah-gunakan kuasa nampak sangat
berleluasa. Kalau seorang pegawai kanan Polis boleh berkeliaran
merompak rakyat marhaen apakah masyarakat boleh merasakan
keselesaan dan selamat terutama sekali kalau-kalau ada
polis mendekatinya? Kita adalah sebuah negara Islam dan
sepatutnya menunjukkan contoh yang baik-baik dalam menguruskan
kerja dan mentadbir bangsa. Sepatutnya kita didorong oleh 'Cara
Hidup' yang direstui Allah seperti yang termaktub dalam
Al-Quran. Marilah sama amalkan ajaran Al-Quran itu. Ingatlah
apa juga yang kita laksanakan di dunia ini adalah satu latihan
untuk alam baqa. Laksanakan yang terbaik untuk menghasilkan
yang terbaik juga. Manusia boleh merancang, Allah Yang
Menentukannya. Inilah fitrah yang mana kita bertanggungjawab
kepada Allah juga akhirnya. Dengan nama keinsanan dan atas ajaran Allah, pihak Polis harus
memikirkan segala perbuatannya dan balik ke pangkal jalan.
Adalah sesuatu yang membahayakan kalau rakyat marhaen dihenyak
lagi dengan tindakan bajingan laksana Operasi Lalang ataupun
tindakan yang serupa ganasnya. Tindakan seperti itu adalah
penderaan yang akan terus menghenyak ingatan manusia yang
tersiksa. Segala kekejaman yang dilakukan oleh Polis sudah pun
mengaibkan martabat negara ini di mata dunia. Ia tidak akan
membantu Kerajaan dalam usahanya mengamalkan ketenteraman untuk
memulihkan ekonomi. Pelabur asing akan terus memencilkan negara
sehinggalah ada kestabilannya dan apabila mereka yakin betapa
pelaburan mereka terjamin keselamatannya. Pentadbiran negara
yang baik mesti diperolehi semula dan maruah negara mesti
dikembalikan juga. Mereka semua perlukan jaminan bahawa
pentadbir dan penyimpan amanah keamanan dan keselamatan adalah
manusia yang berjiwa jujur dan boleh dipercayai sepanjang masa.
Sebagai Ketua Polis Negara, rakyat negara ini mengharapkan anda
bertindak dengan adil dan saksama dalam mentadbir dan
menegakkan hukum undang-undang tanpa sebarang keraguan dan
ketakutan. Anda sebenarnya bertanggungjawab kepada rakyat
negara ini dan kepada Allah sepenuhnya.
Semoga Allah merestui perjuangan kita ke jalan yang benar.
Al-Fatihah. "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang yang
selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi
dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap
sesuatu kaum, mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku
adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan
bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan" - Surah Al-Maidah ayat 8
Dengan nama Allah yang maha Pengasih diharapkan anda akan
melaksanakan yang terbaik dengan membebaskan semua tahanan itu
dan biarlah Allah sahaja yang memberikan ganjarannya kerana
tindakan anda itu. Hamba Allah Yang Setia, Surat Asal dalam Bahasa Inggeris: SELINA FOUNDATION a charitable foundation for the promotion of the Understanding of
the Message in the Quran 11th Floor, MARINARA, 238 Jalan Tun Razak, 50400,Kuala Lumpur
Tel: Office 03-26937232; Fax: 03-26935141, H/P: 012-2894112
e-mail: marinayusoff@hotmail.com RE: INTERNAL SECURITY ACT (ISA) DETAINEES
It is with great sadness and regret that we live in a generation in the
midst of such confusion and turmoil of our own doing and very painful for me
be a witness to the deterioration and eventual decay of the good name and
integrity of the police force. Being the first Muslim woman in this country
to have served the country as a Magistrate in 1965, I have been an unwilling
witness to many wrongdoing, atrocities and crimes committed by the police on
detainees and suspects. Many innocent people have been tortured, beaten up
and brutalised by the police. Despite public outcry and outrage, there has
been no change. In fact, the situation has become worse. The brutal and
murderous beatings, some until death, of suspects and detainees are a
practice, which not only breaches every aspect of the law and human rights
(some are punishable by death) but also goes against the basic tenets of
Islam especially the Sunnah as depicted in the Quran.
There seems to be no let up on this wrongful and sinful practice.
Irrespective of who gave the instructions, surely one should carry out
orders only within limits of the law? If at all, it is the police who should
lead by example and uphold the law in every aspect, irrespective of race,
religion and creed. Judging by the statements you have made and your reference to the coming
2004 General Elections on the recent spate of detentions, the impression is
that you are taking sides. Your statement that you will support and act on
behalf of the Government is alarming to the ordinary people. Do you think
that by these detentions, if these people do not support the Government,
then after detention and "mental torture" they are going to "turn around"
and support the Government? You know this will not happen. In fact the
reverse will happen. If at all, it will make them "harder" and, even if they
don't hate the Government, then that "hate" will crystallise into real deep
hatred for the rest of their lives. There is no benefit to any one and a
great loss to the Nation. Under the present already rigid system, if any one has over-stepped the
bounds of the law with their fiery speeches or writings, he is automatically
charged in Court under the Sedition Act or similar existing laws. All these
laws are more than sufficient to control law and order in this country. The
Police Act also gives very wide and excessive powers to the Police, which
have already led to widespread abuse. With all these safeguards, there is no
need to resort to the ISA at all. It is a draconian law, an ugly relic left
to us by the British just like the Special Branch, which has failed
miserably. No one, especially ISA detainees deserve to be treated like animals,
humiliated, ill treated and dealt with like they are hard-core criminals. We
all know that they are not. It is a great waste to the nation to "break and
destroy" these young spirited people and turn them into "vegetables" when in
actual fact they should be future leaders who will defend our country in the
future. What the police are now doing reminds me of the stories of the
atrocities of war committed by the Gestapo and the Nazis. I do not want to
believe this is happening in our country in peacetime and against our own
children. Most of the people who are detained under the ISA are not
communists or subversive elements or pose any kind of threat to the security
of the nation which would justify their detention under the Internal
Security Act. PARLIAMENTARY Debates Volumes 11 no. 11, 21st June 1960.
The Internal Security Bill, according to the then Deputy Prime Minister, Tun
Abdul Razak was: an Act to provide for the internal security of the
Federation, preventive detention, the prevention of subversion, the
suppression of organised violence against persons and property in specified
areas of the Federation and for matters incidental thereto". He was
presenting the Bill towards the end of the Emergency (scheduled for 31st
July) and stated It has two main aims: firstly to counter subversion
throughout the country and, secondly, to enable the necessary measures to be
taken on the border area to counter terrorism. "The security areas were
clearly specified to be those bordering Thailand, ie. Perlis, Kedah,
northern Perak and western Kelantan. It is not intended to proclaim a
security area in any other part of the Federation."
He further emphasises "Let me make it quite clear once again that the object
of detention is to safeguard the security of the country and not to punish
persons for crime. A person is detained for what it is considered he may
reasonably be expected to try to do not for what he is proved beyond doubt
to have done. He is detained because he represents a risk to the security of
the country and not because he is a member of a lawful political party. The
Government has no desire whatsoever to hinder healthy democratic opposition
in any way. This is a democratic country and the Government intends to
maintain it as such. It is the enemies of democracy who will be detained."
By detaining these innocent people under the ISA you are going against this
guarantee which was given by the Government. It is still the same Government
in power to day and we are all bound by that guarantee. The police have no
right to break that guarantee. The recent detention of Keadilan leaders, writers and activists is a
blatant abuse of power. I know all of them well, particularly Tien Chua,
Vice-President of Justice (Keadilan) Party. He was active in NGOs and was
very reluctant to join politics at the beginning. Seeing the great potential
in this young man, I persuaded him to join politics. I saw in him a very
committed, honourable and intelligent young man who is an asset to the
country and the future generation. I feel very responsible for having
dragged him into politics. I can also confidently vouch for the others :
Saari Sungib, Raja Petra Kamaruddin, Hishamuddin Rais, N. Gobalakrishnan,
Mohamad Ezam Nor, Ghani Haron, Lokman Noor Adam, Dr Badrul Amin and
Badaruddin Ismail (a most caring and kind person whose only crime is to try
and help unfortunate people who need his help). They are all equally
intellectual and responsible people who have only the interests of the
people at heart and should be applauded for what they stand for. They are
respectable and peace-loving and definitely not the "violent aggressors out
to create war" as you and the media have tried to portray them. A few of
them may be strong supporters of Anwar Ibrahim but that is not a legitimate
reason to detain any of them under the ISA. Isn't our country supposed to be
a democratic country with rights guaranteed under the Constitution? By
recent events it looks like it's the Police who are the aggressors against
the Federal Constitution and the citizens exercising their legitimate
rights. If this is the precedent you have set, then are all supporters of
future fallen leaders going to be detained under the ISA? If so that would
be a very dangerous trend indeed. As such even people in UMNO better be
careful whom they support. If they happen to support the wrong man then they
can expect to be arrested under the ISA. In such a case they had better
prepare to abandon ship as soon as there are signs that the leader they
support is about to fall. Even though you have given assurance that the ISA detainees will not be
"physically" harmed, I doubt that they will not be "harmed" as the solitary
confinement, mental torture and psychological damage done to their minds
will be worse than physical abuse. It will leave a permanent scar on their
lives and on the lives of their families forever. The damage is irreparable.
I know of several cases where people have never recovered from their
detention and lived as invalids and suffered in agony for years before they
died. When these ten men were first arrested, it was alarming to know that the
Home Minister was not informed. So one can only take the view that this
whole thing was initiated by the police and later had to be regularised by
the Home Minister. As such, it would appear that the Police are responsible
for the wrongful arrests of these men and must take responsibility for the
grief and suffering caused to their families, particularly to their
children. The police cannot shift the blame to anyone else, as in the recent
Seremban murder case, when the police blamed the Attorney General when they
released a murder suspect on police bail even though it was a non bailable
offence. Putting the blame and responsibility on someone else does not
absolve you of the blame. No one is above the law and like all human beings
are full of defects and weaknesses, just as your predecessor, Tan Sri Rahim
Noor found out too late, now that he is in jail.
Ash-Shura - Counsel 42:42 "The way (of blame) is only against those who oppress mankind, and
wrongfully rebel in the earth. For such there is a painful doom."
The police force can no longer hold their head up high or be proud of being
the "keepers of peace and order" in the country. People now say, when there
is trouble, the last people you should call should be the police. Whilst the
Bar and the Judiciary are now garnering their efforts to redeem the image of
the Legal Fraternity and the Judiciary, the Police do not seem bothered to
make any effort to improve themselves and repair their damaged reputation or
redeem their credibility or trust of the people they are supposed to
protect. In fact, the abuse of power is blatant. If a Senior Police Officer
can go around robbing the public how safe can the public be especially in
the presence of police? We are a Muslim country, and should be exemplary in
conducting our affairs as forthright administrators. We should be guided by
the Sunnah (way of life) that God has clearly laid out in the Holy Quran.
Let us practice what the Quran teaches us to do. Remember whatever we do in
this World is just a test for the Hereafter. Do good and good will result.
Man proposes but God disposes. We are all answerable to God sooner or later.
In the name of Humanity and for the sake of Allah, the Police should start
to rethink about what they are doing and go back to the right path. It would
be a great disaster to subject the people of Malaysia to another Operation
Lalang or such similar oppressive actions, the memories of which are still
haunting many people. All the atrocities committed by the police have
already put the Nation in very bad light in the eyes of the world. It
certainly is not helping the Government it's efforts to restore law and
order and revive the economy. Foreign investors will stay away until the
country is stable and they can be sure that their investments will be safe.
Good Governance must prevail and integrity must be restored. They need to be
assured that the administrators and keepers of Law and Order are forthright
people and can be relied upon at all times.
As the Inspector General of Police, the people rely on you to act fairly and
justly to administer and uphold the law without fear or favour. You are
answerable to the people in the country and to God ultimately.
May God guide us all toward the Right Path. Al-Fatihah.
Surah Al-Maidah 5:8 "O ye who believe! Be steadfast witnesses for Allah in equity, and let not
hatred of any people seduce you that ye deal not justly. Deal justly, that
is nearer to your duty. Observe your duty to Allah. Lo! Allah is Informed of
what ye do." In the name of Allah, the Merciful, please do the right thing by releasing
the detainees for which only God will be able to reward you.
Wassalam. |