Laman Webantu KM2A1: 4602 File Size: 8.9 Kb * |
Perselisihan Mahathir dan Daim Membawa Celaka Kepada Mahathir By Via Seri Bainun 1/6/2001 11:08 am Fri |
[Lagi satu pendapat menarik yang menunjukkan Umno sudah carik.
Mahathir sebenarnya telah membina banyak bom jangka yang bukan
sahaja akan memusnahkan Umno malah segala-galanya. Umno kelihatan
telah berpecah kepada tiga tetapi editor berpendapat ia berpecah
kepada empat sebenarnya. Yang keempat itulah faktor penentu dan
sukar diduga kemana mereka akan melompat kerana mereka memakai
topeng belaka yang akan bertukar mengikut rentak semasa. Wang belum
tentu dapat menyunting mereka sekarang ini tetapi khabar dan maklumat
yang meyakinkan yang lebih berkuasa - walaupun ia palsu semata-mata
asalkan ia dapat memutar minda mereka. Inilah yang telah dilakukan
oleh Mahathir selama ini sehingga dia amat berkuasa. Itulah sebabnya
dia memilih kaki putar alam dalam barisan kabinetnya. Kerana itu adalah
KUASA untuk menjajah Umno sampai mati adanya....
- Editor] Pengirim: Seri Bainun Memuncaknya krisis dalaman UMNO telah tiba di peringkat paling
bahaya. Kewujudan team semangat 46, team wawasan dalam naib
presiden UMNO, team 15 NGO dalam Majlis Tertinggi UMNO,
pertelingkahan sengit Rafidah dan Zaharah, dan yang terkini Dr.
Mahathir dengan Daim telah menyebabkan kedudukan Mahathir sendiri
paling goyah. Apakah yang berlaku sebenarnya? Menyorot kepada siri perpecahan di dalam UMNO kerana penyingkiran
Anwar oleh Mahathir membawa perpecahan UMNO kepada 3 puak.
Umum sudah sedia maklum bahawa terdapat 3 team di dalam UMNO
iaitu team anwar, team semangat 46 atau team B dalam UMNO dibawah
kendalian Abdullah, dan team Dr. mahathir atau team A. Walaupun
keadaan di dalam UMNO kelihatan stabil tetapi hakikatnya ketiga-tiga
team ini sedang cuba menguatkan kedudukan masing-masing di dalam
UMNO. Sekiranya berlaku kompromi di antara satu sama lain bermakna satu team
akan menjadi mangsa. Contohnya sekiranya team B atau Semangat 46
bekerjasama dengan team Anwar. Puak inilah yang sedang mencari
peluang menarik semula penyokong Parti Keadilan. Tujuannya ada lah
untuk melemahkan team Dr. mahathir dan merancang untuk menyingkir
penyokong beliau dalam perebutan kuasa untuk menguasai UMNO.
Sehingga kini analisis menunjukkan bahawa team A atau team Dr.
Mahathir mengalami kemerosotan sokongan daripada ahli-ahli UMNO
setelah ramai kroni-kroninya tewas di dalam pemilihan Majlis Tertinggi
UMNO termasuklah Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Shahidan
Kassim. Kemenangan Rafidah Aziz sekadar menang jawatan Ketua
wanita UMNO dengan 12 undi. Zaharah masih berpengaruh dan
penyokong beliau ramai pelapis. Sekiranya team B atau semangat 46 berkompromi sesama mereka
bermakna team A atau team Dr. Mahathir tidak dapat dielakkan
melainkan tersingkir dari perebutan kuasa. Perselisihan faham di antara
Dr Mahathir dengan Daim memburukkan lagi keadaan. Tampak
menyulitkan apabila Dr. Mahathir episod perselisihan faham dengan
Daim berhubung isu penggabungan bank, Pembelian saham Time
engineering oleh Singtel, perlantikan jawatan Gabenor Bank Negara
yang baru dan isu terbaru yang mengatakan Daim akan meletakkan
jawatannya sebagai menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas
meletakkan UMNO makin goyah dan goncang teruk.
Sedikit-sebanyak isu ini telah membuatkan pasaran saham di BSKL
menurun kerana Daim begitu berpengaruh di dalam pasaran saham.
Beliau boleh memanipulasi harga-harga saham dengan pengaruhnya itu.
Ketiadaan Dr.Mahathir yang kini membuat lawatan ke Jepun
menyaksikan team B atau Semangat 46 yang diterajui oleh TPM Abdullah
Badawi sedang menyerang institusi kehakiman negara.
Kritikan Rais Yatim ke atas ketua hakim negara, Tun Eusoff Chin, telah
mendapat sokongan daripada pergerakan pemuda UMNO. Lebih
memeranjatkan lagi apabila Daim juga menyebelahi Rais Yatim mengkritik
institusi kehakiman.Apakah team B atau Semangat 46 telah berkompromi
dengan team Anwar untuk menjatuhkan team A atau Mahathir?
Pertelingkahan ini telah membuatkan jabatan kehakiman hampir mencapai
kata sepakat untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada jabatan itu,
setelah begitu lama mereka dimalukan atas karenah Mahathir. Agenda
Rais Yatim makin berkesan. Jabatan kehakiman bersedia melakukan
review mengenai semua keputusan mahkamah jika ia dibawa ke peringkat
mahkamah Persekutuan. Ini akan membawa kepada keputusan samada
membebaskan Anwar atau mengheret Dr. Mahathir ke mahkamah.
Dengan itu proses pembebasan Anwar akan dimulakan.
Peguam Negara sudah barang tentu akan memberi kerjasama kerana
beliau juga adalah salah seorang yang ada bergambar keluarga dengan
orang yang sama. Tambahan pula orang ramai sekarang menuding jari
kepada beliau sebagai orang yang memberi perlindungan kepada
Mahathir dan kuncu-kuncu yang melakukan pelbagai jenayah.
Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa berlakunya rasuah
yang melibatkan Kerajaan Negeri Melaka. Ini juga menunjukkan betapa
perang telah dimulakan ke atas penyokong-penyokong Mahathir.
Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sekarang tidak senang duduk. Badan
Pencegah Rasuah (BPR) sedang siasat hampir semua jabatan dan agensi
kerajaan di negeri itu. Puncanya kerana pengurusan akaun kewangan di
jabatan dan agensi kerajaan Melaka banyak kelemahan. Laporan Ketua
Audit Negara telah mendedahkan kelemahan dan kegagalan dalam urusan
kewangan di negeri itu. Ali Rustam sendiri mengaku banyak baucer perbelanjaan yang tidak dapat
dikesan. Penyata kewangan di dalam bank tidak dapat disahkan kerana
tiada dokumen sokongan. Antara agensi kerajaan yang bermasalah itu
ialah Kolej Islam Melaka, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka,
Perbadanan Air Melaka dan Jabatan Ketua Menteri sendiri.
Ini adalah satu proses elimination penyokong Mahathir yang akan di
ketengahkan satu demi satu. Banyak lagi yang dalam agenda. Siapa
punya kerja adalah top secret yang suka dikesan. Mahathir sedang
merasa bahangnya. Pihak Polis telah lama bosan dengan angkara karenah Mahathir yang
masok kuasa. Mereka sanggup bekerjasama dengan mana pihak dan puak
ditampuk kuasa demi meyakinkan orang ramai.
Suatu yang menggubrakan ialah, setakat ini team Anwar belum
menyebelahi mana-mana pihak. Ini adalah suatu startegi yang
menyulitkan semua pihak. Team Anwar terlalu mahal dan pintar
menyamar. Namun tidak sukar untuk mengagak ke arah manakah team
anwar akan berpihak. Pembelotan Daim terhadap Mahathir, kebencian media terhadap team A
atau team Dr. mahathir itu telah menyulitkan lagi kedudukan team A atau
team Dr Mahathir ketika ini. Hanya kepada institusi kehakiman tempat
mereka bergantung harap setelah team B atau Semangat 46 menguasai
institusi polis dan Kemasukan ahli-ahli Keadilan ke dalam UMNO juga menunjukkan pakatan
di antara team Anwar dengan team B atau team Semangat 46 sudah
mendapat kata sama. Krisis dalaman di dalam UMNO kelihatan semakin
parah. Ini akan meresahkan Mahathir kerana beliau sendiri tidak pasti lagi
siapa musuh dan lawan. Apakah yang akan berlaku setelah Dr. Mahathir
pulang nanti? Kesimpulan: Jabatan Kehakiman dan Peguam Negara yang sekarang telah berdendam
terhadap Mahathir, pihak Polis yang sedia memberi kerjasama akan
bergabung. Mereka hanya menungguh keputusan muktamad dari splinter
groups UMNO yang telah berpecah dari menyokong Mahathir. Mereka
bersedia melancarkan 'tugas' serampang dua mata disebutkan:
a) mengkaji keputusan membebaskan Anwar dalam sesi Rayuan,
b) mengheret Mahathir dan mendedahkan versi Konspirasi terancang dan
menghukum Dr. Mahathir. Rakyat memerhatikannya dengan penuh minat. Nampaknya kenyataan
yang mengatakan UMNO kini tidak relevan lagi ada benarnya. Masih
belum terlewat untuk kita sedar. Fikirkanlah dengan hati yang terbuka.
Perjuangan untuk agama, bangsa dan negara bukan milik kelompok
UMNO pro-Mahathir sahaja. Rencana Tambahan Editor: http://livenews.lycosasia.com/cgi-bin/get.pl?
pi_news_id=672195&pi_ctry=my&pi_lang=en
1416 [Dow Jones] MALAYSIA: Prime Minister Mahathir Mohamad silent when
asked by reporters at end of media conference whether Finance Minister
Daim Zainuddin would extend his leave of absence from cabinet and party
council meetings. Observers say likely Mahathir heard question but
preferred to end media conference rather than respond. Last week, Daim
for first time said it's possible he may extend his two-month leave
which is due to end around now. Ministry hasn't responded to queries
about whether his leave already ended May 24.(NHW)
|