Laman Webantu KM2A1: 4618 File Size: 15.2 Kb * |
TJ SP MGG: Pembangunan Negara Yang Songsang By M.G.G. Pillai 3/6/2001 10:00 am Sun |
MGG 1201 [Kerajaan sebenarnya berlagak pandai bermain sesuatu isu
yang merbahaya sedangkan ia tidaklah sepakar mana. Kerapkali
beberapa masalah dibiarkan tanpa perbincangan mesra dan terbuka
sehingga marah rakyat menjadi terperam yang mungkin meledak
menjadi lebih merbahaya. Kerajaan seharusnya memberikan jawapan -
bukannya asyik membiarkan rakyat hidup dalam benci dan terteka-teka
kerana buruk akibatnya. Banyak masalah boleh selesai jika
dibincang tetapi kerajaan begitu takut kerana bimbang ia bakal
tergoncang akibat ia sendiri yan pincang. Padahal rakyat masih
sudi memaafkan - jika tidak sudah lama Mahathir terhumban dalam
kehinaan. Malangnya kesabaran rakyat itu asyik dipandang ringan
sedangkan rakyat masih memberi peluang. Alangkah baiknya rakyat
negara ini - tetapi itu masih ada batas dan sempadan.
Tidak selamanya rakyat akan menjadi burung yang mata terlepas
badan terkurung.... Silap haribulan burung akan meninggalkan
sarang.... dan tempoh itu sudah tidak panjang kerana kicauannya
sahaja sudah cukup mengancam. Terjemahan SPAR-01-015
(Singular vision of nation building spells peril)
Kemelut yang menghantui pelajar Cina yang tergendala memasuki universiti di
Malaysia, kini sudah bertukar kepada perdebatan perkauman. Garis perdebatan
semakin ketara kini. Masyarakat Melayu menyokong masalah Melayu, Cina dengan
masalahnya dan begitu juga dengan orang India, yang semestinya menyokong
masalah India. Sepatutnya Lim Kit Siang yang menanyakan kerakyatan seorang wartawan yang
menyoalnya bertubi-kali ataupun Menteri Kehakiman (de facto) Rais Yatim yang
mengancam untuk mengenakan tuduhan ke atasnya tidak seharusnya naik berang.
Tetapi itulah hakikatnya betapa kita tidak perlu banyak alasan untuk
memutarkan satu masalah kecil menjadi satu episod perkauman yang tegang.
Kenapakah kita berperangai begitu liar di sebuah negara yang digambarkan
oleh Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi sebagai mengarah kepada
penubuhan 'Bangsa Malaysia'? Apakah perlunya kita membiarkan perbincangan bebas masalah itu, tanpa
pembabitan kumpulan samseng politik masuk campur untuk mengancam kita?
Kenapakah tidak kita ketepikan segala agenda politik dan memikirkan
kepentingan negara secara keseluruhannya?
Kenapakah UMNO menggembar-gemburkan penyerahan memorandum Suqui kepada NEAC
II (Mapen 2) dan menjadikannya satu konfrontasi politik antara orang Melayu
dan masyarakat Cina? Bayangan Ancaman Selalunya rakyat Malaysia tidak digalakkan membincangkan isu-isu harian,
dengan ancaman akan ditangkap dan diperlakukan, seandainya mereka menyimpang
jauh daripada apa yang dianggap norma kehidupan ataupun mencabar rumusan
politik yang haprak. Inilah yang berlaku sejak beberapa bulan yang lalu. Sikap memeram isu yang
sepatutnya ditangani dengan bijak, memperlekehkan usaha menjadikan Malaysia
berdiri megah di dunia ini. Apabila ketidak-adilan dan ketidak-tentuan sengaja diperam, ia mudah meledak
menjadi satu krisis seperti peristiwa di Petaling Jaya Selatan, kisah
kemasukan universiti, dan kemarahan orang Melayu bagaimana mantan timbalan
perdana menteri diaibkan. Selagi kerajaan berdegil menganggap bahawa pendapatnya itu sahaja yang mesti
diperakukan dan terus berdolak-dalik dengan pendiriannya, sudah tentu ia
mengundang banyak bantahan. Apabila ia cuba dirodokkan ke tekak rakyat yang
amat membencinya sedangkan sengaja menyepikan segala perbuatan korupsi dan
ketidak-adilan yang sungguh lumrah dalam dasar kerajaan dan peraturannya,
sudah tentu ada sahaja yang akan meledak.
Kemarahan Yang Mendidih Gelagat menyelamatkan syarikat dan perusahaan para kroni adalah perbuatan
yang sungguh menjijikkan. Apabila segala kerja itu dilaksanakan tanpa merujukkan dulu kepada Parlimen
ataupun kabinet, ia mencetuskan bantahan yang menggunung tingginya. Usaha
menyelamatkan MAS, keangkuhan si kroni yang terus berlagak bahawa dia masih
kaya raya dengan dana tersedia selepas diselamatkan, kemelut TimedotCom, dan
cara Phileo-Allied membeli Pos Malaysia dengan segala rahsianya menyediakan
satu suasana di mana rakyat marhaen merasa tidak puas hati terhadap
kerajaan. Orang Melayu di akar umbi memeram kemarahan mereka melihat semua
ini dan mengetahui betapa para kroni diselamatkan.
Apabila segala kekeliruan ini mencuit cabaran politik terhadap gelagat
kerajaan bukannya daripada parti politik tetapi dari kalangan masyarakat
sendiri bererti tapak kuasa yang ada sudah mula digegarkan ke akar umbinya.
Sudah sampai masanya apabila segala masyarakat bangsa - Melayu, Cina, India,
serta pelbagai kaum di Sarawak dan Sabah; berdiri teguh untuk bersatu
menyanggahnya. Tindakan ini mungkin tidak akan muncul dalam satu ketika,
tetapi pertandanya itu sudah semakin ketara.
Mereka semua mungkin sengaja membiarkan masa beredar dulu sebelum membuat
tuntutan bahawa isu yang menyangkuti negara dan politik tidak lagi menjadi
isu mainan pihak yang memegang kuasa sahaja.
Semua itu mesti diselesaikan melalui perdebatan secara terbuka tanpa ada
parti politik yang mengambil posisi perkauman mengenainya. Inilah yang
dinafikan kepada rakyat jelata. Barisan Nasional sentiasa berdegil bahawa ia
memahami apa yang rakyat perlukan, tanpa menyelidik dulu apa sebenarnya yang
rakyat mahu. Logika Yang Memualkan Kerana mereka sudah dilantik untuk berkuasa memberikan mereka dalil yang
mencukupi betapa apa yang mereka katakan harus diterima begitu sahaja.
Inilah logika yang memualkan sepanjang masa. Apabila sesuatu itu sengaja
diulang-ulang dengan niat menyindir dan bukan untuk diperdebatkan, di
Parlimen ataupun di mana juga, hanya masa sahaja yang menentukan bahananya.
Seperti yang berlaku sekarang ini. Sejak 30 tahun yang lalu, pasca 13 Mei yang menonjolkan dominasi kuasa
Melayu, politik negara inipun menjadi politik ketuanan Melayu. Cara ini
mungkin mencapai kejayaannya, kalaulah parti bukan-Melayu rakan koalisi yang
berkuasa tidak merelakan diri mereka dikotak-katikkan oleh UMNO yang
mendominasi mereka. Para pemimpin Cina dan India dalam komponen Barisan nasional itu telah
meminggirkan masalah kebajikan masyarakat mereka, hanya memadai memberikan
khidmat lisan dengan janji-janji manis di bibir sahaja, sedangkan mereka
tidak bersungguh-sungguh melaksanakannya kerana sibuk memperkayakan diri
sahaja. Setiap pemimpin MCA sejak 30 tahun yang lalu mengundurkan kuasa dalam
keadaan yang menyakitkan hati, sambil memegang tepi kain pemimpin UMNO untuk
melindunginya daripada asakan ahli partinya sendiri.
Apabila dominasi Melayu ini diperkuatkan dengan keangkuhan yang sungguh
bodoh, tentu sekali ia mencetuskan sesuatu yang tidak disenangi. Inilah yang
mengancam keadaan sekarang ini. Pembangunan negara adalah terlalu penting untuk membiarkan tangan-tangan
politik yang melakarnya, apatah lagi kalau mereka fikir ia mesti dilakar
mengikut wawasan mereka sahaja. Ia tidak semestinya begitu kerana tidak
boleh dibiarkan kerajaan menentukannya sedangkan kerajaan sendiri masih
samar akan masa depannya. Pembangunan negara bukannya merupakan ciptaan politik walaupun politik
memainkan peranan tertumpu kepadanya. Tetapi, keseluruhan keazaman rakyat di
setiap negeri itu yang menentukan arah hala sesebuah negara. Ia harus
mencerminkan kepelbagaian Malaysia dan bagaimana ia boleh disalurkan kepada
pembentukan sebuah negara yang kepelbagaian kaumnya, budaya dan agamanya.
Ini bukannya sesuatu yang mudah dalam apa jua suasanapun.
Keadaan ini menjadi teruk di Malaysia apabila wawasan yang diimpikan itu
adalah mengikut acara yang diimpikan oleh satu kumpulan parti politik
sahaja. Kita harus keluar daripada kepompongan ini. Kita harus bebas
membincangkannya secara terbuka, sambil meneroka segala opsyen yang ada,
sambil mencabar rumusan sesuatu pihak dengan yang lainnya tanpa peduli apa
yang cuba ditonjolkan oleh Pemuda UMNO.
Orang yang paling terpelajar dalam negara mempunyai hak bersuara yang sama
banyaknya dengan orang yang tidak tahu membaca. Ini bukannya bertujuan untuk
menunjuk-nunjuk tetapi mencari cara yang sesuai untuk disenangi bersama ke
arah pencapaian harmoni, timbang rasa dan kepercayaan.
Perkara ini lebih menekan sekarang berbanding dulu. Terlalu banyak yang
menjadi cagarannya. Kerajaan Barisan Nasional sedang terkejut sekarang ini
dan masih tidak mempunyai jawapannya walaupun ia berlakon mempunyai jawapan
itu, seandainya sesuatu yang akan berlaku. Inilah yang menentukan ia
tidakpun akan dapat menyelesaikannya.
Terjemahan SPAR-01-015 Rencana Asal: malaysiakini Thursday May 31 Singular vision of nation building spells peril
CHIAROSCURO MGG Pillai 3:54pm, Thu: The contretemps over Chinese denied seats in
Malaysian universities descends into an unnecessary racial
debate. The lines are clearly drawn: the Malay back the Malay
position, the Chinese, the Chinese and the Indian, the
Indian. Neither Mr Lim Kit Siang, the DAP chairman, who questioned
the citizenship of a reporter who asked him a loaded
question, and the de facto Law Minister Dr Rais Yatim, who
threatened to have him charged, should have lost their cool.
But it is proof that it does not take much to turn a problem
into a full-blown racial episode. Why do we behave so offensively in a country which the
Deputy Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi assures us, is
headed for "Bangsa Malaysia"? (Malaysian nation)
Why do we not allow a free discussion of issues, without
political gangsters and nincompoops rushing in to threaten?
Why can we not look beyond political agendas and look at the
country as a whole? Why did Umno blow out of proportion a submission by Suqiu to
the NEAC II (National Economic Action Council) and turned it
into a political confrontation between the Malays and the
Chinese? Implied threats Malaysians are discouraged from actively discussing issues
of the day, with implied threats of arrest and worse, if
they stray from the norm or challenge politically-held
assumptions that cannot stand scrutiny.
Which is what happened here in recent months. This national
penchant to sweep under the carpet issues which should be
addressed head on, makes nonsense of any pious attempt to
lead Malaysia into the civilised world.
When injustices and ignorance are bottled up, it would break
open into a crisis, as in the Petaling Jaya Selatan
incidents, university admissions, the Malay anger at how the
former deputy prime minister Anwar Ibrahim, is treated.
So long as the government insists its view be the only one,
and then decided upon that capriciously, sparks must fly.
When that is pushed down one's throats in high dudgeon, and
backed up with dire consequences for municipal offences
while ignoring the corruption and unfairness inherent these
days in government policies and decision, something must
give. Seethes in anger The government bailouts and rescuing cronies of the
establishment is bad enough. But when it is done without reference to Parliament or even
to the cabinet, it builds up resentment. The MAS bailout,
the arrogant claim of the crony rescued that he is cash-rich
after being bailed out, the Time dotCom fiasco and the
Phileo-Allied purchase of Pos Malaysia in stealth create the
grounds for public dissatisfaction against the government.
The Malay ground seethes in anger at these and other crony
rescues. When into this uncertainty comes a political challenge to
the government's worldview, not from political parties but
from the communities themselves, it shakes the foundations
of power to its roots. There comes a time when the communities - the Malay, the
Chinese, the Indian, the Sarawak and Sabah tribes - stand up
to be counted. It may not come overnight, but signs of that
is only too clear. They take them on to demand that national and political
issues should no longer be the preserve of those in power.
It should be resolved in informed and public debate, without
political parties taking racial positions on it. But this is
not given a chance. The Barisan Nasional insists it knows
what the people want, without finding out what they want.
Convoluted logic That they have been elected to power is sufficient reason
for those who did, to accept what it has to say. It is
convoluted logic in the best of times. When it is stated
contentiously and without debate, in Parliament or
elsewhere, it is matter of time when it would unravel. As
now. For the last 30 years, after the post-May 13 emergence of
Malay dominance, Malaysian politics in effect was Malay
politics plus. It would have worked if the non-Malay
partners in the ruling coalition had held their ground and
did not allow themselves to be satraps of the Umno that
dominated it. The Chinese and Indian leaders in it, ignored the welfare of
its communities, paying lip service to their needs, while,
to not put a fine point to it, they enriched themselves.
Every MCA leader in the past 30 years left office under a
cloud, clinging on to the Umno leader to protect him from
his own party. When this Malay dominance is strengthened with an arrogant
fatuousness, something must give. As it now threatens.
Nation building is too important to be in the hands of
politicians who insist theirs is the only vision. It cannot,
should not, be defined by a government which does not know
if it comes or goes. Nation building is not a political creation even if politics
gives it the focus, but the sum total of the people's belief
in the state to turn into a nation. It should reflect the
diversity of Malaysia and how it can be channelled into a
nation of diverse races, cultures and creeds. It is not, in
the best of times, an easy task. It is worse in Malaysia where nation building is what one
political grouping wants. We should break out of that
malaise. We should speak frankly, explore options, challenge
each other's assumptions without Umno Youth raising Cain.
The most learned man in the country has much to say about it
as the most illiterate. It is not an exercise to show off
but to seek a common ground for the greatest good in
harmony, compassion and belief. It is more urgent now than ever. Too much is at stake. The
Barisan Nasional government, is shell-shocked, does not have
the answers, insists it would, come what may. And ensures it
does not. M.G.G. Pillai
|