Laman Webantu KM2A1: 4619 File Size: 12.7 Kb * |
TJ SP MGG: Tun Daim Zainuddin Sudah Bersara? By M.G.G. Pillai 3/6/2001 8:28 pm Sun |
MGG 1211 [Daim berhasrat untuk meletak jawatan bila didesak menyediakan
lapuran kewangan Umno. Disinilah segala-galanya bermula. Perletakkan
jawatan dalam kabinet itu tidaklah seberat mana sebagaimana yang
sedang diberi fokus oleh kebanyakkan media. Ada sesuatu di sini yang
jijiknya tidak terkira. Wang Umno telah diselewengkan dan mungkin telah
lesap berasap begitu sahaja tanpa diketahui sesiapa - termasuk MKT Umno.
Mahathir dan Daim mungkin telah berpakat berdua mengerjakannya. Kesetiaan
Daim terhadap Mahathir terserlah dengan sentuhan terakhir di Pos Malaysia.
Mereka berdua dua kali lima sahaja..... mahluk perosak yang tidak boleh
dipercaya yang asyik berpura sepanjang masa.
- Editor] (Has Tun Daim Zainuddin Resigned?) Seandainya perkara yang lampau menjadi pedoman, bererti Perdana Menteri
telah pun memperakukan betapa Tun Daim Zainuddin akan bersara
sebagai Menteri Kewangan. Ketika pulang daripada menghadiri Puncak
G-15 di Jakarta, dia memberitahu betapa dia tidak tahu menahu akan
persaraan itu. Namun, cara dia menyebutnya telah menyerlahkan satu
pembohongan. Kalau dia berura-ura mencetuskan satu kejutan, dia gagal
segagalnya. Seandainya dia memikirkan dia bijak, ternyata
kebijaksanaannya tidak pun ke mana. Mengikut New Straits Times, dia
telah ditanya semada Tun Daim sudah meletakkan jawatannya; dia
menjawab 'Saya tidak tahu, adakah dia menyebutnya?' Utusan
Malaysia telah pun melaporkan desas-desus itu semalam 1 Jun, 01. Dia
menjangkakan Tun Daim akan bersara, bukan sahaja dua jawatan
kabinetnya, malahan juga jawatannya sebagai Bendahari Umno.
Kini, perbincangan hangat menyebut-nyebut siapa yang akan
menggantikan Daim. Mengikut aliran pemikiran pagi tadi, ada orang
luar yang akan dibawa masuk. Dia akan mengangkat sumpah sebagai
seorang senator minggu depan dan dilantik menjadi menteri kewangan.
Dia merupakan satu tempelan sahaja kerana satu rombakan kabinet
dijangka akan dilaksanakan sebaik sahaja persidangan UMNO berlangsung
di akhir bulan ini. Sebelum bertolak ke Jakarta itu, Mahathir
ada berunding dengan Tengku Leigh untuk satu waktu yang panjang
mengikut penelitian satu sumber. Tempoh percutian Tun Daim selama dua
bulan itu berakhir pada hari Khamis. Namun dia menghabiskannya di
pejabat sambil menghadiri majlis rasmi, walaupun tidak menghadiri
mesyuarat kabinet ataupun persidangan Majlis Tertinggi UMNO.
Satu ketika dulu Mahathir dan Daim adalah laksana isi dengan kuku.
Tetapi kini, tidak lagi begitu. UMNO sudah lama mahukan penyata
kewangannya yang dikendalikan oleh Tun Daim yang masih belum lagi
membentangkannya. Tiga bulan dulu, Majlis Tertinggi UMNO telah
memintanya lagi, dan Daim ada berjanji memberikannya. Ada pelapur
mengatakan Mahathir tidak bersikap melindunginya lagi seperti
dulu-dulu dan mahukan juga penyata itu. Selepas itulah Daim
mengambil cutinya. Pada kelazimannya apabila menteri kabinet pergi bercuti segala
tugasnya diambil alih oleh seorang pengganti. Tetapi, Daim
menghabiskan cutinya untuk berada di pejabat dan menghadiri majlis
rasmi yang sepatutnya dihadiri oleh pemangku yang ditugaskan
menggantinya. Akar umbi UMNO menganggap Daim sebagai si pintar berhati
syaitan di belakang Perdana Menteri. Selagi dia terus kekal di
jawatannya baik dalam kerajaan ataupun dalam UMNO, ia dilihat melumpuhkan
kedudukan Mahathir, yang semakin dihenyak oleh kemelut yang
membabitkan Anwar Ibrahim. Tun Daim memang sudah memberitahu kawan-kawannya yang dia mahu
berundur. Semalam desas-desus itu semakin menjadi-jadi. Apapun dia
mesti berundur juga, untuk kebaikan masa depan politik Mahathir.
Daim telah menyalahgunakan jawatannya untuk memperkayakan para kroni.
Hampir setiap projek penswastaan dikaitkan kepada namanya dan para
kroni. Kisah MAS yang diselamatkan, TimedotCom yang menjijikkan,
pembelian Pos Malaysia oleh Phileo Allied, perkhidmatan sokongan
kesihatan (yang melibatkan salah seorang anak perdana menteri) memang
dikait rapat dengan Daim. Selama ini Mahathir tidak rela mendengar
kritikan terhadap sahabatnya itu, dan sengaja memperlekehkannya.
Kini, dia sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Berbeza dengan
tindakannya memecat Anwar Ibrahim dulu, dalam kisah membabitkan Daim
ini, Mahathir sengaja berlengah-lengah sehingga perkara itu hampir
menelannya sama. UMNO kini mahukan jawapannya. Tun Daim pernah bersikap lebih ganas
daripada Mahathir kerana mahukan Anwar dimusnahkan sehingga kerajaan
pun akan turut termusnah sama. Bahana tersilap congak ini sudah
tentu bukan kesan kerja Mahathir kerana beliau memang lebih pintar
sebagai ahli strategi dan taktik politik. Namun, kerana
kepercayaannya, dia turut akur dengan muslihat Daim. Apa yang mereka
lakukan itu amat bertentangan dengan budaya orang melayu kerana itu
mereka pun tercampak sama ke lembah kehinaan dan masih tidak
berupaya mendaki naik untuk menyelamatkan martabat yang sudah
diperlekehkan. Persidangan perhimpunan UMNO akhir bulan ini memerlukan
satu majlis yang amat penting yang perlu ditangani oleh Mahathir.
Dulu, ada desas-desus betapa Daim merancang mengemukakan undi tidak
percaya terhadap Mahathir, kini takkan perkara itu akan terjadi.
Penderhakaan adalah sesuatu yang tidak diampunkan dalam politik
Melayu. Tun Daim memang dibenci oleh UMNO sehinggakan dia tidak akan
mampu menyelamatkan airmuka walaupun ada berbilion ringgit yang mudah
digerakakannya. Selalunya apabila malang merundung diri, orang Melayu
lebih merujuk kepada tata budayanya daripada kekayaan yang baru
diperolehi. Akhirnya Mahathir tidak ada pilihan lagi selain memecat Daim sebagai
menteri kewangan. Itulah reaksi yang ditunjukkannya setiba pulang
daripada Jakarta, yang memang menyerlahkan muka selambanya. Malahan,
sama ada Daim akan berundur ataupun tidak sudah dikaitkan dengan satu
siri penangkapan di bawah ISA lagi. Bagaimana caranya penangkapan
ini boleh dilakukan, selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan
minggu lalu melepaskan dua orang tahanan mengikut Akta itu, masih
samar lagi. Ketua Polis negara sudah pun mengemukakan rayuan terhadap
keputusan itu, yang akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan minggu
hadapan, dan bukannya semasa Persidangan UMNO akan dikendalikan.
Mahkamah Persekutuan pun sudah tersengat. Dua orang yang ditahan
telah dibebaskan kerana polis menangkap mereka tanpa peraturan.
Tanpa peraturan yang sempurna Mahkamah Tinggi menganggap penangkapan
mereka sebagai tidak kena pada tempatnya. Tetapi, ia tidak pula
menyebut apakah ISA itu sesuatu yang sah, cuma mengatakan kalau ia
mahu digunakan ia mestilah mengikut peraturan yang tertentu dan
tidak secara sembrono sahaja. Dengan lain perkataan episod Daim
adalah satu lambang penguasaan Mahathir akan akar umbi partinya.
Itu sebabnya perkara ini sudah semakin menjalar padahnya.
Terjemahan SPAR-01-016 Rencana Asal: Has Tun Daim Zainuddin Resigned?
The Prime Minister today confirmed, if the past is any
guide, Tun Daim Zainuddin would resign as finance minister.
He told reporters, when he arrived from Jakarta from the
G-15 Summit, he did not know. But how he said it suggests
he was not telling the truth. If he had intended to spring
a surprise, he lost. If he thought he was clever in what he
said, it backfired. When he was asked if Tun Daim's
resignation, he replied, according to the New Straits Times,
"I don't know. Did he say it?" The Utusan Malaysia had
reported on rumours of it yesterday (01 June 01). It is a
fair bet that Tun Daim would resign soon. Not just his two
cabinet posts, but as UMNO treasurer as well.
Indeed, discussions go on on who would replace Tun
Daim. An outsider is brought in, according to current
thinking this morning. He would be sworn in as senator next
week and be made finance minister. He would a stop-gap,
with a full blown cabinet reshuffle after the UMNO General
Assembly later this month. Before Dato' Seri Mahathir
departed for the G-15 Summit early this week, he was in
conference with the Hermit of Langgak Golf for what one
source said was "an inordinately long time". Tun Daim's
two-month leave expired on Thurday. But he spent it in his
office and attending to his official functions, but did not
attend either cabinet or UMNO supreme council meetings.
Dr Mahathir and Tun Daim were once thick as thieves.
No more. UMNO now demands answers about its finances, held
by Tun Daim who has yet to give a detailed accounting of it.
Three months ago, the UMNO supreme council asked for it,
which Tun Daim promised but has yet to. Informants say Dr
Mahathir did not defend him as in the past and asked him to
produce it. Shortly after, he took his two months leave.
When cabinet ministers take leave, they leave their charges
to whoever stands in for them. But Tun Daim spent his
holiday working in his office, and attending to official
functions that should have been the preserve of the acting
finance minister. The UMNO ground regards Tun Daim as the
evil genius behind the Prime Minister. His continued
presence in government and party matters would have made Dr
Mahathir's own position, weak as it already is over the
Anwar Ibrahim affair, even more problematic.
Tun Daim has told friends he wants to resign. Rumours
swirl that he did yesterday. Whatever happens, he must go,
if only for Dr Mahathir's political health. Tun Daim took
advantage of his position to enrich his cronies, and
therefore, not to put a fine point to it, himself. Just
about every privatisation is linked to him and his cronies.
The MAS bailout, the TimeDotCom fiasco, the Phileo Allied
purchase of Pos Malaysia, the health support services (with
a Prime Ministerial son) are linked to him. But Dr Mahathir
would not accept criticism of his friend, and ignored them.
Until he could no more. Instead of reacting as when he
sacked Dato' Seri Anwar Ibrahim as deputy prime minister, he
kept postponing the inevitable until it now threatens to
swallow him. UMNO demands answers. Tun Daim, more than Dr Mahathir,
wanted Dato' Seri Anwar Ibrahim destroyed, and brought the
government to its knees. The miscalculation is not one Dr
Mahathir would have made, given the political strategist and
tactician he is. But he trusted Tun Daim, and went along.
But what they did conflicted with Malay cultural mores, and
forced both down the slippery slope from which they struggle
to survive. The UMNO General Assembly later this month is
the most important Dr Mahathir faces. There is talk Tun
Daim planned a vote of no confidence against Dr Mahathir,
but that is unlikely. Treachery is unforgiven in Malay
politics, Tun Daim is so hated in UMNO that he could not
expect to survive, even with the billions of ringgit under
his command. When the chips are down, the Malay relies upon
his cultural mores than new found wealth.
So Dr Mahathir has little choice but to remove Tun Daim
as finance minister. Which is why his reaction when he
returned from Jakarta so true to form. Indeed, whether Tun
Daim would resign is linked with another story, gaining
credence by the day, of another crackdown under the ISA.
How he could, with the High Court decision last week freeing
two detained under it, is not explained. The
Inspector-General of Police appeals against the decision,
and the Federal Court now hears it next week instead of just
before the UMNO General Assembly. The Federal Court itself
is caught in a bind. The two men were released because the
police did not follow procedures. The High Court insisted
that without it, the detentions are unlawful. It did not
say the ISA itself is legal, only that if it is used it must
be according to established procedures, which in this case
was not. In short, the Tun Daim affair is reflective of the
Prime Minister's control of his ground. That is why it is
so contentious. M.G.G. Pillai |