Laman Webantu KM2A1: 4621 File Size: 5.1 Kb * |
BH: Daim letak jawatan By Berita Harian 3/6/2001 8:46 pm Sun |
[Mahathir sudah lama tahu Daim ingin meletak jawatan
dan semua keputusan terletak di tangan Mahathir sendiri.
Bagaimana pula beliau mengatakan tidak tahu-menahu mengenainya
dulu? Satu pembohongan telah berlaku oleh raja pembohong nombor
satu - malangnya orang Umno masih terus percaya dan mengampu.
- Editor] KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin menamatkan spekulasi
berbulan-bulan berhubung kedudukannya dengan meletakkan
jawatan Menteri Kewangan kelmarin. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad,
mengesahkan Daim, 62, menyerahkan surat peletakan jawatannya
kelmarin tanpa memberikan sebarang sebab.
'Ya, ya dia hantar surat kepada saya, dia hantar semalam. Saya
terimalah. Dia tak beri sebab apapun,' kata Perdana Menteri
selepas menghadiri istiadat pengurniaan darjah dan pingat
kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang
di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Istana
Negara, di sini, semalam. Dr Mahathir bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai
kedudukan jawatan lain yang disandang Daim dalam Kabinet dan
Umno. Selain Menteri Kewangan, Daim juga memegang jawatan
Menteri Tugas-Tugas Khas, Bendahari Agung Umno dan Ahli
Parlimen Merbok. Ini adalah kali kedua Daim meletakkan jawatan Menteri Kewangan
sesudah menyandangnya selama tujuh tahun pada 1991. Beliau
kembali menyertai Kabinet sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas
pada 1998 dan disusuli pelantikan sebagai Menteri Kewangan
dalam rombakan Kabinet pada Januari 1999.
Sumber yang rapat dengan Daim pula berkata portfolio Menteri
Tugas-Tugas Khas dipercayai turut dimansuhkan berikutan
peletakan jawatannya. Daim juga dikatakan akan meletak jawatannya sebagai Bendahari
Umno dan Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN). Spekulasi berhubung kedudukan Daim dalam Kabinet hangat
diperkatakan sejak bulan lalu apabila beliau mengesahkan
mengambil cuti selama dua bulan bermula awal April dan berakhir
pada 31 Mei. Beliau memberi alasan bercuti bagi membolehkannya memberi
tumpuan kepada tugas menggerakkan ekonomi negara.
Bagaimanapun, sepanjang bercuti, Daim masih ke pejabat bagi
membereskan semua fail pembangunan kecuali tidak menghadiri
mesyuarat Kabinet dan Majlis Tertinggi Umno.
Sepanjang cutinya, Daim diwakili Menteri Pembangunan
Usahawan, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam Kabinet.
Kelmarin, sekembalinya dari Jakarta selepas menghadiri sidang
kemuncak Kumpulan 15 Negara Membangun (G15), Dr Mahathir
menolak spekulasi bahawa Daim akan meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, semalam Dr Mahathir menjelaskan, beliau
menerima surat peletakan jawatan Daim itu dan juga membuat
keputusan menerimanya. Menurut Perdana Menteri, dua bulan lalu Daim meminta
kepadanya untuk meletakkan jawatan. 'Saya suruh dia pergi cuti dulu, minta dia fikir semula tapi nampak
dia buat keputusan nak berhenti,' katanya.
Ditanya sama ada Kabinet turut membincang peletakan jawatan
itu, Perdana Menteri berkata: 'Yang ini bukan hal Kabinet,
kabinet tak bincang. (Keputusan) saya seorang saja.'
Mengenai pengganti Daim, Dr Mahathir berkata setakat ini beliau
belum memikirkannya. 'Kalau ada sesiapa yang nak..' katanya sambil berseloroh
kepada wartawan. Menurut Dr Mahathir, sepanjang Daim bercuti, beliau berada
dalam keadaan sukar untuk menjawab pertanyaan pelbagai pihak
mengenai peletakan jawatan itu ketika Daim mungkin bertukar
fikiran. 'Saya terimalah, sebab dia dah minta dah 10 bulan. Jadi
(sepanjang tempoh itu), orang dok tanya saya, saya tak boleh
jawab, takut nanti dia kata tak, mana boleh saya cakap,' katanya.
Berikut adalah soalan pemberita kepada Dr Mahathir:
Datuk Seri, benarkah Tun Daim sudah meletakkan jawatannya?
Ya, ya dia hantar surat kepada saya. Dia hantar semalam. Surat letak jawatanlah. Daripada 1 Jun Dia tak beri sebab apa pun. Dia, dua bulan dulu, dia minta nak
letak jawatan. Ya, saya terimalah. Belum fikir lagilah... kalau ada sesiapa yang nak!
Saya terimalah, sebab dia minta dah dua bulan, tu orang dok
tanya saya, saya tak boleh jawab, takut nanti dia kata tak, mana
boleh saya cakap. |