Laman Webantu KM2A1: 4623 File Size: 19.1 Kb * |
TJ SP MGG: Perlembagaan, satu tongkat untuk penghakiman yang tempang By M.G.G. Pillai 3/6/2001 11:11 pm Sun |
MGG 1221 [Kunci untuk mengembalikan martabat sistem kehakiman kini terletak
kepada Ketua Hakim Negara dan anak buahnya. Mereka harus berani
meletakkan keadilan itu pada tempat yang sewajarnya. Penghakiman Hakim
Hishamuddin telah menggegarkan suasana betapa perlembagaan itu adalah
lebih tinggi dari segala-galanya - termasuk ISA juga. Di sinilah semua
hakim seharusnya bersandarkan bicara - bukannya kepada telunjuk manusia.
Tanggungjawab itu memang amat berat tetapi ia akan dapat dilaksanakan
kerana rakyat akan berdiri dibelakangnya. Mahathir cuma seorang mengapa
harus hakim perlu ketakutan kerana perlembagaan itulah tempat sebenar kita
bergantungan. Terjemahan SPAR-01-016
(Constitution, a crutch for the limping judiciary)
Sebagai seorang Ketua Hakim, Mohd. Dzaiddin Abdullah telah
menghembuskan angin segar ke arah badan kehakiman yang
tercungap-cungap kekurangan oksigen sejak lebih satu dekad yang lalu.
Usia sudah pun menghalang beliau melaksanakan lebih besar dari itu.
Namun, dalam masa enam bulan sejak memegang jawatannya, dia berjaya
meransang para hakim kepada peranan tradisi mereka dan mengendurkan
segala halangan yang direka oleh para ketua hakim negara yang
sebelumnya. Pada persidangan badan kehakiman di Kota Kinabalu bulan lalu, para
hakim telah mengemukakan beberapa kertas kerja dan menyerlahkan
perasaan mereka bagaimana membetulkan keadaan yang ada untuk
mengembalikan kecermelangan yang silam. Para hakim semakin ghairah
mahukan perubahan selari dengan impian Ketua Hakim Negara itu.
Pada 1998, pindaan perlembagaan telah menafikan badan kehakiman itu
beberapa kuasa kehakimannya, dan para hakim secara amalannya, diberikan
peranan yang sama tarafnya dengan yang dikuatkuasakan oleh pegawai
kastam dan pegawai polis; setakat menguatkuasakan undang-undang
sahaja dan tidak lebih dari itu.
Selepas teraibnya Salleh Abas yang dilaksanakan oleh mahkamah yang
mengadili kes beliau, semua penghakiman yang berikutnya turut
diperlekehkan sahaja. Dua orang Ketua Hakim Negara yang mengambil
alih tugasnya bertugas sambil lewa sahaja laksana pegawai kastam
dan pegawai polis yang menjalankan tugasan mereka.
Itulah jadinya sehinggakan terjejasnya badan kehakiman itu.
Para hakim yang baru yang tidak terbabit dengan segala kerja-kerja
kebajingan, tidak faham kenapakah sebabnya. Apabila Hakim Mohd
Hishamuddin Mohd Yunus membebaskan dua orang tahanan ISA minggu lalu,
dia melakukannya tanpa banyak soal lagi. Ini merupakan satu keputusan
penghakiman yang menggemparkan kerana ia tidak pernah diharapkan
termampu dilakukannya. Tetapi, Hakim Hishamuddin adalah merupakan zuriat generasi kedua
ataupun ketiga yang sudah mampu menolak tepi keperhatinan yang mudah
mencuit pihak yang berkuasa ditangani sekeras mungkin seperti
menangani musuh-musuh generasi datuk moyangnya.
Lebih-lebih lagi apabila ia menyangkuti masadepan sesabuah negara,
yang lebih menentukan masa depan kerajaan yang sedang berkuasa. ISA
sudah menjadi satu alat yang menentukan keselamatan parti yang sedang
berkuasa. Dzaiddin dan para hakimnya mesti memulakan perubahan kalau mereka
mahu mengembalikan badan kehakiman menjadi cabang pemerintahan yang
bermartabat. Segala usaha untuk melakukan perubahan secara berdikit-dikit telah
didapati tidak mencukupi. Pindaan yang dilakukan kepada Perlembagaan
pada tahun 1998 telah menafikan badan kehakiman itu akan hak-hak dan
kuasa penghakimannya. Perkara ini mesti diperbetulkan semula. Jika
tidak, apa juga perubahan dan niat yang baik yang dihasratkan, badan
kehakiman itu akan terus berada di tahap selekeh seperti yang
dialaminya selama 13 trahun ini. Segala usaha mesti dimulakan
untuk keluar daripada tahap yang mengaibkan itu.
Kerana itu keputusan Hishamudin yang sungguh bersejarah dianggap
penting bukan kerana kesan amalan yang membebaskan dua tahanan
ISA itu, tetapi dia telah menguatkuasakan Perlembagaan untuk
melaksanakannya. Inilah pertama kalinya sejak satu tempoh yang lama,
Mahkamah Persekutuan bersidang secara tergesa-gesa untuk memperakukan
kesahihan ISA. Tetapi, hakim itu telah mengambil langkah yang lebih luas lagi.
Sesiapa yang ditahan di bawah ISA mestilah menepati peraturan
undang-undang, dan dua kes yang dihadapkan kepada telah tidak
menepati peraturan itu. Hakim ini telah memberikan penghargaan
kepada Perlembagaan dengan taraf yang lebih tinggi lagi statusnya
daripada undang-undang biasa.
Demikianlah sepatutya. Namun, para hakim tidak melaksanakannya seperti
yang berlaku kepada ISA, satu undang-undang yang memperlekehkan
keluhuran Perlembagaan dan terpaksa dikuatkuasakan untuk mengekalkan
keluhurannya di waktu aman. ISA sepatutnya dikuatkuasakan apabila negara dan bukannya kerajaan
yang terancam, dan bukannya daripada pihak pembangkang. Ia layak
dikuatkuasakan seandainya ada cabaran untuk memusnahkan negara dan
bukannya untuk menjatuhkan kerajaan. Itulah sebenarya kegunaan ISA. Ia
bukannya untuk menekan kumpulan penentang politik yang enggan
menjadi hamba abdi. Semuanya terdedah kini apa yang selama ini memang diragukan: betapa
penangkapan dibuat dengan bertujuan utnuk menggugut. Ketua Polis
Negara, Norian Mai, sudah merayu terhadap pembebasan itu, tetapi dengan
nama keadilan, dia sepatutnya membebaskan semua yang ditangkap bersama
dua pemimpin Keadilan yang ditahan dan sudah pun dibebaskan.
Jikalau dua pegawai yang menangkap dua orang tahanan dulu itu
tidak mengikut peraturan ketika menahan mereka, adalah mudah kita
membuat andaian bahawa penahanan lapan orang yang lain itu pun
dilaksanakan dengan cara yang sama. Sekarang adalah kewajipan pihak
polis membuktikan penahanan mereka itu adalah mengikut peraturan
yang sepatutnya. Sejak satu setengah dekad yang lalu, badan kehakiman telah
memperlekehkan Perlembagaan sebagai satu dokumen untuk keadilan.
Tetapi Perlembagaan itu adalah satu dokumen rujukan untuk sepanjang
zaman, di mana kebebasan sesaorang itu diberikan taraf yang paling
tinggi tempatnya. Secara amalannya, terdapat pelbagai peraturan yang menyekat sebarang
tindakan terhadap Perlembagaan itu. Tetapi para hakim sudah tidak
bersedia mendengar perkara itu lagi. Begitulah keadaannya sehingga
Hishamuddin merobah suasana dalam amalan kerja kehakiman itu.
Kerajaan menjadi gugup. Tetapi apabila undang-undang menegah rakyat
marhaen untuk bercakap dengan bebasnya apa yang mereka fikirkan,
seperti yang berlaku sekarang ini, mereka terpaksa merujuk kepada
Perlembagaan untuk mendapatkan bantuan. Sepatutnya kita tidak perlu
sampai berbalah ke tahap ini. Kalaulah para hakim menyedari peranan
mereka sebenarnya dalam sesebuah masyarakat itu, mereka sudah pun
melakarkan peraturan itu dan hadnya pada satu masa yang lama
dulu. Sebaliknya, para hakim dilantik kerana kesetiaan mereka kepada Ketua
Hakim Negara, dan kepada beliaulah kesetiaan mereka itu akan
tertambat. Kita tidak perlu menonjolkan contohnya tetapi ketika para hakim itu
dilantik untuk mendengarkan kes yang penting-penting, seperti yang
melibatkan Anwar Ibrahim ataupun isu yang mesti memihak kepada
kerajaan, keputusan penghakiman sudah pun diketahui sebelum ianya
bermula. Apabila para hakim kehilangan kuasa semulajadi mereka, mereka menjadi
gelabah dan tidak keruan. Bekas Ketua hakim Negara pernah mengugut
bekas presiden Majlis Peguam yang lalu dan setiausaha persatuan itu
dengan tuduhan menghina mahkamah kerana mencadangkan agar dia tidak
mempengerusikan satu kes tertentu. Bantahan itu adalah disebabkan
seorang peguam yang terlibat dengan kes tersebut pernah bersantai
dengan Ketua Hakim Negara itu. Apabila para peguam memberikan jawapan, agar beliau melaksanakan
segala kehendaknya, dia pun beralah. Seorang hakim pernah dituduh
kerana membiarkan peguam plaintifnya menulis sebahagian ataupun
keseluruhan kertas penghakiman agar memihak kepada kes yang
dikendalikan oleh peguam itu. Setakat ini tidak ada apa-apa yang
dilakukan. Dalam beberapa bidang kuasa yang lain, di mana badan kehakiman
diberikan pengiktirafan yang tinggi, orang semacam itu tidak mampu
berbuat apa-apa lagi selain meletakkan jawatan secepat mungkin,
walaupun tuduhan itu adalah palsu. Di sini dia dinaikkan pangkatnya
ke mahkamah Rayuan pula. Beberapa tahun yang lalu, Ketua Hakim Maharashtra, India, telah
meletakkan jawatan apabila dia menerima satu bayaran awal royalti yang
melebehi upah untuk menulis sebuah buku mengenai undang-undang Islam.
Kesan yang dicetus oleh kritikan telah mendorong beliau meletakkan
jawatan, kerana beliau yakin dia tidak melakukan sebarang kesilapan
tetapi cuma tidak mahu membabitkan martabat jawatannya terjebak
dalam kontroversi itu Dzaiddin dan para hakimnya mempunyai tanggungan yang mencabar untuk
mengembalikan martabat dan kegemilangan badan kehakiman itu. Tetapi
mereka tidak mampu melaksanakannya secara berdikit-dikit yang tidak
akan bermakna apa-apa. Badan kehakiman itu mesti mengambalikan kuasa
semulajadinya. Perlembagan perlu dipinda untuk tujuan ini. Ketua Hakim Negara mesti
membiarkan para hakim menjalankan tugas mereka, bukan kerana alasan
lain, yang berbeza daripada pandangan bersama yang membentuk
masyarakat kita yang ada. Dengan lain perkataan, badan kehakiman mesti mencerna satu falsafah
kehakiman yang tersendiri, mengambilkira segala tradisi undang-undang
biasa yang terbaik sekali dan mencampurkannya dengan sumbangan
keintelektualan para hakim yang pintar dan bijaksana.
Perkara ini mungkin merupakan satu arahan yang sukar. Ia bukannya
mesti berlaku dalam satu masa yang singkat. Ia mungkin memakan masa
untuk melaksanakannya. Dzaiddin mesti meneliti Perlembagaan untuk mengembalikan martabat
badan kehakiman negara. Persidangan di Kota Kinabalu telah menunjukkan
apa yang dia mahu. Dia mesti menggunakan segala keupayaan untuk
mendesak kerajaan dan juga Majlis Raja-raja, kerana tanpa usaha itu
tidak ada satu benda pun yang boleh berlaku.
Perkara ini tidak mampu dilaksanakan dalam dalam masa dua tahun
(ataupun tiga, kalaulah cadangannya dilanjutkan umur bersara ditambah
satu tahun lagi itu diterima) yang ada di tangannya lagi. Namun,
dia boleh memulakan bingkai usahanya itu. Perjalanan untuk seribu
batu mesti bermula dengan tapak awalannya.
Langkah yang pertama itu akan kelihatan mudah apabila Dzaiddin
memulakannya dengan menggunakan Perlembagaan sebagai tongkatnya.
Kalau dia berjaya dengan usaha itu, ia akan merupakan satu monumen
yang terbesar dalam usaha memperjuangkan keadilan di Malaysia. Rencana Asal: http://www.malaysiakini.com/Column/2001/06/2001060101.php3
Constitution, a crutch for the limping judiciary
CHIAROSCURO MGG Pillai 5:15pm, Fri: Mohd Dzaiddin Abdullah, as Chief Justice, breathes
fresh air into a judiciary gasping for oxygen for a decade and more.
Age prevents him doing more. But within six months in office, he
returns the judges to their traditional role, and relaxes and removes
the bars which his predecessors had imposed.
At the judicial conference in Kota Kinabalu last month, judges
presented papers and said their piece how the present can be
amended to reflect its glorious past. The judges are as keen to
change as the Chief Justice. A 1998 constitutional amendment denies the judiciary its inherent
judicial powers, and judges, in practice, equated to customs and
police officers, theirs to dispense the laws and not beyond.
After Salleh Abas was thrown out of his court in a trial that ensured
the injustice in trials to come, his two successors ensured justice is
not for judges to dispense, as customs and police officers should not
bother the whys of what they do. It is, when all is told, the most constricting impediment to an
independent judiciary. Midnight's Children The newer judges, uninvolved in past episodes of infamy, cannot see
why. When Justice Mohd Hishamudin Mohd Yunus released the two
Internal Security Act (ISA) detainees this week, he did no more than
question. It is an earthshaking decision only in that it is not expected
of him. But he represents the second and third generation of Malaysia's
midnight's children, who reject that his concerns which upset
authority must be dealt as harshly as the enemies of his father's and
grandfather's generation. Especially, when then it was of life and death for the nation, while
now only of the government in power. The ISA reduced national
concerns to the insecurities of the party in power.
Dzaiddin and his judges must initiate changes if the judiciary is to
return as an important limb of government.
They attempt to change by piecemeal. It is not enough. The 1998
Constitutional amendment which denied the judiciary its inherent
judicial powers must be repealed. If not, whatever the changes and with the best of intentions, the
judiciary would remain stuck in the groove of the past 13 years.
However good and far-reaching the changes, it would remain
bogged in the contentious groove. So Hishamudin?s landmark decision is important not for its practical
impact of releasing two ISA detainees but that he invoked the
Constitution to do it. For the first time in a long while, the Federal
Court met in haste to affirm the ISA's legality.
But the judge went further. Anyone detained under the ISA must be
according to the law, which, in the two cases before him, was not.
He accords the Constitution a higher status than ordinary law.
As he should. But judges often do not, and the ISA, a law enacted to
deny the Constitution its due, is invoked to keep it that way in
ordinary times. Blew open But it is for when the state, not government, is threatened, not
from political dissidents but a full blown challenge to overthrow the
state, not government. The ISA is for that. It is not to pressure
political opponents into submission. It blew open what is suspected: that arrests are made as much to
threaten as capriciously. The Inspector-General of Police Norian Mai,
appeals against the release, but he should, in fairness, release all
arrested with the two Keadilan leaders.
If the two arresting officers had not followed regulations in
detaining the men, it is fair to assume the other eight did not. More
important, it puts the onus on the police to prove the detentions to
be proper. The judiciary have in the past decade and a half, ignored the
Constitution as a document for justice. But the Constitution is a
document that is for all time, in which the freedom of the individual is
rated the highest. It is restricted by laws to contain actions against the Constitution
itself. But the judges would not hear of it. At least it did not until
Hishamudin threw a welcome spanner in the judicial works.
The government is shocked. But when laws deny people to say what
they think, as now, they will look to the Constitution for help. It
should not have come to this. If judges had their weighted role in
society, they would have defined the limits a long time ago.
Instead, judges were appointed, as recently, for their loyalty to the
Chief Justice, to whom they were then beholden.
One need not give examples but when these judges are appointed to
hear important cases, be it an Anwar Ibrahim trial or an issue the
government cannot be seen to lose, the result is known before the
cases start. Run berserk When judges lose their inherent power, they run berserk. The former
chief justice threatened the then Bar Council president and secretary
with contempt of court proceedings for suggesting to him he should
not preside in a case where a lawyer he went on holiday was a party.
When they replied he should do what he thinks best, he backed
down. One judge is accused of allowing the plaintiff's lawyer to write
all or part of the judgment in his favour, nothing is done.
In other jurisdictions, where the judiciary is rated high, he could do
less but resign immediately, even if the charges are false. Here, he is
promoted to the Court of Appeal. A few years ago, the chief justice of Maharashtra, India, resigned
when he accepted an advance of royalty more than his pay to write a
book on Islamic law: the resulting furore led him to resign, insisting
he did no wrong but he did not want his office mired in controversy.
The Constitution must be amended to ensure it. The Chief Justice
must let judges do their work, for no other reason than that it is this
collective judicial outlook that frames the society we live in.
In other words, the judiciary must evolve a judicial philosophy of its
own, incorporating the best of the Common Law tradition it is
based on and the intellectual contributions of its brightest and the
best. Humpty Dumpty It is a tall order. It would not, cannot, happen overnight. And it
takes longer to put Humpty Dumpty back again than break him.
Dzaiddin must look to the Constitution to bring the judiciary back on
track. The Kota Kinabalu conference showed he wants to. But he
must use all his persuasion to impress upon the government and the
Conference of Rulers that without it, little would change.
This would not happen in the two years (or three, if his proposal to
extend the retiring age by one year is accepted) he has left. But he
can start to put in place the frame on which to build. The journey of a
thousand miles begins with the first step.
That first step would be easier when Dzaiddin begins it with the
Constitution as his crutch. If he can achieve it, it would be his greatest monument in the cause
of justice in Malaysia. |