Laman Webantu KM2A1: 4629 File Size: 10.2 Kb * |
TAG SP 149: Pembangkang Menolak Politik Ala-Indonesia By Douglas Wong 5/6/2001 12:11 am Tue |
TAG 149 [Politik ala Indonesia mungkin tidak berkesan di Malaysia kerana
tiada kebangkitan menyeluruh - khususnya dari masyarakat elit dan
koporat. Walaupun begitu ramai yang akan mencelik mata kerana krisis
ekonomi akan menghempap mereka juga di samping beberapa isu yang
mengajar siapakah Mahathir yang sebenarnya. Krisis dalaman MCA
(Nanyang, Ah Lek), keputusan Hakim Hishamuddin (ISA VS Perlembagaan)
dan kini peletakkan jawatan Daim sedang menyerlahkan sesuatu. Manakala
sokongan Suhakam agar Anwar diberi rawatan luar turut menekan Mahathir.
Kalau orang melayu membenci kerajaan sejak kes Anwar, kini orang Cina
pula sudah mula sangsi dengan kerajaan berikutan isu kuota dan
pengambil-alihan akhbar. Rakyat sudah semakin sedar - oleh itu Mahathir
terpaksa lebih pintar memutar melawan arus kesedaran.
Dalam permainan sebegini kekuasaan terhadap media dan kepantasan menyalurkan
maklumat membatasi sempadan memainkan peranan. Oleh itu Mahathir mahu mengawal
semua akhbar kerana itulah yang amat berkesan. Serangan pembangkang di alam
siber masih belum memuaskan kerana capaiannya masih terhad. Akan tetapi jika
semua cawangan parti pembangkang itu aktif dan HIDUP serta bersambung ke
internet - Mahathir tidak akan mampu lagi menang.
- Editor] (Malaysia Opposition Rejects 'Indonesia-style' Politics)
Douglas Wong Tiga tahun yang lalu, kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia, menyemarakkan
semangat mengganyang Mahathir Mohammad di Malaysia, dengan menjelmanya satu
kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri yang kini
sedang terpenjara. Pihak pembangkang di Malaysia telah meneruskan kempennya sejak itu tetapi
sedang berusaha meyakinkan masyarakatnya yang pelbagai kaum itu peralihan
kuasa ala-Indonesia memang tidak diambil kira dalam perancangan mereka.
Pada hari Rabu, ketika Dr. Mahathir berada di Jakarta menghadiri Kemuncak
Kumpulan G-15, proses mencela Abdurrahman Wahid, Presiden Indonesia, sedang
dilaksanakan. Ketika itu di Malaysia, pihak pembangkang sedang meraikan
kemenangan terbarunya. Hampir dua bulan selepas penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Negara,
seorang hakim telah mengeluarkan arahan dua orang ahli parti pembangkang
dibebaskan atas alasan penahanan mereka dilaksanakan dengan niat yang tidak
baik. Hakim Hishamuddin Mohd Yunus telah meminta parlimen membuat pertimbangan
sama ada Akta Keselamatan Dalam Negeri yang pada asalnya bertujuan untuk
membendung keganasan komunis, masih lagi 'relevan' untuk Malaysia masakini.
Mahathir telah mempertahankan undang-undang keselamatan itu dengan
mengaitkannya kepada beberapa peristiwa keganasan di Indonesia, yang katanya
terpaksa disekat sebelum terjadi di Malaysia.
Akan tetapi, para pemimpin pembangkang yang masih keriangan itu kerana
semakin mendapat sokongan besar telah berkata mereka tidak percaya Mahathir
sedang bersiap sedia untuk berundur, dalam masa yang terdekat. 'Saya tidak
nampak beliau akan dicabar dalam partinya sendiri sebelum munculnya pemilu
2004 nanti.' Kata Khalid Jaafar, seorang pemimpin Keadilan, yang dipimpin
oleh isteri Anwar. Berbeza dengan Abdurrahman Wahid, parti Barisan Nasional masih menguasai dua
pertiga majoriti dalam Parlimen dan walaupun sokongan popular sudah terhakis
selepas Anwar dipecat, BN masih menguasai dasar ekonomi dan sosial negara.
Ada satu sumber tidak ketentuan, mengenai masa depan menteri kewangan Daim
Zainuddin, telahpun diredakan minggu ini apabila beliau merancang untuk
berundur, seperti yang diwar-warkan oleh berita angin sejak beliau mengambil
cuti dua bulan yang lalu. 'Ini menunjukkan betapa perdana menteri memang menumpukan perhatian untuk
meraih sokongan masyarakat Melayu semula,' kata Abdul Razak Baginda,
pengarah utama kumpulan pemikir The Malaysian Strategic Research Centre.
Namun, terdapat juga keretakan dalam parti lain dalam gagasan parti politik
yang sedang memerintah itu. Pada minggu ini, MCA rakan politik UMNO: telah bergolak disebabkan
rencananya mengambil alih sebuah akhbar berbahasa Cina yang membuatkan
seorang pemimpin parti memberi amaran betapa masyarakat Cina menentang usaha
itu. 'Apakah kita memperlekehkan sahaja pendapat mereka, sambil menghadapi risiko
terhakisnya sokongan mereka?' tanya Chua Jui Meng, menteri kesihatan,
sebelum menaruh undinya yang gagal menyekat ikatan-janji pembelian itu.
Sebuah lagi parti rakan politik, Malaysian Indian Congress, yang mewakili
penduduk yang nombor tiga terbesarnya di negara itu telah mendesak kerajaan
agar menambah lagi kuota kemasukan kaum India ke universiti dan perkhidmatan
awam. UMNO yang akan berhimpun dalam Persidangan Tahunannya pada akhir bulan ini
sudah pun dihantui pelbagai masalah untuk mendapatkan sokongan yang sudah
lama pergi. Para analis berpendapat walaupun Mahathir, sebagai pemimpin yang paling lama
berkhidmat di Asia masakini, mempunyai keyakinan yang dia mampu
mengembalikan kemantapan politik sebelum kemunculan pemilu yang lagi satu,
beberapa peristiwa yang sudah tercetus menunjukkan dia perlu bertindak
cepat. 'Lebih ramai orang persendirian di kalangan kumpulan elit Malaysia yang
berani bersuara lantang menyuarakan kerisauan mereka terhadap hala tuju
politik negara,' kata Bruce Gale, pengamat politik Asia Tenggara di Control
Risks. 'Dr. Mahathir bukannya jenis manusia yang mudah diketepikan daripada
jawatannya dan keadaan politik di Malaysia tidak serupa dengan yang terdapat
di Indonesia, di mana kumpulan elit memang menentang presiden mereka. Namun
demikian, Mahathir terpaksa mencuba satu strategi yang lebih berkesan
secepat mungkin,' katanya. Terjemahan SPAR-03-014 Rencana Asal: Reuters/STS? Malaysia opposition rejects 'Indonesian-style' politics
By Douglas Wong May 31 2001 Three years ago, the fall of Suharto, Indonesia's president,
emboldened challengers to Mahathir Mohamad in neighbouring
Malaysia, with the emergence of a strong group backing Anwar
Ibrahim, the prime minister's jailed former deputy.
The Malaysian opposition has maintained its campaign since
then but is now seeking to reassure this multiracial country
that a shaky Indonesian-style transition is not in its
programme. On Wednesday, as Dr Mahathir was in Jakarta for the summit
of the Group of Fifteen developing countries, while
impeachment proceedings began against Abdurrahman Wahid,
Indonesian president, the Malaysian opposition was
celebrating its latest victory. Almost two months after their arrest under security laws, a
judge ordered the release of two opposition members on the
grounds that their detention had been in bad faith.
Judge Hishamuddin Mohd Yunus also called on parliament to
consider whether the Internal Security Act, intended to
counter communist terrorism, was "relevant" to Malaysia
today. Dr Mahathir has defended the security laws by referring to
the sometimes violent disturbances in Indonesia, which he
said had to be prevented in Malaysia. But the jubilant opposition leaders, who say they are
gaining support, do not believe that Dr Mahathir is going to
be packing his bags any time soon. "I don't see the
likelihood of him being challenged within [the ruling party]
Umno before the next general elections in 2004," said Khalid
Jaafar, an official of Keadilan, the political party led by
Mr Anwar's wife. Unlike Mr Wahid, Dr Mahathir's coalition commands a
two-thirds majority in parliament and, despite an erosion in
popular support after Mr Anwar's sacking, is still firmly in
control of social and economic policy.
One big source of uncertainty, the future of Daim Zainuddin,
finance minister, was apparently put to rest this week when
he denied he planned to resign, contrary to rumours that
have spread since he went on leave almost two months ago.
"This indicates that the prime minister is very focused on
winning back the support of the Malay community," said Abdul
Razak Baginda, executive director of the political
think-tank, the Malaysian Strategic Research Centre.
Other cracks in the ruling coalition's unity appear to be
growing, however. This week, Umno's junior partner, the Malaysian Chinese
Association, was split over its plans to take over two
Chinese-language newspapers, with one party leader warning
that the Chinese community opposed the move.
"Do we now ignore their views, risking an erosion of their
support?" asked Chua Jui Meng, health minister, before
voting unsuccessfully against the deal.
Another coalition partner, the Malaysian Indian Congress,
representing the country's third largest population group,
called on the government recently to improve racial quotas
for Indians in universities and the civil service.
Within Umno, which holds its annual general assembly later
this month, there have also been differences over how to
regain lost support. Analysts said that while Dr Mahathir, who is Asia's longest
serving leader, may be resolute in his belief that he can
turn around the political ground before the next elections,
recent events suggest that he needs to act quickly.
"More and more individuals within the Malaysian elite are
stating publicly their concerns about the country's
political direction," said Bruce Gale, south-east Asia
political analyst at Control Risks. "Dr Mahathir is not the sort of man who is going to be pushed out of office and the situation is not like in Indonesia, where the elite is moving against the president, but he has to come out with a strategy soon," he said. |