[Banyak perkara yang pelik-pelik dan mengejutkan telah berlaku
sejak akhir-akhir ini. Oleh itu alangkah baiknya jika diperturunkan
beberapa kisah yang pendek tetapi menarik kerana ada banyak rahsia
yang terselit di situ. Ia menggambarkan peribadi pemimpin tertinggi
negara yang kini sudah dihantui bayang-bayang kejatuhannya. Seperti
biasa wang rakyat menjadi korban lagi untuk menambahkan nyawanya
tanpa ada sesiapa membantahnya. Pemergian Daim menyebabkan wang negara
sudah semakin tidak selamat lagi kerana seorang pencuri lebih berbahaya
dari dua kerana semakin sukar untuk mencungkilnya. Namun begitu kita
mempunyai banyak mata dan mata-mata dan kisah ini adalah sebahagian
daripadanya....
- Editor]
Siri 1: "Oh.....Malaysiaku!!!!
Majlis Sambutan Yang Hambar
- Dengan kemelut yg meruncing kini terdapat perubahan yg amat
ketara dlm acara jamuan teh diraja petang Ahad yg lalu. Walaupun
kedatangan rakyat marhaen (terutama jemputan orang awam) tidak
susut tetapi kemana pula pergi orang-orang penting VVIP/VIP?..
sedangkan khemah para tamu berkepentingan ini amat nyata kurang
sekali. Malah urusetia terpaksa menganjakkan kerusi di khemah diraja
kerana tetamu penting tidak hadir, tiada IGP, tiada seorg pun
Tim/Menteri yg hadir!.. mereka kata mungkin keadaan keselamatan
negara sedang terancam!.. Tidak kelihatan tokoh businessmen yg
bergelar Tan Sri (kroni) yg saban tahun kelihatan... hanya pegawai
tinggi kerajaan yang berbisik-bisik antara satu sama lain...
menghairankan!.. Ternyata amat hambar suasana kali ini....
- Kawalan keselamatan nampaknya terlalu ketara, kenapa begitu.. yg
ketara bukan raja yg dikawal (jika takut terjadi spt di Khadmanthdu....)
tetapi 'orang itu' yg mana kelihatan para pengawal yg berpakaian batik
dan bushjacket... merayap disekitar khemah dicelah-celah orang ramai
yg menanti utk bersalaman dgn pasangan diraja!. Keadaan ini sungguh
menjelekkan kerana ada org yg amat 'takut' sekali nyawanya
terancam... munasabahkah di majlis begini (di Malaysia) ada org yg
tergamak memmbawa bom, launcer atau apa saja senjata utk
memusnahkan 'orang itu'???... inilah akibatnya kalau dah di kejar
bayangan sendiri bila mulut itu selalu mengeluarkan kata-kata
pembohongan 'bahwa ada rakyat yang merancang utk membuat
huru-hara dan menjatuhkan kerajaan!!'.. pelik.
- Bila memikirkan ini teringat dlm satu mesyuarat seorg pegawai yg
dinaikkan pangkat telah ditukarkan ke pejabat PM menceritakan
bagaimana masalah besar yg dihadapi melayani kerenah 'bodyguard' PM
ni.. berapakah jumlah mereka?.. sekitar 18 org!.. kalau berpergian ada
22 org (UTK).. mereka ini menikmati kemudahan tanpa batasan..
telefon yg tercanggih dan terkini, wang-ringgit.. apa saja.. dan awas!..
usah ditanya segala tuntutan perjalanan... kerana semua ditanggung
oleh kerajaan atas alasan mengawal PM!!.... mereka sungguh mewah
dan hebat sakan berbelanja.. antaranya termasuk Pak Ali.. yang dah
usia pencen tapi disambung entah atas dasar apa??... akhirnya
pegawai itu terus mengatakan utk keluar dari tugas yg amat
menjelekkan itu .. beliau berusaha utk keluar dgn membuat pelbagai
peraturan mengikut Perintah Am Kerajaan yg memang tidak disenangi
oleh org lain... alangkah hebatnya perbelanjaan di pejabat PM!..
-Pelayan Diraja-
|