Laman Webantu KM2A1: 4636 File Size: 1.8 Kb * |
OH 2: Berapa Belanja Istana Kali Ini? By Kepten Kapal 5/6/2001 10:46 am Tue |
[Hmmmm... Kalau sudah dapat kereta baru tentunya perlu memuji si pemberinya
nanti dituduh tidak bersyukur pula... Lagipun banyak rayuan pengampunan dan
kelulusan perlembagaan memerlukan khidmat baginda....
- Editor] Berapa Belanja Istana Kali Ini?
Patutlah dlam ucapan YDPA segala kepujian diberikan kepad mamak
bendahara dan kepintarannya memimpin negara daripada kemuflisan?
Kerana kereta baru untuk baginda gunakan? Berapa jam dalam satu hari
baginda berada dalam kereta itu? Bagaimana pula dengan kereta yang
sedia ada? Siapa pula yang akan menggunakannya.
Sayang.......raja-raja termasuklah YDPA sudah lupa daratan, tidak
mahu memikirkan masalah rakyat yang hidup terus tertekan. Esok,
sekolah akan dibuka dan tambang sekolah akan dinaikkan harganya.
Bayangkanlah kalaulah belanja membeli kereta baru tuanku itu digunakan
untuk membeli bas sekolah dan diagihkan kepada setiap sekolah untuk
menggunakannya, agar tambang boleh diturunkan, alangkah baiknya?
Apa mahu kata, raja pun sudah turut dimakan julap oleh seorang Raja
Songlap??? -Kepten Kapal- |