Laman Webantu KM2A1: 4653 File Size: 3.4 Kb * |
ISA, Keangkuhan (dan Kebangangan) Polis Terserlah Lagi By tv3 6/6/2001 5:47 pm Wed |
Assalamualaikum/Selamat Sejahtera Semua Pejuang REFORMASI Membaca dari halaman Malaysiakini (klik disini) diatas sebab sebab Sdr Ezam dilanjutkan tahanannya dibawah ISA, tidak lain dan tidak bukan hanya menonjolkan lagi kengkuhan dan kebangangan pihak polis dibawah Tuan Haji Mamai. Diwaktu negara memerlukan setiap sen untuk membantu memulihkan ekonomi, tidak perlulah berbelanja untuk berkursus dan belajar dari Scotland Yard tentang kaedah kaedah terbaru didalam memerangi jenayah, seperti kajian forensic dsb. Ringkas cerita, tangkap sahaja ("ikut arahan"), hatta dibawah apa juga kesalahan. Apabila ternyata polis tidak mampu membuktikan tuduhan, nyah sahaja tertuduh dibawah ISA. Tanggung beres! Demikianlah yang dapat dirumuskan didalam kes Sdr Ezam, dan kami percaya juga bagi kes Sdr Tian Chua, Sdr Saari Sungib dan Sdr Hishamuddin Rais. Kesemuanya, tujuh alasan diberi untuk melanjutkan tempoh tahanan:
Rakyat diseru supaya mengkaji sebab sebab ini secara objektif. Bukankah kesemua tertuduh sepatutnya dihadapkan ke Mahkamah dibawah akta akta tertentu? Tuduhan pertama dan yang paling berat. Mengapa tidak di dakwa dibawah akta tertentu yang (jikalau sabit kesalahan) boleh dikenakan hukuman mati? Bagi tuduhan tuduhan berikut, tidak kah Ezam boleh didakwa dibawah Akta Hasutan? Malahan, tidak kah Ezam memang pun sudah didakwa untuk tuduhan 2,3,4,5 & 6, dan kini menunggu untuk dibicarakan? Jawapan memang jelas sekali. Pihak polis memang tidak mampu untuk menghadapkan keempat empat tertuduh dibawah mana mana akta kerana jelas pihak polis TIDAK TERMIMPI menjumpai sebarang BUKTI KUKUH yang boleh dihadapkan kehadapan hakim hakim seperti YA Hakim Hishamuddin Yunus! (tanpa pihak pendakwaraya terkincit didalam seluar!) Adalah juga jelas bahawa, kesemua tertuduh dihumban ke Kemunting hanyalah semata mata memuaskan nafsu serakah Fira'un "baik" serta Haman nya, yakni, arahan POLITIK. Jelas mereka DIANIAYA! Tidak perlu kami ditv3 mengingatkan pihak yang bersekongkol akan ingatan Rasul (SAW) terhadap doa mereka yang teraniaya! Itupun kalau masih ada iman didada, barang secebis! |