Laman Webantu KM2A1: 4658 File Size: 2.9 Kb * |
Sanggahan Kepada Artikel KakMai By Mak Cik 7/6/2001 9:57 pm Thu |
[Melihat kepada hujah panjang lebar Hakim Hishamuddin - itu tidak
menampakkan beliau seperti telah dibeli. Malah beliau berdepan
dengan satu risiko tinggi di saat kerajaan sedang menggelupur
sekarang ini. Disini peribadi seseorang itu perlu dikaji.
Untuk memerangi Mahathir Daim tidak perlu bermain dengan hakim
kerana kepakarannya bukan di situ. Mahathir lebih pakar dengan
hal itu kerana dia pembelit dan pemutar alam nombor satu. Walaupun
berkelulusan peguam, Daim tidak berjaya dalam bidang itu tetapi
lebih berjaya dalam bidang niaga yang berunsur tipu. Institusi
kehakiman tidak sesuai untuk bermain tipu-tipu kerana ia mudah
dipatahkan melalui bukti dan kesaksian.
Jika Daim mahu mengganyang Mahathir dia perlu menggunakan kepakaran
tradisinya. Apa yang berlaku kepada Mokhzani baru-baru ini (dituntut
membayar hutang oleh bank pro Daim) harus diteliti. Bagi Daim wang
adalah segala-galanya - dia akan berada dan berpaut di mana wang itu
dapat berbuah dan berbunga tanpa mengira di mana. Dan itu semua selalunya
dilakukan melalui orang lain yang sanggup menjadi kuda seperti Mahathir
juga. Hakim Hishamuddin tidak sesuai untuk menjadi kuda kerana terlalu
nyata. Anak didik Daim kebanyakkan mereka yang pakar bermain angka belaka.
Kepakaran sebenar mengurus hampir tidak ada sebab itulah banyak yang lingkup
bila ribut ekonomi melanda. For Daim, it is money that matters. Sanggahan kepada artikel KakMai
Mak Cik tak tahu siapa Kak Mai, penulis artikel di bawah ini tetapi
sumbernya is a little bit suspect. Betul, dalam menggerakkan reformasi,
kita perlukan maklumat tetapi biarlah maklumat yang kita sampaikan itu
sahih. Cuba kurangkan unsur-unsur spekulasi dan sampai-menyampai
yang apabila diusul semula, cannot withstand scrutiny. Kita mahu
menegakkan keadilan dan keadilan memerlukan kebenaran.
Mak Cik berani membuat sanggahan ini kerana Mak Cik memang
mempunyai maklumat first-hand bahawa Hakim Hisham tidak
berumahtangga di dalam saku Daim. Pada Mak Cik, dakwaan ini adalah
satu penghinaan kepada seorang insan yang berani melawan arus dan
beliau bertindak demikian bukan kerana didorong oleh sesiapa atau
sesuatu tetapi semata-mata kerana sifat semulajadi beliau yang memang
memihak kepada yang hak. Dalam keadaan negara kita sekarang,
memang sukar kita menemui permata di pelimbahan tetapi Hakim Hisham
telah membuktikan bahawa masih ada permata di pelimbahan that our
contry Malaysia has become. Don't take that credit away from him!
|