Laman Webantu KM2A1: 4662 File Size: 8.6 Kb * |
TAG 152: Bersuaralah Wahai Insan By Harun Rashid 8/6/2001 9:37 am Fri |
TAG 152 [Sekali pandang tindakkan membeli Nanyang itu akan menjahanamkan
MCA. Semakin lama semakin bertambah bantahan bukan sahaja dari luar
malah dari dalam MCA dan Nanyang itu sendiri. Malah beberapa pemimpin
MCA sendiri sudah mula bimbang MCA akan tertendang dalam pilihanraya
nanti. Akhbar milik Nanyang popular kerana ia lebih bebas, kritis
dan berkecuali serta dapat memenuhi citarasa pembaca dan pembeli.
Inilah sinar Nanyang selama ini yang tidak akan dapat ditandingi oleh
Star kerana pembaca Star termasuk masyarakat bukan Cina juga dan
setengahnya membeli untuk melihat iklan dan angka-angka atau gambar
sahaja. Krisis Nanyang ini menggambarkan wartawan dan penulis Cina mempunyai
prinsip dan begitu bersatu serta jitu dalam tindakkan mereka. Wartawan
melayu seharusnya mempelajari sikap mereka yang sanggup kehilangan
kerja demi membela suara anak bangsa - bukannya akur sahaja dan terus
berkhidmat kerana sayangkan gaji untuk bersekongkol membunuh dan
merosakkan minda bangsa sendiri. http://home.yqi.com/harunrashid1/74SpeakOut.html
(Speak Out, Good Man) Harun Rashid Laporan terkini daripada para wartawan dan sidang pengarang The Star
memperakukan betapa MCA (dan juga Ling) telah bertahun lamanya menggunakan
akhbar untuk memutar-belitkan minda orang awam, menyokong kepentingan MCA
dan menjadikannya satu taktik di mana barisan editorial itu menyerang
orang-orang tertentu. Gerakan dan para pemimpinnya adalah antara mereka yang telah dihenyak
begitu. Dengan demikian adalah di anggap kena pada tempatnya apabila
pembelian dua akhbar lagi oleh MCA itu dikecam oleh Presiden Gerakan dan
tindakan ini memberi keyakinan rakyat marhaen bahawa Gerakan boleh
ditonjolkan semula sebagai sebuah parti politik yang berprinsip dan
beretika. Persepsi rakyat bahawa Gerakan merupakan sebuah parti komponen BN
dan penyokong UMNO yang lembab walaupun terus setia menyaksikan segala kerja
bajingan BN, mungkin perlu satu kajian semula. Gelagat keberanian dan
bersikap lantang ini merupakan sesuatu yang sudah sepatutnya lama berlaku.
Di kalangan MCA, memang masih ada lagi orang-orang berprinsip yang prihatin
memberikan satu perkhidmatan yang terbaik untuk para pengundi mereka dan
sudah tentu peka kepada pelbagai persepsi dan pergolakan suasana politik
negara. Pemimpin MCA yang berjenis ini telah berani mengambil pendirian
berprinsip menyuarakan bantahan mereka terhadap sikap biadap yang
ditonjolkan oleh UMNO dalam usaha memalapkan bintang beberapa pemimpin muda
Keadilan. Kita seharusnya memberikan kepujian yang tinggi kepada pemimpin
jenis ini. Gerakan merupakan parti yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun berkongsi
kuasa itu dengan MCA. Majoriti pengundi tidak berapa serasi dengan
dasar-dasar UMNO, dan kejelekan ini sudah pasti akan merebak ketika pemilu
yang akan datang. Sudah muncul kini satu persoalan di kalangan MCA dan
Gerakan, apakah UMNO sudah menjadi satu bebanan untuk terus menang di Pulau
Pinang. Ada orang berkata politik membolehkan orang-orang berkongsi bantal, dan ini
semakin nyata kiasannya di Pulau Pinang. Tidak berapa lama dulu Mahathir
telah ditanya akan pendapatnya mengenai kedudukan Ketua Menteri Pulau
Pinang. Ini dilihat sebagai satu kelemahan di kalangan para pemimpin
tempatan. Kini, suasana yang menyerlahkan kecenderungan untuk lebih bersikap
bebas sudah semakin nyata. Para pengundi sudah menunjukkan minat untuk
mengetahui siapakah antara pemimpin mereka yang berani dan siapa pula yang
mudah menikus. Kemelut akhbar yang mencetuskan jurang-dalam di kalangan pengundi Cina,
ditambah pula dengan isu Sekolah Wawasan dan ketegasan UMNO mahukan kuota
kemasukan pelajar Universiti, telah menjolok persoalan, di manakah
kepentingan masyarakat Cina itu lebih baik sekali diperjuangkan. Pihak
pembangkang, sama ada Keadilan, DAP ataupun PAS, merupakan kumpulan yang
paling berkesan membantu masyarakat Cina. Sebagai pampasan kepada usaha itu
ia memberi peluang untuk membersihkan segala kejijikan dan keaiban yang
sudah lama menghantui negara. Para pemimpin MCA yang telah menolak pembelian akhbar itu dilihat sebagai
kumpulan yang pada prinsipnya menolak segala tindakan menteri-menteri UMNO
yang tidak popular. Apatah lagi tindakan yang dibuat oleh Mahathir yang
sudah tidak popular itu dan juga Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun dalam MCA
pemimpin ini dianggap golongan minoriti, mereka mewakili sebilangan majoriti
pengundi Malaysia. Kerana itu, merekalah dan bukannya puak pimpinan Ling,
yang akan mengibarkan bendera di hari muka. Seandainya mereka tidak mendapat
tempat yang sesuai dalam barisan para menteri yang ada, pengalaman dan
kematangan mereka akan diterima dalam satu koalisi baru, yang akan terbentuk
berasaskan susur galur demokrasi masa kini. Inilah waktu berlakunya
peralihan itu. Apabila kesedaran ini semakin mencengkam, para politikus yang mempunyai
kesedaran akan terus berusaha menonjolkan peranan demokrasi untuk menguatkan
kuasa kerajaan. Kegagalan dalam usaha ini, akan merancang mereka menawarkan
khidmat di tempat di mana mereka mampu menunjukkan ketokohan kepimpinan yang
lebih berkesan. Orang yang baik-baik memang mudah menerima sedikit
kepincangan tetapi apabila perkara ini berpanjangan merekapun akan merasa
mual dengan kerenah kezaliman itu sehinggakan tidak lagi bersedia menerima
segala keaiban dan kebajingan di mana mereka dianggap sebagai sebahagian
daripada segala kejijikan itu. Koalisi BN-UMNO telah dipimpin oleh manusia rakus dan pelahap, yang sanggup
menghamba-abdikan segala hak asasi manusia setiap rakyat negara ini. Sesiapa
yang sanggup menentangnya dan memimpin golongan yang tertekan untuk
mendapatkan kebebasan sudahpun dipenjarakan dengan undang-undang yang zalim
sedangkan mereka yang diperalatkan untuk melaksanakan segala kekejaman itu
diberikan pelbagai anugerah dan bintang sambil disaksikan oleh wajah-wajah
yang bermula-muka. Semua pihak sedar akan kepalsuan yang ditaja itu tetapi
tidak ada sesiapa yang sanggup bersuara menyanggahnya. Antara yang hadir
termasuklah seorang gadis muda yang terpaksa menyaksikan semua itu dalam
satu majlis yang dia sendiri sedar adalah dipenuhi kepalsuan yang dilumuri
darah pembunuhan yang kejam. Mereka yang menerima segala bintang gelaran itu kini terpaksa menerima
hakikatnya mereka turut menganggotai satu kumpulan bajingan. Kalau tangan
yang sama menyematkan bintang gelaran itu melakukan jua terhadap semua yang
menerima gelaran mereka, sama ada diterima ataupun tidak, hakikatnya ialah
segala kebajingan itu terpalit kepada semua. Orang yang bermaruah sudah
tentu menolak semua itu, dan mengenepikan gelarannya untuk mengembalikan
nama yang bersahaja dan juga segala maruah dan martabatnya. Biarlah si
bajingan haprak berdiri sendirian, sambil menggilap gangsa di dada dan gelas
minuman di tangannya, kerana itulah lambang kerelaannya memperjudikan
martabatnya. Seorang yang jujur tidak akan bersedia menganggotai kumpulan penyamun dan
pembunuh dan segala kemasyhuran ataupun keuntungan bukannya satu pampasan
untuk menganggotai satu kumpulan tukang sembelih yang palsu. Tetapi inilah
persepsinya masakini. Ketika orang yang baik-baik dirantai dan dipenjarakan, para menteri sengaja
memutar-mutar ibu jari mereka, sambil bermuka-muka seolah-olah mengatakan
'bukan aku.!!' Jika demikian, adalah lebih baik kalau bersuara lantang
mengenainya. Apa gunanya menyelinap sendirian sambil memeram harapan
sehinggakan orang lain tidak mengetahuinya. Bersuaralah!!! Barulah kami tahu
andapun mempunyai hati juga, dan hidung yang mampu menghidu satu
pembohongan. Bersuaralah! Sebelum kami turut menuduh kamu turut bersalah
seperti orang lain juga. Kalau anda masih berada di sarang yang jijik itu,
tinggalkanlah. Sebelum terlambat. Terjemahan SPAR-05-009
Link Reference : Harun Rashid Worldview: Speak Out, Good Man |