Laman Webantu KM2A1: 4664 File Size: 19.7 Kb * |
TJ SP MGG: Sepak Terajang Politik Di Sebalik Pengunduran Daim By M.G.G. Pillai 8/6/2001 11:28 am Fri |
MGG 1241 [Dengan berundur Daim telah menyelamatkan dirinya (dan
Mahathir juga) dari membentang penyata akaun Umno yang sudah
dikerjakannya. Dia sudah tiada pilihan lagi kerana sudah
menjadi liabiliti agar Mahathir tidak terkena sumpah seranah
akar umbi nanti. Surat layang dan buku anti Daim itulah
antara penghambat agar dia lekas mundur diri kerana terlalu
bahaya untuk dipikul oleh Mahathir lagi.
Mahathir sudah lama tahu Daim ingin berhenti - tetapi dia
menunggu saat yang sesuai agar popularitinya mencanak dan
menyegar dalam perhimpunan agung Umno tidak lama lagi. Tempoh
Daim bercuti telah digunakan untuk menterbalikkan beberapa polisi
agar dia dapat dilihat sebagai tidak menyetujui resepi ekonomi
Daim yang sudah terbabas teruk awal tahun ini.
Daim mengumumkan untuk bercuti sebaik sahaja lapuran kewangan
Umno diminta. Mokhzani mengundur nama dari beberapa syarikat
besar kerana ditekan oleh bank yang pro Daim agar melunaskan
hutang hampir RM1 bilion dengan segera. Disinilah segala-galanya
bermula. (Political power play behind Daim's departure)
Beberapa hari sebelum menjelangnya ulang tahun hari Kemerdekaan 31, Ogos
1998, Perdana Menteri Dr. Mahathir jelas naik marah dengan soalan
bertubi-tubi mengenai masalahnya dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Dia telah berkata: 'Apakah saya mesti memeluknya di khalayak ramai untuk
menunjukkan tidak ada apa-apa antara kami berdua?'
Satu minggu kemudiannya, pada 2 September, Anwar telah dipecat, ditahan di
bawah Akta ISA, dihenyak sehingga lebam matanya (dan dibiarkan berbogel
tanpa bantuan keselamatan sebagai sebahagian daripada pemenjaraannya).
Dua hari sebelum hari jadi rasmi Yang DiPertuan Agong, Dr. Mahathir telah
menafikan bahawa Menteri Kewangan akan meletakkan jawatannya.
Keesokan harinya itulah kenyataannya. Dua peristiwa ini, walaupun tidak ada kaitannya, namun ada hubungannya,
malahan mempunyai satu bahagian yang pahit antara keduanya. Kini, orang yang
merencana kejatuhan Anwar Ibrahim sudahpun tersembam ke bumi. Dr. Mahathir
terpaksa memecat seorang bekas orang kepercayaannya kerana akar umbi
masyarakat Melayu telah membuat keputusan bahawa Daim terpaksa mundur kerana
menggagalkan usaha Anwar membetulkan sesuatu dalam UMNO walaupun tidak
berjaya. Pengaruh Daim yang satu ketika dulu disamakan dengan pengaruh
Rasputin dalam kerajaan Tsar Russia, memang bukan calang besarnya lagi. Satu
ketika dulu Anwar mencuba menyerang Daim, tetapi gagal, dan kerana itu dia
kini merengkok dalam penjara atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan
korupsi. (Catatan Penterjemah: Rasputin ataupun Gregory Effimovich Rasputin
-1871-1916, merupakan seorang agamawan fanatik Russia yang berjaya
mencengkam kuasanya ke atas Tsar Nicholar II dan keluarganya ketika Perang
Dunia Pertama dengan menonjolkan kuasa sihirnya mengubati bakal pewaris
takhta daripada penyakit 'hemofilia'. Beliau bertanggungjawab melalaikan
Tsar kepada kemunculan reformasi rakyat yang akhirnya meledak menjadi
Revolusi Russia. Dia dibunuh akhirnya oleh golongan ningrat Russia)
Dua tahun sudahpun berlalu, kemarahan rakyat marhaen terhadap Daim yang
terlalu rakus itu terus naik melonjak. Kini, UMNO sudahpun mahukan penyata
penuh segala akaun kewangan yang dikendalikan oleh orang kepercayaan dan
sahabat lama yang diberikan amanah sebagai Bendahari parti itu. Apabila
mencongak semua fakta itu, Dr. Mahathir tentu sudah sedar bahawa Daim adalah
satu beban besar kepada UMNO dan kepada peribadinya juga. Sudah tidak ada
pilihan lagi, dia terpaksa memutuskan perhubungannya dengan Daim ataupun
menghadapi tindakan ganas daripada akar umbi parti.
Cara Mahathir menyingkirkan Daim tidak banyak berbeza daripada cara beliau
menghumban Anwar dulu. Ada sebuah buku bertajuk 'Diam Diam, Daim' yang
ditulis oleh penulis upahan Syed Hussein Alatas. Buku itu mempunyai gambar
kulit menunjukkan Daim berada di sebalik jeriji besi. Edisi pertama buku itu
telah habis terjual sebanyak 20,000 naskhah pada kadar dua kali ganda
daripada harga yang dicadangkan. Tidak lama lagi akan ada sebuah buku lagi,
yang dikatakan akan dihasilkan oleh Khalid Jaffri, yang pernah menulis buku
anti-Anwar dulu. Buku '50 dalil kenapa.....' dikatakan akan berada di
pasaran tidak lama lagi. Seperti yang terjadi kepada Anwar sebaik sahaja diaibkan, beberapa agensi
penyiasat telah menyelongkar pejabat dan juga rumah kediaman para sahabat
yang rapat dengannya. Sebaik sahaja Daim berundur, rumah-rumah kediaman para
isterinya dan dua orang sahabat karibnya telah digeledah pula. Seorang telah
digeledah sebaik sahaja Daim ditanya di Parlimen siapakah dia 'Josephine'
itu. Dia dilihat menghadirkan dirinya di Parlimen hanya sekali selepas
peristiwa itu - ketika perdana menteri membentangkan projek OPP3.
Kesilapan Membawa Maut Banyak yang diperkatakan mengenai cuti dua bulan yang diambil oleh Daim. Dia
sudah dihenyak di satu sudut apabila Majlis tertinggi UMO mahukan penyata
penuh segala pelaburan yang dikendalikannya sebagai Bendahari UMNO. Itulah
yang menyebabkan beliau pergi bercuti selepas diberitahu akan keperluan itu.
Jadi, segala sikap mendabik dada para menteri kabinet berikutan pengunduran
Daim yang dikatakan tidak ada tolok bandingnya itu sudah menjadi satu sifat
bermuka-muka. Setelah dikaji semua peristiwa yang terjadi dan difikirkan
segala tanggapan betapa pintar dan bijaksananya beliau itu, laksana Hamlet
dalam cerita opera Shakespeare, Daimpun mempunyai kelemahannya. Kalau Hamlet
dikaitkan kepada pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah, Daim mempunyai
kelemahan kerana terlalu tamak dan haloba. Berita pengundurannya telah
diterima oleh pelbagai hilai dan ketawa yang tidak kedengaran kerana masih
ramai yang rela berpura-pura bersedih dan hiba secara terbuka.
Ketika berkuasa dulu, Daim cenderong memihak kepada para kroni dan
pak-pacaknya untuk mengagihkan segala kontrak dan projek penswastaan
kerajaan. Danaharta dan Danamodal yang ditubuhkan untuk menyekat sistem
perbankan daripada jatuh tersungkur disebabkan hutang berkarat yang
menggunung tingginya, telah memberikan banyak nikmat kepada para kroni
daripada orang lain dalam sebarang kumpulan yang ada.
Kini, air pasang sudah lama surut. Ada cakap-cakap, sesiapa sahaja yang
dilantik menjadi menteri kewangan yang baru terpaksa menilai semula segala
kontrak yang telah diberikan oleh Daim sejak tiga tahun yang lalu.
Surat-surat akuan yang telah dimeterai untuk projek hidro-elektrik Bakun,
dan Pangkalan tentera laut Teluk Spangga adalah antara beberapa projek yang
perlu dikaji semula. Daim tersilap mentafsir mood orang Melayu ketika dia merencana penyelamatan
(bailout) MAS yang memihak kepada seorang kroni, Tajuddin Ramli. Begitu juga
kisahnya dengan TimedotCom, pembelian Phileo-Allied ke atas Pos Malaysia
pada harga yang rendah yang dianggap sebagai harga terdesak.
Kemelut penyelamatan MAS telah mencuit kemarahan para menteri kabinet ketika
kes itu dibentangkan kerana mereka disogokkan dengan satu kes 'fait
accompli' (keadaan yang sudah terjadi). Dengan lain perkataan, Daim sudah
meniru gelagat Dr. Mahathir yang melepasi tempoh kegunaannya. Kiasan yang
pertama mengenai fenomena ini muncul apabila anak lelaki kedua Dr. Mahathir,
Mokhzani, secara melodramatik telah mengundurkan dirinya daripada dunia
komersial. Pengunduran ini adalah disebabkan satu kumpulan bank yang
dikuasai oleh Daim meminta pembayaran balik hutang bertapuk Mokhzani yang
bernilai RM1 bilion secara spontan. Dia merasa lega apabila menjual dua
syarikat yang mempunyai kemungkinan untuk memberikannya keuntungan yang
tinggi. UMNO dan dunia Melayu sudah tentu tidak akan mempedulikan segala aksi sepak
terajang politik ini seandainya Dr. Mahathir tidak pernah melakukan
kerja-kerja bajingan terhadap Anwar. Besar kemungkinannya Mahathir bertindak
berani dan rakus seperti itu disebabkan tekanan dan pengaruh Daim. Daim
sudah nampak betapa empayar niaganya akan jatuh tersembam seandainya Anwar
meneruskan kerja-kerja penyeliaan dalam kementerian kewangan.
Tekanan Daripada UMNO Ekonomi Malaysia sudah pun terjejas dan tidak mungkin dapat dipulihkan
dengan segera. Inilah bahana kelentongan Daim betapa sebagai menteri
kewangan beliau menggalakkan satu kepercayaan bahawa projek-projek mega
boleh dilaksanakan tanpa dana di tangan untuk membayarnya sambil
mengenepikan unsur-unsur ekonomi para kroni. Inilah bahananya pembikinan
projek kerana Perdana Menteri Malaysia mahu menunjukkan kepada dunia
bagaimana Malaysia mengajar IMF yang tersilap pada satu kali ketika
berlakunya kemelesetan kewangan 1997 Asia dulu. Inilah juga bahananya
apabila Mahathir mahu menunjuk-nunjuk betapa Malaysia adalah selamat
daripada krisis kewangan dan matawang.
Tetapi dia lupa ataupun sengaja terlupa bahawa ekonomi Malaysia hanya
merupakan ekonomi berbuih di mana mencipta kertas kewangan adalah lebih
penting daripada mencipta benda lain yang dikira berharga. Ketika memegang
kuasa perbendaharaan negara, Daim telah menonjolkan tanggapan ini - untuk
kemewahannya sendiri yang akhirnya menjerutnya juga. Tanpa sebarang
keraguan, Daim adalah ahli politikus yang terkaya di bumi yang dipijaknya
tanpa sebarang industri penting yang dikaitkan kepada namanya.
Yang lebih menakutkan kini ialah kesannya ke atas UMNO. Angin desas-desus
semakin kencang tiupannya akan apa yang mungkin terjadi pada 21 Jun tahun
ini. Inilah tarikhnya Persidangan Tahunan UMNO akan dilangsungkan. Angin
yang kencang tiupannya kini menyebut beberapa nama daripada Dr. Mahathir,
Daim, kepada beberapa nama lagi yang menjadi anggota Majlis Tertinggi.
Kerana itu apabila Mahathir cuba berjenaka apabila ditanya mengenai
peletakan jawatan Daim setibanya beliau daripada Jakarta, Dr. Mahahtir
sebenarnya tersilap tafsir mood orang Melayu sekali lagi.
Mahathir semakin tertekan dan bukan kepalang tekanan yang dirasainya itu.
Ketakutannya berucap di hadapan himpunan orang Melayu sudah semakin ketara
kini. Dia sudah samar dengan pendirian orang Melayu sama ada mereka masih
menyokongnya sebagai seorang pemimpin feudal Melayu yang betul ataupun
bersalah. Episod Daim, mencabar kuasa di tangan Mahathir dan ini terjadi
selepas keputusan badan kehakiman yang bersikap terus-terang terhadap
tahanan ISA. Kesaktian kuasa yang menyerlahkan unsur-unsur kekuasaan apabila segalanya
tumpas, sudah lama ghaib daripada genggaman UMNO dan presidennya. Inilah
kesaktian yang telah menyelamatkan Mahathir untuk beberapa kali dan bersilih
ganti. Inilah kesaktian yang menghilang keluar sebaik sahaja dia memusnahkan
Anwar. Ketika ini Anwar sedang dipenjarakan. Dia masih tidak dilupakan ataupun
diketepikan. Demikianlah keadaannya selagi Dr. Mahathir menyalah-tafsir mood
orang Melayu. Anwar semakin menyerlah sebagai alternatif yang indah untuk
mengisi kerusi perdana menteri yang semakin terdedah. Bagaimana caranya dan
bila jadinya bukan menjadi isu yang perlu difikirkan masakini. Memandangkan
penderitaan yang ditanggungnya, wataknya semakin menonjol sebagai pemimpin
yang lagi satu. Inilah yang membuatkan Mahathir menghumbankan Daim dari
sisinya. Malahan, bukan Daim sahaja yang akan menerima bencana. Dan tekanan
itu bukannya datang daripada beliau sahaja. UMNO yang akan membuat penentuan
juga di tahap awalannya. Rencana Asal: Political power play behind Daim's departure
CHIAROSCURO MGG Pillai 1:47pm, Tue: A few days before Merdeka (independence) Day, Aug 31,
1998, the Prime Minister Dr Mahathir Mohamed, irritated at reporters'
questions of a rift between him and his deputy prime minister, snapped:
"Do I have to kiss him in public to show all is fine between us?"
A week later, on Sept 2, Anwar Ibrahim was sacked, detained under the
ISA, manhandled and jailed. Two days before the Yang di-Pertuan Agung's official birthday
celebrations, Dr Mahathir denied Finance Minister Daim Zainuddin had
resigned. The next day, it became a fact. The two events, disparate as they are, are linked; it even has a 'biter bit'
quality about it. Yet one more who plotted the destruction of Anwar
Ibrahim bites the dust. Dr Mahathir is forced to dismiss his erstwhile
confidant as Malay opinion decides Daim must go for what Anwar Ibrahim
tried to reverse but failed: Daim's Rasputinesque influence in government
and business. When Anwar as finance minister targetted Daim, it backfired
on him; he now is in jail for s###my and corruption.
In the two years since, this anger at Daim's acquisitiveness intensifies, with
even Umno now demanding a full account of its finances from its erstwhile
and long-time treasurer. Dr Mahathir, when all is said and done, realises
Daim to be a liability to Umno more than he. He had no choice but cut his
links with Daim or face more resolute action from the Umno ground.
More than that, how Dr Mahathir removed Daim is reminiscent of how he
removed Anwar. A recent Malay political best seller, Diam, Diam Daim
(Quiet, quiet, Daim), written by that intrepid pen for hire, Syed Hussein
Alattas, has a cover montage of Daim sitting behind prison bars. The first
edition of 20,000 is sold out at double its recommended price, with a new
edition due shortly. Another on the same theme by Khalid Jaffri, who wrote
the anti-Anwar book in Malay, Fifty reasons why Anwar cannot be prime
minister, is about to hit the streets.
As with Anwar, immediately after the fall, investigatory agencies raided the
offices and homes of those closely aligned to him. After Daim resigned,
those of one of his wives and two close associates were raided. One had
earlier faced a similar raid when he was asked in Parliament who the
mysterious Josephine was. He had been seen in Parliament only once since
- at the presentation of the OPP3.
Fatal flaw Much is made of Daim's two months leave. He was pushed into a corner,
with the Umno Supreme Council wanting a detailed report of its
investments, which he as treasurer was responsible for. He went on leave
shortly after. So the breast-beating of Malaysian cabinet ministers at the unexpected
departure of an incomparable finance minister is political gobbledygook. For
the long and short of it is that, however brilliant and clever, he had, like
Hamlet, an over-riding fatal flaw: Hamlet's was indecisiveness; Daim's,
acquisitiveness. That he is out of the scene evokes more genuine pleasure
than the crocodile tears in the official media.
In office, he leaned towards his cronies and satraps when dispensing
contracts and privatisation of government utilities. Danaharta and
Danamodal, the government agencies formed to prevent the banking
system from collapsing in the weight of loans granted with the usual checks
and balances benefit his cronies more than any other group.
But the tide turns. There is talk that whoever is appointed finance minister,
possibly today, would have to review every contract Daim has given out in
the past three months. Letters of intent given out for the Bakun
hydroelectric project and the Sepanga Bay naval base, amongst others, are
also affected. Daim misjudged the Malay mood when he orchestrated the MAS bailout,
which benefitted his crony, Tajudin Ramli; the Time dotCom fiasco; the
Phileo-Allied purchase of Pos Malaysia at distress sale prices.
The MAS bailout upset even cabinet ministers when it was presented to
them as a fait accompli. In short, like Dr Mahathir, he overstayed his
welcome. The first hint of this came when Dr Mahathir's second son,
Mokhzani, melodramatically withdrew from the commercial world. What
forced him to was a demand from the regrouped banks under the control
of Daim cronies to repay nearly RM1 billion in loans immediately; he got a
respite when he disposed off two potentially most profitable companies in
his grasp. Umno and the Malay cultural world would have ignored all this if Dr
Mahathir had not reacted as he did over Anwar. It is highly probable he
would not have but for Daim's pressure. Daim saw his commercial empire in
danger if Anwar brought order into the finance ministry.
Pressure from Umno The Malaysian economy is damaged, perhaps irrevocably, because Daim as
finance minister encouraged the belief that building grandiose projects with
little or no money on hand to pay for it, and ignoring the disincentives of a
crony economy, coupled with a Prime Ministerial belief that because
Malaysia proved the IMF wrong on one occasion, in the aftermath of
the1997 Asian meltdown, it is secure from other financial and fiscal crises.
But he forgot, or refuses to accept, that Malaysia's is a bubble economy in
which churning financial paper is more important that producing anything
worthwhile. Daim at the treasury pushed this view forward - to his
considerable benefit and his ultimate fall. He is, also without doubt, the
richest politician around, and with no vitally important industries linked to
him. The more frightening is its impact on Umno. Rumours abound on what
could happen at the Umno General Assembly on June 21 this year. There is
talk amongst divisions of a vote of confidence: against whom varies from
Dr Mahathir, Daim to the Umno Supreme Council. So, when Dr Mahathir
treated the Daim resignation as a huge joke on his return from Jakarta, he
misjudged the Malay mood yet again.
The pressure on him is immense. His fear of addressing Malay audiences is
real. He is unsure if the Malay would back him as feudal leader, right or
wrong. The Daim affair challenged his hold on power so soon after the
judiciary did with its unexpected pronouncements on ISA detainees.
The mystique of power, that undefinable quality that ensures power when
all else fails, deserts Umno and its president. This saved Dr Mahathir time
and time again, but he began to lose it after how he destroyed Anwar.
But while Anwar is in jail, he is not forgotten or sidelined. Not yet. So long
as Dr Mahathir misjudges the Malay mood, Anwar becomes an attractive
alternative as a future prime minister. How or when that would be is not
the issue. That, in his predicament, he rises high as an alternative leader, is
what makes Dr Mahathir have to remove Daim from his side. He would not
be the only one. And pressure would come not just from him, but from
Umno first.
|