Laman Webantu KM2A1: 4665 File Size: 19.3 Kb * |
TAG SP 153: Pengorbanan Terakhir: Daim Mundur [FEER] By S. Jayasankaran 8/6/2001 11:30 am Fri |
TAG 153 [Serangan terhadap Daim adalah sengaja dirancang untuk menyelamatkan
Mahathir. Dan Daim berdiam serta berundur mungkin juga untuk menyelamatkan
Mahathir dan dirinya juga. Jika tidak dia perlu membentang akaun penyata
Umno dan mungkin menerima serangan yang tidak tertepis dengan aibnya oleh
akar umbi dalam perhimpunan agung Umno nanti.
Untuk menguatkan lagi kedudukkannya menjelang perhimpunan agung
Umno Mahathir menggunakan ISA. Mahathir begitu bimbang kebolehan
Ezam dan rakan-rakannya kerana cara mereka menyerang boleh membuat
beliau tumbang. Semua pemimpin BA harus meneliti perkara ini.
Selain ISA, akta internet juga muncul bulan lepas dan akhbar Cina
telah ditelan bulan ini. Ini semua adalah langkah penting agar
semua bangkangan dapat dicengkam dan dipenjarakan.
Apa yang dilakukan oleh Mahathir sekarang adalah langkah-langkah
untuk mendapatkan markah dan tepukkan gemuruh dalam perhimpunan
agung nanti. Walaupun begitu Hakim Hishamuddin telah menyebabkan
arus berubah rentak dan sakit Anwar membuat Mahathir sedikit
tersedak kerana Suhakam telah menyokong rawatan luar. Besar
kemungkinan keadaan sakit Anwar akan digelapkan dari media agar
tidak terlepas ke dewan PWTC. Nanti akan bergemalah (agaknya) dewan
itu nanti dengan seribu pujian agar Mahathir berkhidmat sampai mati.
- Editor] (Final Sacrifice: Daim Bows Out) Oleh: S. Jayasankaran/Kuala Lumpur Perpisahan itu tidak banyak menyerlahkan keperitan yang terjadi ketika
Mahathir memecat Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri pada 1998
yang lalu. Namun perpisahan kali ini menyemarakkan bara kesangsian betapa
Daim, yang dikaitkan dengan pelbagai urusniaga yang besar-besar dan tidak
popular, terpaksa membayar cagarannya yang tinggi disebabkan kemarahan dan
kejelekan rakyat marhain terhadap pentadbiran Mahathir. 'Oleh kerana tidak
disebut sebab-musabab perletakan jawatan itu, orang ramai pun membuat
telahan tidak menentu,' kata Shahrir Samad, seorang ahli Majlis Tertinggi
UMNO, parti utama dalam gagasan Barisan Nasional (BN) yang memerintah
sekarang. 'Tidak ada sesiapa yang akan memberitahu kebenarannya, bahawa
mereka gembira melihatkan beliau pergi.'
Semua orang bersetuju siapa yang akan mendapat keuntungan daripada episod
pengunduran ini. 'Ini akan membuatkan Mahathir dilihat sebagai lebih
perkasa,' kata seorang peniaga Melayu yang mengenali mereka berdua. 'Ini
menunjukkan Mahathir sanggup mengorbankan kawan-kawan baiknya.'
Mengikut ramalan daun teh mengenai suasana politik Malaysia, adalah lebih
baik untuk merujukkan perkara in kepada orang yang memegang kuasa. (Catatan
penterjemah: Ramalan daun teh ialah satu teknik ramalan yang berasal
daripada India dan amat popular di zaman 'nawab' dan 'mahbob' dulu-dulu. Air
teh di tuang ke atas piring untuk melihatkan gambaran kumpulan daun teh yang
bertakung di permukaan minuman itu. Dari situ ramalan pun dilaksanakan oleh
tukang telek. Ramalan ini seakan sama dengan pencantuman butiran bintang
untuk dijadikan kumpulan 'constellation' ataupun zodiac di angkasa raya,
yang merupakan asas kajian 'horoskop'.)
Terdapat dua puak yang membuat ramalan mengenai masa depan Mahathir Mohamad.
Satu, mengatakan bahawa perdana menteri sudah pun lanjut usianya dan akan
menyambut hari jadi yang ke-76 pada bulan Disember ini. Kerana itu dia
sedang merencana satu strategi pengunduran untuk bersara secara terhormat
tidak lama lagi. Yang lagi satu pula meramalkan beliau akan terus
memperkukuhkan kedudukannya kerana dia tidak pun berniat untuk melepaskan
kuasa. Terlalu ramai manusia yang mempercayai andaian yang kedua itu tadi. Memang
tidak sukar memahami tanggapan mereka. Mahathir memang kerap mengulang-ulang
perkataan bahawa inilah tempoh terakhir untuknya. Tetapi, itulah juga yang
kerap disebutnya sejak dulu lagi. Sejak enam bulan yang lalu, beliau telah
bertindak memperkukuhkan kedudukannya dengan memberi banyak pampasan dan
menggunakan banyak ugutan. Mereka yang difikirkan akan mencetuskan bebanan
kepadanya, termasuklah Daim, sudah pun dimangsakan. Beberapa pandangan yang
mengampu dan dianggap popular telah diketepikan - termasuklah penyingkiran
enam pegawai tertinggi UMNO yang dikatakan terlibat dengan politik wang.
Pada waktu yang sama, seolah-olah mahu mengingatkan rakyat bahawa kepimpinan
turut terlibat dengan membuat keputusan yang tidak popular, Mahathir telah
bertindak untuk melenyapkan suara-suara pembangkangnya.
Secara jangka pendek dia mungkin berjaya menyemarakkan popularitinya dalam
UMNO, yang sudah tentu akan membantu beliau pada akhir bulan ini ketika UMNO
bersidang. Pengunduran Daim itu bererti Mahathir bukan sahaja mengambil-alih
pengurusan ekonomi Malaysia, malahan akan menyelia kementerian kewangan yang
berpengaruh itu dari sekarang. Kini dia sudah mengisytiharkan dirinya
sebagai pemangku menteri kewangan, bererti tidak ada lagi menteri lain yang
akan mempunyai kuasa bebas seperti yang dinikmati oleh Daim pada satu ketika
dulu. Ini juga memberi makna seandainya ekonomi Malaysia melonjak kembali
dengan tegapnya dalam masa beberapa tahun ini, tidak ada orang lain
melainkan Mahathir yang akan menerima pujian kerananya. Inilah sinario yang
diharapkannya untuk membuat pengunduran secara terhormat. Lagipun pemilu
yang akan datang dijangka dilangsungkan pada 2004.
Namun, memang ada kemungkinan perkara ini akan merudum jua. Ikatan-janji
perniagaan, terutama sekali yang melibatkan wang cukai pendapatan rakyat
marhaen sudah menjadi bahan pengamatan rakyat yang semakin sedar betapa
pentingnya pentadbiran yang amanah. Ini bermakna si perdana menteri ini
tidak boleh menyalahkan orang lain lagi seandainya berlaku kepincangan lagi
yang membiakkan tindakan penyelamatan ataupun penurunan simpanan rizab
negara. Legasi warisan Mahathir akan bergantung kepada kesediaan beliau
mewujudkan satu pentadbiran yang lebih telus lagi daripada sistem yang sedia
ada. Salah satu bebanan politik Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam
alam perniagaan. Bebanan ini berkurangan secara mendadak apabila anak
lelakinya yang nombor dua bertindak pada April lalu untuk berundur daripada
dunia perniagaan sebagai langkah melindungi bapanya daripada pelbagai
tuduhan mengamalkan nepotisme. Mokhzani telah menjual sahamnya dalam dua
syarikat yang tersenarai di pasaran saham dengan kerugian besar. Pengamat
suasana politik mengakui bahawa tindakan itu mampu setidak-tidaknya
melunturkan kecaman terhadap Mahathir.
Di waktu yang sama, Mahathir telah mencadangkan bahawa golongan peniaga yang
terlalu kaya, tidak dibenarkan memegang jawatan dalam UMNO, dan pemimpin
UMNO tidak lagi diberikan hak mendapatkan kontrak kerajaan yang pada satu
ketika dulu merupakan hak mereka. Mahathir juga tiba-tiba mengambil sikap berlembut. Pada Mei dulu secara
mengejut dia akur kepada permintaan kesatuan sekerja yang mahukan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja, yang merupakan dana pencen terbesar di negara ini
mengambil sikap lebih bertanggungjawab kepada anggota keahliannya.
Dia telah menunda dan mengarahkan satu kajian semula kepada rencana yang
bernilai 6 bilion ringgit di mana kerajaan bercadang menyelamatkan dua
sistem aliran transit , di mana salah satu sistem itu ada kaitannya dengan
Daim. 'Perkara semacam ini bukannya selalu dilakukan oleh Mahathir,' kata
seorang pensyarah ekonomi sebuah universiti di Kuala Lumpur. 'Dia mula
mencuba menjadi seorang pemimpin populis.'
Namun demikian, di waktu yang sama juga Mahathir telah melancarkan satu siri
penangkapan pemimpin pembangkang. Pada April polis telah menahan 10 orang
pembangkang di bawah Akta ISA, yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Dua
orang sudah pun dibebaskan sedangkan pada Jun 2, empat orang lagi telah
dipenjarakan di bawah ISA untuk dua tahun lamanya, atas arahan menteri hal
ehwal dalam negeri. Yang terbaru, beliau telah 'merestui' tindakan sebuah parti komponen untuk
membeli dua akhbar harian berbahasa Cina yang selama ini memang kerap
mengkritik kerajaan. Lagipun, kerajaan telah mengumumkan peraturan baru
untuk menguasai bidang kewartawanan internet dan pemberitaan alternatif yang
kebanyakannya tidak menyenangi pemerintah. Inilah laman web yang menjadi
semakin popular di kalangan warga kelas menengah negara.
Antara pujukan dan amaran, yang paling kuat tertekan ialah Daim. Ramai
pengamat berkata, Mahathir mula renggang dengan Daim apabila dua urusan
niaga yang dikendalikan oleh menteri kewangan itu menjadi tidak popular.
Lagipun ada pembantu Mahathir yang menuduh Daim kerana sengaja mensabotaj
perdana menteri dengan mengungkit segala aktiviti perniagaan anak-anak
perdana menteri itu sambil memberikan sindiran di sidang mesyuarat dengan
para peniaga, wartawan, editor akhbar dan ahli politik UMNO, betapa Mahathir
menguasai parti dan juga kerajaan secara kuku-besi.
Seorang peniaga sekutu Daim ada berkata bagaimana kabinet telah 'memasang
satu baji' antara dua orang pemimpin itu. Ketika Daim bercuti pada April
hingga Mei, dan tidak menghadiri mesyuarat kabinet, dia dan juga
kementeriannya telah dikritik secara hebat oleh rakannya dalam kabinet.
Antara aduan yang didengar termasuklah tuduhan betapa Menteri Kewangan
masuk-campur dalam pengagihan kontrak kerajaan dalam kementerian lain, dan
cemuhan mengenai dua ikatan-janji yang membabitkan penyelamatan MAS dan
penggunaan dana pencen untuk menjamin penyenaraian sebuah syarikat telekom.
Dua-dua urusan niaga itu membabitkan syarikat yang dikuasai oleh anak-didik
Daim. Dalam penjelasannya kepada para pengikut setia parti, Mahathir telah
menyebut betapa dia tidak diberikan penjelasan yang secukupnya mengenai
ikatan-janji syarikat penerbangan itu. Berkaitan dengan dana pencen pula
Mahathir berkata dia tidak pun tahu akan pembabitan agensi pencen itu.
Ada para analis yang berandaian bahawa serangan terhadap Daim itu sengaja
dirancang sebelum bermulanya perhimpunan agung UMNO. Surat layang
menceritakan beberapa urusniaga telah mula diedarkan di Kuala Lumpur.
Sementara itu buku yang mengutuk aktiviti Daim dengan perniagaannya telah
dijual dengan larisnya di merata negara.
Sebaliknya, mantan menteri kewangan itu sengaja berdiam diri sahaja. Pada
masa dulu-dulu, Daim merupakan orang yang menampan segala serangan yang
ditujukan kepada Mahathir. Pada kali ini dia mungkin melakukannya dengan
tujuan untuk mengekalkan legasi warisan Mahathir itu juga.
-S. Jayasankaran- Terjemahan SPAR-03-017 Rencana Asal: http://www.feer.com/_0106_14/p024region.html
Final Sacrifice: Daim Bows Out With the resignation of his finance minister, Premier Mahathir
Mohamad's strategy is revealed: Shed liabilities, quell dissent and
woo the public By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR ON JUNE 1, Finance Minister Daim Zainuddin resigned from government,
reinforcing speculation that he had fallen out with Premier Mahathir
Mohamad, his friend and mentor since the 1980s.
The parting had little of the acrimony associated with Mahathir's 1998
ousting of Deputy Premier Anwar Ibrahim, but it stoked suspicion that
Daim, widely associated with several recent and hugely unpopular
deals, was paying a price for increasing public disenchantment with
Mahathir's administration. "No reasons [for the resignation] have been
given, so people will speculate," says Shahrir Samad, a member of the
powerful Supreme Council of Mahathir's United Malays National
Organization, the main party in the ruling coalition. "And no one will
say the truth, that they are happy to see him go."
Everyone agrees on who will benefit. "This could make Mahathir look
good," says a Malay businessman who knows both men. "It shows he's
willing to sacrifice close friends."
To read the tea leaves of Malaysian politics is to always refer to the
man who calls the shots. And there are two schools of thought
regarding Mahathir Mohamad. One has it that the ageing Malaysian
leader--he will turn 76 in December--is preparing an exit strategy for
an honourable retirement soon. The other is that he's digging in to
consolidate his power because he has no intention of going.
Cynics overwhelmingly plump for the latter view. It's not hard to see
why. Mahathir has said repeatedly that this would be his last term,
but he's said such things before. Over the past six months, the
premier has moved to consolidate power by dishing out carrots and
wielding sticks. Perceived liabilities, including Daim, have been
excised, while sops to popular opinion have been thrown--including the
removal of six senior Umno officials from their party positions for
their involvement in money politics. Meanwhile, as if to remind people that leadership is also about making
unpopular decisions, Mahathir has moved to quell external dissent.
In the short term, he may have boosted his popularity within Umno,
which will help him later this month when the party convenes for its
annual general assembly. Daim's departure also means that Mahathir has
not only taken over Malaysia's economic management but will supervise
the powerful Finance Ministry closely from now on. Mahathir has named
himself acting finance minister, and no new minister is likely to have
the free hand that Daim enjoyed. That implies that if the Malaysian
economy rebounds strongly sometime in the next few years, no one
except Mahathir will be able to claim credit. In such a scenario, the
timing for an honourable exit is auspicious: The next general
elections must be held by 2004.
But there is an obvious potential downside. Business deals, especially
those involving taxpayers' money, have come under a critical spotlight
amid increasing awareness regarding good governance. That means that
the premier will have no one to blame but himself for financial
foul-ups such as further bailouts or falling reserves. The Mahathir
legacy will depend, ultimately, on whether the premier really intends
to introduce more-transparent governance.
One of Mahathir's biggest political liabilities is the involvement of
his sons in business. In April, that diminished considerably when his
second son, Mokhzani, announced that he was withdrawing from the
corporate sector in order to shield his father from accusations of
nepotism. Mokhzani sold his stakes in two listed companies at a
decided loss. Political analysts conceded that the move would, at the
very least, reduce criticism of Mahathir.
Meanwhile, Mahathir said that "filthy rich" businessmen would not be
allowed to vie for Umno positions, and that Umno chieftains would no
longer be allowed the government contracts that were once viewed as
their rightful due. Mahathir also revealed a less unbending side: In May, he unexpectedly
bowed to union demands that the Employees Provident Fund, the
country's largest private pension plan, be more accountable to its
members. He's also postponed and called for a review of a planned 6 billion
ringgit ($1.6 billion) government rescue of two urban light rail
transit systems, one of which is linked to a protégé of Daim. "It's
not something Mahathir normally does," says a university economics
lecturer in Kuala Lumpur. "He's becoming populist." At the same time, however, Mahathir has cracked down on the
opposition: In April, police arrested 10 dissidents under the Internal
Security Act, which permits detention without trial. Two have been
released, while on June 2 four others were imprisoned under the ISA
for two more years, by order of the home minister.
Meanwhile, the premier "gave his blessings" for a political party
allied to his ruling coalition to take over two independent
Chinese-language newspapers frequently critical of the establishment
(see story below). Also, the government has announced rules to govern
Internet journalism and the alternative, mostly anti-establishment,
Web sites that have become very popular among middle-class Malaysians.
In between carrot and stick, the biggest casualty may have been Daim.
Analysts say that Mahathir began distancing himself from Daim after it
became clear that two business deals associated with the finance
minister were terribly unpopular. Mahathir associates also allege that
Daim "undermined" the premier by complaining about his children's
business interests and implying, at meetings with individual
businessmen, editors and Umno politicians, that Mahathir ran both
party and government arbitrarily. A business associate of Daim says that the cabinet "drove a wedge"
between the two men. While Daim was on leave from April through May,
and wasn't attending cabinet meetings, he and his ministry came under
severe criticism from his cabinet colleagues. Complaints included
allegations that the Finance Ministry interfered with awards of
government contracts from other ministries, and criticism of two
controversial deals involving a bailout of Malaysia Airlines and the
use of pension funds to underwrite a telecoms listing. Both deals
involved companies controlled by Daim protégés.
In explanations to the party faithful, Mahathir said he had been
"inadequately briefed" about the airline deal while he "knew nothing"
about the involvement of the pension funds.
Some analysts wonder if the attack on Daim has been orchestrated ahead
of the June assembly. Letters detailing his alleged business dealings
have begun circulating in Kuala Lumpur while a new, mostly critical
book on Daim sells briskly in bookshops throughout the country.
For his part, the former finance minister has maintained an aloof
silence. In the past, Daim has often taken the heat for Mahathir. This
time he may have done so for the ultimate goal: preserving the
Mahathir legacy |