Laman Webantu KM2A1: 4672 File Size: 17.8 Kb * |
TAG SP 155: Daim, Merbok dan MAS By Harun Rashid 10/6/2001 3:32 am Sun |
TAG 155 [MAS adalah syarikat yang begitu mengharumkan negara satu ketika dulu
tetapi sekarang ia sudah punah ranah setelah dikerjakan selama beberapa
tahun sahaja oleh pemimpin negara melalui wawasan penswastaan yang langsung
tidak berguna melainkan menambahkan hutang dan masalah sahaja. Inlah bahananya
kerana memberi permata kepada mereka yang bukan ahlinya.
Daim meletak semua jawatan dalam kerajaan dan Umno kecuali ahli parlimen sahaja.
Ini membayangkan isu membenci politik wang dalam Umno hanya berani setakat
keriuhan itu sahaja. Umno tidak ikhlas sebenarnya kerana kerusi mengatasi
segala-galanya. Menangis Mahathair hanyalah air-mata si buaya yang cuba
mengabui mata. Ia langsung tidak berpijak di alam nyata.
- Editor] http://home.yqi.com/harunrashid1/75Daim.html
(Daim, Merbok and MAS) MAS, yang merupakan syarikat pengangkutan udara negara, secara teknikalnya
adalah sebuah institusi yang sudah bankrap. Keadaannya sukar untuk
diperbaiki kerana terlalu teruk, kini. Walaupun disuntik dana baru sebagai
tambahan modalnya ia tidak mudah diselamatkan. Walaupun kerajaan telah
memberikan jaminan bahawa pengurusan baru mampu mengembalikan operasi
syarikat ke ambang keuntungan, sebenarnya tidak ada cara yang berpotensi
untuk melaksanakannya. Tahap bebanan hutang yang ada, apabila dirangkumkan
dengan kerugian yang berpanjangan itu, adalah di luar sebarang harapan untuk
mengembalikan keadaan yang melegakan. Seandainya syarikat penerbangan itu
mencapai satu suasana 'break-even' (balik-modal) dengan cara penjimatan
segala programnya, hutang yang bertapuk itu, apabila dirangkum dengan beban
membeli pesawat baru, merupakan satu beban yang akan menghumban syarikat ke
gaung kemuflisan. Dalam usaha menyolek wajah menarik kepada situasi ini, kerajaan tidak pernah
mahu mengaku kalah, dan ini membuatkan kerajaan melancarkan satu dasar untuk
terus menyokong syarikat penerbangan itu dengan dana awam, dan jumlah
bebanan sebenarnya dalam usaha ini masih belum terdedah lagi. Usaha terbaru
untuk menggerakkan ekonomi yang merudum dengan suntikan RM3 bilion, harus
ditimbangkan dengan mengambil-kira kerugian tahunan yang menjangkau RM1
bilion oleh MAS sahaja. Demikianlah harga menahan keangkuhan agar tidak
teraib sehinggakan keadaan ekonomi yang terus merudum itu nanti akan memaksa
Malaysia membiarkan MAS mengikut jejak Philippine Airways yang turut lingkup
sebagai sebuah syarikat penerbangan ASEAN yang akhirnya terpaksa ditutup.
Inilah kesannya apabila Malaysia terpaksa mengikut perangai seorang kaki
judi yang telah dirundung malang selama ini, dan terpaksa menaruh jiwanya
sebagai cagaran untuk meneruskan tabiat yang menghancurkan itu. Tetapi ini
bukannya cara terbaik untuk menguruskan ekonomi sebuah negara.
Sebelum diswastakan dulu, syarikat penerbangan ini memang sentiasa meraih
keuntungannya setiap tahun, dan mempunyai satu timbunan harta yang bernilai
tinggi. Kisah bagaimana syarikat ini dirundung malang, hanya memakan masa
lima tahun sahaja, dan merupakan satu hikayat yang sungguh memberi
pengajaran yang hanya dapat ditandingi oleh beberapa lagi sejarah korporat
di Malaysia ini. Inilah kisah penting dan bersejarah kerana ia adalah
lambang kenapa terjadinya banyak kesilapan dalam dunia korporat Malaysia
masakini, sehingga mencetuskan satu persoalan ke mana lagi Indeks Komposit
(BSKL) akan pergi kalau tidak menjunam dan menjadi jahanam. Kini, kita tentu
mahu bertanya, 'Ke manakah perginya duit itu semua?'
Setiap perusahaan yang bercita-cita mahukan keuntungan mestilah mencerna
perolehan semasa untuk menyamai perbelanjaannya. Kepada sebuah syarikat
penerbangan, kos yang tinggi adalah gaji para juruterbang dan anak-kapalnya
untuk setiap penerbangan, dan segala kos minyak dan caj pendaratan. Mesti
ada tiket penerbangan yang mencukupi terjual untuk menyaingi kos dan
membuatkan sesuatu penerbangan itu menguntungkan.
Bagi sesuatu penerbangan yang tidak berjadual, penjualan tiket bukan
merupakan masalah besar kerana pesawat boleh menunggu di lapangan sehingga
cukup tempat duduk yang terjual; untuk menjadikan sesuatu penerbangan itu
menguntungkan. Seandainya syarikat penerbangan itu tidak mempunyai hutang
yang membebaninya dan dikenakan kos penyeliaan yang minima, syarikat itu
mampu menawarkan harga tambang yang rendah untuk menarik lebih ramai
penumpang menggunakan perkhidmatannya. 'Virgin Air' merupakan sebuah
syarikat penerbangan yang berjaya, bermula dengan cara perkhidmatan seperti
ini tetapi amat berkesan sehingga berjaya kini.
Para penumpang lebih berminat dengan penerbangan yang berjadual kerana ia
menelan segala keraguan mengenai masa berlepas dan juga tarikhnya. Syarikat
penerbangan mudah memberikan imbuhan kepada para penumpang untuk membuat
tempahan awal, kerana ia membantu perencanaan yang lebih berkesan. Namun,
untuk penerbangan yang berjadual, ada satu kemestian untuk menentukan
pesawat itu terbang juga walaupun jumlah kerusi yang terjual tidak
menguntungkan penerbangannya. Itu sebabnya peratusan kerusi yang ditempah,
pada tahap purata, adalah satu kriteria penting dalam penilaian sesebuah
syarikat penerbangan. Secara keseluruhannya, industri penerbangan memang menunjukkan banyak
kegagalan dan segelintir sahaja kejayaannya. Namun, ada juga pengecualiannya
seperti Singapore Airlines yang menyediakan pesawat besar-besar yang menjadi
lambang kemegahan negara daripada sumber keuntungan perniagaannya. Untuk
negara yang kecil-kecil, kerugian selalunya diserap oleh pembayaran cukai
penduduknya, lagipun ia diimbangi oleh kerancakan industri pelancongan dan
pembangunan negara. Inilah yang terjadi kepada Malaysia.
Syarikat penerbangan Malaysia telah melalui satu tempoh yang malang ketika
ia diswastakan, walaupun secara separa-swasta sahaja. Di waktu inilah
pengendali swasta ini telah mengendalikannya laksana beliau melayan gundik
simpanan dan bukan seorang isterinya. Sebuah syarikat kecilan yang mempunyai
pengalaman singkat dalam penyewaan helikopter kepada syarikat minyak negara
telah diberikan kuasa mengendali syarikat penerbangan negara, seolah-olah
seorang anak kecil yang diberikan permainannya. Inilah kiasannya apabila
syarikat itu diberi hak menguruskan syarikat penerbangan negara. Tetapi,
sebuah syarikat penerbangan yang berjadual bukannya sama dengan syarikat
helikopter sewaan. Akibatnya menunjukkan satu operasi yang dilaksanakan oleh
pegawai pengurusan yang tidak cekap. Syarikat kecilan helikopter itu dulu mempunyai senarai asetnya dalam bentuk
seorang pengerusi syarikat yang mempunyai hubungan yang akrab dengan seorang
menteri kewangan. Menteri kewangan itu menguasai segala kontrak berkaitan
dengan syarikat minyak negara, dan pertalian antara syarikat minyak dengan
syarikat helikopter itu memang berada di tahap yang sungguh intim.
Oleh kerana menteri kewangan menguasai syarikat penerbangan, nafsu serakah
yang ada padanya mengarahkan beliau mengalihkan syarikat penerbangan itu
kepada syarikat kecilan yang memberikan perkhidmatan helikopter sewa.
Kewangan merupakan satu masalah kecil sahaja kerana menteri kewangan juga
menguasai perbendaharaan negara, termasuk bukan sahaja Petronas, syarikat
minyak negara itu, malahan juga segala perusahaan yang dimiliki oleh negara.
Yang lebih penting sekali ialah segala tabung amanah dan dana pencen awam.
Pengerusi syarikat helikopter sewa itupun dilantik menjadi pengerusi sebuah
syarikat penerbangan negara. Ini bererti segala perjanjian pengambil-alihan
syarikat penerbangan besar dibuat dengan syarikat helikopter sewa itu tadi.
Setelah dilonjakkan menjadi pengerusi sebuah syarikat penerbangan, dia pun
merancang dan berbincang untuk mendapatkan kontrak jangka panjang bagi
perkhidmatan dalam segala jenis projek yang ada. Sebagai pengerusi syarikat
helikopter sewa diapun menandatangani segala perjanjian di pihak yang lagi
satu juga. Wujudlah satu suasana yang seiras dengan 'willing-buyer-willing
seller' yakni kalau ada pembeli pasti ada penjualnya. Tidak pernah tersentuh
perasaannya betapa wujudnya percanggahan kepentingan dalam situasi ini.
Ironisnya semua ahli lembaga pengarah kedua-dua syarikat yang terbabit
itupun tidak merasakan apa-apa. Apatah lagi menteri kewangan yang
sememangnya bertanggungjawab dengan tugas-tugas menyelia kepentingan rakyat
marhaen. Tapak kemudahan kargo yang baru dan tentunya mahal-mahal harganya telah
dibina di Timur Tengah dan Jerman. Kemudahan ini adalah milik syarikat
helikopter sewa itu tadi dan semua itu diberikan kepada syarikat penerbangan
yang besar itu untuk menyewanya. Semua itu mesti dibayar oleh syarikat
penerbangan itu dan bukannya oleh syarikat helikopter untuk disewa. Terma
perjanjian memanglah menyenangi kedua-dua pihak.
Menteri kewangan adalah seorang yang pendiam, yang mempunyai perwatakan yang
bersahaja dan mudah mesra. Adalah amat sukar mempercayai bahawa inilah insan
yang menjadi bapak kepada segala dalang di sebalik kisah konspirasi
membabitkan Anwar Ibrahim. Namun, beberapa testimoni dalam dua kes mahkamah
telah menyebut namanya sebagai dalang nombor satu bersama Aziz Shamsuddin
dan Rahim Tamby Chik. Ramai yang takut menuduhnya kerana kekayaannya dan
sikap ganasnya untuk membalas dendam.
Perjanjian niaga antara Naluri dan MAS walaupun berasaskan lakaran yang
indah dan penuh gula-gula akhirnya bertukar menjadi gundah dan duka nestapa.
Syarikat helikopter untuk disewa itu telah terlanggar gunung impian yang
begitu tinggi disebabkan tenaga kepakaran yang haprak sekali. Syarikat
penerbangan negara pula dihenjut harga minyak dan bahan bakar yang melambung
naiknya dan bebanan hutang bertapuk yang disebabkan oleh insan yang tidak
lain daripada menteri kewangan yang dikatakan pakar ekonomi yang sungguh
bijaksana. Kesilapan beliau ialah menambat kadar matawang negara kepada satu
tahap tukaran yang tidak menguntungkan untuk membayar balik hutang syarikat
penerbangan itu sehingga menyulitkan kerja-kerja melunaskannya.
Seperti juga syarikat helikopter sewa itu, syarikat penerbangan negara
memang ketandusan kepakaran tenaga pengurusannya. Kepincangan ini memang
boleh difahami kerana mereka semua datangnya daripada acuan yang serupa.
Setiap tahun bebanan hutang naik menimbun. Setiap kali hutang naik tidak
pula ada tanda-tanda bagaimana perkara itu boleh menjadi baik. Pada waktu
yang sama, menteri kewangan terpaksa campurtangan lagi untuk mengelakkan
syarikat penerbangan itu menyembam bumi. Dia bertindak untuk mendapatkan
semula saham yang disimpan oleh syarikat helikopter itu tadi. Masalahnya
sekarang muncul disebabkan kadar matawang yang telah ditetapkan itu. Hutang
luar negara itu memang tidak mudah dibayar balik kerana terlalu tinggi
bebanannya. Pada waktu yang sama juga, kerugian yang berpanjangan disebabkan
operasi yang pincang itu telah membuatkan harga saham syarikat merudum jauh
ke bawah; BAIK SAHAM SYARIKAT HELIKOPTER MAHUPUN SYARIKAT PENERBANGAN. Saham
syarikat sudah tidak lagi mampu digunakan sebagai kolateral (cagaran) untuk
mengimbangi pinjaman bank. Tidak terbayangkan betapa besarnya kerugian yang
melanda. Menteri kewangan dan juga pengerusi dua syarikat itu (orang yang
sama) tidak pula sanggup menyerap segala kerugian itu secara peribadinya.
Beberapa majlis perbincangan sambil minum kopi di malam haripun
dilangsungkan. Mereka mencari jalan untuk melangsaikan hutang yang bertimbun
itu. Mereka mengambil keputusan agar rakyat jelata menanggung bebanan
kerugian yang ada. Segala saham yang ada dibeli semula pada harga yang sama
untuk mengelakkan kerugian. Dengan demikian dibuat satu keputusan
menggunakan dana awam untuk mengalihkan segala saham syarikat penerbangan
balik kepada kementerian kewangan. Ini bererti segala hutang yang mula-mula
itu sudahpun terbayar. Strategi ini adalah bertujuan untuk menguntungkan si
pemiutang asal (fikirlah siapa agaknya!) jika tidak ia akan menghadapi satu
bongkol hutang yang tidak terbayar menyebabkan terpaksa ditutup Naluri dan
MAS. Bahananya tentu menyebabkan kedua-dua syarikat terpaksa diisytiharkan
muflis. Untuk mengelakkan bencana ini, dana rakyat terpaksa digunakan (tanpa
keizinan mereka) dan rakyat marhaen pun diberitahu bahawa kerugian hanya
setakat 'kerugian atas kertas sahaja', dan 'hanya masa menentukan' bila
pemulihan akan wujud semula. Ramai yang mengetahui betapa syarikat
penerbangan itu memang mempunyai banyak lagi kerugian yang belum dilaporkan,
dan semua butiran ini sengaja disorokkan selagi proses pembelian semula
saham-saham itu belum diselesaikan. Rakyat marhaen tidakpun diberitahu
keadaan sebenar syarikat penerbangan itu, malahan cara pembelian semula
saham MAS adalah sesuatu yang tidak masuk akal dalam keadaan semasa.
Sepatutnya nilai NTA (Net Tangible Asset value) selepas suntikan dana
berkisar sekitar RM1.50, berbeza dengan harga belian semula sebanyak RM8.00.
Sebagai kesannya, menteri kewangan telah terpalit oleh kecemaran bahang
politik yang amat mengaibkannya. Dia telah meletakkan jawatan dengan penuh
kelam yang turut memendungi kementerian kewangan. Satu proses mengaudit
segala penyata perakaunan sedang berjalan kini untuk mendapatkan gambaran
yang lebih jelas betapa transaksi tertentu boleh dilaksanakan ketika era
kekuasaannya. Seperti yang ditunjukkan oleh pengerusi syarikat helikopter
sewa itu dulu, dia juga telah melakukan pelbagai tugas yang mempunyai
unsur-unsur percanggahan kepentingan, dilihat kini sebagai satu salahguna
amanah dalam mengendalikan wang rakyat dan negara. Kenyataan betapa dia
menjadi orang yang paling kaya dalam negara hasil tugasannya memegang
jawatan dalam kerajaan menyebabkan kemarahan rakyat semakin membuak
terhadapnya. Menteri kewangan itu telah dilucutkan semua jawatannya kecuali satu sahaja.
Dia masih lagi mewakili kerusi parlimen Merbok. Perkara ini nampak pelik
melainkan kisah Fauzi Rahman di Beserah dikenang semula untuk membuatnya
sama menarik. UMNO sudah menjadi sebuah parti yang tidak mampu menang
sebarang pilihanraya lagi. Kerana itu, menteri kewangan ini tidak boleh
didakwa dulu kerana kalau dia melepaskan kerusi parlimennya, UMNO tidak akan
mampu memenanginya semula. Walaupun parti yang sedang berkuasa sering lantang dengan cakap-cakap
demokrasi dan jayadiri kumpulan majoriti, ia sebenarnya tidak berani
mengamalkan prinsip ini untuk diuji. Seandainya pengundi Merbok dan Beserah
dibenarkan memangkah kertas undi mereka hari ini, segala keegoan UMNO bahawa
ia mempunyai pengaruh yang besar akan terbukti jauh tersasar. Untuk menyekat
keaiban yang lama tidak tertanggung, apatah lagi memikirkan kekalahan dan
keaiban di Lunas dulu, menteri kewangan ini dibiarkan memegang terus
kerusinya di Merbok. Pada waktu yang sama tuduhan Fauzi di Beserah terhadap
menteri penerangan terpaksa dijawab dengan satu berita peletakan jawatan
yang dituduh itu, jika tidak Beserah akan menghadapi pilihanraya kecil
semula. Nampaknya babak kelakar akan terlakar. Suasana politik yang memerlukan satu
siasatan penyata perakaunan menteri kewangan itu kini menjadi satu benteng
kekebalan yang melindunginya daripada segala pendedahan yang pasti akan
muncul daripada proses pengauditan semua akaun kementerian itu. Hasil
siasatan sudah tentu tidak akan didedahkan untuk sementara waktu, dan hanya
kepincangan yang berlebihan yang akan dibocorkan untuk membakar semangat
rakyat marhaen agar menteri kewangan itu didakwa.
Sebaliknya besar kemungkinannya dia akan diungkit sekali sekala, dan hanya
menunggu satu masa kemudiannya kalaupun dia boleh dikenakan dakwaan secara
rasminya. Dia akan dibebaskan atas jaminan mahkamah sambil pihak media
dibiarkan terus memanggangnya. Kekayaannya yang sungguh lumayan itu tidak
akan mampu melindunginya. Para kroni dan anak-didiknyapun tidak akan
memberikan pertolongan kecemasan untuknya.
Pada waktu yang sama kemarahan rakyat jelata terhadap penahanan beberapa
pemimpin pembangkang akan terus membuak. Inilah wira-wira yang berani
menahan pengundi hantu yang datang berbondong-bondong untuk mengundi di
pilihanraya kecil. Memang boleh difahami kenapa rakyat marhaen bertindak
begitu. Segala sokongan keanak-anakan yang diberikan kepada Badawi, Mahathir
dan KPN adalah bersifat penuh kepalsuan. Tindakan mereka ini memang disambut
dengan penuh cemuhan dan perasaan kebencian. Mereka sudah dilihat sebagai
insan yang tidak boleh dijadikan teman oleh orang yang jujur dan bertaqwa.
Sesiapa juga yang dilihat memberikan sokongan terhadap mereka kerana taktik
mengenakan tuduhan ISA itu akan satu hari nanti merasakan balasan geram dan
dendam rakyat Malaysia seluruhnya.
-Harun Rashid- Terjemahan SPAR-05-010
Link Reference : Harun Rashid Worldview: Daim, Merbok and MAS |