Laman Webantu KM2A1: 4678 File Size: 16.8 Kb * |
TAG 156: B1 Penyelamatan Korporat: Kepentingan Negara ataupun Kepentingan Siapa? By Dr Terence Gomez 10/6/2001 7:24 am Sun |
Terjemahan SPAR-03-019
(Corporate Bailouts: National Interest or Vested Interest?)
Bahagian 1 Apabila tawaran awalan hari pertama (IPO: Initial Public Offerings) saham
Time dotCom tidak mendapat sambutan yang baik sehingga terdedah cerita
bahawa sebahagian ekuiti syarikat itu sudahpun dimiliki beberapa institusi
awam, muncullah desas-desus bahawa satu lagi usaha menyelamatkan sebuah
syarikat yang tersenarai di BSKL akan dilaksanakan oleh kerajaan. Namun,
Time dotCom adalah sebuah syarikat yang mempunyai banyak potensinya.
Syarikat ini mempunyai satu jaringan talian gentian optik yang menjalar ke
seluruh Semenanjung yang memberikannya segala kemungkinan untuk merangkul
satu pangkalan pelanggan yang besar dalam perkhidmatan komunikasi. Dengan
demikian Time dotCom akan menikmati satu peluang awalan di antara semua
pesaingnya apabila generasi ketiga teknologi komunikasi selular (cellular)
diperkenalkan di Malaysia. Time dotCom mempunyai keupayaan untuk menyediakan
talian tetap, selular, telefon berbayar dan perkhidmatan internet. Hanya
Time dotCom dan Telekom dijangkakan mampu kekal sebagai syarikat
telekomunikasi berpelbagai untuk satu jangkamasa yang panjang.
Milik Awam Kalau Time dotCom mempunyai banyak potensinya, kenapakah timbul masalah
apabila KWSP dan banyak lagi institusi kerajaan membeli saham syarikat itu?
Ketika IPO Time dotCom ditawarkan dulu, nilainya sebanyak 1.9 bilion ringgit
itu menjadi perhatian para pengamat kerana syarikat itu terlalu sarat dengan
hutang. Lagipun ia merupakan satu syarikat yang masih belum mendapat
keuntungan kerana kekurangan pakar pengurusan untuk mencerna syarikat
menjadi satu gergasi dalam industri telekomunikasi. Time dotCom adalah anak
syarikat Time Engineering, sebuah syarikat yang tersenarai di bawah takluk
Kumpulan Renong yang dikuasai oleh Halim Saad.
Time Engineering, Renong dan Halim memang terlalu sarat menanggung bebanan
hutang sehingga mencetuskan banyak masalah untuk membayarnya. Renong memang
berkait rapat dengan UMNO dan Halim pernah menyatakan secara lantang bahawa
dia berkhidmat sebagai seorang proksi kepada aset korporat parti itu. Di
sinilah berpuncanya masalah IPO kepunyaan Time dotCom: pertaliannya antara
politik dan perniagaan, dan keperluan Time Engineering untuk menyenaraikan
Time dotCom sebagai satu alat menguruskan bebanan hutang kumpulan yang sudah
mencecah tahap krisis. IPO kepunyaan Time dotCom merupakan kunci utama kepada Time Engineering dan
struktur pemberesan hutang Time dotCom yang melibatkan pinjaman berjumlah
RM5.37 bilion. Namun hanya 25 persen ekuiti syarikat telah dibeli ketika
tawaran IPO itu dibuat. Ternyata harga tawaran saham Time dotCom yang ketika
itu berharga RM3.30 dianggap terlalu tinggi nilainya.
Para pemegang utama saham Time dotCom kini termasuklah Time Engineering dan
juga beberapa institusi yang berkaitan dengan kerajaan, seperti KWSP,
Khazanah Nasional, Danaharta dan Kumpulan Wang Amanah Pencen. Para penjamin
IPO telah memberikan perakuan bahawa segala ekuiti Time dotCom yang tidak
dibeli akan diambil oleh institusi kerajaan. Inilah sebabnya yang utama
kenapa peristiwa korporat yang besar ini dianggap sebagai satu penyelamatan
(bailout) juga. Politik Urusniaga Apakah yang didedahkan oleh pengeluaran saham Time dotCom itu?
Pertama, ia menunjukkan bagaimana kuasa kerajaan sudah semakin berkisar
kepada segelintir manusia sahaja yang merupakan satu kumpulan politikus
tertentu termasuklah Perdana menteri Dr. Mahathir dan mantan Menteri
Kewangan Daim Zainuddin. Dengan lain perkataan, IPO itu menyerlahkan
tanggapan betapa semua bidang jentera kerajaan dan institusi awam sudah
menjadi terlalu bergantung kepada tindak-tanduk pejabat ketua eksekutif
negara. Kedua, dengan wujudnya pertalian yang rapat antara politik dan urusan
perniagaan, yang dipermudahkan oleh kepadatan kuasa dalam kerajaan itu,
adalah menjadi satu tandatanya apakah segala dasar kerajaan dan tindakannya
dilaksanakan dengan memberikan tumpuan kepada kepentingan negara.
Ketiga, kerajaan semacam tidak pernah belajar daripada pengalaman sejarah,
terutama sekali mengenai pelbagai isu yang memerlukan ketulusan dan
akauntabiliti (kebertanggungjawaban). Ketika krisis kewangan 1997 melanda negara, ia menarik perhatian kepada
segala hubungan antara para politikus dan para peniaga yang telah sama-sama
memudahkan ketumbuhan beberapa syarikat yang besar-besar. Ketumbuhan ini
telah diransang oleh penggunaan, dan dalam banyak hal, penyalahgunaan sektor
kewangan dalam negara. Krisis itu mendedahkan betapa institusi kewangan yang
dikuasai oleh kerajaan ataupun para peniaga yang mempunyai hubungan rapat
dengan pihak kerajaan telah menyalurkan pinjaman hanya kepada segelintir
manusia pilihan sahaja. Sebagai contoh, hanya 15 kumpulan korporat terlibat dengan 20 persen jumlah
keseluruhan pinjaman bank. Daripada jumlah RM 39 bilion pinjaman perbankan
untuk membeli saham, hampir 45 persen telah diberikan kepada orang
persendirian. Renong sebagai sebuah syarikat telah menapuk hutang melebihi 5
persen daripada jumlah semua hutang dalam sistem perbankan Malaysia. Mantan
timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim pernah membuat pendakwaan betapa
kurang daripada 10 manusia mempunyai hutang terkumpul sekitar RM70 bilion
(MasyaAllah...!!!! penterjemah)
Bank-bank yang mempunyai paling banyak hutang yang tidak berbayar adalah
kebanyakannya institusi yang dimiliki oleh kerajaan, termasuklah Sime Bank
dan Bank Bumiputra. Pada kali ketiga ia diselamatkan dalam sejarah
kewujudannya, Bank Bumiputra memerlukan suntikan dana sebanyak RM 1.1 bilion
dan pada waktu yang sama kerajaan telah mengambil alih segala hutang
bertapuk yang tidak berbayar.* Sime Bank yang pada satu ketika dulu dikuasai
oleh Mohd. Noor Yusof sebelum dijual kepada Sime Darby, telah diambil-alih
oleh Kumpulan RHB (Rashid Hussein Berhad)
Krisis Kewangan yang Mencengkam
Apabila krisis kewangan semakin mencengkam, beberapa peniaga pilihan
termasuk Halim Saad dan Tajuddin Ramli yang merupakan anak-didik Daim dan
Mirzan Mahathir anak emas Perdana menteri, telah mula dihantui oleh timbunan
saham yang sudah mengecut nilainya begitu rendah sekali sehinggakan
memberikan mereka bebanan hutang yang menggunung tinggi.
Pada 1997, saham Renong semakin merudum hingga mencekik KWSP kerana
munculnya berita pembelian saham-saham kepunyaan UEM (United Engineering
Malaysia), salah satu daripada syarikat kepunyaan Renong yang paling
menguntungkan. Pembabitan KWSP dengan saham UEM itu menarik minat kerana
institusi ini telah digunakan secara tidak langsung untuk menyangga Renong
daripada menyembah bumi. Ekoran daripada itu, UEM yang dilumuri hutang pula terpaksa mendapatkan
pinjaman sebanyak RM800 juta daripada Malayan Banking, Bank Bumiputra, Bank
of Commerce dan RHB - semua ini adalah bank kepunyaan kerajaan ataupun
mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan - untuk melaksanakan satu rencana
membeli ekuiti Renong daripada Halim. Pembelian ini telah memeranjatkan
pemegang minoriti saham UEM. Ketika itu muncul dakwaan betapa satu lagi
episod penyelamatan sedang dilaksanakan sehinggakan sektor kewangan tempatan
sengaja diliwat untuk kepentingan orang tertentu.
Penyelamatan dan Kepentingan Negara
Bertentangan dengan beberapa salah tafsiran, memang tidak banyak projek
menyelamatkan syarikat yang tercekik itu. Namun, apabila dilaksanakan, ia
membabitkan kos yang terlalu tinggi. Kebanyakan tindakan penyelamatan ini
berdalilkan 'untuk kepentingan negara'.
Proton, pengeluar kereta swasta terpaksa diambil-alih oleh Petronas daripada
DRB-Hicom yang terlalu besar hutangnya, kerana pembuat kereta itu telah
dijadikan sebagai pemula rencana industri berat Malaysia.
Bank Bumiputra tidak boleh dicekik tengkuknya supaya mati serta merta kerana
ia merupakan asas kemajuan permodalan Bumiputra.**
Renong dianggap penting kerana ia merupakan satu kelompok syarikat Bumiputra
yang bersaiz besar yang memang mahu dikembangkan oleh kerajaan.
MAS (Malaysian Airline System) sebuah syarikat penerbangan negara yang sudah
tercekik kerana disengkang bebanan hutang terpaksa diselamatkan daripada
kemuflisan. Oleh kerana pembikinan Ampangan Bakun telah dimulakan sebelum bermulanya
krisis kewangan negara, pemborongnya Ekran terpaksa diberikan pampasan
terhadap kerja-kerja yang disiapkannya sebelum projek itu diambil alih oleh
kerajaan. ....besambung.... Rencana Asal: http://www.malaysia.net/aliran/monthly/2001/3h.html
Aliran Monthly National interest or vested interest?
by Dr Terence Gomez When Time dotCom's initial public offer (IPO) was poorly received and when
it was revealed that much of this company's equity was now owned by a few
public institutions, it was widely believed that another bailout had been
executed by the government. Time dotCom is, however, a company with much potential. This firm has in
place a massive, completed and fully paid fibre-optic cable network
spanning the peninsula, which gives it the possibility of capturing a large
subscriber base for its telecommunication services.
Hence Time dotCom will enjoy a head start over competitors when third
generation cellular communication technology is introduced in Malaysia.
Time dotCom also has the capacity to provide fixed line, cellular, payphone
and internet services. Only Time dotCom and Telecoms are expected to remain
integrated telecommunication companies in the long run.
Public Ownership of Time dotCom
But if Time dotCom is a potentially profitable company, what is the problem
with the EPF and other government-owned institutions acquiring a stake in
this firm? Time dotCom's RM1.9 billion IPO came under close scrutiny because the
company was a debt-ridden, loss-making enterprise that did not have the
necessary management expertise to develop its potential in the
telecommunications industry. Time dotCom was also a subsidiary of Time
Engineering, itself a publicly-listed company of the Renong Group
controlled by Halim Saad. Time Engineering, Renong and Halim are heavily mired in debts that they
have had problems servicing. Renong is closely associated with UMNO, and
Halim has publicly stated that he has served as a proxy for the party's
corporate assets. Therein lies the problem with Time dotCom's IPO: the links between politics
and business, and the need for Time Engineering to list Time dotCom as a
means of managing the Group's debt crisis.
Time dotCom's IPO was one of the key elements of Time Engineering and Time
dotCom's debt restructuring scheme involving loans amounting to RM5.37
billion. However, only 25 per cent of the firm's equity was taken up during
the IPO, apparently also because the price of each Time dotCom share,
valued at RM3.30, was exorbitant. Time dotCom's major shareholders now include Time Engineering and a number
of government-linked institutions, namely EPF, Khazanah Nasional, Danaharta
and the Pension Fund. The IPO 's underwriters were assured that all
unsubscribed Time dotCom equity would be taken up by government
institutions. This is probably the key reason why this corporate event is
viewed as a bailout. Politics of Business What does the Time dotCom issue reveal?
First, it demonstrates how power in government has been increasingly
concentrated in the hands of a small group of politicians, namely Prime
Minister Mahathir Mohamad and Finance Minister Daim Zainuddin. In other
words, this IPO provides further credence to the view that all other arms
of the government and public institutions have become extremely subservient
to the office of the executive.
Second, given this close nexus between politics and business, and the
concentration of power in the government, it is questionable if most
government policies and actions are undertaken in the public interest.
Third, the government has not learnt any of the lessons of history,
especially on issues pertaining to transparency and accountability. The 1997 financial crisis it drew attention to the links forged between
politicians and businessmen that had facilitated the rise of a number of
major companies, aided by the use - and, in many cases, abuse - of the
domestic financial sector. The crisis revealed that financial institutions
controlled by the government or well connected businessmen had channelled
loans to a privileged few. For example, a mere 15 corporate groups accounted for 20 per cent of
Malaysia's entire bank loans. Of the RM39 billion loaned by banks for share
acquisition, almost 45 per cent were given to individuals. One company,
Renong, had accumulated debts excedding 5 per cent of total loans in the
Malaysian banking system. Former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim later
alleged that less than 10 people were jointly responsible for loans worth
around RM70 billion. The banks with the most non-performing loans were mainly government-owned
institutions, including Sime Bank and Bank Bumiputra. In the third bailout
in its history, Bank Bumiputra needed a capital injection of RM1.1 billion
and the government bought over the bank's non-performing loans. Sime Bank,
controlled by Mahathir's former political secretary, Mohd Noor Yusof,
before being sold to Sime Darby, was taken over by the well connected
Rashid Hussain (RHB) Group. Deepening Financial Crisis As the crisis deepened, many well connected businessmen, including Halim
Saad and Tajudin Ramli, Finance Minister Daim's business protégés, and
Mirzan Mahathir, the Prime Minister's son, found that the value of their
corporate stock had shrunk drastically, leaving them with severe loan
problems. In 1997, as the price of Renong's stock fell, the EPF was caught in
controversy when it was reported that this public institution had made
substantial purchases of the shares of United Engineering Malaysia (UEM),
one of the Renong Group's most profitable firms. The EPF's acquisition of
UEM equity raised concerns that this institution was being used indirectly
to prop up Renong. Subsequently, UEM, already burdened with debts, secured a RM800 million
loan from Malayan Banking, Bank Bumiputra, Bank of Commerce and RHB - all
government-owned or well connected banks - to implement a controversial
purchase of Renong equity from Halim. This acquisition upset UEM minority
shareholders. It was alleged another bailout had been instituted that
continued the abuse of the domestic financial sector for vested interests.
Bailouts and 'National Interest'
Contrary to some misconceptions, there have not been many bailouts, but
they have been extremely costly. Most of these bailouts have been justified
in the 'national interest'. Proton, manufacturer of the privatised Malaysian car, had to be bought by
Petronas from the debt-ridden DRB-Hicom, because the car manufacturer had
been incorporated to drive Malaysia?s heavy industrialisation initiative.
Bank Bumiputra could not be put out of business ostensibly because it
promotes the development of Bumiputera capital.
Renong is important because it is representative of the large-scale
Bumiputera companies that the government is keen on developing.
The loss- and debt-ridden Malaysia Airlines (MAS), the nation's privatised
airlines, had to be re-nationalised to rescue it from imminent bankruptcy.
Since the construction of the privatised Bakun Dam had commenced before the
financial crisis, the contractor, Ekran, had to be compensated for work
already completed before the project was taken over by the government.
|