Laman Webantu KM2A1: 4679 File Size: 15.4 Kb * |
TAG 157: B2 Penyelamatan Korporat: Kepentingan Negara ataupun Kepentingan Siapa? By Dr Terence Gomez 10/6/2001 8:22 am Sun |
TAG 157 Terjemahan SPAR-03-019
(Corporate Bailouts: National Interest or Vested Interest?)
Ciri-ciri pilihan ataupun kriteria untuk menentukan siapa yang sepatutnya
diselamatkan adalah berdasarkan beberapa pertimbangan yang pelbagai:
Renong dan Proton diberikan keutamaan diselamatkan untuk menentukan usaha
dan wawasan besar Mahathir dalam mewujudkan beberapa konglomerat Melayu dan
pembangunan industri kereta buatan Malaysia, tidak terkandas.
Mungkin wujud pelbagai alasan persendirian dalam penyelamatan yang lain.
Parti pembangkang menyatakan kerajaan telah mengambil-alih saham MAS pada
kadar yang sengaja digelembungkan untuk menyelamatkan syarikat kepunyaan
Tajuddin yang sememangnya sudah terlalu dibebani hutang bertapuk.
Terdapat pelbagai percanggahan pendapat di kalangan pemimpin politik
mengenai penyelamatan itu. Tindakan kerajaan mengambil-alih segala aset
korporat kepunyaan Mirzan yang dirundung hutang melalui syarikat yang
tersenarai kepunyaan Petronas telah dilaporkan secara meluas sebagai punca
masalah antara Perdana Menteri dengan timbalannya Anwar Ibrahim.
Ketika penyelamatan itu dilaksanakan, tidak ada sesiapa yang bertanya
bagaimanakah semua projek itu mula-mula diwujudkan dan apakah semua kontrak
yang dianugerahkan itu pernah dibuka secara tender ataupun dengan penuh
ketelusan. Kejituan rencana industri berat negara terutama sekali projek kereta buatan
Malaysia telah dipertikaikan secara meluas oleh banyak pihak termasuk oleh
kabinet Mahathir sendiri. Penswastaan Ampangan Bakun pernah ditentang secara
lantang dan antara bangkangan itu ialah kerana Ekran tidakpun mempunyai
sebarang pengalaman dalam industri itu. Begitu juga dengan penswastaan MAS
oleh Tajuddin telah dikritik dengan hebatnya kerana dia tidakpun mempunyai
pengalaman dalam bidang itu. Sebelum munculnya krisis kewangan 1997 itu, agihan berpilih beberapa projek
penswastaan tanpa tender terbuka telah mencetuskan kritikan hangat menuduh
sikap pilih kasih yang tidak ada ketelusan dan sifat akauntabiliti dalam
pentadbiran Mahathir. Memilih Juara Mahathir, memang terlalu yakin dengan kepintarannya untuk memilih 'juara'
yang dikatakannya mampu membantu beliau mencapai wawasan mewujudkan satu
barisan Melayu yang berjiwa kapitalis sejagat. Kemudian dia pilih pula
beberapa kapitalis di kalangan bukan Melayu.*** Francis Yeoh dan T. Ananda
Krishnan sebagai contohnya telah mendapat lesen untuk membuat janakuasa
bekalan tenaga elektrik dan struktur telekomunikasi walaupun mereka tidak
mempunyai pengalaman yang bersesuaian dengan industri tersebut. Namun mereka
berdua itu berjaya menguruskan dan memajukan perusahaan mereka melalui
usahasama dengan firma asing dan telah mampu mempelajari selok belok
industri yang baru itu. (Catatan Penterjemah: Sebelum bermula dengan usahawan Melayu, Mahathir
sebenarnya memulakan usaha menaikkan beberapa usahawan bukan-Melayu.
Contohnya ialah Abdullah Ang yang tidakpun mempunyai sebarang pengalaman
selain membodek dan menyediakan 'anak ayam' kepada Mahathir yang masih
'muda' ketika itu. Terdapat juga beberapa usahawan India yang ditaja oleh
Mahathir melalui Megat Joned secara pemberian lesen khas pengimportan buruh
asing dan juga melalui Ayoyo Samy. Samy Vellu menjadi kaya raya melalui
pengagihan saham oleh Anwar Ibrahim yang diperuntukkan khas kepada Maika
Holdings. Malahan MIC mempunyai peluang niaga yang besar melalui sebuah
syarikat monopoli yang mengutip tol di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan
pengambilan ramai pemuda India untuk membangunkan kuil-kuil di seluruh
negara. Pengundi Melayu dan Cina di Teluk Kemang tentu sudah sedar akan
kesilapan mereka mengundi calon MIC baru-baru ini. Maklumat ini mungkin
belum sampai lagi ke meja penulis rencana ini. Dia mungkin menerima banyak
maklumat mengenai usahawan haprak Melayu sahaja. Ehek, ehek...!!!)
Tetapi, Renong tidak menunjukkan sebarang petunjuk akan hala-tuju
pembangunannya. Hutang besar Renong telah terkumpul melalui satu corak
ketumbuhan yang diransang oleh pengambilan beberapa syarikat dalam hampir
semua bidang industri yang utama. Mungkin juga kerajaan akan mempertahankan betapa Renong dan Halim telah
digunakan untuk memberikan perkhidmatan atas nama kepentingan negara.
Mengikut Asian Wall Street Journal (17 March 1999) Halim pernah diarahkan
oleh kerajaan untuk mengambil-alih (membeli) sebuah syarikat yang sudah
tercungap nazaknya, di Filipina yang satu ketika itu dimiliki oleh seorang
ahli parlimen merangkap seorang peniaga bernama Joseph Chong. Syarikat itu
ialah syarikat pengeluar besi waja yang bernama National Steel Company (NSC)
of the Philippines. Pada tahap awalannya, Halim bercadang menyuntik NSC
kepada Renong, tetapi tidak mampu berbuat begitu kerana bebanan hutang
Renong yang telah dirobek lebih teruk lagi oleh krisis kewangan.
Halim mungkin telah diarahkan mengambil-alih NSC kerana Mahathir mempunyai
nafsu besar mahukan Renong berkembang di luar negara untuk menjadi lebih
besar lagi. Tetapi, apakah Renong sudah bersedia untuk tugas besar seperti
itu? Apakah 'viabiliti' usaha itu telah dikaji sedalam-dalamnya memandangkan
fiasko yang dihidapi oleh Perwaja Steel di Kemaman mengikut jalan sedih yang
serupa? Apabila disingkap cara pengambilan NSC itu yang dilaksanakan melalui sebuah
syarikat yang didaftarkan di Hongkong, (syarikat itu bernama Hottick), dan
segala bebanan hutang yang muncul tergolek dalam proses pembelian itu,
semakin jelas kini apa yang disebut sebagai 'kepentingan negara' itu adalah
satu alasan mudah untuk menutup malu apa yang sebenarnya bersifat satu
kesilapan yang sungguh besar. Untuk mengambil alih NSC, Hottick terpaksa
mencari pinjaman, yang tidak berasaskan sebarang kolateral ataupun cagaran.
Pinjaman itu datanganya daripada Malayan Banking, dan Bank Bumiputra yang
dikuasai oleh kerajaan, RHB Bank dan Bank of Commerce.
Walaupun Renong mempunyai hutang bertapuk yang menggunung, kerajaan telah
melaksanakan pula satu penyatuan Bank of Commerce dan Bank Bumiputra yang
memberikan Renong satu agihan saham yang besar dalam bank yang baru
dicantumkan itu. Tindakan ini terus mengejutkan rakyat kerana takutkan
kemungkinan berlakunya tindakan salahguna dalam institusi perbankan yang
lebih besar itu. Pada waktu yang sama hutang tidak berbayar Hottick
berjumlah 3 bilion ringgit telah diambil-alih oleh agensi kerajaan yang
bernama Danaharta. Soalan-soalan Cepumas Banyak lagi persoalan yang boleh dikemukakan dalam kisah penyelamatan atas
nama 'kepentingan negara' itu. Apakah pentingnya mewujudkan sebuah syarikat sebesar Renong semata-mata
untuk dijadikan lambang keupayaan pembangunan permodalan Melayu, terutama
sekali apabila terdedah betapa syarikat swasta ini tidakpun menjadi lambang
kepentingan semua Bumiputra? Siapakah yang bertanggungjawab keseluruhannya
kepada corak ketumbuhan Renong yang semakin membesar masalah hutangnnya?
Apakah patut semua institusi awam dan yang dimiliki oleh negara digunakan
untuk menyelamatkan Renong? Kenapakah Renong tidak digalakkan mengurangkan bebanan hutangnya dengan
menjual beberapa anak syarikat yang masih memberikan keuntungan, terutama
sekali syarikat yang tidak sealiran dengan urusan utamanya? Bukankah ini
memberi peluang kepada Renong untuk lebih mampat dalam tumpuan niaganya?
Banyak konglomerat di Asia seperti Samsung di Korea, C.P Group di Thailand,
dan First Pacific di Hong Kong telah dipaksa melucutkan beberapa aset
utamanya untuk mengurangkan bebanan hutang dan membolehkan kerja-kerja
pemulihan dan melangsingkan operasinya.
Niat Mahathir mungkin merupakan sesuatu yang mulia apabila dia memilih
beberapa konsesi kerajaan untuk memajukan permodalan tempatan. Tetapi cara
beliau memilih calon juara itu sudah menghimpit negara ke bibir kemuflisan.
Semua ini tentu tidak akan terjadi seandainya proses pemilihan itu
dilaksanakan secara telus (dan bersih cekap dan amanah - penterjemah) dan
berasaskan kriteria selain daripada hubungan politik dan keakraban
persendirian. Kepentingan politik dan persendirian dalam usahasama korporat
itu ternyata sudah menghalang kerajaan dalam usahanya melaksanakan reformasi
pengkorporatan yang sememangnya amat diperlukan itu.
--- Dr. Terence Gomez ialah seorang 'political economist' di Universiti Malaya.
Terjemahan SPAR-03-019 ....Tamat.... Aliran Monthly National interest or vested interest? - Part 2
by Dr Terence Gomez However, the criteria for determining who should be bailed out were based
on a variety of considerations. Renong and Proton, it seems, had to be saved to prevent Mahathir's grand
visions of creating Malay conglomerates and developing Malaysia's car
industry from being derailed. There may have been personal reasons behind other bailouts. The Opposition
parties charge that the government had acquired MAS equity at an inflated
price to bail out Tajudin's companies, which are deeply in debt.
There appeared to have been some differences among political elites as to
whether there should be bailouts. The government's acquisition of corporate
assets owned by Mirzan's debt-ridden firm, through a Petronas-controlled
public company, was widely reported to have contributed to the problems
between Mahathir and then Deputy Prime Minister, Anwar Ibrahim.
When these bailouts were implemented, no one seemed to have asked how these
projects were conceived and whether their contracts were awarded in an open
and transparent manner. The viability of the heavy industrialisation plan, specifically the
Malaysian car project, had been widely questioned, even by members of
Mahathir's cabinet. The privatisation of the Bakun Dam was widely
protested, among other reasons, because Ekran had no previous experience in
dam construction. Similarly, when MAS's privatisation to Tajudin drew
public criticism because he had not been involved in the airlines industry.
Thus, well before the 1997 financial crisis, the selective distribution of
costly privatised projects without open tender had sparked criticisms of
favouritism and lack of transparency and accountability in the Mahathir
administration. Picking Winners Mahathir, however, was genuinely confident of his ability to 'pick winners'
who would help him achieve his vision of creating a class of Malay
capitalists. Later he picked non-Malay capitalists, too. Francis Yeoh and
T. Ananda Krishnan, for example, secured power supply and
telecommunications licences respectively although they did not have the
requisite experience in these industries. But both managed to develop their
enterprises through joint-ventures with foreign firms and acquired know-how
in the process. But Renong has shown little sense or direction in the way it was developed.
Renong's huge debts were accumulated through a pattern of growth based upon
the acquisition of companies in almost all major industries.
The government would also argue that Renong and Halim had been used to
serve the 'national interest'. According to the Asian Wall Street Journal
(17 March 1999), Halim had been instructed by the government to acquire the
ailing National Steel Company (NSC) in the Philippines, a firm owned by
politician-cum-businessman and former Member of Parliament, Joseph Chong.
Halim had planned to inject NSC into Renong, but could not do so because of
the latter's debt burden which was exacerbated by the financial crisis.
Halim may have been instructed to take over NSC, ostensibly because it was
in line with Mahathir's desire that Renong expand its activities abroad and
diversify its interests. Yet, was Renong qualified to move into this
business? Was the viability of the venture adequately assessed given the
problems that Perwaja Steel faced in the same industry in Malaysia?
Given also the covert manner of the NSC takeover, effected through the
Hongkong-based Hottick, and the debt burden the latter accumulated in the
process, it would appear that 'national interest' was a convenient
explanation to justify a monumental mistake. To acquire NSC, Hottick
secured loans, apparently without collateral, from government-owned Malayan
Banking and Bank Bumiputra, as well as RHB Bank and Bank of Commerce.
Despite Renong's massive debts, the government implemented a merger of Bank
of Commerce and Bank Bumiputra, which gave Renong a large stake in the
newly enlarged banking concern. This raised concerns over the possibility
for further abuse of the enlarged banking enterprise. Meanwhile, Hottick's
loans amounting to RM3.09 billion were taken over by the government agency,
Danaharta. Important Questions Other important questions can be raised about bailouts in the 'national
interest'. Is it necessary to have a company of Renong's size as a symbol of the
development of Malay capital, especially when clearly this private firm
does not represent the interests of all Bumiputeras? Who remains
accountable for Renong's pattern of growth that contributed to its debt
problem? Should public and state-owned enterprises and institutions be used
to bail out Renong? And why could not Renong reduce its debts by divesting its interests in
companies that were still quite profitable, particularly those in non-core
activities? That would have forced Renong to be more focussed.
Other conglomerates in Asia, including Korea's Samsung, Thailand's CP Group
and Hong Kong's First Pacific, had been forced to divest key assets to
reduce debts, and reassess their style of business and rationalise their
operations. Mahathir's intentions might have been honourable when he selectively
distributed government concessions to develop domestic capital. But his
process of 'picking winners' has been very costly for the nation.
This need not have happened if the selection process had been transparent
and based on criteria other those of political or personal affiliations.
Such political and personal interests in corporate ventures now hinder the
government from instituting urgently needed corporate reforms.
--- Dr Terence Gomez, a political economist at University of Malaya, has published extensively on politics and business in Malaysia. |