Laman Webantu KM2A1: 4685 File Size: 18.6 Kb * |
TAG SP 158: Mahathir - Politik Kesyaitanan Yang Menjijikkan By Spirit of Truth 10/6/2001 10:43 pm Sun |
[Peristiwa pembunuhan bercorak kaum atau agama di Bukit Jenalik
(Sauk) dan ADUN Lunas - dan kini rompakkan bersenjata di bank telah
menyerlahkan sesuatu. Mahathir melalui polis bertopengnya dan hakim
serta penulis upahannya sedang melakar strategi agar PAS dan keADILan
dapat disinonimkan dengan keganasan agar dijauhi oleh kaum Cina dan India
serta penganut ugama bukan Islam di negara ini - jika tidak BN akan
terhumban dalam pemilu nanti. Memang jijik permainan politik Mahathir. Tetapi apa yang dilakarnya kini
sudah menjerut tengkuknya sendiri. Rakyat sudah dapat menelah beliaulah
di belakang semua rancangan putarbelit yang gila sehingga sanggup melayangkan
beberapa nyawa untuk tujuan terkutuk ini.
- Editor] FeU: http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_81.html
(Mahathir - Satanic Politics At Its Worst)
Oleh: Spirit of Truth Semakin terserlah kini bagaimana Mahathir yang merupakan
seorang pemimpin zalim yang dibenci oleh rakyat marhaen masih
cuba meronta-ronta memperkasakan cengkamannya terhadap kuasa
yang masih lagi ada di tangannya. Belum pernah lagi dalam
sejarah politik Malaysia moden, seorang pemimpin menunjukkan
sikapnya yang rakus untuk terus berkuasa dengan masa
pinjamannya. Rakyat marhaen Malaysia memerhatikan dengan
penuh kejelekan bagaimana diktator ini terus memutar-belitkan
segala isu songsang dan pelbagai peristiwa yang sengaja
diada-adakan sedangkan semua itu adalah satu penipuan dan
pembohongan untuk menyorokkan segala dosanya. Kehangatan
politik terus mencanak selari dengan segala kehampaan seorang
penzalim yang terus terdesak. Kini dia terus dihantui
ketakutan memikirkan segala deraan yang perlu dialaminya
kerana kerja-kerja menimbun korupsi yang semakin membebani
pemikirannya. Kemusnahan Mahathir yang sungguh bersejarah itu
sudah semakin menghampiri ambang kenyataannya walaupun dia
terus tergagap-gagap mencuba bertipu helah dan merencana
pergerakannya sambil terus mendedahkan segala kejijikan yang
mempercepatkan kejatuhannya. Kedegilan Mahathir Menghancurkan UMNO - BN
Kerana terlalu degil melepaskan kuasa yang dirangkulnya
melalui segala tipu helah ketika pilihanraya umum, si
penyangak ini sudah pun diserang satu penyakit yang pelik
yang disebabkan oleh tabiatnya sendiri yang semacam sudah
meracuni pemikirannya, menyebabkan beliau bertindak dengan
berbuat silap secara berurutan, menanggung dosa secara
berjuraian, berbohong tanpa henti dan terus berusaha untuk
menipu dan mengugut rakyat marhaen lagi dengan
menyalah-gunakan kuasa polis, media dan badan kehakiman yang
tidak pun memberikan hasil yang diharapkan. Kelentongan
politik beliau sudah semakin kehilangan bisanya, haprak dan
tidak berguna. Rakyat marhaen sudah semakin lali kepada
'sandiwara' beliau sehinggakan beliau sudah menampakkan
unsur-unsur akan dikejangi serangan angin ahmar. Gelagat
penyangak Mahathir sudah membuatkan rakan komponen gagasan BN
semakin meloya dan mual. MCA kini sudah pun terbelah hingga
ke tulang sumsumnya. Ahli-ahli MIC sudah semakin bingung dan
keliru kerana tidak lagi mampu memahami kewajaran gelagat
Mahathir yang semakin kalut itu. Penyelidikan rambang
mendedahkan semakin ramai warga India yang semakin faham
bahawa Mahathir adalah punca segala masalah yang melanda
negara. Mereka juga faham bahawa Malaysia akan menjadi negara
'pariah' seandainya sampah yang sudah pupus tarikh tempoh
gunanya tidak dihumban ke dalam penunuan pembakaran sampah
(incinerator). UMNOBN sudah semakin bankrap dan ketandusan
idea dan maruah diri. Mereka sudah menjadi terlalu taksub
sehingga sanggup membuang masa cuba meyakinkan rakyat
Malaysia agar mempercayai bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang
penjenayah, sedangkan rakyat marhaen sedar dan faham bahawa
semua itu adalah pembohongan yang dirancang oleh Mahathir.
UMOBN sudah tidak ada pilihan melainkan mengnyahkan Mahathir
seandainya parti itu mahu terus bernafas lega.
Kenyataan 'politik' Polis Diangggap sebagai sebahagian
'Pembohongan Mahathir'. Rencana pembohongan polis bermula dengan pembabitan beberapa
orang penagih dadah yang dipaksa dan diupah untuk mengaku
kepada satu kenyataan palsu dalam satu kes rogol yang
membabitkan Rahim Tamby Chik. Sejak itu sebarang kenyataan
polis yang ada kaitannya dengan dunia politik UMNO-BN memang
boleh dipertikaikan. Kenyataan polis seperti tuduhan jenayah
Anwar Ibrahim, akuan paksaan oleh Munawar Anees, cabutan
kenyataan palsu Sukma, pembohongan Azizan di mahkamah, isu
menuduh Anwar mempunyai tiga bilion dollar, Sandiwara Al
Maunah, bom dan pelancar roket Ezam dan hubungannya dengan
kumpulan gerila pemisah, dan yang terkini ialah pembabitan
kumpulan fanatik yang membunuh Joe Fernandez adalah merupakan
satu siri pembohongan yang sengaja direkacipta menjadi
konspirasi, plot dan skim pembohongan oleh Mahathir. Dia
melakukan segala kerja penipuan yang sungguh menjijikkan
kerana penyangak ini mahu menunggukan masa sambil
mengharapkan satu ruang yang bersesuaian untuk membolehkannya
memperbaiki martabat dan air-mukanya. Kerana kebenaran sudah
tidak lagi menjadi pedomannya, segala usaha yang dilaksanakan
oleh satu kumpulan mafia pilihan Mahathir itu yang dianggotai
oleh beberapa ahli politikus yang korup, kroni yang dibantu
oleh anggota polis yang diupah, dan dibantu oleh segelintir
hakim yang rakus dan rasuah, hanya akan mendedahkan segala
kerja-kerja bajingan Mahathir yang sudah pun ditakdirkan
berada di ambang kehancurannya. Mengaitkan pembunuhan Joe Fernandez dengan kumpulan ekstrimis
Islam yang sengaja diada-adakan bertujuan mencetus perpecahan
antara ahli beragama Islam dengan yang bukan Islam dalam
Barisan Alternatif. Seseorang pengamat yang waras akan berupaya memahami
kerja-kerja penyangak yang merencana Episod Al- Maunah di
Gerik menjadi satu sandiwara dan mengaitkannya pula kepada
kematian Joe Fernandez. Yang terbunuh dengan kejam di dalam
sandiwara Gerik (Bukit Jenalik) itu ialah seorang yang
beragama Kristian, dan seorang yang beragama Hindu. Dua
kematian itu dituduh dilakukan oleh kumpulan ekstrimis Al
Maunah. Demikianlah gambarannya. Tetapi, kenapakah orang
Islam membunuh seorang Kristian dan seorang Hindu, merupakan
satu misteri yang amat jelas motifnya. Ia adalah bertujuan
mencetuskan permusuhan antara PAS dan masyarakat bukan Islam.
Kini, satu kumpulan perompak dan pembunuh yang semuanya
dikatakan daripada kumpulan ekstrimis Islam didapati
bertanggungjawab dengan pembunuhan Joe Fernandez, kerana Joe
Fernandez dikatakan giat berdakwah mengembangkan ajaran
Kristian di kalangan orang Islam. Jelas, inilah satu lagi
sandiwara untuk mencetuskan perasaan benci antara PAS dan
orang bukan Islam, sebagai satu motif politik untuk
memecah-belahkan semangat setiakawan di kalangan pelbagai
kaum dan agama yang berpayung di bawah panji-panji Barisan
Alternatif. Putar-belit politik Mahathir sudah kehilangan bisanya. Dia
cuba memainkan semula segala putar-belit lama yang semua
rakyat Malaysia sudah lama faham. Kematian Joe Fernandez
tidak ada kena mengena dengan kumpulan ekstrimis Islam. Pihak
polis dikerah untuk membuat kenyataan itu untuk menyenangkan
UMNO yang amat berharap orang bukan Islam akan keluar dan
mencemuh PAS. Mengikut cerita sebenarnya, ramai pemimpin
tertinggi MIC yang sudah sedar kemungkinan berlakunya
pembunuhan di kalangan pucuk pimpinan MIC. Kerana itu
kematian Joe Fernandez adalah satu berita yang tidak
mengejutkan mereka. Lagipun Joe sudah dilihat sebagai satu
ancaman politik kepada Samy Vellu. Joe memang aktif sebagai
jerung-ceti haram. Dia memberikan pinjaman kepada pihak yang
mahukannya di kalangan masyarakat miskin di Lunas. Para
pengutip hutangnnya bersikap ganas laksana samseng sambil
menghisap darah melalui wang pinjaman yang disediakan oleh
Joe. Di samping itu Joe kerap memuaskan nafsu syahwatnya
terhadap gadis-gadis sunti di kalangan masyarakat India.
Pihak polis boleh mencuba kelentong lagi kepada orang yang
tidak tahu-menahu, tetapi perkara ini akhirnya akan
terbentang juga dengan segala kebenarannya.
Keadilan Melonjak Apabila Rakyat Semakin Dahagakan Politik
Yang Bersih. Di mana sahaja kita berpergian, semakin ramai orang yang
menunjukkan minat kepada lambang Keadilan (cedilla).
Masyarakat India dan Cina sudah melihatkan adanya cahaya
harapan dalam Keadilan dan masa depan Malaysia. Semakin ramai
rakyat marhaen yang sedar bahawa Mahathir adalah akar umbi
segala masalah yang melanda negara. Mereka sudah akur bahawa
Mahathir bersama para kroni, pak-pacak, sukusakat yang
sentiasa lapar dan rakus serta korup itu adalah penyebab
krisis politik, kepincangan ekonomi dan kegoyahan suasana
harmoni negara. Rakyat Malaysia mahu melihat kepupusan BN dan
kemunculan satu budaya politik yang baru, yang tidak lagi
dinodai oleh amalan korupsi persis amalan UMNOBN. Hari demi
hari, semakin ramai orang yang menganggotai Keadilan dan
semakin banyak cawangan parti itu yang diwujudkan sehingga
meluaskan lagi jaringan sokongan akar umbinya. ISA telah
membuatkan KEADILAN menjadi lebih terkenal dan diminati, para
pemimpinnya semakin mendapat penghormatan tinggi menjadikan
parti itu sebuah wacana untuk satu perjuangan tulen yang
menegakkan kebenaran dan keadilan. Rakyat Malaysia Yang Sudah Jemu Dengan Mahathir
Daripada setiap ceruk rantau Malaysia ini sudah semakin
lantang suara menyumpah Mahathir sebagai seorang ahli politik
yang kecundang, yang terlalu zalim dan terlalu taksub untuk
mencengkam kuasa dan mengumpul harta. Malahan di Gua Musang,
masyarakat Cina pernah berdemo terhadap Mahathir kerana
marahkan ISA. Setiap pertanda menunjukkan betapa kuasa
politik Mahathir sudah lingkup dan dia hanya menunggu masa
untuk ditangkap kerana korupsi dan segala jenayah yang
dilakukannya. Mahathir sudah menjadi satu lambang kezaliman,
penghayatan kerja-kerja rasuah, dan penonjolan watak
kebencian dan kekejaman. Dia semakin terjerumus ke dalam
jurang pengaiban yang berkekalan, dan akan dikenang sebagai
seorang manusia berhati syaitan yang pernah memerintah dengan
segala kezaliman yang tidak ada tolok bandingnya lagi.
Masanya sudah pun tiba. Kalau mahu mencanai besi waja
memanglah sesuai ketika ia merah menyala. Mahathir sudah
semakin lemah dan semua pertanda menunjukkan kuasanya yang
semakin terhakis. Sahabat yang dipercayainya dulu sudah
semakin ramai yang menyisihkannya. Dia sudah semakin
terpencil sehinggakan tidak ada peluang untuk kembali
terampil. Dia mesti dinyahkan untuk menyelamatkan Malaysia
daripada segala tempias kebajingannya.
-Semangat Kebenaran- (Spirit of Truth) Rencana Asal: Dying convulsions of a forgone defiant despot is becoming
glaringly clear as the people rejected Mahathir impulsively
struggles to justify his illegitimate hold on power. Never in
the history of modern Malaysian politics, a leader has
demonstrated such ruthless cruelty to cling on to power with
borrowed time. Malaysians watch with aghast, as the dictator
relentlessly orchestrates mind deflecting issues, incidents
and events all baseless, unfounded and far from true to hide
his political sins from the eyes of Malaysians. The political
heat mounts as the desperation of the tyrant increases,
aggravating further his great fear of punishment for the
astronomical corruption that looms over his head. Mahathir
infamous doom is definitely at hand as he falters, slips and
miscalculates his moves, exposing him further and rendering
him more vulnerable to collapse. Mahathir's defiance wrecks UMNOBN
Reluctant to give up power which he usurped through a
fraudulent election, this scoundrel has been affected with a
strange malady, a self inflicted fear, that seems to have
poisoned his rational mind, leading and forcing him to commit
error after error, sin after sin, lie after lie and his
attempts to deceive and intimidate the people by abusing the
police force, media and the judiciary seems not producing the
expected effects. His political trickery is becoming
progressively impotent, effete and hopeless, the people have
become immune to his "sandiwaras" leaving the despot almost
paralysed. Mahathir political idiocracy is making his
coalition "fed up". MCA is divided to its bones, MIC members
are becoming perplexed and confounded, unable to see the
rationality of Mahathir's confusing acts. Informal survey
reveals that more and more Indians are beginning to
understand that Mahathir is the root cause of all the
problems, and Malaysia will become a "pariah" state if this
outdated political garbage is not put into the incinerator.
UMNOBN is becoming bankrupt of ideas and credibility. They
seem to be preoccupied and obsessed with trying to convince
the Malaysian into believing Anwar Ibrahim is a criminal,
which the Malaysians now know as the lie concocted by
Mahathir. UMNOBN has no options but to get rid of Mahathir if
it ever wants to survive. Police "political "statements will be perceived as part of
Mahathirian "lie package" Ever since drug addicts were forced to falsely confess in
the Rahim Thamby Chicks rape case, any politically linked
police statements will be sensed with a pinch of salt. Police
statements like the Anwar Ibrahim crime allegations, Munawar
Anees forced confession, Sukma's extracted false evidence,
Azizan's lies in court, Anwar Ibrahim's Three billion dollar
issue, the Al Maunah fabricated debacle, Ezam's bombs and
separatists guerilla fabricated links, and now the Islamic
extremist and Joe Fernandez's murder are all a series of
connected lies, schemes, plots and conspiracies of a
blundering Mahathir, trying to buy time, hoping that with
that time he can salvage his image. Nay, far from truth, such
attempts by a skillfully planned Mahathir's political mafia
group, comprising mainly corrupt politicians and cronies
aided by a castrated police, coupled with some enslaved
corrupted judges, will only futher expose the evil handiwork
of Mahathir, whom destiny will ultimately destroy .
Linking Joe Fernandez's murder with created Islamic extremist
is to create enmity between Muslims and non Muslims in the BA
Any fair minded observer will at once recognise the evil
handiwork that motivated the Grik Al Maunah sandiwara and the
linking of the death of Joe Fernandez. Killed without mercy
in the Grik sandiwara were one Christian, and one Hindu. The
killing allegedly done by Al Maunah Muslim extremist, it
seems, but why a Muslim killing a Christian and a Hindu, the
motive is clear, to create enmity between PAS and the non
Muslims. Now a bunch of robbers and murderers all supposedly
Islamic extremists have been responsible in the killing of
Joe Fernandez, because Joe Fernandez was teaching
Christianity to Muslims. Another sandiwara to create enmity
between PAS and the non Muslims, with the political motive of
breaking the growing unity of the races under the umbrella of
BA. Mahathir's political trickery has run out of its sting.
He is trying to do old tricks which every Malaysian has
understood. Joe Fernandez death has nothing to do with
Islamic extremists, the police is forced to make the
statement for UMNO, hoping that non Muslims will reject PAS.
As far as the fact goes, MIC close circles were aware prior
to Joe's death that, one of the MIC top guns will be killed,
besides Joe was a threat to Samy Vellu. Joe was also a loan
shark to the poor Indians in Lunas area, his gangster
collectors were sucking the blood of the poor throw loans
given by Joe. Besides Joe has used many Indian girls for his
carnal pleasure, the police can bullshit to the fools but not
to all Malaysians, sooner or later this truth will become
apparent. KeADILan skyrockets to greater strength as Malaysians yearn
for multiethnic honest politics Wherever we go, more and more people are showing great
interest to Keadilan. Indians and Chinese are seeing in
KeADILan the ray of hope, the future of Malaysia. More and
more people have realized that Mahathir is the root cause of
all the problems, they have identified him and his money
hungry corrupt kith and kin with the drones of cronies and
the chief cause of the political crisis, disharmony and
economic collapse. Malaysians want BN to rest in peace and a
new political culture, far removed form the corrupt laden
culture of UMNOBN to be created. Day by day more and more
people are joining KeADILan in hordes, with more branches and
networks created to lead its broad support base. ISA has made
KeADILan more popular and famous, its heroes have been
enrolled into the roll of honour, rendering it as a party
animated by a genuine struggle for truth and justice.
Malaysians becoming fed up with Mahathir
From every nook and corner of Malaysia voices condemning
Mahathir as a failed politician, far too cruel, obsessed with
power and money. Even in Gua Musang, the Chinese have
demonstrated against Mahathir' ISA cruelty. There is every
indication that Mahathir is ruined politically and the
possibility that he will be ultimately arrested for
corruption and crimes seems much brighter. Mahathir has
become the symbol of cruelty, the embodiment of corruption,
the personification of hatred and evil. He is sinking into
the abyss of eternal condemnation, to be forever remembered
as the satan in human form, who ruled with ruthlessness and
cruelty unheard of in the past. The time is ripe, let us strike when the iron is hot,
Mahathir is getting weaker and weaker, all pointers are
indication his power is diminishing, he trusted friends are
deserting him and he is isolated to the point of no return.
He must be eliminated to save Malaysia from his havoc.
|