Laman Webantu KM2A1: 4686 File Size: 11.4 Kb * |
TAG SP 159: Bank-bank Mula Menekan Syarikat Kroni Daim By Eddie Toh 10/6/2001 11:04 pm Sun |
[Mampukah bank-bank mengejar hutang piutang anak-didik Daim?
Jika bank luar itu bolehlah dijangkakan tetapi kalau bank tempatan
jangan diharap itu akan dapat dilaksanakan melainkan sedikit kegemparan
yang menyalak bukit sahaja. Mahathir tidak mungkin tidak tahu menahu
langkah Daim menggunakan dana awam. Ia dibiarkan agar Daim dapat dihumban
mudah bila diperlukan untuk menunjukkan hebatnya membanteras politik wang.
Apa yang berlaku kepada bank bumiputra dan skandal BMF dan Perwaja sudah
cukup untuk mengajar kita petualang sebenar akan disembunyikan walaupun ada
nyawa yang sudah terkorban atau berbilion menghilang. Kalau tertangkap pun
cuma kambing hitam yang meminjam nama agar si setan terlepas kegirangan.
Meminjam nama pun menjanjikan pulangan yang memuaskan jika tidak tiada siapa
yang ingin berkorban. Begitulah dahsyatnya politik wang....
- Editor] (Banks may step up pressure on Daim-linked firms)
Oleh: Eddie Teoh Sebuah bank telahpun memulakan satu tindakan memanggil balik
hutang bertapuk (NPL: Non-Performing Loan) sebuah syarikat
yang dikuasai oleh anak-didik Daim Zainuddin. Tindakan ini
mungkin ditiru oleh bank-bank yang lain ekoran pengunduran
Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan, minggu lalu, kata
seorang pegawai bank. 'Pengunduran beliau memang ada
tempiasnya. Saya agak adalah selamat kalau dikatakan ada
pihak yang tidak mungkin dapat bertahan,' kata CEO sebuah
bank komersial kepada BT (Business Times)
Namun tambahnya, 'Bank seharusnya tidak terlalu ghairah
menuntut balik hutang itu. Kita akan cuba bersikap
professional dan rasional.' Mengikut pendapat beliau sektor
perbankan yang mengandungi 10 bank induk tempatan dan
berdozen lagi bank asing yang didaftarkan di negara ini -
belum lagi menunjukkan taring mereka terhadap
syarikat-syarikat yang ada hubungannya dengan mantan
maharajah ekonomi (ehek...ehek...!) itu.
Komen-komen di atas muncul apabila ada ura-ura oleh
Bayerische Ladesbank Girozentrale menutup Land & General
(L&G) yang dikuasai oleh Wan Azmi Wan Hamzah, salah seorang
anak-didik Daim. Pada Khamis lalu, L&G telah melaporkan
betapa Landesbank telah menuntut pembayaran US$14.8 million
(S$26.8million) dalam masa tiga minggu. Kegagalan
melunaskannya akan menyebabkan petisyen penggulungan terhadap
syarikat pemaju hartanah yang tersenarai di BSKL itu.
Bayerisch dijangka melaksanakan ugutan ini kerana L&G telah
mengatakan bahawa ia 'mempunyai masalah untuk memuaskan'
tuntutan disebabkan ia sedang dalam proses mengubah-atur
urusan pembayaran tergendala berjumlah USS100 million yang
melibatkan pengeluaran bon. L&G merupakan hanya sejentik puncak gunung airbatu, kerana
senarai nama-nama syarikat yang dikendalikan oleh proksi Daim
memang terlalu panjang. Antaranya termasuklah Renong, United
Engineers Malaysia (UEM)dan MAS. Pengamat pasaran berkata sudah nampak riak mendung yang kelam
berlegar di atas semua syarikat ini ekoran pengunduran mantan
maharajah ekonomi itu. Pengunduran itu memang telah lama
dijangka selepas berlakunya pertelagahan antara beliau dan
Perdana Menteri Mahathir mengenai pelbagai isu.
Dua pemimpin ini dikatakan mula tidak sehaluan selepas
tersiarnya rencana pencantuman bank di tahap pusingan satu
pada 1999 dulu dan selepas 'Singapore Telecommunications'
gagal melibatkan diri di Malaysia tahun lalu. Dr. Mahathir
dikatakan tidak merasa senang dengan sikap Daim memihak
kepada Tajudin Ramli ketika menyelamatkan MAS dan cara beliau
melayan kerenah syarikat-syarikat lain yang dikuasai oleh
individu yang dikatakan anak-didiknya.
Sebagai contohnya, keluaran Far Eastern Economic Review yang
terkini ada menyebut bagaimana Dr. Mahathir ada memberitahu
pihak tertentu betapa dia tidak diberikan taklimat yang jelas
mengenai urusniaga syarikat penerbangan itu dan dia juga
'tidak tahu langsung' akan pembabitan dana pencen dalam
urusan yang memalukan pada pelancaran IPO (tawaran awalan)
Time dotCom. Sama ada persengketaan itu sesuatu yang benar ataupun hanya
lakonan semata, ramai pengamat berpendapat bahawa Mahathir
tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima peletakan
jawatan Daim. Mereka berpendapat, pengunduran Daim itu akan
menghakiskan persepsi wujudnya kronisme sebelum bersidangnya
UMNO pada akhir bulan ini dan juga pemilu penting 2004 nanti.
UMNO merupakan tiang-seri kepada BN, gagasan parti yang
sedang memerintah. Namun demikian, para pengamat berkata bukannya mudah menuntut
balik hutang yang tidak terlunas itu daripada beberapa
syarikat yang ada kaitannya dengan Daim. Segelintir syarikat
yang terbabit itu sudahpun dilindungi oleh agensi
penyelesaian hutang negara (CDRC: Corporate Debt
Restructuring Committee) Sebagai contohnya, Halim Saad yang merupakan anak-didik Daim
yang paling terkemuka, telah menyusun-atur pinjaman jangka
pendek Renong dan UEM di bawah kelolaan CDRC. Namun, banyak
lagi syarikat Halim yang masih menggelupur untuk menjual
asetnya seperti yang dimestikan oleh CDRC.
Masalah yang menghantui Renong akan menjadi lebih remuk dan
redam disebabkan arahan Mahathir agar dikaji semula semua
tindakan pengurusan Daim mengenai pengeluaran bon bernilai RM
6 bilion (S$ 2.9billion) untuk menyelamatkan dua pengusaha
pengangkutan aliran ringan yang sedang menggelupur juga,
apalagi salah sebuah syarikat itu dipunyai oleh Renong juga.
Begitu juga dengan nasib Technology Resources Industries
(TRI) dan syarikat sekandangnya CELCOM (urusan telefon bimbit
selular) yang dikuasai oleh Tajuddin Ramli - masih samar lagi
walaupun para pemiutang telah memberikan kelonggaran untuk
culas membayar hutangnya pada tahun yang lalu.
Gan Kim Khoon ketua penyelidik Arab-Malaysia Securities telah
berkata CDRC sepatutnya diberikan kesempatan menyudahkan
kerjanya untuk menyelesaikan secara saksama masalah yang
menghantui si penghutang dan si pemiutang. 'Penyelesaian yang
menyenangi semua pihak harus dicapai kalaulah mereka mampu
menyusun-atur hutang yang ada.' Namun demikian, pelbagai perubahan yang terlalu mendadak yang
mewarnai perbankan Malaysia sejak dua tahun yang lalu telah
memaksa para pegawai bank bersikap lebih berwaspada untuk
mengawasi kepentingan mereka.
Terjemahan SPAR-03-020 Rencana Asal: BTS Banks may step up pressure on Daim-linked firms Wan Azmi's
L&G first to be hit with lender recalling US$14.8m NPL
By Eddie Toh WITH one bank having started the ball rolling in recalling a
non-performing loan (NPL) to a company controlled by a
protégé of Daim Zainuddin, other bankers may pursue similar
actions following the resignation of the finance minister
last week, said bankers and analysts. 'His departure does
have a bearing. I guess it's fair to say that related parties
will not be as well protected,' the CEO of a commercial bank
told BT. But he added: 'Bankers should not be rash in demanding their
loans. We will continue to be reasonable and professional.'
He said the banking sector - comprising 10 local 'anchor'
banks and a dozen locally-incorporated foreign banks in the
country - has yet to flex its muscle against firms linked to
the ex-economic tsar. The comments came in the wake of a move by Bayerische
Landesbank Girozentrale threatening to wind up Land & General
(L&G), controlled by Wan Azmi Wan Hamzah, one of Mr Daim's
protégés. On Thursday, L&G said Landesbank demanded US$14.8
million (S$26.8 million) within three weeks. Failure to do so
will result in a winding-up petition against the listed
property developer. Bayerische is expected to carry out its threat as L&G has
said it is 'constrained to meet' the demand as it is in the
midst of restructuring its defaulted US$100 million bond
issue. L&G could well be the tip of the iceberg. This is because the
list of companies helmed by tycoons seen as protégés of Mr
Daim is long. They include Renong, United Engineers Malaysia
(UEM) and Malaysia Airlines (MAS). Market watchers say a cloud hangs over the future of these
companies following the exit of the former economic czar. His
departure has been speculated to follow a rift between him
and Prime Minister Mahathir Mohamad over a host of issues.
The two leaders are said to be at odds over the first banking
merger blueprint in 1999 and Singapore Telecommunications'
failed attempt to enter Malaysia last year. Dr Mahathir was
also said to be uneasy with the apparent favouritism
displayed by Mr Daim in the bailout of Tajuddin Ramli from
MAS and his treatment of other companies controlled by
businessmen seen to be his protégés.
For instance, the latest Far Eastern Economic Review said Dr
Mahathir had told certain party members that he had been
'inadequately briefed' about the airline deal while he 'knew
nothing' about the involvement of the pension funds in the
dismal initial public offering of Time dotCom.
Whether the rift is real or not, analysts said the premier
had no choice but to accept Mr Daim's resignation. They said
Mr Daim's departure may help remove perceptions of cronyism
ahead of the United Malays National Organisation's meeting
later this month and the crucial general election in 2004.
Umno is the linchpin of the Barisan Nasional, the national
coalition. But analysts said it would not be so straightforward to
recall loans from some of the indebted companies with
perceived links to Mr Daim. This is because some of them have
sought refuge under the national debt arbitration panel - the
Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC).
For example, Halim Saad, perhaps the most famous protégé of
Mr Daim, has restructured the short-term loans of Renong and
UEM under the guidance of the CDRC. But Mr Halim's stable of companies is still struggling to
sell assets as stipulated in the CDRC plan.
Renong's problems will be exacerbated by Dr Mahathir's decree
to review Mr Daim's earlier decision to issue RM6 billion
(S$2.9 billion) in bonds to rescue two light rail operators,
one of which is owned by Renong. Similarly, the fate of
Technology Resources Industries (TRI) and its cellular phone
arm Celcom - both controlled by Mr Tajuddin - is still
unclear although creditors had given them a reprieve last
year. Gan Kim Khoon, head of research of Arab-Malaysian Securities, said the CDRC should be allowed to finish its job of finding amicable solutions for lenders and borrowers. 'It could be a win-win situation if they could restructure the loans,' he said. But the sweeping changes in the Malaysian landscape over the last two years have also forced bankers to be more vigilant in safeguarding their own interests. |