Laman Webantu KM2A1: 4687 File Size: 7.0 Kb * |
Mak Cik Aishah melenting di Kamunting .... By matdeghih 11/6/2001 5:44 am Mon |
[Kalau dulu sdr Matdeghih melapurkan sebegitu terperinci kejadian
pengundi hantu di Lunas, kali ini satu lapuran menarik konfrontasi ibu
Ezam di Kamunting dengan pihak polis pula. Tidak terjawab nampaknya polis
di sini dengan hujah-hujah seorang ibu yang tidak punya sebarang bom
atau roket untuk membebaskan anaknya. Hanya makanan dan keluarga yang
perlu dibawa kerana itu lebih berkuasa untuk memukau manusia dari bom
atau roket yang ledakkan akan habis di situ sahaja. Tetapi kata-kata
dan kehadiran ibu Ezam di Kamunting itu akan menyebabkan ramai jiwa
terasa siapa penjenayah negara yang sebenarnya.
- Editor] Sun Jun 10 13:58:01 2001 Mak Cik Aishah melenting di Kamunting ...
Ramai yang hadir merenung dari jauh. Aku park kereta aku betui2 di
bawah pokok menghadap ke laluan masuk ke kem tersebut. Redup
dan mudah melihat apa yang terjadi. Tapi aku tak puas duk dalam kiter
... teruih kuar mundar mandir di pintu masuk. Seolah2 lagak SB aku ni.
Pasukan FRU dah sedia berbaris untuk menghadapi pelbagai
kemungkinan. Pukui 11.15, aku difahamkan rombongan keluarga tahanan dan
pengiring telah berada di Balai Polis Kamunting. Betui tak betui
wallahualam. Pukui 11.30, rombongan keluarga Shaari Sungip sampai. Diperiksa
kiternya ... bonetpun kena buka ... manaler tahu kut2 ada bom ker.
Kalo tak salah aku dua kiter rombongan Shaari tu. Berkerumun semua
wartawan ... wartawan Cina ... wartawan mat salleh ... wartawan
Melayu. Selepas itu, keluarga Tian Chua pula sampai. Sesampai sahaja,
rombongan itu dikerumuni wartawan dan SB. SB sibuk memeriksa luar
dan dalam kereta keluarga Tian Chua. Selang beberapa minit, keluarga Ezam dan Hishamudin Raispun
sampai. SB dan wartawan macam biasa ... sibuk nyemedang. Isteri
Ezam melambai sambil mengucapkan salam reformasi sebaik sahaja
sampai. Kereta keluarga Ezam dikerumuni SB sehingga tidak
menyelesakan keluarga yang datang untuk melawat. Bonet disuruh
buka ... wartawan menghalakan muncung kamera ke bonet ... dibuka ...
nampak sekilas pandang bekas2 makanan untuk makan berkelah ...
baru puas SB ... nampak kut roket launcher yang dibawa ...
Emak Ezam mulai rimas dengan kerenah polis. Melenting sakan dia.
Nampak jer kamera wartawan, lagi bersemangat dia. Menuding jari
telunjuk ke muka polis satu demi satu.
"Ko ingat Madey tu berkuasa ker ... tuhan lagi berkuasa. Ingat
Malaysia ni kepala bapak Madey tu punya. Polis patutnya jaga
rakyat, bukannya jaga Madey. Kamupun ada keluarga ... kamupun
ada anak ... kamupun ada emak. Apa rasa kamu kalau keluarga kamu
dibuat macam penjenayah. Penjenayah ker anak aku. Sape yang
Ezam dah bunuh. Sape?" "Kamu makan duit rakyat, kamu nak ker makan duit yang rakyat tak
halalkan ... Aku emak dia nak tengak anak sendiripun di layan macam
penjenayah. Dia tu wira aku ... wira kamu ... bukan bacul macam kamu
... macam Madey tu". Di kelilinginya kawasan pintu masuk tu ... akupun kena tuding ...
"Ingat, aku tak akan maafkan salah kamu ... aku akan tuntut kat akhirat
nanti", beria benar Mak Cik Aishah menuding ke arah aku. Aku ni kan
ker SB. Aku pandang baju aku ... t-shirt jer ... kasut selipar jer ... isk
SB aku ni ... Tindakan berani Mak Cik Aishah telah menyebabkan polis bertindak
menyuruh semua kenderaan masuk ke dalam ... diperiksa di dalam.
Mungkin malam ni ada kata2 Mak Cik Aishah tu dalam BBC ...
mungkin Syabas Mak Cik Aishah ... aku bangga beribukan ko ... walaupun aku
bukan wiramu ... Pukui 11.45, aku bergegas pulang ... ke kenduri kakak aku ...
Salam reformasi ... meminjam kata2 Bahirah isteri Ezam ketika
memasuki pintu masuk Kem Tahanan ... aku orang pertama melambai
tangan kepada Bahirah ... nak aku ucapkan REFORMASI tetapi tak
terdaya kerana aku dikelilingi SB ... takut juga aku ni ...
Wallahualam Mat Deghih Rujukan tambahan: http://livenews.lycosasia.com/cgi-bin/get.pl?
pi_news_id=723432&pi_ctry=my&pi_lang=en
Protesters Rally Outside Detainee Camp In Malaysia
KAMUNTING, Malaysia (AP)--More than 100 demonstrators chanted
anti-government slogans Sunday outside a notorious Malaysian
prison camp where four opposition figures are being detained
without trial for up to two years. Relatives of the four men were allowed to visit them for the
first time since they were transferred out of police custody
and sent to the camp a week ago on the orders of Deputy Prime
Minister Abdullah Ahmad Badawi. Cars carrying the detainees' families were searched at three
police checkpoints before they were allowed into the camp.
Once inside, the detainees and their relatives shared lunch.
Outside the fence, opposition supporters demonstrated,
watched by scores of police carrying riot shields and guns
used to fire tear gas canisters The protest is the latest of several in recent days as part
of a stepped-up campaign against a crackdown on opposition
leaders and other anti-government figures, 10 of whom were
arrested in April under the tough Internal Security Act.
Under the act, police can hold a detainee for 60 days. After
that, the home minister can extend the detention with a
two-year order. Authorities are not required to bring
detainees before a court at any time.
Opposition, human rights and legal groups say Prime Minister
Mahathir Mohamad's government is abusing its power by using
the law against its political opponents. Abdullah, who is
also the home minister, said the detentions were to keep the
peace. Police claim the detainees threatened national security by
plotting to topple Mahathir's government through violent
demonstrations. The opposition denies advocating violence.
Of the ten opposition figures arrested in April, four are in
the Kamunting camp, two are in police custody and the rest
have been released - two on the orders of a judge and two by
police, without explanation. Kamunting, 190 kilometers north of Kuala Lumpur, has been
used to jail scores of political prisoners and religious sect
leaders over the years. Opposition leaders previously
detained under the security act have been released within 18
months. (END) Dow Jones Newswires 10-06-01 |