Laman Webantu KM2A1: 4688 File Size: 6.5 Kb * |
TAG SP 160: Enam Sudah Tumbang Berapa Lagi Tinggal Di Kandang? By Mohd. Afral Abdullah 11/6/2001 5:37 am Mon |
[Mahu tidak mahu Umno terpaksa juga membuang apa
yang kelihatan kotor pada bajunya untuk memikat hati
rakyat uang sudah jelik dengan kerenahnya. Walaupun
begitu baju-baju tersebut masih lagi DISIMPAN - cuma
ia tidak dipakai dan dipertontonkan sahaja! Ini bukan
namanya keikhlasan kerana kerusi DUN dan parlimen lebih
dipentingkan dari maruah dan imej bersih yang kununnya
diperjuangkan. Tidakkah ini semua bermakna yang terbuang
itu masih berguna kerana jika tidak ia akan langsung
dibuang? Umno sebenarnya sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang
sayang..... (Six Down, how many more to go, UMNO)
Oleh: Mohd. Afral Abdullah Seekor kerbau membawa lumpur, sekandang yang turut akan
terpalit.(Walaupun UMNO sudah menghukum enam pemimpinnya
sehingga kini dalam usaha mematikan politik wang dalam
parti). Ini mungkin dianggap satu kiasan tetapi amat tepat
dengan situasi yang dicerna oleh pemimpin-pemimpin penyangak
yang telah sekian lama menipu akar umbi, penyokong dan rakyat
jelata untuk mempercayai betapa kemenangan mereka semua dulu
adalah berasaskan mandat yang padu daripada kertas undi
daripada wilayah pengundian mereka. Setiap rakyat Malaysia yang waras memang tidak liat
mengalu-alukan sebarang usaha parti-parti politik
menghapuskan unsur-unsur yang tidak beretika di kalangan
anggota parti asalkan kerja-kerja itu dilakukan dengan niat
yang mulia. Enam orang pemimpin yang baru didenda dan dihukum oleh
Jawatankuasa Disiplin Parti nampaknya menunjukkan UMNO memang
serius menghentikan ancaman itu. Tetapi, bagaimana pula
dengan yang lainnya? Tindakan terhadap mereka memang cepat tetapi kenapa pula
terlalu lambat tindakan terhadap mereka yang masih berjawatan
besar dalam kerajaan dan mereka yang didapati rapat kepada
pemimpin tertentu dalam pucuk kepimpinan parti?
Secara peribadi, saya memang sukar dapat mempercayai bahawa
UMNO sudah 'bersih' kini ataupun 'kelihatan bersih' daripada
politik wang melainkan proses 'pencucian' itu dilaksanakan
dengan lebih serius lagi. Nampaknya proses itu akan memakan
masa sebelum ia mampu menjalar ke tahap yang teratas.
Menunggukan itu UMNO akan terus dilihat sebagai sudah
tercemar. Saya tidak begitu ambil pusing terhadap parti yang
ditinggikan pada 1998 itu. Yang mencuit perasaan saya ialah:
oleh kerana UMNO dan rakan koalisinya masih merupakan
kerajaan yang dikatakan sah di negara ini, kehadiran para
pemimpin dalam barisan kabinet yang ada, kalau tidak
diselidik akan merugikan rakyat dan negara akhirnya.
Sudah semakin penting agar rakyat Malaysia menjadi lebih peka
dan kuat mengamati akan persekitarannya, terutama sekali
mengenai isu kontroversi, dan terus bersatu dalam perjuangan
untuk memerangi ketidak-adilan, korupsi dan salahguna kuasa.
InsyaAllah, ia hanya memerlukan sedikit rangsangan untuk
majoriti rakyat negara ini, sama ada penyokong setia, ataupun
yang turut bersimpati, untuk mengundi barisan alternatif pada
pemilu yang akan datang. Sememangnya kita terpaksa jatuh dan terhantuk dulu untuk
membuat kesilapan yang lalu dalam sejarah mendapatkan
kematangan berpolitik untuk negara kita.
Terjemahan SPAR 03-021 Rencana Asal: Malaysiakini http://202.56.157.37/Letter/2001/06/2001060909.php3
Saturday June 9 Six down, how many more to go, Umno?
Mohd Afral Abdullah 3:00pm, Sat: One bad apple can spoil the whole barrel. (Though Umno
has to date, found six in their quest to end money politics within the
party). A cliché, but it aptly describes the situation created by the
rouge leaders who deceived party members, supporters and the
masses into believing that their victories were achieved following
absolute mandate secured in the form of votes from their respective
divisional electorate. Any responsible Malaysian would, in my opinion, find no difficulty to
welcome moves by political parties in eradicating elements of unethical
conduct by its members as long as it is done in good faith.
The six recently punished by Umno's disciplinary committee seemed to
indicate the latter's seriousness in stopping the menace, but the
question is, what about the rest? While the action taken against them was speedy, what took them so
long to act on those with positions in the government and those seen
to be close or aligned to particular leaders of the ruling elite?
I am sure, Umno wants 'clean' or at least 'seen clean' leaders at all
levels but can this objective be achieved if there is no readiness on
their part to investigate and subsequently punish those found guilty
irrespective of their positions in the party and government?
Personally, I find it hard to believe that Umno is now 'clean' or 'seen
clean' from money politics until and unless the process of 'cleaning' is
taken more seriously. It looks like the process of 'cleaning' Umno will take a very long time
before it reaches the highest level. Until then, the image of Umno will
continue to be seen as tarnished. I am not too concerned over what is happening in Umno, the party I
left in 1998. What bothers me most is the fact that since Umno and its
coalition partners are still the legitimate government of the day, the
presence of the said leaders in the cabinet line-up, if left unchecked,
would cost the people and country dearly.
It has now become pertinent for Malaysians to be more observant and
analytical, especially over controversial issues, and continue to stay
united in our struggle to fight against injustice, corruption, abuse of
power, etc. God willing, it will only take little persuasion for the majority of the
people, be it supporters or sympathisers, to translate their support
into votes for the alternative front in the coming elections.
We certainly have to fall, trip ourselves up and make mistakes as we
head towards political maturity.
|