Laman Webantu KM2A1: 4690 File Size: 11.8 Kb * |
TAG SP 161: Pengundi Hantu Yang Sudah Tentu By Spirit of Truth 11/6/2001 8:32 am Mon |
[Keputusan Hakim Muhammad Kamil Awang bahawa pilihanraya DUN
Likas tidak sah kerana dicemari pengundi hantu membawa implikasi
betapa kerajaan Umno/BN telah menipu. Sekaligus ini membayangkan
berdozen-dozen bas di Lunas itu memang berisi pengundi hantu dan
inilah faktor penting yang menyebabkan pelbagai kekalahan BA dalam
pemilu. Nampaknya semakin hari semakin teraib regim Umno/BN sekarang ini.
Kalau di Likas ia berlaku tidak mungkin ia tidak berlaku di tempat
lain. Apa yang menarik isu ini mungkin akan membuat kuncu BN di
Sarawak semakin tergolek. Akan mampuskah BN kali ini kerana hakim
sudah berani untuk tidak menyebelahinya lagi kerana tuhan itu lebih
ditakuti? Terjemahan SPAR-06-004
Pengundi Hantu Yang Sudah Tentu
(Election Riggging Confirmed) Oleh: Spirit of Truth Akhirnya kebenaran muncul juga sebagai juara! Di Likas,
Sabah, kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang dimenangi
oleh mantan Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee, kini
sudah diisytiharkan tidak lagi sah untuk beliau terus
pegangi. Pendedahan wujudnya pengundi hantu dalam daftar
pengundi menunjukkan wujudnya penipuan dalam pemilu yang
lalu. Ia juga mendedahkan kepada seluruh dunia betapa
UMNOBN hanya mampu menang melalui penipuan. Malahan
sepatutnya, keseluruhan pilihanraya itu mesti dikira
batal dan tidak sah dan satu pemilu yang baru mesti
dilaksanakan tanpa sebarang penipuan dan kepalsuan.
Tabik Hormat Dan Tahniah kepada Hakim Muhammad Kamil Awang
Ekoran jejak langkah yang dimulakan oleh Yang Arif Datuk
Hishamuddin, kini sebiji bintang berkerlipan sudah mula
bersinar di Sabah, membawa sinar yang bergemerlapan untuk
menyinari badan kehakiman. Datuk Muhammad Kamil Awang,
seorang Hakim Mahkamah Tinggi Sabah, telah mengeluarkan
satu penghakiman yang sungguh hebat dan tinggi maknanya,
mendedahkan sama segala kezaliman yang telah dilakukan
oleh regim UMNOBN pada pemilu di Sabah yang lalu. Hakim
yang bijaksana dan berani ini telah menyuarakan kebenaran
dan dia telah membuat satu penghakiman yang betul dan
menyelamatkan keadilan daripada diliw*t oleh
campur-tangan haram pihak penguasa, seperti yang
tertonjol ketika kes Anwar Ibrahim diadili dulu. Satu
ketika dulu penghakiman yang penuh kepalsuan oleh seorang
hakim pemabuk dan korup Augustine Paul dan yang amat
korup Ariffin Jaka telah semakin terserlah kepada
pemerhatian rakyat marhaen. Tahniah dan syabas Datuk
Muhammad Kamil. Semoga Allah memberkatimu dan
memeliharamu sepanjang masa. Pemilihan Samy Vellu Pun Mesti Diisytiharkan Tidak Sah
Oleh kerana pengundi hantupun pernah disahkan wujud dalam
daftar pengundi kawasan parlimen Sungai Siput, bererti
Samy Vellu mesti mengosongkan kerusi parlimen yang
dimenangi secara haram itu. SPR mesti bertindak dan
mengadakan pilihanraya kecil. Jika tidak, SPR boleh
dianggap sebagai khadam kepada Mahathir. BA seharusnya
memberitahu SPR dan para pengundi betapa Samy Vellu tidak
seharusnya diiktiraf sebagai seorang wakil rakyat dan MP
Sg. Siput yang sah. Kini kemelut yang menghantui
pilihanraya kecil Lunas sudah menjadi satu kenyataan.
Memang nyata BN telah menang dulu melalui putar belit dan
penipuan. Ini bererti kerajaan yang ada adalah satu
kerajaan yang tidak sah kerana tidak dilantik oleh
pengundian yang sah tetapi oleh pengundi hantu yang tidak
pernah wujud. Oleh kerana kerajaan BN bukan dilantik
secara sah, dan tidak boleh diiktiraf sebagai sebuah
kerajaan yang berdemokrasi dengan sahnya. Rakyat jelata
mesti menuntut diadakan satu pemilu terbaru dengan segera
untuk menentukan kerajaan yang sah dilantik secara bebas
dan saksama. Pengundi Malaysia Mesti Tolak Rejim Haram Mahathir
Setelah memahami bagaimana UMNOBN memutarbelit dan menipu
dalam pemilu yang lalu, rakyat Malaysia mesti memahami
bahawa rejim Mahathir sekarang ini telah merampas kuasa
untuk memerintah melalui penipuan. Kerajaan yang ada
bukanlah satu kerajaan yang sebenarnya dipilih oleh
rakyat. Kita mesti mengajar mereka, para pengundi mesti
menolak UMNOBN secara keseluruhannya. Hanya dengan cara
ini akan muncul sebuah kerajaan yang betul-betul memimpin
rakyat dan membangunkan negara. Satu pemilu mesti
dilaksanakan kerana UMNOBN tidak menerima mandat rakyat
secara sah. Jikalau di Likas, Lunas dan Sg.Siput,
penipuan telah berleluasa, tentu sekali di tempat lain
pun telah terjadi perkara yang sama. Orang yang
sepatutnya menang telah kecundang seperti yang berlaku di
Shah Alam, Pantai dan Gombak. Di semua tempat ini,
putarbelit dan penipuan telah berlaku dan kemenangan
UMNOBN di tempat itu sepatutnya kini dianggap sudah tidak
laku. UMNOBN mesti dihumbankan, dan seharusnya tidak
diberikan lagi kepercayaan mewakili rakyat dan memegang
amanahnya. Rakyat Malaysia Menantikan Waran Menangkap Mahathir
Mahathir semestinya ditangkap kerana putarbelit pemilu,
korupsi, salahguna kuasa, fitnah dan menghina mahkamah.
Setiap rakyat menantikan ketika munculnya satu kebenaran
ini, apabila kemuncak kejayaan kebenaran itu akan
terserlah jua. Memang terdapat bukti yang mencukupi tanpa
sekelumit keraguan lagi betapa Mahathir telah melakukan
kerja-kerja bajingan yang menggunung jenayahnya. Laporan
polis, siasatan BPR, penyelamatan, projek penswastan dan
banyak lagi; semua ini adalah lebih daripada mencukupi
untuk dijadikan asas menyediakan satu waran tangkap
terhadap Mahathir. Masanya sudah tiba dia dihukum kerana
semua jenayah politik itu. Dia bukannya mengatasi
undang-undang kerana dia mesti mematuhi undang-undang.
Dia tidak boleh menggunakan kuasa penguasaan ekskutifnya
untuk menyekat pihak polis, badan kehakiman ataupun BPR
menyiasat segala jenayahnya. Rakyat Malaysia menuntut dia
ditangkap dan dibicarakan secara terbuka di mahkamah.
Hari-hari yang mendatang adalah tempoh penentuan di mana
segala jenayah Mahathir dan kroni serta 'pak-pacak' yang
korup harus dikemukakan untuk pengadilan. Dia tidak boleh
lari daripada kuasa kebenaran dan penghakiman. Hari demi
hari semakin bertimbun bukti dibentangkan di depan mata
untuk santapan rakyat jelata memahami segala kebajingan
Mahathir; yang mengharuskan pengeluaran waran untuk
menangkapnya. Eloklah kita bersedia dan berwaspada
menantikan penahanannya sehingga si penyangak ini
tertangkap dan dibicarakn untuk masuk mengeram di sebalik
jeriji besi. Terjemahan SPAR-06-004 Rencana Asal: Truth Bursts from the Clutches of Tyranny in Likas:
- Election Rigging Confimed It was not said in vain that truth will ultimately
triumph!. In Likas, Sabah, the state constituency of the
former "illegitimate" rotational Chief Minister of Sabah,
Yong Teck Lee, the irrefutable yet glaring disclosure of
massive rigging, and cheating in the last elections in
Sabah, exposes to the public and the world at large, that
UMNOBN can only win if its cheats. By right the whole
election must be declared null and void, a reelection
must be conducted without rigging and fraud.
Salutation and Praise to Judge Datuk Muhammad Kamil Awang
for upholding truth Following the footsteps of the peerless and audacious
judge Datuk Hishamuddin, another star of truth has
dawned, now in Sabah, rendering the somber darkness of
the Malaysian judiciary, a ray of light. Datuk Muhammad
Kamil Awang, the high court judge of Sabah, has made
another "state of the art" judgment, exposing once and
for all, the atrocities that were perpetrated by the
UMNOBN ruling regime during the last Sabah elections.
This brave and wise judge, has spoken the truth, he has
made the right judgment and has saved justice from being
perverted by the illegal interference of the executive,
as typified in the Anwar Ibrahim trials. Both the
fraudulent judgments of the alcoholic corrupted judge
Augustine Paul and the corrupted Ariffin Jakka has be
laid bare to the eyes of the public. Bravo! to Datuk
Muhammad Kamil, may God guide and protect you forever.
Samy Vellu's Sg. Siput constituency must be declared vacant
Since phantom voters were identified in Sg Siput,
rightfully Samy Vellu must relinquish his seat. SPR must
act and call for a bye election, otherwise SPR will be
branded as an enslaved tool of Mahathir. BA must now
inform the Malaysian electorate not to recognise Samy
Vellu as the legitimate MP of Sg. Siput. The Lunas
phantom votes debacle is now a confirmed fact, it is
apparent that BN has won the last elections by rigging
and cheating. This means the present government is not
elected by the legitimate voters but by phantom voters
which do not exist. The UMNOBN government is in fact not
elected legitimately, and cannot be recognised or
accepted as a democratically elected government. The
people must call for a whole new reelection to ensure the
rightful government is elected freely and fairly.
Malaysian voters must reject Mahathir's illegal regime
Having leant how UMNOBN maliciously rigged and
cheated in the last election, the Malaysian people must
understand that Mahathir's present regime unsurped the
people's power by cheating in the elections. This present
government is not a duly elected government. To teach
these people cheaters a lesson, the voters must dump
UMNOBN lock, stock and barrel. Only then can a clean
government can emerge that truly lead and develop the
people and the nation. The people must call for a new
election immediately, having realised that UMNOBN did not
really get the peoples' mandate. If in Likas, Lunas and
Sg. Siput rigging has been rampant, then there will be in
hundreds of places where rigging must taken place and the
real winners defeated, for instance in Shah Alam, Pantai
and Gombak. In all these places, heavy cheating has taken
and the win by UMNOBN is not acceptable. UMNOBN must be
dumped and it must not allow to betray the trust of the
people. Malaysians are waiting for the warrant of arrest for
Mahathir Mahathir must be arrested for election rigging,
corruption, abuse of power, slander and perjury. Every
Malaysian is eagerly waiting for that moment of truth,
when the final triumph of truth must prevail. There is
ample evidence beyond an iota of doubt that Mahathir has
committed innumerable crimes. Police reports, BPR
investigations, bailouts, privatisation projects etc, all
these are more than enough for a warrant of arrest to be
issued on Mahathir. It is high time he is accounted for
his political crimes. He is not above the law, he must
abide by the law, and he cannot block using his executive
powers to stop police, judiciary or BPR from
investigating his crimes. Malaysian demand that he be
arrested and tried in an open court.
The day is fast approaching when the crimes of Mahathir
and his corrupted cronies be brought to justice. He
cannot escape from the power of truth and laws. Day by
day more and more evidence is laid bare to the people
about Mahathir's wrong doings which warrants his arrest.
Let us now on call for his arrest until the scoundrel is
caught and tried and imprisoned. -Spirit of Truth- |