Laman Webantu KM2A1: 4695 File Size: 13.1 Kb * |
TAG SP 162: Bersendirian - Daim [Asiaweek] By Arjuna Ranawana 11/6/2001 10:58 am Mon |
[Tampal di sini bocor di sana pula. Demikianlah apa yang sudah
terjadi kepada Mahathir dan Umnonya. Apa yang dilakarnya semakin
memusnahkan dirinya dan kuncu-kuncunya jua. Kesaktiannya sudah tidak
berfungsi seperti dulu lagi kerana rakyat sudah semakin bijak menelahnya.
Dia semakin membuat kesilapan yang kritikal dan menambah masalah kepada
dirinya dan kuncu-kuncunya. Pemergian Daim masih tidak mampu membaiki suasana kerana kerusi Merbok
masih tidak terusik walaupun yang lain sudah dilepaskannya. Malah Daim
besar kemungkinan masih diSIMPAN kerana tetap berguna buat Mahathir.
Yang hilang cuma bayangnya sahaja jika tidak anak-anak Mahathir tidak
akan memanggilnya sebagai paman - satu lambang keakraban yang sudah lama.
Jika Mahathir ikhlas dia mesti MEMBUANG Daim dengan kerusi Merboknya juga
sehingga memerlukan pilihanraya semula - tetapi kita sangsi itu akan
berlaku kerana Umno bakal terhumban dalam aibnya nanti di sana.
- Editor] Asiaweek 15 Jun 2001 Bersendirian - Daim (On His Own - Daim) Oleh: Arjuna Ranawana Dia mundur secara senyap dan sunyi, meninggalkan hingar-bingar Kuala Lumpur
dengan menggunakan sebuah kereta Proton yang merupakan kereta koman
jalanraya Malaysia. Tidak kelihatan lagi kereta Mercedes yang berkilat
berwarna perak yang pernah membawa orang yang nombor dua paling berkuasa di
negara. Daim Zainuddin, begitulah namanya, dan dia mundur itu tanpa ada
sebarang liputan komennya di sebarang media. Ketuanya dulu, Perdana Menteri
Mahathir Mohamad pernah membuat pengumuman betapa sahabat yang paling
akrabnya itu selama lebih dua dekad yang lalu sudah pun melepaskan jawatan
menterinya. Beberapa hari kemudiannya, Mahathir memperakukan, betapa Daim
juga telah melepaskan jawatannya sebagai Bendahari kepada UMNO dan juga
sebagai ahli majlis tertinggi parti. Tidak pula disebut sebab musababnya
sehinggakan mencetuskan spekulasi lagi 'Pada ketika semuanya genting belaka,
mereka berantakan menentukan siapa yang patut diselamatkan,' demikian
pendapat Lim Kit Siang, pengerusi parti pembangkang DAP. Daim sudah
ketewasan dan perlu bersendirian.
Daim 63, dianggap sebagai warga Malaysia yang terkaya, merupakan sebagai
tukang simpan segala rahsia putar-belit UMNO (zaman Mahathir - penterjemah)
Mereka berdua telah bertanggungjawab menonjolkan dominasi kewangan dan
politik UMNO, menguruskan mikro-ekonomi negara, mewujudkan satu barisan
anak-didik Melayu (dan anak emas dunia niaga pelbagai kaum - penterjemah)
dalam dunia perniagaan dan menentukan segala kerja-kerja kebajingan mereka
itu tidak ada sesiapa yang berjaya menentangnya.
Kini, perdana menteri sedang tercungap meredakan keadaan para penyokong yang
semakin liar terhadap pemerintahannya yang autokratik. Di dalam UMNO
sendiri, akar umbi sudah mengeluh melihatkan parti yang sudah terlalu
berkarat disebabkan politik wang. Mahathir dijangka memberikan ucapan
utamanya pada persidangan tahunan UMNO pada akhir bulan ini. Beliau perlu
membuat satu kenyataan kenapa Daim mundur, semata-mata secara sukarela
ataupun kerana disuruh berbuat begitu sebagai satu tipu muslihat lagi untuk
meredakan perasaan geram akar umbi yang begitu lama terperam. Apakah
tindakan itu mampu meredakan krisis yang semakin membuak? Kesudahannya
memang tidak ada sesiapa yang dapat menjangka.
Mahathir sudah menyediakan suasana politik yang sesuai untuk pengorbanan
itu. Daim pernah mengambil cuti selama dua bulan sambil membiarkan satu
spekulasi adanya perbalahan antara mereka berdua; sengaja terapung-apung
tanpa sesiapa memberikan jawapannya. Ketika kemarahan rakyat marhaen naik
membuak disebabkan tindakan kerajaan menyelamatkan dua orang taikun yang
dianggap sebagai anak-didik Daim - pembelian saham MAS dengan harga dua kali
ganda daripada harga pasaran semasa dan penggunaan dana pencen untuk membeli
saham syarikat internet yang diperlekehkan oleh pelabur asing, Mahathir
sengaja tidak memberikan sebarang komen mengenainya. Kerenggangan itu nampak
semacam sengaja diada-adakan. Pengosongan jawatan Bendahari parti yang
dipegangnya selama enam musim berurutan, nampak semacam ketara sahaja.
Pertama, ia akan menyucikan Mahathir daripada semua kontroversi yang
lepas-lepas. Kedua, ia akan memperkasakan keazamannya untuk menguatkuasakan
perubahan dalam parti sendiri. 'Nampaknya sudah wujud kesedaran untuk
mengimbangi unsur penguatkuasaan yang mampu menangani masalah pengendalian
korporat,' kata Stephen Hagger, ketua CFSB Securities di Malaysia.
Mahathir berkata dia akan mengambil alih portfolio kewangan, menantikan satu
penggantian yang akan ditetapkan. Dengan rencana pertumbuhan jangka panjang
yang sudah dilakar setidak-tidaknya pasaran tidak akan bergegar. Tetapi
keadaan itu tidak mungkin dirasai oleh Perdana Menteri. Mahathir sudah
semakin terpinggir di atas timbunan yang mahu diketepikan oleh rakyat
marhaen. Apalagi dengan menghilangnya seorang pembantu yang sangat setia
begitu lama. Daim sudah dua kali menyahut pertolongan cemas dan memegang
jawatan menteri kewangan negara. Sebanyak itu juga bekas guru, peguam dan
majistret ini telah diberikan sanjungan kerana membantu menyelamatkan
Malaysia daripada dicekik krisis berpanjangan. Malahan Daim dikaitkan
sebagai arkitek pertumbuhan negara pada 1980-an dulu di mana kadar
pertumbuhan tahunan mencanak di tahap 8 persen sepanjang dekad itu.
Mungkin dia sendiri merasa lega ketika mundur. Sebagai seorang ahli
perniagaan Daim tentunya berbangga kerana tidak pernah mempunyai ambisi
politik yang meninggi. Kerana itu anak-anak Mahathir akan terus memanggilnya
sebagai paman, walaupun perdana menteri sudah memilih untuk meneruskan
pengembaraan secara bersendirian. Jalan yang penuh ranjau memang sedia
menanti kemunculannya. Terjemahan SPAR-03-022 Rencana Asal: ttp://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/
business/0,8782,129535,00.html Asiaweek On His Own Daim Zainuddin's departure ends one of Asia's most effective political
alliances - and begins an uncertain era for Mahathir
By ARJUNA RANAWANA He went quietly, slipping away from Kuala Lumpur in a small white
Proton, the commonest car on Malaysia's roads. The customary silver
Mercedes of the country's deputy chief power-broker, Daim Zainuddin,
was nowhere to be seen. There was no comment to the media. Daim's
boss, Prime Minister Mahathir Mohamad, had already announced that his
closest ally over more than two decades had given up his ministerial
portfolios. A few days later, Mahathir confirmed that Daim also had
resigned as United Malays National Organization treasurer and a
supreme councillor. He didn't say why - which only spurred
speculation. "In a time of scarce resources, they quarreled over whom
to rescue," says Lim Kit Siang, chairman of the opposition Democratic
Action Party. Daim lost.
As risky moves go, this one is a doozy. Believed to be Malaysia's
richest citizen, Daim, 63, also is thought to be the keeper of UMNO's
skeletons. Together he and Mahathir have ensured the party's financial
and political dominance, micro-managed the economy, nurtured a coterie
of rich Malay businessmen and brooked no interference to their power.
But now the premier is scrambling to placate an electorate
increasingly hostile to such autocratic rule. Within UMNO itself, the
rank and file complain that the party is indelibly tainted by money
politics. Due to address the UMNO general assembly later this month,
Mahathir needed to make a big statement. Daim's resignation, whether
voluntary or induced, counts as a deafening shout. But will it placate
the critics? The outcome is unclear. Mahathir had prepared the ground for sacrifice. Daim had been on leave
as finance and special projects minister for two months; speculation
about a rift in the tandem rolled around unanswered. As outrage
mounted over government rescues of two tycoons perceived to be Daim
proteges - Kuala Lumpur bought shares in Malaysia's national airline
at twice the market price from one and channeled public pension funds
into a largely ignored listing of the other's internet concern -
Mahathir rarely commented. The estrangement began to look deliberate.
Daim's removal as UMNO treasurer, a post he has held for six
consecutive terms, is particularly salient. First, it further
distances Mahathir from any past controversies. Second, it reiterates
his determination to enforce party reform. "There is now hope for more
checks and balances, and that could alleviate corporate governance
issues," says Stephen Hagger, head of CFSB Securities in Malaysia.
Mahathir says he will take over the finance portfolio while a
replacement is considered. With long-term economic growth plans
already in place, the markets, at least, are unlikely to experience
any seismic shift. But not so for the prime minister. Mahathir is now
virtually isolated at the top of the pile, minus a trusted confidante
in UMNO's inner circle. Twice Daim has answered his emergency call to
take up the reins as finance minister. Both times the former teacher,
lawyer and magistrate has been credited with helping pull Malaysia
clear of crisis. Indeed, Daim is regarded as the architect of the
1980s boom that resulted in annual growth of 8% through most of the
decade. He's probably relieved to bow out. A businessman above all, Daim
always has claimed to harbor no political ambitions. No doubt
Mahathir's kids will still call him uncle, but the prime minister has
chosen to continue his journey alone. A rocky road beckons.
|