Laman Webantu KM2A1: 4696 File Size: 12.8 Kb * |
TAG SP 163: Kuota Yang Penuh Tandatanya [AWise] By Lynette Ong 11/6/2001 1:04 pm Mon |
[Isu kuota telah berjaya diutarakan dengan begitu berkesan oleh
akhbar Cina sehingga mereka dicengkam sebegitu segera. BN sudah malu
besar kerana kerapkali isu pendidikkan berakhir dalam kecelaruan
sehingga ia terlebam dan semakin kehilangan sokongan masyarakat Cina.
Umno sedang terjerat dengan politik sempitnya yang berunsur perkauman
yang sudah ketinggalan zaman. Ia menyebabkan penghijrahan wang dan
kepakaran yang sukar dicari ganti di saat negara amat memerlukannya
untuk menjayakan projek seperti MSC. Disamping itu ia menyebabkan
ramai yang pintar terbiar hanya kerana kuota dan wang yang tidak mencukupi.
Siapakah yang akan rugi jika tidak negara kita sendiri?.
- Editor] (Malaysia's Quotas Proving Costly) Oleh: Lynette Ong Pada awal Mei, Malaysia telah mencetuskan satu perdebatan yang dianggap
menyuntik perasaan - ia menyangkuti sistem kuota kemasukan universiti yang
dianggap sebagai satu bentuk tindakan afirmatif untuk masyarakat majoriti
Melayu. Debat bermula apabila 600 pelajar yang paling bestari di negara ini - ada
yang mendapat 10 'A' dalam peperiksaan menengah mereka - telah dinafikan
peluang memasukki universiti awam. Calon-calon itu selalunya dinilai juga
akan kelakonan mereka di sekolah, pembabitan dalam aktiviti kokurikular dan
- asal etnik mereka, dan di situ mereka dikatakan menemui jalan buntu.
Rakyat bingkas kerana pada waktu yang sama dikatakan lebih 7,000 tempat yang
dikhaskan untuk pelajar Melayu telah tidak dipenuhi disebabkan ketandusan
calon berkelayakan untuk mengisi kekosongan ini. Dalam satu tindakan yang
belum pernah terjadi, perdana menteri Mahathir Mohamad telah membuat
pengumuman bahawa kuota yang masih kosong itu akan diisi oleh pelajar Cina
dan India yang berkelayakan. Kecerian yang dicetuskan oleh pengumuman itu
mengering dengan cepat apabila secara tiba-tiba kementerian pendidikan
mengumumkan semua kekosongan itu sudah pun diisi.
Walaupun dasar kerajaan itu membuatkan dana yang banyak terbang keluar
negara, sistem kuota itu telah menguntungkan Australia. Seperti juga United
Kingdom, Australia merupakan destinasi popular kepada Cina India dan Melayu
yang dinafikan peluang memasuki universiti tempatan. Malahan, Australia kini
menganggap pendidikan sebagai satu 'industri pengeksportan'.
Sambil menyepikan potensi pendidikan Australia yang sudah pun kini mempunyai
jaringan dan cawangannya di Malaysia, rakyat Malaysia memang sanggup
berbelanja besar di Australia mengikut anggaran konservatif kami. Sebagai
purata seorang rakyat Malaysia membelanjakan sekitar A$12,000 sebagai kos
tuisyen dan ditambah lagi A$12,000 sebagai kos belanja harian. Apabila
dikalikan (darab) semua itu dengan 18,000 pelajar yang memasukki Australia
setiap tahun, ia memberikan jumlah aliran kasar Malaysia sekitar 768juta
ringgit (setahun). Terdapat angka yang sama pelajar Malaysia yang belajar di
negara lain termasuk Amerika Syarikat (11,500) dan U.K., jumlah
keseluruhannya tentulah berganda lagi hingga 1.5 bilion setiap tahun.
Terdapat perbelanjaan jenis lain lagi. Yang paling kecil ialah sistem
pengajian paling tinggi yang merangkak berbanding kelajuan keupayaan pelajar
bestari di negara ini. Bagaimana pula pengaliran kepintaran apabila pelajar
yang menuntut di luar negara terus menetap di sana kerana mahukan kerja yang
lebih menjamin gaji pendapatannya. Ramai di kalangan mereka terus kekal
menetap di luar negara tanpa pulang ke negara kelahiran mereka.
Satu tahun yang lalu, seorang pengendali jawatan kosong secara online
(talian siber) telah mengalukan usaha kerajaan menarik pakar IT yang
berbakat kerana aliran keluar kepakaran yang sudah mencapai tahap yang
serius. "Mengikut MDC (Multimedia Development Corporation) yang menyelia
projek Lebuhraya Multimedia kerajaan yang banyak digembar-gemburkan itu,
projek itu sahaja memerlukan seramai 1000,000 pekerja mahir menjelang 2005.
Anggaran ini telah diterbitkan sebelum terkuburnya syarikat dotcoms. Namun,
untuk mengisi setakat setengah keperluan ini tanpa penghijrahan pakar IT
yang pintar dan tanpa mengoyakkan tabung perbendaharaan negara memang
semakin sukar kalau pun tidak merupakan satu kerja yang mustahil.
Baru-baru ini kerajaan cuba memancing agar warga Malaysia yang pakar IT
pulang bekerja di negara kelahiran sendiri dengan memberikan subsidi dan
pengecualian cukai - panggilan itu nampaknya dihalakan kepada telinga yang
sudah lama tuli. Walaupun milik Melayu kepada aset korporat sudah pun naik daripada 2.4%
kepada 19% dalam tempoh 30 tahun kesan jasa DEB dan rencana sambungannya,
terdapat lebih besar jurang pendapatan di kalangan mereka yang menikmati
faedah sistem itu. Mereka yang untung adalah para kroni sedangkan yang
termenung mengidamkan kenikmatan mereka adalah golongan majoriti bangsa yang
sama. Sistem keistimewaan pendidikan ini tidak pun berkesan seperti yang
diharapkan. Terutama sekali pada perenggan pertama tempoh dipraktikkan
tindakan afirmatif itu. Mengikut kajian 1985 yang memantau dasar pemberian
biasiswa kerajaan (Mahmet & YiP) pelajar Melayu daripada keluarga
berpendapat rendah (65% dari jumlah keseluruhannya) menerima HANYA 14 persen
biasiswa untuk belajar di universiti, sedangkan 17% daripada kumpulan yang
bergaji besar menerima lebih setengah daripada kemudahan yang disediakan.
Inilah yang membuatkan ramai Bumiputra yang meluat. Tiga puluh tahun
'pok-amai-amai' telah mencerna satu pemikiran 'masuk-pintu- belakang'
seperti yang disebut oleh satu tajuk pengarang Utusan Malaysia baru-baru
ini. Sistem kuota itu pun telah melunturkan moral dan menyebabkan wujudnya
penyesuaian piawaian akademik di institusi pengajian tinggi. 'Apa jua yang
akan terjadi, mesti ada 60% bumiputra, namun, sebalik kemudahan kuota itu,
universiti tempatan masih sukar mencari calon Melayu untuk fakulti sains dan
kejuruteraan.' Demikian yang ditulis oleh seorang intelek Melayu yang kini
menetap di Amerika, Dr. Bakri Musa dalam bukunya 'The Malay Dilemma
Revisited.' Dengan munculnya sokongan tradisi yang pecah-bersepai ekoran kontroversi
yang melibatkan Anwar Ibrahim, apalagi dengan keadaan ekonomi merudum yang
terus berlegar-legar, Mahathir terpaksa menjadi pakar meniti tali yang
regang. Dia terpaksa menunjukkan kecenderungan memancing undi orang Cina
yang amat diperlukan pada pemilu yang akan datang. Di waktu yang sama dia
terpaksa beralah dalam banyak hal kerana takutkan tersinggungnya perasaan
konservatif Melayu yang merupakan akar umbi UMNO. (Itu pun kalau-kalau
mereka masih berada di situ-penterjemah).
Rencana Asal: http://www.asiawise.com/mainpage.asp?
mainaction=50&articleid=1749 Malaysia's Quotas Proving Costly
By Lynette Ong, AsiaWise 1 Jun 2001 14:30 (GMT +08:00) In early May, Malaysians kicked off a debate on a once taboo subject -- the
country's university quota system which is a kind of affirmative action
program for majority Malays. The debate started when 600 of the country's youngest and brightest --
some scoring 10 straight As in high school exams -- were refused
admission to state universities. The nation's young brains were assessed on
their school grades, participation in extracurricular activities and --
ethnicity, where they apparently got a failing grade.
This provoked a public outcry because, as it was, more than 7,000 places
reserved for Malays went unfilled due to a shortage of qualified candidates
who met the minimum requirements. In an unprecedented move, Prime
Minister Mahathir Mohamad announced the unfilled places would go to those
deserving Chinese and Indian students. But the euphoria quickly evaporated
when the education ministry suddenly announced the openings had all been
filled by Malay students. The race-based quota system, the cornerstone of the New Economic Policy
(NEP) aimed at reapportioning national wealth in favor of indigenous
Malays, was instituted three decades ago. It officially ended in 1990, but was
succeeded by other plans aimed broadly at the same goal. Today, 55% of
university openings are reserved for Malays, while the remaining 45% are set
aside for Chinese and Indian students.
However much the policy may drain cash out of Malaysia, the quota has
proven a boon to Australia, which like the UK, is a popular destination for
Chinese and Indian Malays denied university at home. Indeed, Australia now
calls education a key "export industry."
Discounting the business Australian educational institutions drum up through
satellite operations in Malaysia, Malaysians spend a heap down under by our
conservative calculations. On average, a Malaysian student spends A$12,000
on tuition fees and another A$12,000 on living expenses. Multiply that by
the 16,000 students who go to Australia every year, and the net outflow is
768 million Malaysian ringgit. With about the same number of students going
to other countries, including the U.S. (11,500) and U.K., the total outflow
doubles to RM 1.5 billion annually.
There are other costs, of course, not least a tertiary education system that
putters along instead of roaring at the speed of the country's top students.
And the brain drain that starts in school ends up spilling over into the
economy, as students who study abroad stay where they are in hopes of
finding better-paying jobs. Many of them end up leaving Malaysia for good.
A year ago, a Kuala Lumpur online recruiter welcomed a government initiative
to attract IT talent, adding "the brain drain phenomenon is serious."
According to the Multimedia Development Corporation, which oversees the
government's much-hyped Multimedia Super Corridor, that project alone will
require 100,000 knowledge workers in 2005. That projection, admittedly,
was published before dotcoms morphed into dotbombs. But filling even half
that number without expensive talent and more drain on the national coffers
looks difficult, if not impossible.
The government has recently tried to lure some of its talented sons and
daughters home by offering tax relief and subsides -- but the calls seem to
have fallen on deaf ears. Though Malay ownership of corporate assets has risen from 2.4% to 19% in
30 years thanks to the NEP and its successors, there is even more of an
income gap between those who benefit from the system -- many of whom
are well-connected to begin with -- and the vast majority of Malays left
behind. And the educational preference system didn't work much better, at least in
the first half of the affirmative action era. According to a 1985 study
evaluating government scholarship policy (Mehmet & Yip), Malay students
from families of lower income groups (65% of the total) received only 14%
of the university scholarships, while the 17% I the top income group
received over half of the government assistance available.
Even the Bumiputras, the indigenous Malays, are getting fed up. Thirty years
of "molly-coddling" has bred a "back-door mentality", complained a recent
editorial in the national Malay newspaper,Utusan Malaysia. The quota system
has also led to low morale and compromised academic standards in the
institutes of higher learning. "No matter what, there will always be 60%
bumiputras. And yet, despite such quotas, local universities still have difficulty
filling their science and engineering faculties", writes a Malay intellectual
residing in the U.S., Dr. Bakri Musa in his book 'The Malay Dilemma
Revisited.' With traditional support beginning to splinter in the wake of the Anwar
Ibrahim controversy and the general malaise overhanging the economy,
Mahathir must walk a tightrope -- making gestures to the Chinese to garner
votes he will need to win the next election, while pulling back for fear of
displeasing conservative Malays who form the grassroots of his ruling
UMNO party
|