Laman Webantu KM2A1: 4697 File Size: 14.9 Kb * |
TAG SP 164: Malaysia Dihenyak Serangan Pendatang Tanpa Izin (PTI) By Marty Logan 11/6/2001 6:54 pm Mon |
[Bayangkan bagaimana PTI mampu membina rumah yang serba lengkap
dengan bekalan api letrik dan air walaupun berstatus pendatang sehingga
warga tempatan setinggan sendiri kehairanan. Tidakkah ini bermakna ada
pihak yang sengaja membiarkan mereka kerana mendapat sesuatu yang lumayan
di bawah meja SETIAP BULAN? Dulu pernah kita dikejutkan dengan pembunuhan
anggota polis di Ampang tetapi tidak dikhabarkan besar-besaran punca sebenar
nyawa mereka melayang. Kalaulah ada 1,000 rumah membayar wang bawah meja
sebanyak RM50 sahaja berarti si dalang itu mendapat RM50,000 setiap bulan
dengan penuh senyuman!!! Reuters: Malaysia struggles against immigrant tide
Oleh: Marty Logan Ketika jam menghampiri dua pagi, sebuah bot laju polis marin Malaysia telah
mematikan lampunya dan keluar daripada tempat persembunyian di sebuah
kawasan paya yang penuh kayu bakau untuk bertugas semula di lautan luas.
Pihak polis telah menerima maklumat adanya sebuah bot yang sarat pendatang
tanpa izin yang cuba lari daripada kesesakan dan segala hingar-bingar sebuah
negara jiran, Indonesia. Maklumat memberitahu mereka sedang merentas Selat
Melaka. Setibanya di perairan antarabangsa, awan mendung mula melindungi kerlipan
bintang dan hujan mula turun tanpa diundang. Operasi itu dihentikan - dan
satu lagi kumpulan warga Indonesia berjaya mendarat di satu pantai dengan
segala harapan yang bergelombang tingginya.
Malaysia dan negara jirannya Singapura sedang menangani masalah besar
mengnyahkan warga Indonesia yang sedang berusaha tanpa putus asa sehinggakan
ada di kalangan mereka yang sanggup menjual tanah pusaka untuk mendapatkan
peluang membuat kerja berat yang sudah ditolak oleh warga tempatan - mencuci
kondo dan membina pencakar langit yang merupakan simbol keangkuhan dan
kekayaan negara. Pada pertengahan Mei, seorang pegawai kerajaan Malaysia telah melaporkan
betapa sekitar 5,000 warga Indonesia telah berhimpun di Pulau Batam,
kira-kira 45 minit perjalanan laut dengan bot laju, menunggu masa sesuai
mencuri masuk. Dalam satu rondaan pada pertengahan Mei itu, pihak polis telah berjaya
menangkap 82 pendatang tanpa izin (PTI) yang disumbat dalam satu ruang
sebuah perahu kayu yang tidak mampu bergerak laju. Mengikut statistik
kedutaan Indonesia, pihak Malaysia telah menahan 60,000 PTI Indonesia pada
bulan Mei sahaja. Tidak siapa yang tahu berapa jumlah sebenar warga Indonesia di Kuala Lumpur,
tetapi Kuala Lumpur telah menghantar pulang hampir 90,000 PTI Indonesia
tahun lalu. Mereka yang ditangkap telah ditahan di sembilan kem tahanan yang berselerak
di seluruh negara sebelum dihantar pulang. Namun, 1,000 nyawa terkorban
setiap tahun ketika merentas selat itu mengikut anggaran perangkaan pada
awal 1990-an. Kematian dan penghantaran pulang bukannya satu penghalang kepada kumpulan
yang ramai kerana kemungkinan merapati jurang kekayaan itu adalah penambat
segala harapan mereka yang mudah untuk difahami.
Singapura ialah sebuah negara pulau yang kaya raya mengikut apa jua
piawaiannya dan Malaysia pula telah berjaya menurunkan tahap kemiskinannya
di kalangan penduduk seramai 23 juta, kepada bawah tujuh peratus daripada
sekitar 50 peratus pada awal 1970-an. Hampir 25 peratus keseluruhan penduduk Indonesia sedang hidup merempat di
bawah tahap kemiskinan, dan beberapa juta lagi masih mampu hidup dengan
keadaan yang sedikit baik sahaja. Kebanyakan anggaran perangkaan rasmi menunjukkan jumlah warga Indonesia di
Malaysia adalah sekitar satu juta. Tetapi, anggaran Kedutaan Indonesia di
Kuala Lumpur menyebut angka setakat 2 juta.
Ini bererti, jumlah warga Indonesia di Malaysia sudah pun mengalahkan jumlah
penduduk etnik India yang merupakan kumpulan ketiga terbesar rakyat Malaysia
mengikut bancian 2000 dulu, yang jumlahnya ditaksir cuma 1.6 juta sahaja.
Sejarah merakamkan betapa orang Melayu dan warga Indonesia itu adalah
keluarga serumpun. Warga mendatang Indonesia memperdagangkan tulang empat
kerat mereka, talian persaudaraan dan sebuah kerajaan yang dianggap
mempunyai rasa simpati untuk membolehkan mereka bernafas lega.
Kebanyakan mereka muncul di Malaysia pada awalan 1980-an lagi.
Namun, pertambahan jumlah yang mendatang itu mencetuskan kerunsingan
antara rakyat marhaen Malaysia yang kini menuduh mereka sebagai punca segala
kes jenayah kecilan di negara ini. Di pihak mereka pula ramai warga PTI yang meluat dengan sikap mengada-ada
pihak tuan-rumah mereka. 'Ada kalanya penumpang Melayu bertanya saya dengan sindiran bagaimana warga
Indonesia dibenarkan memandu teksi di sini. Ini yang membuatkan saya naik
angin,' kata seorang pemandu teksi yang berasal daripada Sumatra Barat.
'Saya tidak faham kenapa mereka memandang rendah kepada kami.'
Di Kuala Lumpur, kawasan Chow Kit sudah lama bertukar nama menjadi
'mini-Jakarta' tetapi kini, lorong-lorongnya yang satu ketika dulu tempat
kelaziman penjualan kaset dan VCD haram kini menjadi sarang penginapan warga
Afrika dan negara lain pula. Namun, di warung jalanan di bahagian barat jalan besar di situ, warga
Indonesia masih unggul dengan perniagaannya.
Tenaga pekerja Indonesia yang bercelana 'jeans' dan berbaju 'T',
mundar-mandir di tepian longkang sekitar kedai menjual nombor ekor, sambil
rokok yang tercucuh di bibir mereka mengepulkan asap pekat yang beraroma
cengkih. Setiap hembusan asap adalah lambang harapan agar pembelian
menghasilkan keuntungan besar, jika tidak lesaplah pertaruhan mengikut
asapnya. Dua orang pegawai polis yang sedang meronda memberitahu kebanyakan warga
Indonesia memang kuat bekerja dan mereka masuk secara haram menggunakan pas
pelancongan. Setelah mendapat pekerjaan, mereka pulang setiap bulan untuk
memperbaharui pas mereka itu, sambil membawa pulang wang ringgit untuk
keluarga yang setia menunggu. 'Sepuluh tahun dulu mereka tiba di sini dan kalau seorang daripadanya Madura
dan yang lagi seorang itu kaum Dayak, mereka akan bertengkar dan bergaduh.
Kini tidak lagi, kerana mereka tahu menghormati keharmonian negara ini,'
kata Yassin salah seorang pegawai polis itu.
Seorang pegawai kerajaan berkata, yang membuat kekecohan itu selalunya ialah
peniaga Malaysia juga. 'Warga Indonesia telah menyumbang kepada kemajuan
Malaysia secara positif. Kami tidak ada masalah dengan mereka,' kata Aseh
Che Mat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. 'yang cuba kami elakkan
ialah agar mereka tidak dianiayai,' demikian Aseh memberitahu Reuters dalam
satu wawancara. Walaupun pegawai kerajaan nampak lebih faham, penduduk tempatan terus
mengadu akan naiknya kes jenayah dan lambakan PTI Indonesia ke kawasan
mereka. 'Kalau tidak ada tindakan spontan, jumlah PTI ini akan berganda dalam masa
beberapa bulan sahaja,' kata Saharuddin Awang Yahaya, ketua kampung yang
sedang berkempen terhadap pembiakan perkampungan setinggan di pinggir Kuala
Lumpur. Walaupun tidak mempunyai status penduduk tetap, para setinggan di situ
berjaya membina 1,000 rumah yang mempunyai bekalan air dan elektrik. Inilah
pencetus kesangsian negara. Pergolakan di negara jiran Malaysia itu memang merupakan salah satu
kerungsingan besar Malaysia mengikut pendapat Menteri Luar Syed Hamid Albar.
'Masalah ketenteraman, ekonomi dan kestabilan politik adalah menjadi fokus
pemantauan kami kerana lambakan penghijrahan yang semakin besar,' kata Syed
Hamid kepada Reuters. - Tamat - Terjemahan SPAR-03-024 Bilangan pendatang asing tidak dapat dianggarkan dengan tepat tetapi
terdapat kemungkinan mereka sudah mencecah angka 2 juta - ini lebih ramai
dari bilangan kaum minoriti India di negara ini. Masalah ini tidak akan
selesai selagi dalang dibiarkan bermaharaja sesuka hati. Tidak mungkin
mereka berjaya masuk ke negara ini jika tidak ada lubang dan sesuatu yang
mewah menanti. Siapakah yang untung dengan kedatangan mereka ini jika tidak
pihak yang menguruskan mereka selama ini. Jika polis di atas sanggup
berkonspirasi politik, polis di bawahpun bukannya boleh dipercayai lagi. Di
sini wang sudah menjadi raja - undang-undang sudah melayang entah ke mana.
Bayangkan jika seorang pendatang membayar wang bawah meja sebanyak RM100,
jika 2 juta itu sudah memberi hasil RM 200 juta begitu sahaja.... yang
tentunya lebih baik dari gaji polis yang tidak berbaloi dengan penatnya
bekerja. Rencana Asal: By Marty Logan KUALA LUMPUR (Reuters) - Just before 2 a.m., a Malaysian police
speedboat douses its lights and heads out from the cover of a
mangrove swamp towards the open sea. The police have been tipped off that another boatload of refugees
fleeing politically volatile, impoverished neighbour Indonesia is on
its way across the Strait of Malacca. Soon after the patrol reaches international waters, clouds black out
the stars and the rain starts. The operation is called off -- and
another group of Indonesians make their way to what they hope will be
their promised land. Malaysia and neighbouring Singapore are battling to keep out
Indonesians so desperate that some will sell their land for a chance
to work at the menial jobs locals now refuse -- cleaning the
condominiums and building the skyscrapers that are symbols of the
countries' prosperity. In mid-May, a Malaysian government official said 5,000 Indonesians
were gathered on Batam Island, 45 minutes away by speedboat, waiting
for a chance to sneak in. In one patrol in May, the police caught 82 migrants crammed into the
deep hull of a slow wooden boat. According to the Indonesian embassy,
Malaysia arrested 6,000 illegal Indonesians in May.
ETHNIC INDIANS OUTNUMBERED? No one knows how many Indonesians there are in Malaysia, but Kuala
Lumpur deported nearly 90,000 last year.
Those captured are held in nine detention camps across the country
before being shipped home. But some 1,000 die each year making the
crossing, according to estimates in the early 1990s.
Death or deportation is no deterrent for many and the wealth gap
makes it easy to understand. Tiny Singapore is a rich country by any standards and Malaysia has
succeeded in bringing down poverty levels among its 23 million people
to less than seven percent from around 50 percent in the early 1970s.
Nearly a quarter of Indonesia's 200 million people are living in
poverty, and millions more are little better off.
Most official estimates put the number of Indonesians in Malaysia at
close to one million, but the Indonesian embassy in Kuala Lumpur
recently said it could be as high as two million.
That would mean Indonesians now outnumber Malaysia's official third
largest ethnic group -- the 1.6 million Indians counted in the 2000
census. PUT DOWN ROOTS Sharing ethnic roots, religion and a similar language with the
majority Malays, Indonesians trade on hard work, family ties and a
fairly sympathetic government to make new lives here.
Many arrived at the start of Malaysia's development drive in the
early 1980s. But their growing numbers worry ordinary Malaysians, who blame
Indonesians for much of the country's petty crime.
For their part, many Indonesians resent the superior attitudes of
some of their hosts. "Sometimes Malay passengers ask me in a cynical tone how Indonesians
can be allowed to drive a taxi here. I get very annoyed," said a taxi
driver originally from West Sumatra. "I don't understand why they look down on Indonesians."
According to the Jakarta Post newspaper, Indonesian embassy officials
reported 35 of their nationals were arrested for murder last year.
Kuala Lumpur's gritty Chow Kit district was once known as
'mini-Jakarta'. Today the alleys where traders sell pirated VCDs are
also home to Africans and other foreigners.
But in the street markets on the west side of the main road,
Indonesians still dominate. Indonesian labourers in jeans and T-shirts loaf around outside
betting shops, in a haze of smoke from their trademark aromatic clove
cigarettes, hoping for a winning ticket. WORK Two police officers walking the beat say most Indonesians are hard
workers who beat the system by entering Malaysia on tourist passes,
get jobs, then return monthly to update the pass, carrying valuable
Malaysian ringgit to their waiting families.
"Ten years ago they would come here and if one was from Madura and
the other was Dayak they would automatically fight. Now they respect
the peace in Malaysia," says Yasin, one of the officers.
A government official says it is Malaysian businessmen who hire
Indonesians illegally who cause trouble.
Indonesians "are people who make positive contributions to Malaysia.
We don't have a problem with this group," said Aseh Che Mat,
secretary-general of the Ministry of Home Affairs. "What we don't want is a situation where they are being exploited,"
Aseh told Reuters in an interview. But while officials appear understanding, residents complain of
rising crime and Indonesians moving into their areas.
"If there is no immediate action, the number can double in a few
months," says Saharuddin Awang Yahya, head of a residents' group
which is campaigning against a squatter area mushrooming on the
outskirts of Kuala Lumpur. With no official status, squatters there still managed to build 1,000
homes and access water and electricity.
It could be a microcosm of a national anxiety.
The upheavals in Malaysia's seething neighbour is one of Foreign
Minister Syed Hamid Albar greatest external worries.
"Law and order problems, economic or political instability, we have
to watch very closely because the spillover to us is real," Syed
Hamid told Reuters. |