Laman Webantu KM2A1: 4701 File Size: 2.9 Kb * |
TJ MK: Demo Si Kecil di KLCC Yang Menakjubkan By Sangkancil 11/6/2001 10:38 pm Mon |
[Kelembutan dan kesopanan akan menewaskan kekerasan dan
keangkuhan kerana di situlah mata akan memandang. Aksi si kecil
yang menakjubkan ini telah memberi satu tauladan betapa pihak
berkuasa sebenarnya tidaklah seperkasa dan sehebat mana walaupun
lengkap bersenjata. Mereka tertewas oleh seorang gadis kecil yang
cuma berbekal satu belon sahaja...... Saya ingin memanjangkan satu kisah yang kedengaran dari seorang
saksi di tempat kejadian. Pada saat penghujung perarakan aman
oleh sekumpulan wanita itu kira-kira 50 orang peserta tunjuk
perasaan telah diarahkan supaya bersurai oleh pihak polis yang
dikerah. Pada ketika itu, muncul seorang gadis kecil molek, yang
berusia kira-kira 5 tahun, telah cuba memberi belon anti ISA nya
kepada salah seorang kakitangan polis yang bertugas di situ.
Lantas seorang polis lain cuba menyekat gadis kecil itu, dan dalam
'bergelora dengan semangat' itu, dia telah menyebabkan gadis kecil
itu tertolak dan terjatuh menyembam bumi.
Gadis kecil itu kemudiannya bingkas bangun dengan tenang dan cuba
memberi sekali lagi belon tersebut kepada polis itu lagi.
Pegawai itu kelihatannya begitu meradang, dan menurut beberapa
saksi yang memerhati kejadian, "mukanya berubah menjadi begitu hitam
gelap dan merah padam dan kemudiannya menghitam pekat lagi".
Orang ramai kemudiannya bersurai juga, dan polis tadi tidak juga
sanggup menerima belon dari si anak kecil tadi.
-Terjemahan Man Kubur- Asal: [sangkancil] Little Demonstation Anecdotes At the demo organised by women at the KLCC against the ISA
on the 4th of June, an interesting thing happened.
I am relating the story heard from another eyewitness. At
the end of the march that the women held, the crowd of
about 50 people were ordered to disperse by the police
officer in charge. At that point, a little girl, of about
five years of age, tried to give her anti-ISA balloon to
one of the police personnel stationed around the area.
Immeidately, another police officer attepted to stop her,
and in his 'enthusiasm', actually pushed her to the ground.
The little girl then calmly got up and went to give her
balloon to the police again. The officer was visibly extremely angry, and in the words
of the eyewitness, "turned black and red then black in the
face again." The crowd then dispersed, and the police never did accept the child's balloon. |