Laman Webantu KM2A1: 4706 File Size: 21.2 Kb * |
TAG SP 166: Surat Perletakan Jawatan By Raja Ahmad Aminullah 12/6/2001 11:10 am Tue |
[Kalau Utusan Melayu memang membela melayu ia sepatutnya
tidak memandang bulu kerana nyawa dan sakit manusia itu
akan mengurangkan lagi satu (atau seribu) daya kekuatan dan
bilangan orang melayu. Adalah tidak wajar memarahi seseorang
hanya kerana ia inginkan seorang rakyat mendapat rawatan yang
terbaik buat dirinya yang teramat sengsara kesakitan akibat
keganasan pegawai tertinggi kerajaan juga. Keengganan untuk
memberi rawatan luar serta menuduh bukan-bukan Anwar mahu lari
adalah tidak wajar sama sekali kerana polis mempunyai kakitangan
yang mencukupi untuk mengawasi. Begitu juga dengan keengganan
untuk menemui dan bersetentang mata dengan isterinya sedangkan
itulah insan yang lebih mengetahui sakit-demam pahit-getir keadaan
suaminya. Kerajaan telah melakukan satu kezaliman di atas kezaliman sehingga
sakit Anwar semakin memudaratkan dengan sengaja mempertikaikan
hak kemanusiaan dengan pelbagai soalan yang melecehkan dan merugikan
masa serta tenaga. Jika beginilah layanan kerajaan jangan menyesal
nanti jika rakyat sudah hilang kesabaran. Petandanya kini sudahpun
mula kelihatan kerana rakyat berbilang bangsa termasuk dalam Umno
sendiri sudahpun terasa bahang. Simpati itu akan menggoncangkan
kerajaan BN sehingga tumbang dan semua yang terbabit dalam kekejaman
ini akan dipertanggungjawabkan. 4 Jun 2001 Yang Berbahagia Tan Sri Kamarul Ariffin, Pengerusi Eksekutif,
Utusan Melayu Malaysia Bhd, Yang Berbahagia Tan Sri, Surat Perletakan Jawatan Saya menulis surat ini dengan hati yang berat. Namun saya terpaksa juga
menulis terutama sekali selepas saya dijemput untuk bertemu dengan tuan
tempoh hari. Secara ringkasnya, saya tidak pernah menjangkakan
pertemuan pada petang itu akan membawa kepada apa yang telah berlaku.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan setinggi-tinggi
penghargaan saya di atas keprihatinan Tan Sri terhadap perkara ini
sepertimana yang diluahkan semasa pertemuan kita dua minggu lalu.
Selama ini saya sering menganggap Tan Sri sebagai kenalan dan kawan.
Secara peribadi, rasa hormat saya terhadap Tan Sri tidak akan berubah
tetapi izinkan saya untuk memberikan pandangan saya ke atas perkara
yang diminta oleh Tan Sri pada 14 Mei 2001 yang lalu.
Dalam pada kita berbincang dengan mesra dan penuh minat berkenaan
dengan kebudayaan, keseniaan halus, perfileman dan masalah-masalah
sosial di kalangan orang-orang Melayu pada petang yang tenang itu, Tan
Sri memberitahu saya bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
amat marah dengan surat rayuan berkenaan rawatan perubatan Datuk
Seri Anwar Ibrahim, yang saya usahakan bersama-sama dengan
sekumpulan kawan-kawan. Menurut Tan Sri walaupun perkara tersebut belum lagi diperkatakan secara
langsung kepada Tan Sri oleh YAB, namun maksud yang lebih kurang
serupa telahpun diperkatakan. Surat tersebut telah ditulis sebagai satu
rayuan kepada Perdana Menteri untuk memberikan pertimbangan yang
sewajarnya kepada pilihan perubatan Datuk Seri Anwar Ibrahim
memandangkan penyakit beliau telah berada di tahap yang
membimbangkan. Di samping menghargai rawatan profesional yang telah diberikan dengan
sebaiknya oleh pasukan perubatan negara di dalam mengubati Datuk Seri
Anwar, para penandatangan surat tersebut juga merayu dengan perasaan
rendah diri agar pihak kerajaan dapat menunjukkan sifat belas kasihan dan
perikemanusiaan terhadap seorang rakyat yang pernah memberikan
khidmatnya kepada negara. "Kami dengan rasa rendah diri merayu agar Datuk Seri Anwar Ibrahim
diberikan pilihan untuk menjalani rawatan mengikut kemampuannya. Dari
apa yang kami tahu, kami dimaklumkan bahawa beliau berharap agar dapar
dirawat oleh Dr. Thomas Hoogland di Klinik Alpha di Munich, Jerman.
"Seperti yang kita ketahui, seorang tahanan tidak akan diketepikan dari
menerima rawatan pakar pilihannya sendiri. Langkah kerajaan yang terpuji
dan berperikemanusiaan terhadap perkara ini akan diberi penghargaan
yang tinggi bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat
antarabangsa." 108 penandatangan surat tersebut mewakili berbagai-bagai kumpulan di
dalam masyarakat, yang berbeza dari segi pengalaman, bidang kerjaya,
minat dan penumpuan. (Saya sertakan satu salinan surat rayuan tersebut
untuk penelitian Tan Sri). Tan Sri juga ada memberitahu saya mengenai Setiausaha Agong parti (Tan
Sri Khalil Yakob) yang amat marah dengan inisiatif tersebut dan telah
memaklumkan secara langsung kepada Tan Sri. Tan Sri juga memberitahu
saya bahawa terdapat beberapa orang lagi yang menyatakan kekesalannya
mereka dengan tindakan saya menyelaraskan rayuan ini.
Walau bagaimanapun seandainya kita mengimbas kembali kepada wawasan
asal Utusan Melayu dalam tahun 1930-an, saya masih boleh
menggambarkan bagaimana perjuangan untuk mempertahankan
kepentingan orang-orang Melayu itu akan merangkumi kepentingan
SEMUA orang Melayu tanpa mengira kecenderungan mereka terutama
sekali apabila ungkapan tersebut bersangkutan dengan perkara-perkara
kemanusiaan. Oleh itu sebarang rayuan kemanusiaan biarpun diselaraskan
oleh "orang kita" tidak sepatutnya menggamit reaksi marah seperti itu.
Utusan Melayu telah ditubuhkan dengan sokongan "rakyat" di dalam tahun
1930-an daripada segenap lapisan masyarakat. Sokongan telah datang
daripada rakyat di jalanan dan juga daripada istana-istana. Polisi awal
pengarangnya dirangka dengan jelas bagi mencipta satu masyarakat
moden yang terbuka dan tidak mengamalkan sistem feudal (ketuanan/
bangsawan). Pada pandangan saya, langkah untuk menyingkirkan saya daripada
Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd. itu sama seperti untuk
menyekat kebebasan saya bagi menyatakan pendapat. Akhbar Utusan
yang pernah pada satu masa dahulu bertanggungjawab dalam
menggerakkan rakyat untuk menyedari akan ketidakadilan sistem
penjajahan British dan seterusnya memberikan dorongan untuk
menyegerakan proses kemerdekaan negara di mana ia dilihat sebagai
mewakili "rakyat", kini ia mewakili satu segmen yang kecil di dalam
masyarakat. Saya merasa aneh apabila tindakan menghantar satu surat rayuan yang
berdasarkan keikhlasan dan berniat jujur telah mengundang "kemarahan"
sedemikian. Apakah menjadi satu kesalahan buat sekumpulan kecil rakyat
(yang mengambil berat mengenai rawatan perubatan seorang rakyat yang
telah memberikan sumbangan yang bukan sedikit kepada masyarakat ini)
yang menyuarakan rayuan mereka berdasarkan rasa simpati yang
mendalam dan perikemanusiaan? Sudahpun diketahui ramai sehingga kini mengenai usaha ini yang
melibatkan kumpulan yang kecil dan tidak berkepentingan. Sungguhpun
demikian di antara mereka itu adalah rakyat yang telah memberikan
sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat dan negara ini.
Sesetengahnya pula adalah golongan muda yang berkebolehan untuk
terus memberikan sumbangan ke arah membangunkan masyarakat kita.
Mereka datang daripada berbagai bidang kerjaya, pengalaman hidup;
mempunyai perbezaan kepentingan dan juga penumpuan. Inisiatif ini
adalah semata-mata berdasarkan kepada asas kemanusiaan dan perasaan
belas kasihan. Tan Sri, Pemilihan kaedah rawatan perubatan yang telah dipohon oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim bukanlah disebabkan beliau bersikap memilih perawatan,
tetapi selari dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada yang
membenarkan mana-mana orang yang terpenjara atau tahanan untuk
membuat pilihan terhadap rawatan perubatannya.
Sudah diketahui ramai sekarang ini bahawa hak seseorang terhadap
pilihan kaedah perawatannya tidak boleh ditarik dengan alasan ia sedang
dipenjarakan. Penyataan rasa perikemanusiaan itu sekarang kelihatan sebagai penyataan
daripada pihak pembangkang. Rayuan perikemanusiaan kini dipandang
sebagai satu kenyataan yang datangnya daripada pihak pembangkang dan
ada kalanya sebagai tindakan yang subversif (bertujuan merosakkan).
Bagaimana kita dapat membuat kesimpulan ini di mana sesuatu yang
bernilai kelihatan berbelit-belit? Apakah jenis psikosis (penyakit sewel)
yang kita ingin reka dan jadikan?
Apa yang ketara adalah bahawa satu kesan buruk telah mengambil tempat
dan satu generasi sedang dilukakan. Terlalu banyak masa dan usaha telah
dicurahkan terhadap perkara ini sedangkan tenaga dan masa itu
sepatutnya digunakan dengan lebih berkesan dalam membangunkan
masyarakat ini. YAB Perdana Menteri sendiri di dalam satu ucapan yang
diungkapkan di akhbar pada 29 Mei 2001 menyatakan bahawa masyarakat
ini telah menghabiskan terlalu banyak masa di dalam hal-hal politik.
Soalan saya begini; bagaimana keadaan ini boleh timbul? Siasatlah
puncanya dan kita akan menemui jawapannya. Tidak perlu menggertak,
mengalihkan pandangan atau membuat cubaan untuk memesongkan isu
tersebut bagi membantu penyelesaiannya.
Tan Sri telah meminta saya untuk menulis sepucuk surat memohon maaf
kepada YAB Dr. Mahathir bagi meredakan atau mengurangkan kemarahan
beliau dan daripada itu saya akan dibenarkan untuk terus menduduki kerusi
Lembaga Pengarah selain daripada terpaksa meletakkan jawatan.
Mengapa perlu saya memohon maaf kerana menjadi, pada dasarnya,
seorang manusia? Mengapa perlu saya memohon maaf kerana bertindak mengikut kesusilaan
asas untuk merayu bagi pihak seorang manusia agar dibenarkan menjalani
rawatan perubatan pilihannya? Mengapa perlu saya memohon maaf kerana berkongsi asas kemanusiaan
yang biasa bersama kawan-kawan saya? Sekiranya peranan itu adalah sebaliknya atau berbagai-bagai saya akan
berterima kasih kepada seseorang yang mengingatkan saya tentang asas
kemanusiaan saya. Bagaimana boleh isyarat sekecil ini dikatakan telah
menimbulkan kemarahan kepada YAB dan Setiausaha Agong sehingga
terpaksa "dengan kejamnya membayar semula dengan harga yang
setimpal" seperti Shylock di dalam sastera Shakespeare's yang bertajuk
"The Merchant of Venice". Apakah kesalahan yang sangat besar telah
disebabkan oleh rakyat Malaysia ini? Sebagai rakyat negara ini, kita telah diasuh dengan tradisi sejarah yang
lama. Jelas sekali kita ingin belajar dari sejarah itu. Kita tidak mahu senario
dari Sulalatus Salatin (Catatan Sejarah Melayu) di mana seorang anak
muda Hang Nadim yang telah dikorbankan (kerana ditakuti kebolehannya)
diulangi sekali lagi. Sama ada kejadian itu akan diterjemahkan bulat-bulat
atau secara kiasan, ia akan dilihat sebagai satu kes menembak si penyampai
pesanan selain daripada mengendahkan pesanan itu.
Mungkin saya merasakan adalah satu anggapan yang munasabah apabila,,
dengan menyertai sebuah parti, sungguhpun organisasi pemerintah, saya
tidak akan dihalang dari mempunyai (dan menyatakan) sebarang
pandangan apatah lagi berkenaan hal-hal perasaan belas kasihan sesama
manusia dan asas kemanusiaan yang biasa.
Tidak pernah saya sedari tentang wujudnya sebuah (parti) polisi, di
samping untuk menghina dan menafikan segala sumbangan dari bekas
Timbalan Presiden Parti (ini sudah tentu berlawanan dengan amalan
sebelum ini dan dari kebiasaannya), semua orang dilarang dari menyatakan
rasa prihatin dan empati terhadap keadaan kesihatan beliau, tidak kira
pertalian atau keutamaan politik, atau tiada satupun.
Saya telah berulangkali memberitahu kawan-kawan saya bahawa ini adalah
satu inisiatif yang bersifat perikemanusiaan. Apabila jawapan Dr. Mahathir
terhadap isu tersebut dipolitikkan, itu bukanlah apa yang kita lakukan atau
niat kita. Saya mengharapkan satu masyarakat yang lebih baikhati dan
lemah-lembut, dikenali sebagai masyarakat penyayang yang telah dijaja ke
sana ke mari, tetapi tidak diamalkan secara umum - akan muncul,
membanjiri dan membasuh dosa-dosa akibat dari kerja yang telah dibuat
dan yang telah ditinggalkan yang menyelubungi kita kini pada ketika ini.
Sesetengah kawan memberitahu yang saya mungkin terlalu lurus untuk
meganggap bahawa rayuan tersebut akan membangkitkan perasaan
kemanusiaan yang sama. Untuk ini saya seringkali menjawab bahawa saya
sentiasa bersikap optimis dan selalu memilih untuk percaya kepada
kemurahan hati dan kebaikan manusia, dan sifat kemuliaan hati seseorang.
Saya tidak cenderung untuk menjadi seorang pembangkang. Selama
hampir 15 tahun saya telah memberikan sumbangan kepada masyarakat ini
berdasarkan keupayaan saya melalui aktiviti-aktiviti NGO, aktiviti-aktivi
sosial, menganjurkan forum-forum dan seminar-seminar termasuk
seminar yang pertama kali mengenai 2020 di peringkat kebangsaan pada
tahun 1991 di Ipoh, Perak. Saya juga pernah menerajui UMNO dari
peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat bahagian (sebagai Timbalan
Ketua Bahagian). Ternyata saya bukanlah seorang yang tidak berupaya untuk memahami
realiti politik. Saya tidak berupaya untuk menyanggupi layanan tidak
perikemanusiaan dan bersifat kejam terhadap seorang pemimpin kanan
negara kita. Ramai orang telah memberitahu saya tentang apa yang mereka fikirkan
secara peribadi mengenai perkara ini. Ramai yang berada di dalam UMNO,
bahkan juga dari kalangan barisan kepimpinan, yang telah menyatakan
perasaan mereka terhadap perkara ini secara sulit. Langkah mereka
memilih untuk tidak menyatakannya secara terbuka adalah berdasarkan
pilihan mereka secara individu. Saya tidak sekali-kali akan membuat
penilaian mahupun spekulasi mengenai hal ini, walaupun ada orang yang
telah bercakap mengenai "budaya takut", sindrom bisu, untuk menunggu
sehingga PM sudah tiada lagi sebelum membuka mulut.
Saya memilih untuk berpegang kepada semangat kemanusiaan yang tidak
dapat dilemahkan dan kemuliaan sifat seseorang insan.
Tan Sri, Apabila saya memasuki pejabat Tan Sri pada petang itu, saya dapat
merasakan suasana yang kurang menyenangkan. Namun demikian, sebagai
seorang yang menghormati Tan Sri, saya terpaksa mengurangkan rasa
kurang selesa Tan Sri pada petang itu.
Akhirnya selepas perbincangan yang berkisar tentang kebudayaan, dan
Tan Sri menyatakan rasa simpati Tan Sri secara peribadi terhadap keadaan
kesihatan Datuk Seri Anwar, Tan Sri telah mencadangkan supaya saya
memohon maaf kepada Dr. Mahathir bagi memastikan kedudukan saya di
dalam Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd. terjamin.
Saya menyedari bahawa di dalam masyarakat ini kita masih belum
ketandusan orang-orang yang mempunyai sifat belas kasihan dan juga
sifat prihatin di dalam hati mereka. Mungkin ini bukanlah masanya untuk
saya menyentuh tentang peranan para intelektual atau orang-orang yang
berkedudukan baik yang dewasa ini dilihat oleh orang kita sebagai
berkelakuan seperti satu bidalan burung unta - lebih suka untuk
membenamkan kepalanya di dalam pasir.
Satu hari nanti sejarah pasti akan memberitahu kita bahawa kumpulan ini
akhirnya telah membenarkan diri mereka diperkotak-katikkan sehinggakan
mata mereka tidak dapat melihat, telinga mereka tidak dapat mendengar
suara tangisan yang datang perut masyarakat mereka, walaupun perasaan
tersebut bagai menyentak-nyentak tangkai jantung mereka.
Saya telah diasuh supaya membiasakan diri dengan tradisi dan budaya
masyarakat Melayu. Di dalam konteks peribadi, saya ditekankan dengan
pendidikan, yang mungkin kelihatan remeh-temeh dan tidak begitu
penting, tetapi cukup besar untuk mempengaruhi kehidupan kita.
Pembelajaran yang saya maksudkan itu adalah prinsip tauhid, yang
mengajar kita bahawa kesetiaan kita yang tiada kesudahannya adalah
kepada Yang Maha Pencipta. Sebarang keraguan atau kebimbangan yang
mencabul kesucian tidak boleh menyebabkan prinsip ini diketepikan.
Pemahaman ini bukan dirangka untuk menjadikan kita sebagai manusia
yang luarbiasa tetapi hanyalah untuk membantu kita mengemudikan
kehidupan kita sebagai warganegara alam sejagat yang memilih untuk
percaya kepada Tuhan yang Maha Besar.
Kita telah menahan diri kita dari menyatakan pandangan kita dengan jujur,
ikhlas dan saksama. Malah sebagaimana perumpamaan Melayu yang
berbunyi "bagai bajak wangkang makan berangkat", kita masih terus
mengatakan YA walaupun hati nurani kita mengatakan sebaliknya.
Semua perbincangan kita mengenai kehalusan budaya menjadi tidak bererti
apabila pada hakikatnya menunjukkan suara kita tidak kedengaran pada
masa ianya perlu diperdengarkan. Kesemua pengetahuan dan pengalaman
kita sepatutnya berupaya untuk mendorong kita bertindak selari dengan
suara hati kita. Di manakah nilai-nilai kebudayaan yang kita banggakan,
pantun, yang kita baca di skrin televisyen, walhal pada waktu yang sama
sifat kemanusiaan kita disembunyikan dan tidak diluahkan?
Pada saat-saat begini saya teringat beberapa baris ayat dari seorang
penyair Palestin Mahmud Darwish; "Ke mana kita pergi sekarang Ke mana pula surat rayuan ini boleh ditujukan selepas semua permohonan
dari berbagai peringkat masyarakat telah ditolak?
Apalagi yang boleh dibuat apabila suara perikemanusiaan tidak boleh
diluahkan? Dan apabila diluahkan telah ditolak tanpa banyak soal?
Ini adalah kerana selain dari inisiatif kami berbagai kumpulan
individu-individu, NGO-NGO, parti-parti politik dan yang terbaru sekali
SUHAKAM telahpun mengemukakan rayuan mereka dan telah menerima
respons yang negatif. Bahkan berita tentang persetujuan YAB Perdana Menteri untuk bertemu
dengan perwakilan barisan pemimpin parti politik dengan syarat bahawa
seorang dari mereka tidak dibenarkan turut serta itu ternyata amat malang
sekali. Rakyat akan tergerak untuk bertanya; adakah ketidak-sediaan untuk
bertemu dengan wanita ini, seorang isteri, seorang ibu, bukan disebabkan
beliau seorang doktor, bukan disebabkan beliau seorang professional
(walaupun beliau adalah semua itu malah lebih lagi), satu pengesahan
tentang tanggapan bahawa, di dalam analisa terakhir seseorang itu tidak
akan dapat bertentang mata dengan seseorang (atau pasangannya) yang
telah dizaliminya? Masalahnya adalah sebahagian dari golongan intelek kita tidak
melaksanakan tanggungjawab mereka. Kita memilih jalan yang mudah
kerana ianya kurang merumitkan dan tidak membebankan, pada akhirnya
naluri perikemanusian kita yang sepatutnya membuka mata dan telinga kita,
dan mendorong kita untuk memperkatakan kebenaran seolah-olah
dipendamkan begitu sahaja. Pernyataan tentang kebenaran ditunda manakala alat-alat untuk mengalih
perhatian digunakan dan direka di dalam jentera-jentera sosial dan politik.
Marilah kita berharap agar awan hitam yang menyelubungi kita akan berlalu
pergi secepat mungkin. Kita perlu berusaha untuk melebarkan perasaan belas kasihan, kasih
sayang dan sifat mengambil berat di dalam masyarakat kita.
Dari segi praktikalnya sepertimana di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim,
ia bermakna kita perlu menjauhi "memakan daging" saudara sendiri. Kita
mesti berazam untuk membuang tabir yang telah menyebabkan kita tidak
percaya kepada diri sendiri; dan untuk membuang jauh-jauh perasaan
bimbang dan ragu-ragu yang tidak sepatutnya berdasarkan kepada
prinsip kita. Tan Sri, Saya amat menghormati Tan Sri sebagai seorang yang berpengalaman
yang telah memberikan sumbangan kepada masyarakat termasuk
perkara-perkara yang berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan. Saya
ingin mengucapkan terima kasih atas nasihat, pimpinan dan inspirasi yang
telah Tan Sri curahkan kepada saya selama 14 tahun saya bersama syarikat
ini. Janganlah merasa bimbang kerana saya memahami kesulitan yang Tan Sri
hadapi dan tidak sekali-kali berniat untuk mendatangkan sebarang
kemudaratan atau menyinggung perasaan Tan Sri.
Apa yang telah saya nyatakan hanyalah luahan perasaan saya melalui jalan
yang amat sederhana sekali. Saya sebenarnya mengharapkan agar ini
dapat dilaksanakan melalui cara yang lain; saya telah merujuk kepada suara
hati saya dan inilah respons daripada saya.
Di antara memohon maaf kerana menyelaraskan sepucuk surat rayuan bagi
mendapatkan pertimbangan terhadap pilihan kaedah rawatan perubatan
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdasarkan kepada sifat belas kasihan,
dan terpaksa untuk meletakkan jawatan dari lembaga, jawapan saya adalah
terang dan jelas. Dengan ini saya mengemukakan perletakan jawatan saya.
Yang benar, Terjemahan : SPAR-09-05 Asal: http://www.freeanwar.com/updates/../facnews/suratraja080601.htm |