Laman Webantu KM2A1: 4723 File Size: 10.6 Kb * |
TJ SP MGG: Arahan Penghakiman Daripada Atasan By M.G.G. Pillai 14/6/2001 10:30 am Thu |
MGG 1251 [Eusoff Chin telah mengaku membuat panggilan talifon tetapi
beliau menafikan memberi sebarang arahan yang mencemari perjalanan
perbicaraan. Beliau telah memberi kemungkinan berlaku salah-faham.
Apakah benar ia salah faham atau memang satu putar alam? Kita perlu
mengimbau kes percutian yang masih belum padam.
Dalam kes percutian dulu Eusoff Chin mengatakan beliau kebetulan
terserempak sahaja dengan Lingam tetapi jadual penerbangan dan
semua gerak-geri beliau menunjukkan semua itu sudah dirancang.
Yang menjadi persoalan sekarang mengapa Eusoff Chin begitu terdiam
bila kedua-dua kes ini terbongkar dan sudah terlalu jauh melayang.
Walaubagaimanapun Hakim Muhammad Kamil telah melakukan satu pendedahan
yang agak bijak juga dengan sedikit kesamaran. Reaksi itulah yang menjadi
sasaran kerana ia sudah menjawab banyak persoalan. Dalam permainan seperti
ini seseorang itu perlu arif dengan siapa ia berperang kerana tersilap
ungkapan akan mengundang kecelakaan. Terjemahan: SPAR-01-019
Arahan Penghakiman Daripada Atasan
(Judicial Instructions From Above) Oleh: MGG Pillai Ketika memutuskan berlakunya kekosongan kerusi dewan undangan negeri
bagi kawasan Likas, Hakim Muhammad Kamil Awang telah menyatakan
betapa dia telah mengenepikan satu arahan daripada pihak atasan
untuk mengenepikan petisyen pilihanraya itu. Sambil tidak menyebut
siapakah orangnya walaupun dalam sidang akhbar selepas sidang
mahkamah itu dia telah menyatakan orang itu bukannya orang politik
bererti bukannya perdana menteri ataupun timbalannya. Tentu bukan
Tan Sri Dzaiddin Mohamed yang kini menjadi Ketua Hakim Negara.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin pun mengatakan dia tidak
berbuat begitu. Bekas ketua Hakim Tan Sri Chong Siew Feh adalah
seorang yang tidak akan melibatkan dirinya dalam kerja-kerja itu
kerana dia terkenal sebagai insan yang berprinsip. Tinggal hanya
seorang sahaja manusia yang berkemungkinan melakukan kerja jijik
itu: mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin. Arahan ini muncul.
Pada 1999, sebaik sahaja petisyen pilihanraya Sabah itu
dikemukakan. Sejak pengumuman Hakim Kamal itu, beliau telah didesak untuk
mendedahkan nama orang yang terlibat. Dia sudah pun menulis kepada
Tan Sri Dzaiddin menyebut nama manusia itu, sambil enggan
membincangnya lagi kerana para peguam yang terbabit dalam petisyen
tersebut tahu siapa orangnya. Rupanya, seperti yang disebut oleh
Hakim Kamal, manusia ini pernah mengarahkan semua hakim yang
terlibat dalam petisyen pilihanraya membuat kerja seperti itu.
Ketika diarahkan berbuat begitu, Kamal telah meminta satu arahan
yang bertulis, yang sudah tentu tidak diberikan kepadanya. Itu
sebabnya dia memperlekehkan arahan lisan itu. Menteri undang-undang
(de facto) Rais Yatim, mahu Kamal mendedahkan nama orang itu, tetapi
para hakim berpendapat memadailah dengan apa yang mereka cakap di
mahkamah sahaja. Seandainya terbongkar satu kesilapan, penghakiman
yang disediakan harus memadai sebagai asas siasatan polis. Lagipun,
seorang hakim tidak memberikan penjelasan penghakimannya selepas ia
membacakannya. Sebenarnya masih ada lagi cerita yang terselindung di sebalik
tekanan pihak atasan itu. Suruhanjaya Pilihanraya sengaja tidak
bertindak terhadap beberapa aduan terhadap daftar pengundi,
sehinggakan ada seorang pegawai yang berkata dia pernah diarahkan
agar tidak berbuat sesuatu. Inilah yang membuatkan daftar pengundi
satu dokumen yang boleh dicurigakan. Kalau ia boleh terjadi pada
satu kawasan pilihanraya, ia boleh berlaku di tempat lain juga di
Sarawak ataupun di semenanjung. Dengan demikian, apabila Suruhanjaya
Pilihanraya mengumumkan bahawa daftar pengundi yang terkini akan
digunakan di pilihanraya kecil nanti, bolehlah dipertikaikan apakah
sudah tepat maklumatnya. Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya itu sudah
pun memperakukan apa yang menjadi kerunsingan pihak pembangkang
selama ini: bahawa Suruhanjaya Pilihanraya sudah menjadi satu
jentera kerajaan yang berkuasa di Kuala Lumpur dan dengan demikian
ia tidak lagi bersikap berkecuali dan bebas.
Dengan terdedahnya kisah ini, ia memberikan gambaran betapa di
sebalik segala usaha meminda perlembagaan untuk menjadikan para
hakim setara dengan tahap birokrasi mereka dengan pegawai kastam dan
polis, mereka sendiri sedang menunjukkan keazaman mengembalikan
kegemilangan badan kehakiman itu ke martabat asal selepas dua ketua
hakim negara sebelum ini menyarungkan martabat itu dengan label yang
mudah dipersendakan. Sejak mengambil-alih tugas, Tan Sri Dzaiddin
telah menghumbankan belenggu yang dipasang ke atas para hakim oleh
orang yang telah digantikannya itu. Banyak perubahan telah
dilaksanakannya, tetapi dia mesti pandai menghadkan peranannya
dengan membiarkan pentadbiran badan kehakiman itu kepada para hakim
yang ada. Ada kalanya dia bertindak terlalu terlibat dalam sesuatu
yang diminatinya, sedangkan perkara itu tidak patut dilakukannya.
Namun, kerja-kerja yang sumbang selama 13 tahun, tidak boleh
diperbetulkan dalam masa beberapa bulan sahaja. Reaksi para hakim
kepada suasana baru, dan kesediaan mereka mencabar tanggapan politik
yang lama berkarat, di mana para hakim tidak punyai peranan selain
menghakimi kes-kes tanpa mencuit kemarahan kerajaan dan juga ketua
hakim negara memberi atau pengharapan bermulanya satu era di mana
badan kehakiman akan dihormati semula dan diyakini oleh rakyat
jelata. Apabila dua hakim yang berbeza dalam tempoh dua minggu
bertegas menegakkan martabat penghakiman negara, sudah pun
menyerlahkan keazaman itu. Badan kehakiman yang diperkasa oleh
penilitian dan kebebasan untuk menghakimi dengan penuh ketelusan
tanpa mengambil kira perasaan kerajaan ataupun seorang ketua hakim
negara memang sudah lama diimpikan. Yang Arif Hakim Kamal, yang akan
bersara pada akhir bulan ini, telah menunjukkan bagaimana seorang
hakim harus menunjukkan reaksinya dalam keadaan seperti ini.
MGG Pillai Terjemahan SPAR-01-019 Catatan: Eusoff Chin telahpun menafikan bahawa beliau adalah orang yang
dimaksudkan oleh YA Hakim Muhamad Kamil Awang dalam kertas
penghakimannya. Oleh itu teka-teki berkenaan masih belum terjawab.
Asal: Mr Justice Muhammad Kamil Awang, in declaring the Likas state assembly
seat in Sabah vacant, said he ignored an order from his superior to strike
out the election petition. He would not say who it was, though in a
subsequent press conference he ruled out politicians (and therefore the
Prime Minister and deputy prime minister), the present chief justice, Tan
Sri Dzaiddin Mohamed; the president of the Court of Appeal, Tan Sri Lamin
Yunus, said he did not; the then chief judge Tan Sri Chong Siew Feh too
principled a man to indulge in such actions. That left just one man who
could possibly have done so: the former chief justice, Tun Eusoff Chin.
And this instruction came in 1999, shortly after the Sabah elections
petitions had been filed. Since Mr Justice Kamal's claim, he is under pressure to reveal who he
is. He has since written to Tan Sri Dzaiddin to say who he is. He would
not say more, adding that the lawyers involved in the petition know who he
is. It transpires, as Mr Justice Kamal releated, he had asked other
elections petition judges to do so as well. When he was ordered, he
wanted the instruction in writing, which, of course, never came. So, he
ignored it. The de facto law minister, Dato' Rais Yatim, wants him to
reveal who he is, but judges say what they want to say from the bench.
If a wrong is revealed, the judgement itself should stand as the basis for
police investigations. Besides, a judge does not explain his judgement
after he had delivered it. There is, of course, more to the judgement than pressure from above.
The Elections Commission deliberately did not address complaints to the
electoral rolls, with an official saying he had been ordered not to. That
throws doubts on how accurate the electoral rolls are. If it is in one
constituency, it should be in other constituencies in Sabah, and elsewhere
in Sarawak and the peninsula. So when the selfsame Elections Commission
says the updated electoral rolls would be used for the byelections, one
cannot be sure if that is accurate. The decision confirmed what
opposition parties had suspected: that the Elections Commission became
firmly an arm of the government in power in Kuala Lumpur, and it threw its
independence to the winds. That it became known at all is yet another sign that despite the
constitutional amendments which reduce judges to the bureaucratic level of
customs and police officers, they want to return the judiciary back to
what it was before two successive chief justices actively helped put them
into a straitjacket. Tan Sri Dzaiddin, since he took office, removed the
shackles his predecessor had put on the judges. He has done much, but he
must confine himself as chief of the appellate court, leaving the
administration of the judiciary to the chief judges. He sometimes takes
an too keen an interest in that. He should not.
But the mishaps of 13 years cannot be put right in a few months.
But how the judges react to the new atmosphere, and their readiness to
challenge the long held political view that judges had no role beyond
adjudicating cases without annoying the government and the chief justice
is a sign that a new epoch of a judiciary people can respect is in the
cards. That two judges, within a week, had said they have a higher
standard of their role is but one indication of that. A judiciary
strengthens with introspection and a freedom to articulate issues of the
day whether it annoys the government or chief justice or not. Mr Justice
Kamal, who retires later this month, has shown how a judge should react in
such circumstances. M.G.G. Pillai
|