Laman Webantu KM2A1: 4725 File Size: 13.8 Kb * |
TAG SP 168: Tuduhan Baru Terhadap Eusoff dan Lingam By Steven Gan 14/6/2001 5:32 pm Thu |
TAG 168 [Eusoff Chin mengatakan beliau terserempak secara kebetulan sahaja
dengan Lingam di luar negara. Tetapi siasatan Bowman menunjukkan semuanya
telah dirancang dan sudah tersedia menanti mereka ihsan seorang yang
memang mempunyai tempat bersantai di sana.....
Kalau di negara asing sudah lama Eusoff Chin merengkok dalam penjara
- atau setidak-tidaknya menghadapi pertuduhan yang serius kerana ada banyak
benda yang tidak kena - termasuk bergambar, berpeluk, berbual, bersiar-siar,
dan bergembira bersama lebih dari satu lokasi pada hari yang sama. Ini
membayangkan segala-galanya sudah diatur untukmu berdua kerana berjasa
kepada si dia. Malaysiakini 14 Jun, 2001 Tuduhan Baru Terhadap Eusoff dan Lingam
(Eusoff, Lingam face new allegations) Oleh: Steven Gan Agensi siasatan yang berpangkalan di U.K. telah menyemukakan satu
tuduhan baru tentang percutian Ketua Hakim Negara yang baru bersara,
Eusoff Chin dan seorang peguam ternama V.K.Lingam, enam tahun yang
lalu. Mengikut laporan yang disediakan oleh Bowman Investigations,
Eusoff dan Lingam terbang bersama-sama dengan ahli keluarga mereka untuk
bersantai hari lebaran Krismas di New Zealand pada 1994.
Salinan jadual Eusoff dan keratan tiket pesawat terbang Lingam yang
diperolehi oleh pasukan siasatan Bowman menunjukkan mereka telah
menaikki pesawat yang sama daripada Singapura ke New Zealand, dan
begitu juga ketika pulang (sila lihat jadual Eusoff dan keratan
tiket Lingam) Pasukan penyiasat itu melapurkan bahawa Lingam terbang ke Singapura
dengan menaikki Singapore Airlines pada Disember 22, 1994 dan menaikki
sebuah pesawat untuk ke Auckland. Pada HARI YANG SAMA Eusoff bersama
ahli keluarganya telah menaikki pesawat MAS ke Singapura dan
terbang ke Auckland dengan menaikki pesawat yang sama digunakan oleh
Lingam dengan menggunakan tiket 'Business Class'.
Dua keluarga itu kemudiannya bersama-sama bertolak ke Christchurch
empat hari kemudiannya dan pulang ke Kuala Lumpur melalui Singapura
pada Disember 30. Selama lapan hari itu, Eyusoff telah ditemani oleh isterinya Rosaini
Mustaffa, anak perempuannya Zubaidah 7, dan yang lelaki Johan, 6,
sedangkan Lingam ditemani oleh isterinya K.Gnanajothy, dan anak
perempuan mereka Sivashahki, 11, dan Sivajothy, 10.
Turut menemani mereka ialah Tan Chong Paw, seorang bekas sarjan polis
yang mengikut anggapan agensi siasatan itu, berkhidmat sebagai
pengiring peribadi Vincent Tan.
Satu daripada dua lapuran yang ditulis oleh pengarah urusan Bowman,
D. McCarthy - satu bertarikh 2 Mac, 1998 dan satu lagi bertarikh 21
April, 1998 telah dikirimkan oleh sumber yang tidak dikenali kepada
Malaysiakini (Sila lihat 'The Bowman Papers' yang pernah
diterjemahkan dulu) Bukti-bukti yang diperolehi oleh lapuran Bowman menunjukkan adanya
percanggahan dalam kenyataan Eusoff yang menyatakan beliau secara tidak
disang-sangka telah 'terserempak' menemui Lingam ketika bercuti di New
Zealand. 'Saya terserempak menemuinya di sana. Sebagai seorang rakyat
Malaysia di negara asing, tentulah saya gembira menemui seorang rakan
di negara orang. Saya memberitahu rancangan mahu ke zoo dan dia
bertanya mahu turut sama,' demikian kata Eusoff Selasa yang lalu.
'Saya beritahu mahu menaikki bas ke situ dan dia pun tidak keberatan
begitu. Lagipun dia mahu mengambil gambar kenangan yang tidak pun saya
hampakan,' tambah beliau. (The Sun 7 Jun).
Lingam telah mewakili Vincent Tan dalam satu tuntutan mahkamah
terhadap wartawan veteran M.G.G.Pillai, yang telah mengemukakan
rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan yang pengerusikan oleh Eusoff
Chin. Pillai masih menunggu keputusan mahkamah setelah rayuannya satu
setengah tahun yang lalu dikemukakan terhadap hukuman bernilai RM 2
juta yang memihak kepada Vincent Tan. Lapuran Bowman itu menunjukkan setelah bersantai selama empat hari di
Auckland kedua-dua keluarga itu telah menaiki pesawat tempatan ke
Christchurch, yang merupakan pintu gerbang ke bahagian selatan New
Zealand. Mereka berada di sana selama empat hari, termasuk
sekurang-kurangnya satu hari besantai di pusat percutian pergunungan
di Queenstown. Tiga keping gambar dua keluarga itu telah disiarkan di internet sejak
awal 1988, menunjukkan kedua-dua keluarga itu sedang seronok bersantai.
![]() Satu keping gambar menunjukkan dua watak lelaki itu berposing bersama
isteri mereka di hadapan BobPeak's Skyline Gondola & Restaurant, sebuah
pusat pelancungan puncak bukit yang dihubungi oleh kereta kabel.
Satu keping gambar lagi menunjukkan dua-dua keluarga dihadapan Kiwi
& Birdlife Park (taman burung). Dalam dua-dua gambar menunjukkan mereka memakai pakaian yang serupa.
Ini adalah pertanda bahawa gambar itu disemadikan pada hari yang sama.
Beberapa salinan keratan tiket, yang diperolehi oleh Bowman di New
Zealand, menunjukkan dua keluarga itu terbang pulang daripda Queenstown
ke Christchurch pada 29 Disember. Pada keesokan paginya, dua keluarga ini berlepas ke Auckland untuk
menaikki secara 'business-class' ke Singapura dan kemudiannya pulang
ke Kuala Lumpur. Mengikut siasatan Bowman, catatan pada kad imigresen keluarga Lingam
menunjukkan mereka menginap di hotel Best Western di Auckland dan
Christchurch. 'Kami telah membuat siasatan dan memeriksa pelbagai
rekod di kedua-dua hotel ini. Lingam tidakpun menginap di hotel
tersebut. Demikian yang dicatatkan oleh pengarah urusan agensi itu,
McCarthy. 'Kami juga telah membuat siasatan menyeluruhi Sheraton Hotel, Quality
Hotrel, Anzac Avenue, Travel Lodge, Harbour City, dan Queenstwoan tanpa
sebarang kejayaan.' McCarthy juga melaporkan betapa agensi itu telah diberitahu bahawa
anakguaman Lingam, Vincent Tan, 'mempunyai tempat penginapan di New
Zealand yang memang dibiarkannya untuk kegunaan kawan-kawannya.'
Mengikut McCarthy, tiket penerbangan telah dibayar melalui dua chek dan
satu lagi secara tunai. 'Kami difahamkan satu cek itu adalah kepunyaan Lingam yang menggunakan
akaunnya di Nova Scotia Bank. Chek yang lagi satu adalah kepunyaan
Eusoff sementara bayaran tunai adalah untuk (tiket) pengawal
keselamatan Tan.' Kata McCarthy lagi. Pasukan siasatan Bowman itu telah mendapatkan satu salinan chek
kepunyaan Lingam bernilai RM24,912 yang dibayar kepada Holiday Tours and
Travels di Kuala Lumpur. McCarthy juga melaporkan bahawa ketika siasatan mereka itu, BPR telah
membuat siastan yang serupa. Pada satu sidang akhbar minggu lalu, Eusoff telah menunjukkan satu
longgokan resit perbelanjaan tiket kapalterbang dan penginapan hotel. Dia
betegas membayar semua kos percutian di New Zealand dengan duitnya
sendiri dan bersedia menyaman sesiapa yang menuduh percutian itu
dibiayai oleh pihak ketiga. Eusoff juga mengakui telah disiasat
oleh BPR dan mereka tidak pun mengesan sebarang salahlaku.
Ketika munculnya tuduhan terhadap Eusoff dan Lingam yang didedahkan oleh
gambar-gambar mereka bersantai di New Zealand itu disiarkan di internet
pada 1988, mereka telah mendapat ngap apabila Meneri Rais Yatim bercakap
di corong radio Australia ketika di wawancara bulan lalu. Rais
berkata adalah tidak enak apabila didapati seorang hakim bersantai
dengan seorang peguam yang mempunyai kaitan dalam mahkamah yang
dihakiminya. Parapeguam sedang menimbangkan kemungkinan mengsyorkan Eusoff digantung
menunggu siasatan bebas terhadap skandal itu pada satu mesyuarat
tergempar majlis peguam pada Jumaat depan. Namun, adalah masih samar
apakah mesyuarat tergempar itu dapat diadakan.
Pada hari Isnin, Majlis Peguam telah menerima satu surat daripada
seorang peguam memberi amaran agar tidak diadakan mesyuarat tergempar
itu, kerana ia disifatkan menghina dan bersifat fitnah. K. Raja
Segaran telah memberikan tempoh 48 jam agar dibatalkan mesyuarrat
tergempar itu. Jika tidak dia akan memohon injunksi mahkamah.
Tuntutannya itu telah ditolak oleh presiden majlis Sulaiman Abdullah.
Semalam Perdana Menteri Mahathir berkata siasatan itu tidak pun
diperlukan dan beliau mendakwa tindakan manjlis peguam itu
mempunyai 'motif politikm. Di waktu yang sama, mantan ketua pembangkang dan pengerusi DAP Lim
Kit Siang telah mjendesak Parlimen agar besidang secara tergempar untuk
menubuhkan satu suruhanjaya siasaan terhadap isu tersebut.
Asal: FLASHBACK: Eusoff Chin One Year Ago Malaysiakini, Wednesday June 14 2000 Sila ke laman Malaysiakini untuk lebih gambar dan paparan menarik:
Link Reference : Eusoff, Lingam face new allegations |