Laman Webantu KM2A1: 4733 File Size: 21.6 Kb * |
TAG SP 171: B2 Isham Rais : Pengalaman Wiramarhaen Yang Bergaya By Sheryll Stothard 15/6/2001 5:12 pm Fri |
TAG 171 [Tidak syak lagi Hishamuddin Rais bukan sebarang pejuang kerana
tetap perihatin dan aktif serta sentiasa muncul bila diperlukan.
Inilah insan yang memperjuangkan nasib kaum tani dan setinggan
waktu muda-muda dulu sehingga kerajaan datang mencengkam dan beliau
hidup terbuang. Setelah kembali ke tanah-air Hishamuddin masih seperti
dulu - membela pihak yang teraniaya dan ditekan. Akibatnya beliau
telah ditangkap melalui akta ISA dan kini telah dibuang ke Kamunting.
Sekaligus ini membayangkan beliau bukan sebarang wirawan kerana sentuhan
beliau cukup mengancam dan setaraf dengan Ezam yang tidak memerlukan
sebarang bom atau roket di tangan kerana suara dan keazaman itulah yang
lebih berkesan. Sekarang ini sudah muncul pelbagai kumpulan pendesak agar Hishamuddin
dibebaskan kerana mereka sudah cukup kenal siapa beliau. Beliau sudah
lama memperjuangkan nasib kita - sekarang tibalah giliran kita pula
untuk membelanya. Bukankah kita semua dianggap sebagai keluarganya?
- Editor] Terjemahan : SPAR 09
(Isham Rais: Adventures of a trendy rebel)
Oleh : Sheryll Stothard "Dalam tahun 60an, polisi tersebut lebih banyak diperkatakan di
mulut sahaja." Philip Koh menerangkan seperti apa yang
diingatinya. "Walaupun ia telah diiktiraf secara rasmi sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa Melayu tidak langsung diberikan
perhatian dan menerima layanan, terus terang saya katakana, yang
meragukan." Pada bulan Oktober 1970, sebagai tanda memprotes (membantah),
sekumpulan pelajar, yang dikatakan dipimpin oleh Anwar, telah
bergerak sekeliling kampus dan "memadamkan semua papan tanda dan
notis yang ditulis di dalam bahasa Inggeris " (dari dakwaan
kenyataan #2 di dalam perintah tahanan ISA Anwar).
Tindak balas ini pada dasarnya adalah satu luahan rasa kecewa di
kalangan pelajar yang, menggunakan perantara bahasa Melayu,
merasakan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris yang berleluasa di
dalam dewan-dewan kuliah dan buku-buku telah membentuk sikap
membeza-bezakan (diskriminasi) terhadap mereka.
Walaupun Anwar telah menamatkan pelajaran dari UM pada tahun
1971, beliau terus menjadi pemimpin tidak rasmi pelajar di
kampus. Kedudukannya pada barisan pucuk pimpinan Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM), dan Majlis Belia Malaysia dan kesan
pengaruhnya yang terus disemai di dalam persatuan-persatuan
seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia
(PKIM), Gabungan Pelajar-pelajar Islam Malaysia dan PMUM, telah
memastikan bahawa beliau tetap menjadi sebahagian dari
aktivis-aktivis pelajar sehinggalah kepada peristiwa tindakan
keras 1974. "Lincoln lingkup!" : Ini adalah satu masa yang membawa Isham bertemu dengan Anwar.
"Walaupun pada hakikatnya kami tidak "bergaul rapat" bersama,
kami berkongsi banyak persamaan pendapat di dalam kebanyakan
isu-isu termasuklah isu-isu antarabangsa. Biarpun cara pendekatan
Anwar terhadap isu-isu tersebut adalah lebih Islamik, dan saya,
sosialis, kami berada di atas landasan yang sama.
"Landasan yang dikongsi bersama" oleh mereka itu buat pertama
kalinya dibuktikan melalui tunjuk perasaan (demonstrasi)
besar-besaran anjuran PKPMI pada tahun 1971 bagi membantah
kunjungan Perdana Menteri Thai ke Malaysia di atas apa yang
dipercayai sebagai layanan yang buruk oleh kerajaan Thai terhadap
penduduk-penduduk yang beragama Islam di Selatan Thailand. Tunjuk
perasaan itu, yang melibatkan ribuan orang, bermula di Lapangan
Terbang Subang dan diteruskan ke sepanjang Lebuh raya Persekutuan
dan Lembah Pantai. Para pelajar akhirnya disembur dengan gas
pemedih mata dan terpaksa masuk semula ke dalam kampus. Seramai
tujuh belas orang, termasuk Anwar, telah ditahan kerana menyekat
lalu lintas. "Ia benar-benar mempolitikkan saya," kata Isham, apabila
mengenangkan kejadian itu. Ia juga merupakan episod pertama bagi
beberapa siri tunjuk perasaan dan bantahan yang diselaraskan
secara bersama oleh Isham dan Anwar, salah satu kejadian yang
penting adalah bantahan di hadapan Pejabat Kedutaan Amerika dalam
tahun 1973. Isunya adalah mengenai sokongan Amerika terhadap
keganasan Israel dalam Perang Oktober (atau Perang Yom Kippur)
pada tahun 1973 yang berakhir dengan Semenanjung Sinai dirampas
dari rakyat Palestine. " Apabila perang bermula, kesatuan pelajar
menjelaskan pendirian dengan segera dan kami percaya kami
terpaksa melakukan tunjuk perasaan. Pada bulan 13hb.Oktober, PMUM
menganjurkan satu tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Amerika.
Lebih kurang seribu dari kami yang menerima semburan gas pemedih
mata," Isham menceritakan seperti yang diingatinya.
Tiga hari kemudian, satu tunjuk perasaan yang lebih besar, yang
dianjurkan oleh MBM yang diterajui oleh Anwar, dimulakan di
Kedutaan Amerika di Jalan Ampang, dan bergerak ke Pusat Lincoln
(Lincoln Centre) yang berdekatan. Di Kedutaan, salah seorang
pelajar berjaya menurunkan bendera Amerika dan ia dibakar.
Apabila kumpulan tersebut bergerak ke Pusat Lincoln, adalah jelas
bahawa mereka tidak akan dapat dihalang dengan gas pemedih mata
sahaja. Anwar mengetuai kumpulan yang ramai itu, disokong oleh
Isham dan beberapa pemimpin yang lain, menyeru agar Pusat
tersebut ditutup, dengan melaungkan "Lincoln tutup, Lincoln
lingkup!" Menjelang lewat petang, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ghazali
Shafie tiba untuk bercakap kepada para pembantah. Beliau berjaya
mengurangkan ketegangan dengan memujuk kumpulan tersebut supaya
beredar ke Masjid Negara untuk menunaikan sembahyang.
"Kami menuntut agar kerajaan Malaysia menutup Pusat Lincoln dan
memutuskan ikatan diplomatik dengan US," Isham tertawa. "Anda
boleh lihat bahawa kedudukan kami pada masa itu adalah
bersandarkan kepada semangat penuh yakin (optimistik) golongan
muda." Ini telah membawa kepada satu perjumpaan bersama Perdana Menteri
Tun Abdul Razak dan sekumpulan pemimpin pelajar, termasuk Anwar
dan Isham. "Semasa minum petang di kediamannya, beliau
menjelaskan kepada kami tentang pendirian rasmi kerajaan terhadap
isu US-Israel. Beliau menerangkan bahawa Malaysia tidak boleh
terlalu menekan kerana US pada bila-bila masa sahaja boleh
mengeluarkan simpanan timbunan getahnya dan harga-harga getah
akan terjejas. Kesatuan diharamkan : "Tun Abdul Razak benar-benar berjiwa nasionalis," kata Isham
apabila mengingatkan pertemuan tersebut. "Beliau memahami isu
tersebut. Itulah sebabnya beliau menjemput kami untuk berdialog.
Saya merasakan perkembangan itu sangat memberangsangkan." Apabila
tahun 1974 menjelang, semangat para pelajar masih tidak tergugat.
Pihak berkuasa masih belum lagi mengambil sebarang tindakan
menghukum yang serius. Walau bagaimanapun isu-isu yang terlibat
adalah isu-isu yang berada di luar sempadan negara. Keadaan ini
berubah apabila muncul insiden Tasik Utara.
Dalam bulan September tahun itu, Isham menerima satu telegram
dari penghuni-penghuni setinggan di Tasik Utara, berdekatan Johor
Bahru, yang meminta bantuan. Kerajaan Negeri Johor baru sahaja
mengeluarkan satu notis pengusiran kepada sekumpulan besar
penghuni-penghuni setinggan. Sebidang tanah yang didiami mereka
itu akan dibangunkan menjadi padang golf.
Isham, dengan ditemani beberapa pelajar seperti Adi Satria, Abu
Zer Ali dan Yunus Ali Hassan, turun ke Johor Bahru tepat pada
masanya apabila menyaksikan sendiri traktor-traktor majlis
Perbandaran memusnahkan rumah-rumah setinggan. Rombongan kedua
diatur, dan kali ini sebuah bas yang penuh memuatkan
pelajar-pelajar dari UM turun menyertai pelajar-pelajar lain dari
USSU (kesatuan pelajar-pelajar Universiti Singapura) dan para
penghuni setinggan yang telahpun mendirikan sebuah kem di hadapan
pejabat Ketua Menteri Osman Saat. Selepas tiga hari dan tiga
malam, pihak polis menyerbu masuk. Isham adalah di antara yang
ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap selama seminggu. "Mereka
menyerbu masuk pada lebih kurang pukul 3.00pagi sewaktu kami
sedang tidur." Isham menceritakan. Di KL pula, PMUM menganjurkan tunjuk perasaannya sendiri yang
kemuncaknya berakhir dengan peristiwa bersejarah di mana
universiti telah diambil alih. Rampasan kuasa yang singkat itu
telah menyebabkan kesatuan pelajar diharamkan dan bangunan
kesatuan di kampus ditutup. Para pelajar sedang di dalam proses
perundingan bersama pihak universiti untuk membuka kembali
bangunan tersebut pada lewat bulan November apabila menerima
berita tentang masalah di Baling, Kedah.
"Sungguhpun berita-berita disembunyikan dari pengetahuan ramai,
kami mendengar bantahan besar-besaran golongan petani di Kedah
dari pelajar-pelajar yang kembali untuk memulakan penggal
baru,"kata Isham. Peningkatan inflasi bersama-sama dengan
penurunan harga getah telah menambahkan lagi perasaan kecewa
golongan petani miskin dengan kerajaan, menyebabkan mereka turun
ke jalan-jalan raya di Baling. Adi Satria berkata, " Ribuan
melakukan tunjuk perasaan di jalan raya. Ianya adalah satu
manifestasi kepada kemiskinan dan kekecewaan."
Pada pukul 10.00 pagi 3hb. Disember, 1974, ribuan pelajar
berhimpun di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) untuk
menyuarakan sokongan mereka kepada para petani di Baling. Walau
bagaimanapun, sebelum tunjuk perasaan tersebut sempat bermula,
Unit Simpanan Khas (FRU) menyerbu masuk dan menyemburkan gas
pemedih mata kepada para pelajar. Para pelajar telah berpecah di
merata tempat di KL, dihambat oleh polis. "Anwar telah ditangkap
berhampiran Masjid Negara bersama-sama sekumpulan pelajar," Isham
memberitahu. "Mereka menyemburkan gas pemedih mata sehingga ke
dalam masjid. Malah pihak polis memasuki masjid tanpa
menanggalkan kasut terlebih dahulu untuk menangkap
pelajar-pelajar dan menyumbat mereka beramai-ramai ke dalam
trak." Kenangan Yang Memilukan : Menyusul selepas itu adalah insiden yang kini terkenal sebagai
"Bebaskan Anwar" di hadapan Muzium Negara di Jalan Bangsar.
Pelajar-pelajar, telah menyekat trak-trak FRU yang mengangkut
Anwar dan mereka yang ditahan di masjid, dan memaksa pihak polis
untuk melepaskan mereka. Namun demikian, kebebasan Anwar tidak
bertahan lama. Apabila beliau kembali pada petang itu untuk
mengikat jamin pelajar-pelajar yang telah ditangkap, beliau telah
ditahan di balai polis Bangsar. Apabila para pelajar mendapat
tahu tentang perkara ini, mereka sudah tidak boleh bersabar lagi.
Para pelajar dari UM, UKM dan ITM berkumpul di pintu masuk UM di
Lembah Pantai dan memulakan tunjuk perasaan, bantahan terhadap
penahanan Anwar yang kemudiannya berlarutan selama seminggu.
Di awal-awal pagi 8 Disember 1974, Operasi Mayang dimulakan, dan
kegemilangan aktiviti-aktiviti pelajar itu tidak pernah berulang
kembali. "Hishamuddin Rais!" seseorang memanggil. Isham meletakkan cawan
yang berisi kopi minumannya dan menoleh untuk melihat sipemanggil
itu. Seorang yang tidak dikenali berjalan ke arah Isham
memberikan isyarat mengenali dirinya dengan satu lambaian dan
senyuman. Kami sedang berada di Tebing Sungai Pasar Seni,
menikmati makan tengah hari di tempat terbuka, di pertengahan
sesi temuramah itu. Saya agak terkejut melihatkan masih ramai
yang mengenali dirinya - walaupun selepas dua dekad.
"Anda tahu," beliau melamun, seperti boleh membaca fikiran saya,
"Semuanya bermula pada 3hb. Disember,1974. Dua puluh tahun
kemudian, pada tarikh yang sama - 3hb. Disember, 1994, selepas 9
hari disoal siasat sebaik sahaja kembali ke tanah air dari luar
negara, saya bebas kembali." Beliau terhenti sejenak seperti
memberi masa untuk satu kesan yang dramatik, lantas ketawa.
"Dramatik, bukan?" Sambil saya turut ketawa bersamanya, saya
memerhatikan gelagatnya yang merenung ke seberang sungai,
seolah-olah cuba mencari-cari bangunan-bangunan yang biasa
dilihatnya dahulu di kawasan yang telah banyak berubah dengan
bangunan-bangunan pencakar langit itu. Sementara saya menunggunya
kembali ke saat ini, saya teringat sesuatu yang telah
diperkatakan oleh Jomo. "Kepulangan Isham ke Malaysia selepas 20
tahun adalah satu kenangan yang memilukan tentang perubahan
kepada apa yang pernah mengikat kita bersama, dan sejauh mana
kita telah berubah. Ianya seperti satu pelompatan masa. Kita
semua telah berubah. Tetapi Isham tidak pernah berubah."
Kemudian, beliau berpaling secara tiba-tiba, meninggalkan perkara
yang silam. Di wajahnya terukir sebuah senyuman yang membuatkan
dirinya kelihatan seperti berusia 22 tahun semula. "Saya sudah
kembali - itu sudah pasti!" Pengembaraan Isham Yang Ganjil :
Selepas seminggu bertelagah dengan pihak polis di pintu masuk
Universiti, para pelajar menyedari bahawa masanya pasti tiba
apabila pihak universiti yang semakin bimbang akan menyerah dan
membuka semua kampus di seluruh negara kepada FRU. Hishamuddin
"Isham" Rais dan Adi Satria berada di Kolej ke 7 UM pada malam
Sabtu, memikirkan peluang mereka sekiranya satu tindakan keras
diambil oleh pihak kerajaan. Adi memutuskan bahawa beliau akan
"selamat" jika terus berada di kampus, dengan alasan, tidak
seperti Isham, beliau bukanlah ahli Kelab Sosialis. Isham pula,
walau bagaimanapun, membuat keputusan untuk tidak mengambil
risiko dan meninggalkan kampus untuk bermalam di dalam kawasan
hutan berdekatan tangki air di Kolej ke 5.
Pada pukul 2.00, awal pagi Ahad, Operasi Mayang bermula. Pihak
polis menyerbu kawasan kampus Universiti Malaya, Institut
Teknologi Mara dan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Di
Singapura, tindakan keras yang sama dikenakan di Universiti
Singapura dan Institut Teknologi Nanyang.
Di Kolej ke 7 UM, para pelajar mengunci pintu pagar dan berjaya
menyekat pihak polis sehingga kira-kira pukul 7.00 pagi, sebelum
menyerah juga akhirnya. Antara pelajar yang ditangkap adalah Adi
Satria, yang sudah terlambat untuk mendapat tahu bahawa "senarai
yang paling dikehendaki" adalah lebih dari hanya senarai
ahli-ahli Kelab Sosialis. Turut ditahan adalah seorang pelajar
pra siswazah fakulti ekonomi dari Johor - juga bernama
Hishamuddin, yang tidak bernasib baik kerana telah memilih untuk
menumpang di Kolej ke 7 pada malam itu dan telah disangkakan
sebagai Isham Rais (Ini tidak akan menjadi nasib malangnya yang
terakhir gara-gara tersilap identiti. Beberapa tahun kemudian,
"Hishamuddin" ini jugalah yang ditahan semasa sedang dalam
transit di Lapangan Terbang Karachi, Pakistan di atas perkara
yang sama). Pada petang esoknya, Isham Rais memutuskan bahawa persisiran
laut adalah laluan selamat untuk cuba meninggalkan kampus. Pada
masa itu musim hujan, dan petang itu, Isham bernasib baik kerana
hujan telah turun dengan lebatnya beserta ribut, membantu
melindunginya dengan berkesan sekali dari polis-polis yang
bergerak dalam kumpulan yang besar di sekeliling kampus. Beliau
bergerak merentasi air hujan yang mencurah-curah ke atas bukit di
belakang Kolej ke 5 menuju ke Pantai Hills, menjadikan rumah
mewah Doshi sebagai mercu tanda. Apabila beliau tiba di sebuah
rumah yang telahpun dikenal pasti sebelum itu sebagai "rumah yang
selamat" tidak jauh dari situ - rumah seorang bersimpati yang
merupakan ahli kepada Middle Eastern Diplomatic corps, beliau
terus menuju ke bilik air untuk bercukur kerana pihak polis telah
menyebarkan gambarnya secara meluas. Sebuah kereta dengan nombor
plat diplomat tiba dan membawa anak muda yang sedang dalam
pelarian itu ke satu lagi kawasan diplomat di dalam bandar. Di
sana, beliau disertai oleh Kamarazaman Yacob, Abu Zer Ali dan
Yunus Ali, tiga aktivis yang berjaya keluar menembusi jaring.
Buat seketika mereka berempat adalah selamat dan terlepas dari
ditangkap secara kekerasan. Insan-Insan Anih: Bulan Nov '94 - pada hari kedua kepulangannya ke Malaysia,
Hishamuddin Rais menaiki bas menuju ke daerah kelahirannya di
Jelebu, Negeri Sembilan - bersendirian. Tempat pertama yang
dicarinya adalah Panggung Wayang Ruby, di mana banyak masa
dihabiskan oleh pembuat filem yang sedang meningkat ini semasa
mudanya. Seperti di dalam satu babak dari Cinema Paradiso
(membiasakan diri kepada rujukan filem - kebanyakan dari
kehidupan Isham diceritakan seperti satu babak dari berbagai
filem), Isham berdiri di lot kosong berhadapan dengan apa yang
pernah menjadi panggung wayang kegemarannya, dengan kamera "Super
8"nya. Kini ia menjadi sebuah terminal bas. Seorang lelaki
menghampirinya, memadamkan kenangan silam tersebut.
Beliau menyangka Isham adalah pemaju hartanah yang berminat
dengan tanah tersebut. Sesuatu yang tidak diduga sering
menghinggapi Isham yang, sehingga November 1994, dikehendaki oleh
polis Malaysia atas dakwaan yang berkaitan bantahan besar-besaran
orang awam terhadap pembangunan tanah di Tasek Utara dan
pengusiran penghuni-penghuni setinggan di Johor Bahru dalam bulan
September 1974. Orang-orang buangan Malaysia seringkali menjadi insan-insan yang
anih. Saya mengatakan anih kerana berdasarkan keadaan bagaimana
mereka melarikan diri dan seterusnya hidup dalam buangan. Bagi
saya, "buangan" sering membawa erti satu keadaan menghilangkan
diri secara paksa atau tanpa kerelaan dari negara seseorang
kerana sebab-sebab politik, seperti pembuangan yang dipaksa
Sakharov ke Gorky dan pengusiran Solzhenitsyn ke Switzerland.
Dalam sejarah Malaysia yang terbaru, kita telah melihat
kepulangan beberapa "orang buangan". Dengan penarikan semula
pengharaman Parti Komunis Malaya dan apa yang telah terima secara
meluas sebagai era selepas 1987 "polisi bebas" kerajaan,
Malaysia telah mengalu-alukan mereka yang telah meninggalkan
tanah air untuk pulang menjadi sebahagian dari Malaysia
Sejahtera. Orang-orang buangan, bagaimanapun, membawa imej yang
buruk kepada negara - sama ada dari segi ekonomi, kebudayaan dan
atau politik - dan Malaysia tidak terkecuali, di dalam hal ini.
Nampaknya kita seperti memanggil semua orang pulang - dari
doktor-doktor kepada golongan-golongan penentang.
Perbezaan di antara orang-orang buangan yang asli dan
orang-orang buangan Malaysia yang lazim, walau bagaimanapun,
terletak di dalam proses dan alasan mengapa seseorang itu
terpaksa hidup dalam buangan. Kecuali Raja Abdullah, yang dibuang
negeri oleh British ke Seychelles berikutan pembunuhan Birch dan
beberapa ribu orang yang disyaki "komunis" dalam tahun 40an dan
50an, agak sukar untuk menentukan mana-mana kes yang diketahui
ramai berkenaan dengan orang-orang Malaysia yang "dibuang negeri"
- jika benar-benar berpandukan kepada makna perkataan itu.
Namun, apabila seorang rakyat Malaysia pulang kembali selepas
tinggal beberapa lama di luar negara, akhbar-akhbar dan
orang-orang awam mengalu-alukan saat itu sebagai "Kepulangan
orang buangan". Seringkali terdapat sesuatu yang romantik
berkenaan dengan keadaan orang buangan - sama ada membebankan
diri sendiri atau sebaliknya, dan sebagai anggota akhbar, saya
terutamanya bersalah menyumbang sesuatu yang terbaik dari "Boy's
own" selayaknya kepada mitos romantik ini. Melihat kepada
fakta-fakta yang padu, bagaimanapun, adalah sukar untuk
menyanggah pendapat bahawa ramai dari orang-orang buangan kita
adalah sebenarnya pelarian-pelarian yang kelebihannya
dibesar-besarkan. Ketakutan dan kebencian : Rehman Rashid, seorang yang baru pulang ke tanah air dan
merupakan bekas wartawan, adalah contoh yang baik. Beliau
meninggalkan negara dengan kehendak sendiri selepas disoal siasat
oleh Cawangan Khas terhadap satu rencana yang ditulisnya di New
Straits Times menyatakan kekesalannya terhadap penutupan tiga
akhbar dengan kemunculan Operasi Lalang dalam bulan Oktober 1987.
Beliau menerima satu tawaran kerja dengan Asiaweek di Hong Kong
dan lantas meninggalkan negara ini. Beliau kemudiannya kembali
dan menulis sebuah buku yang sangat mendapat sambutan - A
Malaysian Journey - di mana beliau sering merujuk kehidupannya di
seberang laut sebagai "tahun-tahun kehidupan dalam buangan". Satu
pujian buat Rehman, bagaimanapun, beliau mengakui bahawa perasaan
menyerah kalah kepada ketakutan dan kebencian yang telah
memaksanya untuk meninggalkan negara ini. Beliau tidak dapat
menjadi seorang wartawan sepertimana dirinya sebelum itu, dan
oleh yang demikian, beliau telah membebankan dirinya sendiri
dengan hidup dalam buangan di luar negara.
Asal: Isham Rais: Adventures of a trendy rebel (Part 2)
http://www.malaysiakini.com/Column/ |