[Rencana ini diterbitkan semula untuk mendedahkan siapakah Eusoff Chin
yang sebenarnya serta bagaimana rosaknya sistem kehakiman negara. Persoalannya
mengapa Mahathir suka melantik orang-orang yang kontroversi belaka? Tidakkah
ini membayangkan mereka berguna kepadanya kerana senang diperkuda? Apatah
lagi Yang Arif mengenainya.....
- Editor]
Terjemahan: -MT-
Kertas Risikan Bowman
(The Bowman Papers)
Oleh: Steven Gan
Awal kata
Kertas Risikan Bowman yang merupakan selonggok kertas dalam satu sampul
surat coklat telah diletakkan di atas beg bimbit saya tahun yang lalu. Waktu
itu adalah bulan Jun dan saya baru sahaja keluar daripada mahkamah
majistret di mana kes Irene Fernandez sedang dilangsungkan. Saya telah
terlupakan beg bimbit saya di atas satu bangku di luar mahkamah itu setelah
berborak dengan pasukan pembela.
Pada mulanya saya memikirkan tentu ada sesiapa yang tertinggalkan sampul
surat itu secara tidak sengaja. Saya pun bertanya kepada orang di sekeliling
dan tidak ada sesiapa yang mengaku kepunyaan dokumen setebal 119 muka
surat itu.
Saya pun tidak ambil pusing sangat akan keistimewaan maklumat yang
terkandung dalam dokumen itu. Begitulah keadaannya sehingga saya tiba di
Bangkok di mana saya bekerja dengan The Nation. Tiba-tiba saya terfikir
betapa dokumen itu ada kena mengena dengan keadaan kedaifan sistem
kehakiman negara kita.
Kertas Bowman itu merupakan laporan kemajuan yang ditulis oleh satu
syarikat penyiasatan swasta yang bertapak di United Kingdom. Penyiasatan
mereka tertumpu kepada kemungkinan berlakunya salah laku oleh Ketua
Hakim Negara Eusoff Chin, peguam V.K. Lingam dan seorang taikun Vincent
Tan.
Sebenarnya terdapat dua laporan; satu ditulis pada Mach 2, 1998 dan yang
lagi satu pada Ogos 21, 1988.
Ada laporan yang dibuat oleh Pengarah Urusan syarikat penyiasat itu yang
menunjukkan salinan tiket dan jadual atur cara yang berkenaan. Malahan D.
McCarthy (pengarah urusan itu) telah berjaya menyiasat majlis bankuet di
Hyatt Regency Hotel untuk meraikan Eusoff kerana penerimaan gelaran
'datuk' kepadanya.
Laporan Bowman itu telah menunjukkan betapa majlis makan malam itu telah
dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, H.B. Low dan dihadiri
oleh para peniaga dan juga ahli warga kehakiman, termasuk juga Lingam.
McCarthy telah berjaya mendapatkan salinan resit pembayaran yang dibuat
oleh isteri kepada seorang peniaga.
Saya telah membawa pulang dokumen itu ke Malaysia dengan tujuan
memulakan satu bentuk siasatan saya pula. Tetapi, saya telah terlalu sibuk
dengan pelancaran Malaysiakini, sehinggakan terlupa sampul surat tersebut.
Saya hanya sedar akan dokumen itu apabila menteri yang bertanggungjawab
(de facto) dengan Kehakiman, Rais Yatim membuat kenyataan berjodol
'kelakuan janggal'. Rais menganggap sesuatu yang janggal kalau Ketua
hakim Negara bercampur-gaul dengan seorang peguam yang berjaya
sedangkan peguam itu mempunyai banyak kes yang perlu diadili oleh ketua
hakim itu.
Kami pun berunding dengan para penasihat perundangan kami dan
mengambil keputusan untuk mendedahkan isi dokumen tersebut.
Terjemahan: -MT-
http://www.malaysiakini.com/News/
2000/06/2000061402.php3
Wednesday June 14
The Bowman papers
Steven Gan
12:30pm, Wed: The Bowman papers, stashed inside a plain brown envelope, was
left on top of my carry bag last year.
It was last June when I emerged from the Magistrate Court after finishing
another day of testimony in Irene Fernandez' "false news" trial. I had left my
carry bag on the bench outside the courtroom after striking a conversation with
the defence team.
At first, I figured that perhaps someone had left the envelope there by mistake. I
asked, but no one claimed possession of the 119-page document.
It did not immediately dawn on me the significance of the information it
contained. It wasn't until I was on the plane back to Bangkok - I was then
working for Thailand's The Nation - that I realised the stack of papers could go
some way in showing that something was not quite right with our much criticised
judiciary.
The Bowman papers were progress reports of a UK-based private investigation
agency's probe into possible misconduct by Chief Justice Eusoff Chin, lawyer
V.K. Lingam and business tycoon Vincent Tan.
There were actually two reports, one written on March 2, 1998 and the other on
April 21, 1988.
The private investigating agency's managing director D. McCarthy said copies of
tickets and itineraries were obtained. McCarthy also went some way to inquire
into the case of a banquet held in Hyatt Regency Hotel to celebrate Eusoff's
award of a datukship.
The Bowman reports claim that the dinner function was hosted by Shah Alam
High Court judge H.B. Low and attended by businessmen and members of the
judiciary, including Lingam. McCarthy had the receipts to show that the bill was
footed by the wife of a businessman.
I brought the papers back to Malaysia late last year in the hope of pursuing my
own investigation. But pre-occupied with the launch of malaysiakini, I had
completely forgot about the envelope, until de facto law minister Rais Yatim said
it was "improper behaviour" for Malaysia's highest judge to socialise with a very
successful lawyer, who appeared in a number of high profile cases before him.
After consulting our legal advisors over the past week, we have decided to go
public with the documents
|