[Rencana ini diterbitkan semula untuk mendedahkan siapakah Eusoff Chin dan
isterinya serta bagaimana rosaknya sistem kehakiman negara dikerjakan oleh
Vincent Tan dengan Mahathir membiarkannya sahaja. Hakim negara ini sudah
menjadi hamba wang patutlah banyak keputusan perbicaraan tunggang langgang.
Kes yang dibawa oleh VK Lingam asyik sahaja menang - termasuk kes saman Vincent
Tan terhadap wartawan unggul MGG Pillai dimana Eusoff Chin mendengarnya.
- Editor]
Terjemahan: -MT-
Keadilan Yang Terancam: Isteri Tun Eusoff ialah .....
(Justice In Jeopardy: Tun Eusoff's Wife Is.....)
Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, telah berusaha berhempas pulas
untuk melegakan ketegangan yang muncul disebabkan hubungannya
dengan sahabat pilihannya ketika bercuti dulu. Semua alasan mengenai
hubungannya dengan Dato V.K. Lingam dulu, masih tidak diterima-pakai.
Ada sebabnya perkara itu berlaku, kerana dia sengaja tidak mahu mengubah
keadaan itu. Dia telah berbohong dengan cara dia terserempak dengan Dato
V.K. Lingam. Di zoo katanya, dan di New Zealand pula. Kemudian dia
kemukakan pula setimbun resit dan baucher kredit kad sebagai bukti
pembayaran yang dilakukannya ketika bersantai dulu. Dia jua mengugut
untuk mendakwa sesiapa yang sanggup mentohmahnya.
Itu semua adalah satu usaha seperti yang dilakukan oleh Hakim Nathan
membuat pengumuman betapa bangganya beliau menerima kehadiran
anaknya sebagai seorang peguam di hadapannya. Sedangkan pengumuman
itu adalah satu topeng untuk mengalihkan pandangan terhadap beberapa
kontroversi yang sedang diharunginya.
Usaha itu gagal juga. Perhubungan di antara dua insan ini memang sudah
lama terpahat sebelum mereka keluar daripada Malaysia untuk bercuti di
bulan Disember 1994 itu. Agen pelancungan yang dikuasai oleh Tan Sri
Vincent Tan telah mengirimkan agenda percutian kepada Dato Lingam.
Kalaulah alasan yang dibuat oleh Tun Eusoff itu mahu diterima-pakai
pertemuan secara 'terserempak' dengan Dato Lingam di negara orang
tentunya merapatkan lagi hubungan mesra mereka berdua. Memang terlalu
mesra sehinggakan ia menggugat kewibawaan suasana pengadilan di
mahkamah Malaysia.
Dato Lingam memang mempunyai beberapa peguam yang berkawan baik
dengannya yang menggunakan khidmatnya. Sejak kebelakangan ini dia ada
memberikan tumpuan kepada sebuah firma guaman yang dikuasai oleh isteri
Ketua hakim Negara. Seorang peguam yang menjadi bekas Setiausaha
Agung parti MCA pernah menerima banyak keperluan khidmat guaman
daripada Dato Lingam. Tiba-tiba beliau menghadapi peristiwa disisihkan
secara tidak semena-mena. Hampir semua kes yang dikendalikan oleh Dato
Lingam kini bermula daripada kamar Toh Puan Rosaina. Memanglah tidak
ada salahnya perkara ini. Laporan Bowman ada mengkiaskan betapa Dato
Lingam diberikan taraf keistimewaan oleh Toh Puan Rosaina. Ketika Dato
Lingam mahu berlepas ke Mayo Clinic di Rochester New York, Toh Puan
Rosaina pernah berada di rumahnya untuk mengucapkan selamat jalan.
Badan Pencegah Rasuah pernah mengambil (merampas) satu mangkuk pyrex
(ataupun kristal -penterjemah) yang dipulangkan oleh Toh Puan Rosaina
kepada isteri Dato Lingam. Beliau tidak fikir mangkuk itu adalah
kepunyaannya.
Ketua Hakim Negara pernah mengugut untuk menyaman sesiapa yang cuba
mengaibkannya. Dia patut menyaman Mr. Dan McCarthy yang menyediakan
laporan Bowman itu. Malahan beliau juga patut menyaman Dato Rais Yatim
yang mulakan kisah percutian di New Zealand yang mencetuskan
pertemuan 'terserempak' itu. Sedangkan percutian mereka yang bermula dari
Singapura telah ditemani oleh Mr. Tan Chong Pow, seorang juru iring
kepercayaan Tan Sri Vincent Tan. Kenapa agaknya?
Dato Lingam telah mendapatkan satu telefon bimbit 'Mutiara' yang memang
dikhaskan kepada Vincent Tan. Bukankah beliau itu seorang peniaga
bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya? Dalam Laporan
Bowman itu ada kisah bagaimana Dato' Lingam telah menghadiahkan
telefon bimbit Mutiara kepada Tun Eusoff, kepada beberapa orang hakim,
dan juga kepada Rahim Nor. Rahim Nor adalah bekas Ketua Polis Negara
yang menjadi terkenal seluruh dunia kerana caranya membaham seorang
bekas timbalan perdana menteri ketika matanya ditutup dan tangannya diikat
dari bahagian belakang.
Dato V.K. Lingam telah membayar semua bil bulanan telefon bimbit tersebut
dengan bayaran tunai. Kenapa?
Kini, Dato V.K. Lingam sedang membuat satu rumah yang layak dipanggil
sebuah mahligai. Dia terlalu yakin dengan perlindungan daripada Ketua
Hakim Negara membuatkan beliau angkuh dengan beberapa bantahan yang
dikemukakan oleh para arkitek daripada Majlis Bandaran Petaling Jaya.
Arkitek berkenaan tidak dapat bertindak lanjut kerana fail mengenai kes itu
telah hilang secara misteri. Memang, fail yang penting amat mudah lesap
kerana pergi bercuti ke Ouagadougou apabila diperlukan. Pejabat V.K.
Lingam memang mudah membayar segala bil telefon yang menggunakan
phone-bimbit Mutiara pemberian Vincent Tan itu. Kekerapan bayaran
percuma inilah yang menjadi bualan juru wang syarikat Mutiara.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan juga Attorney General Tan Sri Mokhtar
memang amat faham akan cerita ini tetapi mereka tidak fikir ada sesuatu yang
pelik dalam hal ini. Tetapi, bukankah Attorney General dan isterinya pun
pernah bercuti ke Itali dengan Vincent Tan, Dato Lingam dan juga isteri
mereka? Sekarang timbul pula persoalan siapakah yang membiayai percutian
Tan Sri Mokhtar itu? Dengan lain perkataan, dia pun ada cerita misteri yang
tersimpan dalam almari tengkoraknya? Kerana itu saya tidak akan terperanjat
kalau Tan Sri Mokhtar akan dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan,
kalau pun tidak sebagai pengganti kepada Tun Eusoff Chin.